Hmmm... yang ni ikut tajuk ustaz, yang sebelum ni ikut tajuk program. Bukannya apa, tajuk program tu nak bagi catchy sikit...
Alhamdulillah program UMi 27 June 2010 berjalan dengan jayanya. Kali ni memang kerja mama banyak sikit untuk preparation dan juga masa hari program. Pertamanya mama jadi MC. Ala setakat nak introduce ustaz lepas tu buat pengumuman sikit-sikit oklah. Nak dijadikan cerita tiba-tiba masuk agenda lain pulak tu. Kebetulan Dr Shafie sudi datang untuk merasmi. Terus mama jadi menggelabah. Sebelum tu memang dah prepare la sikit-sikit notes nak kena cakap apa. Tapi bila dah jadi macam gini terpaksalah sediakan MC script yang betul-betul punya. Tak susah pun cari je kat internet untuk pengacara program perasmian. Lepas tu ubah-ubah la ikut kesesuaian. Tapi nerveous la... dah jadi formal la pulak...
Itu satu. Satu lagi kami nak buat tayangan video pasal palestin. Jadi pakat-pakat akan guna laptop mama dan projector pun memang ada kat ayah. Jadi hari sebelum program kami pergi test kat surau. Video dewi yang buat. Tapi bila masuk laptop mama dia tak mau jalan.. tersekat-sekat. Bila guna laptop dewi pulak tak nak keluar projector. mungkin projector tu projector lama sikit and dewi punya laptop pakai vista. Ah sudah... petang tu kami try dari lepas asar sampai dekat kul 7 tak settle lagi... Pulaknya masa tu juga raihana tengah tak berapa sihat ayah tolong jaga kat rumah tapi bila bangun tidur mengamuk tak nak diam. Akhirnya kami balik je la esok nak datang awal ke surau. sementara tu malamnya mama akan cuba buka video tu, maybe guna player lain pulak... alhamdulillah malam tu godek-godek sikit akhirnya boleh bukak video tu dalam laptop mama. Tapi tiba kat surau esoknya, bila nak project dia tak nak keluar pulak. Orang dah la gabra nak menghostkan acara nih... tak boleh pikir. Ok cuba lagi laptop dewi. kejap keluar-kejap tak keluar. Akhirnya dengan bantuan akhi subky berjaya juga keluar kat projector guna laptop dewi. alhamdulillah...
Alhamdulillah ramai juga yang datang walau tak seramai UMi yang first hari tu. Namun dewan surau tetap nampak penuh dan makanan potluck pun banyak. Terima kasih kepada yang bawa-bawa potluck tu ye. Mama pun tak bawak pape. Tak sempat nak fikir nak bawa apa.
Selain merasmi, Dr Shafie juga menyerahkan sumbangan berupa 20 kerusi dan 8 meja untuk kegunaan Surau Taman Sutera. Antaranya boleh digunakan untuk tuisyen anak-anak di taman sutera dan juga program-program lain. Terima kasih YB.
Kuliah dari Ustaz Zamani juga tidak kurang hebatnya. Cuma kami minta maaf atas sedikit masalah teknikal yang menyebabkan slide ustaz jadi kecik. (Balik citer kat ayah, ayah kata itu kena tukar resolution tu...). Namun insya allah kami semua dapat manfaat daripada pengkongsian ilmu ustaz. Ustaz cerita secara ringkas sejarah palestin daripada empayar turki othmaniah hinggalah ke deklarasi PBB pada tahun 1947 yang mengisytiharkan negara haram israel. Namun focus kuliah lebih kepada peranan kita. Antaranya point-point penting..
- tinggalkan budaya yahudi seperti suka kepada hiburan, pergaulan bebas, merokok, riba' dan sebagainya. ada antara kita yang bila bercakap tentang yahudi berkobar-kobar menentang, join demo, bakar bendera israel dan sebagainya. tapi bila penat demo lepas tu duduk lepak merokok. Tanggungjawab kita untuk menyedarkan masyarakat islam bahawa yahudi itu bukan di palestin sahaja, tetapi unsur-unsur/budaya yahudi itu juga harus diperangi. Kerana sebenarnya yahudi amat takut sekiranya orang islam kembali kepada ajaran islam.
