Semenjak dua menjak ni, anak-anak mama jarang nak makan malam.
"Luqman jom makan!"
"Tak nak"
"Humaira, Maisara meh makan.."
"Tak nak""Humaira, Maisara meh makan.."
"Imran, Raihana nak makan, mama suap nak?"
"Tak nak"
Tak sedap ke dinner yang mama 'sediakan' ni? Dah kenyang ke budak-budak ni?
Selalunya kalau weekdays memang mama jarang masak untuk makan malam. Sama ada tengahari beli lauk kat Tkt 3 atau pun petang balik kerja singgah Sg Ramal beli nasi lemak ke, nasi goreng pattaya ke, kuewtiow pulau mutiara ke (oh tidak gerai ni dah tutup!) atau mihun sup utara ke. Kalau terasa tak tau nak beli apa, barulah mama masak. Tapi harus yang simple je la.. goreng ikan ke, goreng telur ke. Apa yang amazingnya ialah kalau lauk telur goreng ngan kicap memang la semua laju. Tapi yelah takkan la tiap-tiap hari mama nak goreng telur je....
ini pemandangan semasa makan nasi lauk telur goreng...
Bila mama ingat balik, dulu masa mama kecik-kecik pun kami jarang makan malam. Nenek puaslah panggil-panggil ajak makan. Last-last nek ngan tok je la makan berdua. Kami ni dok tengok tv je kejenya... Bila pikir-pikir balik betullah orang kata kalau kita buat mak kite camtu nanti anak kita pulak buat kat kite.. huhu... Nak pikir balik, kenapa dulu kite pun tak nak makan malam ek??? nak mencari root cause la ni kononnya.. hehheh...
Bila tak makan tu, maknanya adalah benda yang membazir. Mama cuba juga untuk kurangkan pembaziran. Kalau nasi lebih, boleh simpan dalam peti ais. 2-3 hari pun ok lagi tinggal panaskan je. Rahsianya, kenalah masak nasi guna air tapisan Bio Aura. cewah. Kadang tu terlupa nak masuk peti ais esoknya pun ok lagi nasi tu. So kuranglah sikit pembaziran. Kalau ada lauk ikan atau ayam yang lebih pulak, maknanya tu rezeki Oren dan Kiki la...
Takpelah anak-anak sekelian... mungkin petang tu dah makan macam-macam, dah kenyang. Yang penting anak mama semua sihat walafiat...
Walau apapun... kasih ibu itu tanpa syarat, kan??...
No comments:
Post a Comment