Minggu ni relax tak banyak kerja sebab semua orang cuti. Orang-orang yang cuti dia dah habis atau dah nak habis je ada lagi kat office ni macam saya hehheheh... Tapi sebenarnya bukanlah takde kerja langsung. Satu nak settlekan budget accrual untuk DFCC-OCIEN integration. Masalahnya bukan kita yang buat sendiri. Kena follow up sana, follow up sini. PO tak keluar-keluar. Vendor pulak tak nak bagi DO. Dia kata selama dia buat project dengan TM takde pun bagi DO. Apo nak jawab pun den tak tau...
Satu lagi kerja nak completekan e-learning. Alkisahnya rupanya setiap exec wajib ambik 2 e-learning course. Kena masuk MAPS. Memang la ingat-ingat macam ada dapat email tu tapi ingatkan optional. Yelah kalau kita punya training dah cukup atau lebih dari 40 hours sepatutnya kira settle la tak kisahlah kursus yang kita pergi tu instructor-led ke atau e-learning. Tapi baru dapat tahu rupanya bukan begitu. Kelam kabut den. Lepas tu dari last week lagi bila nak masuk Learning Solution asyik dapat error je. Tiba-tiba semalam dengar sorang opismate tengah buat e-learning jugak. Oh dah boleh masuk agaknya. Tapi bila cuba masuk masih tak boleh. Alamak apa pulak masalahnya ni. Masalahnya sebelum ni guna internet explorer tak boleh, guna google chrome pun tak boleh. so semalam cuba try test guna firefox boleh pulak. Isk kalau tau dari awal dah lama settle ni.
Bila buat online application, boss kena approve pulak. Alamak suspen sebab semalam last day boss keja. Lepas tu dia dah cuti panjang dah. Pagi tu boss ada tapi tengahari dah tak nampak dah. Meja dia pun kemas semacam je. Ah sudah.. Tapi nasib baik pukul 3 dia masuk masuk balik dah approvekan training request tu. Selamat.... So hari-hari mendatang ini saya akan habiskan dengan membuat 2 kursus e-learning. Mueehehhehhe... oklah at least ada la jugak benda nak buat. Kalau tak, melanguk je tak tau nak buat apa...
Oh nak cerita sikit, last week kami buat farewell lunch untuk k ina yang bersara awal. Buat kat Kelantan Delights, Sooka Sentral (bersebelahan dengan KL Sentral). K Ina jiran sebelah saya kat office ni. Sebelum ni la... Sebelum kitorang restructure. Lepas restructure k ina dok annexe tapi on and off masih ke menara juga sebab kat annexe tak proper tempat lagi so barang dia pun banyak lagi kat menara (err... sekarang dah takdelah...). Sedih jugak k ina nak berhenti sebab kalau ada k ina ni meriah je office. Dia suka bercerita.
Ok layan gambar...
Nasi tumpang sebelum dibuka
Selepas dibuka daun pisangnya.. sedap3x!
Antara yang hadir meraikan
Meja lagi satu. Tema kami hari tu PINK!
Sedikit ucapan kepada k ina. Semoga kak ina sihat selalu dan dirahmati Allah sentiasa. Good luck in whatever you are doing in the future. Keep in touch tau!
No comments:
Post a Comment