- Berikan sumbangan untuk disalurkan ke Palestin melalui badan-badan NGO seperti Muslim Care, Aman Malaysia dan sebagainya.
- Boikot ekonomi Yahudi. Di sini penting untuk kita bangunkan product muslim untuk menjadi alternative kepada product mereka. List of product yahudi tu boleh tengok di laman web PPIM di sini. Kalau susah nak tinggalkan semua, cuba lakukan sedaya upaya.
- Didik anak-anak kita dengan ajaran Islam. Tanamkan dalam hati kita supaya anak kita jadi pejuang Islam - kalau jadi doktor, doktor yang memperjuangkan islam. kalau jadi engineer, engineer yang memperjuangkan islam.
Itulah sedikit sebanyak yang mama sempat catit.
Selain itu, untuk anak-anak ada pertandingan mewarna. Wah setiap bulan anak-anak sutera ada pertandingan mewarna, mesti lepas ni mereka semua terrer mewarna. Nasib baik humaira maisara dapat juga hadiah saguhati, kalau tak monyok je la.. itu pun tak puas hati nak hadiah nombor 1,2,3 jugak. Kalau nak dapat hadiah hebat, mewarna pun kenalah hebat. heheh..
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam mendokong dan menyokong program UMi. Terima kasih tak terhingga mama kepada ayah kerana tolong tengokkan raihana masa mama sibuk dua tiga hari masa tu... Kebetulan pulak masa tu raihana tengah terkena hfmd. kalau tak memang angkut je. hari ni pun mama cuti lagi jaga raihana kat rumah. dr kata raihana punya minor je so kuarantin kat rumah je. petang ni ingat nak jumpa doktor nak sahkan dah baik betul ke belum. rasanya macam dah baik sebab semua bintik2 tu macam dah kering. Tapi just precaution and to double confirm. Takut pulak nanti kalau menjangkit kat budak-budak lain.
Hmmm... dalam malas-malas nak update blog terpanjang juga entry kali ni... oklah nak pegi masak...
notes: all pics credit to facebook taman sutera kajang.
June 29, 2010
errrr...
kenapalah agaknya sekarang ni malas nak update blog... huhu..
June 22, 2010
UMi 2: Palestine - Tomorrow Will Be Free
Assalamualaikum.. Sesiapa yang berkelapangan, jemput hadir ke program Untuk Mu Wanita (UMi). Maklumat seperti di bawah. Datang jangan tak datang!
June 18, 2010
Cuti Sekolah
Wah hari ni dah hari jumaat..
Maka berakhirlah cuti-cuti panjang kali ni. Ye ada 2 hari lagi tapi tu dah sedia weekends so tak kira cuti sebab esok dah mula buat routine mingguan seperti pergi pasar, gosok baju sekolah. Esok pula ada gotong royong (err... ayah je la pergi). Lepas tu hari Ahad ada pemeriksaan gigi percuma kat Surau Taman Sutera. Sapa yang dah lama tak check gigi tu (macam mama heheh) eloklah pergi ye. Tapi pemeriksaan je tau. Rawatan susulan kena pergi ke klinik gigi dan bukan percuma ye...
Apa aktiviti cuti sekolah kali ini? Minggu pertama anak-anak semua duduk kat Taska. Mama dan ayah kerja macam biasa. Minggu kedua barulah bermula dengan bermacam-macam aktiviti..
Kem Cuti Sekolah
Balik Kampung
Petang ahad selepas penaklukan puncak bukit broga, kami pun bertolak balik kampung. Oh terima kasih mak wa sebab simpankan baki-baki BBQ semalam dapatlah merasa udang bakar, sotong bakar, terubuk bakar, ayam bakar, kambing bakar dan kerang bakar... toche toche..
Air Terjun Sungai Bekok
Balik dari air terjun memborong durian pulak... wah sekali ngadap dah habis...
Shopping baju raya
Aktiviti hari selasa, shopping baju raya pulak. Kalau nak tau, kedai kain kat Batu Pahat/Parit Sulong kira sama standard juga lah dengan Nilai 3 dan Tangkak. So memang setiap kali nak beli baju raya, kat sini lah kami memborong.. Tema kaler tahun ni?? rahsia... ehheheh... selalunya tema dipilih semasa di kedai sebab kena ikut baju ayah dulu.. Sebab ada certain-certain kaler je yang sesuai dengan ayah so kami kena ikut pilihan ayah... hehehh.. Alhamdulillah nenek pun kuat lagi jadi baju cucu-cucunya mama minta tolong nenek jahitkan (rahsia baru, hari tu mama baru beli mesin jahit tapi kotak pun tak bukak lagi dah berbulan2 dah..hehehhe bila la nak belajar jahit baju sendiri nih..)
Balik KL
Hari Rabu kami balik KL semula. Hari khamis budak-budak bercuti di rumah Mak Wa pulak. Tidur sana lagi. Hari khamis ingatkan kami nak buat urusan macam-macam tapi end up berehat je kat rumah... hihi sungguh tak produktif. Hari ni dah hari Jumaat. Pagi tadi sempat lagi berpiknik dan ber'jogging' di Lake Valley Park, Bandar Tun Hussein Onn dengan K Wa.
Esok Sabtu, lusa Ahad lepas tu Isnin back to work... uwaaa... and tonnes of works are waiting. Kat rumah sambil buat kerja-kerja UMi jeling-jeling juga la kat email2 opis tapi tengok tajuk je hehheh... can wait till monday lah...
Dan begitulah berakhirnya cuti sekolah kali ini... ok anak-anak semua, esok kita kena kemas almari buku ni dah bersepah-sepah ni ye....

Sebenarnya kem ni untuk anak-anak sutera yang berumur 10-16 tahun. Tapi disebabkan kabel yang besar (ayah ialah pengarah program), maka Luqman, Humaira dan Maisara pun dapat join sama. heheh.. takdelah. Sebenarnya nak meramaikan peserta. Biasalah time-time cuti sekolah ni ada yang tiba-tiba ada plan lain yang mula-mula bagi nama pun ada yang tarik diri saat akhir. Kebetulan pulak weekend tu ada kenduri kahwin sepupu kat kampung. Mula-mula ingat nak bagi dua - mama dan anak-anak balik kampung, ayah tinggal sini. Tapi bila 3 orang tu nak join kem, mama pun dah serba salah. Lebih-lebih lagi ayah perlukan seorang petugas wanita untuk tengok-tengokkan anak-anak perempuan. Sebagai seorang isteri yang baik (cewah) mestilah nak tolong suami kan.. ececeh... So terpaksalah mengorbankan kenduri sepupu tu dan juga barbeque di kampung (selalu balik kampung takde pulak nak buat BBQ, takpe lain kali kena buat lagi lah..masa orang ada..). Tapi takpe, kat kem pun ada barbeque kambing yang marvellous masakan chef Din..
Hari pertama kem di Sg Congkak - explorace, sukan rakyat, mandi air terjun dan BBQ. Malamnya ceramah motivasi di Surau Tmn Sutera.Hari kedua menakluk puncak Bukit Broga. Tapi hari kedua ni ayah je pergi sebab tak sesuai untuk anak-anak yang tak cukup umur nih.
Petang ahad selepas penaklukan puncak bukit broga, kami pun bertolak balik kampung. Oh terima kasih mak wa sebab simpankan baki-baki BBQ semalam dapatlah merasa udang bakar, sotong bakar, terubuk bakar, ayam bakar, kambing bakar dan kerang bakar... toche toche..
Air Terjun Sungai Bekok
Cadangnya nak ke Batu Pahat Wetworld hari isnin tu. Tapi alkisahnya masa kami sampai kampung petang ahad tu nizam, nazim, aneesa baru je pegi wetworld. Takkan esoknya nak pegi lagi kan. So kami pun bertukar arah ke Air Terjun Sg Bekok. Perjalanan selama 1 jam dari Batu Pahat. Nek dan Mak Wa pun ikut sekali. Bila dikira-kira, kami telah berjaya menyumbat 14 orang dalam innova kami heheh... Don't do this at home ok.. Wah mandi sungai lagi. Sg Bekok ni dah hampir ke Taman Negara Endau Rompin. Air terjunnya cantik cuma persekitarannya agak tidak terjaga dengan sampah tak dikutip. But apart from that air terjunnya memang sangat indah dan nyaman. Mama pun ikut terjun sekali hihi. Ayah seperti biasa dengan terapi tidur kat air terjunnya... Budak-budak puas menjelajah kawasan tu. Ikan pun banyak juga tapi tak dapat la nak menangkapnya takde jaring... Sambil-sambil tu makan bekalan nasi lemak... habis licin...
Balik dari air terjun memborong durian pulak... wah sekali ngadap dah habis...
Shopping baju raya
Aktiviti hari selasa, shopping baju raya pulak. Kalau nak tau, kedai kain kat Batu Pahat/Parit Sulong kira sama standard juga lah dengan Nilai 3 dan Tangkak. So memang setiap kali nak beli baju raya, kat sini lah kami memborong.. Tema kaler tahun ni?? rahsia... ehheheh... selalunya tema dipilih semasa di kedai sebab kena ikut baju ayah dulu.. Sebab ada certain-certain kaler je yang sesuai dengan ayah so kami kena ikut pilihan ayah... hehehh.. Alhamdulillah nenek pun kuat lagi jadi baju cucu-cucunya mama minta tolong nenek jahitkan (rahsia baru, hari tu mama baru beli mesin jahit tapi kotak pun tak bukak lagi dah berbulan2 dah..hehehhe bila la nak belajar jahit baju sendiri nih..)
Balik KL
Hari Rabu kami balik KL semula. Hari khamis budak-budak bercuti di rumah Mak Wa pulak. Tidur sana lagi. Hari khamis ingatkan kami nak buat urusan macam-macam tapi end up berehat je kat rumah... hihi sungguh tak produktif. Hari ni dah hari Jumaat. Pagi tadi sempat lagi berpiknik dan ber'jogging' di Lake Valley Park, Bandar Tun Hussein Onn dengan K Wa.
Esok Sabtu, lusa Ahad lepas tu Isnin back to work... uwaaa... and tonnes of works are waiting. Kat rumah sambil buat kerja-kerja UMi jeling-jeling juga la kat email2 opis tapi tengok tajuk je hehheh... can wait till monday lah...
Dan begitulah berakhirnya cuti sekolah kali ini... ok anak-anak semua, esok kita kena kemas almari buku ni dah bersepah-sepah ni ye....
June 09, 2010
Terjebak
Mama baru je habis tengok cerita siri Taiwan - ToGetHer.. oh sangat sweeeeet... Dah lama tak tengok cerita sweet sweet macam ni. Teringat balik zaman-zaman tengok cerita Winter Sonata, Autumn in My Heart...
Macamana boleh terjebak dengan cerita ni? Alkisah hari Ahad 2 minggu yang lepas, entah macamana pagi tu tertengok cerita ni dekat channel 8. Mula-mula ingatkan movie rupa-rupanya siri tapi baru episode 1. Alamak macam best je cerita ni. Kalau tunggu sambungan kat TV tak tau la boleh follow ke tak. Maka mama pun mula follow melalui youtube. Kat handphone pulak tu. so bila ada masa lapang sikit capai handphone je la... Akhirnya mama berjaya menghabiskan 12 episode semalam... yeay!
Tak sabar nak habiskan cerita ni sebab..
- tak sabar nak tau ending dia
- selagi tak habis selagi tu tak senang duduk
- selagi tak habis ni ada saja kerja-kerja terbengkalai
- selagi tak habis ni sedikit terabai perhatian kepada anak-anak dan suami walaupun mama sedaya upaya cuba untuk tidak tengok pada masa-masa yang tak sepatutnya...
Adakah nak terjebak lagi? Tak mau.. atas sebab-sebab seperti di atas... hehe...
Tapi cerita dia memang sweet... hihi... cerita dia pasal apa? hmmm... kalau nak tau search la sendiri ye. Kalau boleh mama pun taknak promote cerita ni sebab bukan ada moral of story pun.. hehhe...
Minta maaf ayah, anak-anak mama kalau dua minggu ni terasa ada kekurangan layanan dari mama ye...

June 04, 2010
Makan malam
Semenjak dua menjak ni, anak-anak mama jarang nak makan malam.
"Luqman jom makan!"
"Tak nak"
"Humaira, Maisara meh makan.."
"Tak nak""Humaira, Maisara meh makan.."
"Imran, Raihana nak makan, mama suap nak?"
"Tak nak"
Tak sedap ke dinner yang mama 'sediakan' ni? Dah kenyang ke budak-budak ni?
Selalunya kalau weekdays memang mama jarang masak untuk makan malam. Sama ada tengahari beli lauk kat Tkt 3 atau pun petang balik kerja singgah Sg Ramal beli nasi lemak ke, nasi goreng pattaya ke, kuewtiow pulau mutiara ke (oh tidak gerai ni dah tutup!) atau mihun sup utara ke. Kalau terasa tak tau nak beli apa, barulah mama masak. Tapi harus yang simple je la.. goreng ikan ke, goreng telur ke. Apa yang amazingnya ialah kalau lauk telur goreng ngan kicap memang la semua laju. Tapi yelah takkan la tiap-tiap hari mama nak goreng telur je....
ini pemandangan semasa makan nasi lauk telur goreng...
Bila mama ingat balik, dulu masa mama kecik-kecik pun kami jarang makan malam. Nenek puaslah panggil-panggil ajak makan. Last-last nek ngan tok je la makan berdua. Kami ni dok tengok tv je kejenya... Bila pikir-pikir balik betullah orang kata kalau kita buat mak kite camtu nanti anak kita pulak buat kat kite.. huhu... Nak pikir balik, kenapa dulu kite pun tak nak makan malam ek??? nak mencari root cause la ni kononnya.. hehheh...
Bila tak makan tu, maknanya adalah benda yang membazir. Mama cuba juga untuk kurangkan pembaziran. Kalau nasi lebih, boleh simpan dalam peti ais. 2-3 hari pun ok lagi tinggal panaskan je. Rahsianya, kenalah masak nasi guna air tapisan Bio Aura. cewah. Kadang tu terlupa nak masuk peti ais esoknya pun ok lagi nasi tu. So kuranglah sikit pembaziran. Kalau ada lauk ikan atau ayam yang lebih pulak, maknanya tu rezeki Oren dan Kiki la...
Takpelah anak-anak sekelian... mungkin petang tu dah makan macam-macam, dah kenyang. Yang penting anak mama semua sihat walafiat...
Walau apapun... kasih ibu itu tanpa syarat, kan??...
June 03, 2010
I am baaaack...
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah... akhirnya Cherish Your Life dapat bersiaran semula setelah hampir sebulan menghilangkan diri.
Kenapa hilangkan diri?
Ingat lagi hari tu saya kata ada 2 jenis masalah pada blog ini? Pertama pasal komen. Sudah berjaya diselesaikan walaupun tidak up to my expectation. Komen hilang daripada blog. tapi saya berjaya menyimpannya... Masalah kedua ialah popup advertisement yang irritating. Pada mulanya ianya hanya irritating. Kemudian bertukar kepada 'horror' bila iklannya mula melalut-lalut.. Scan your body la... Itu yang menyebabkan saya terpaksa buat siaran tergendala sekejap. Pada waktu tu pula memang tengah busy dengan kerja, dengan training, dengan program UMI.. jadi tak sempat-sempat nak betul-betul investigate dan cari resolution. Hinggalah minggu ini.
Macam-macam cara telah dicuba untuk hilangkan 'bende' tu. Mostly trial and error. Tu yang rupa blog ni pun dah jadi tunggang langgang dah. Tanya (search) kat blogger pun tak membantu langsung. Dan sebenarnya sampai sekarang pun saya tak tau apa punca sebenarnya dan macamana ia boleh hilang.. hehhehe...
Banyak benda nak cerita tapi malaslah sebab semuanya dah basi... Family day HSBB PMO, coaching training, kisah the power of doa, isu semasa yang macam-macam, sukan addin... the list goes on and on...
Namun alhamdulillah semuanya dah back to normal. Cuma mungkin lepas ni nak kena up kan sikit la cosmetic blog nih... boring je...
terima kasih kepada peminat-peminat setia yang sabar menanti.. kekkeke... perasaan...

Subscribe to:
Posts (Atom)