Maka berakhirlah cuti-cuti panjang kali ni. Ye ada 2 hari lagi tapi tu dah sedia weekends so tak kira cuti sebab esok dah mula buat routine mingguan seperti pergi pasar, gosok baju sekolah. Esok pula ada gotong royong (err... ayah je la pergi). Lepas tu hari Ahad ada pemeriksaan gigi percuma kat Surau Taman Sutera. Sapa yang dah lama tak check gigi tu (macam mama heheh) eloklah pergi ye. Tapi pemeriksaan je tau. Rawatan susulan kena pergi ke klinik gigi dan bukan percuma ye...
Apa aktiviti cuti sekolah kali ini? Minggu pertama anak-anak semua duduk kat Taska. Mama dan ayah kerja macam biasa. Minggu kedua barulah bermula dengan bermacam-macam aktiviti..
Kem Cuti Sekolah
Sebenarnya kem ni untuk anak-anak sutera yang berumur 10-16 tahun. Tapi disebabkan kabel yang besar (ayah ialah pengarah program), maka Luqman, Humaira dan Maisara pun dapat join sama. heheh.. takdelah. Sebenarnya nak meramaikan peserta. Biasalah time-time cuti sekolah ni ada yang tiba-tiba ada plan lain yang mula-mula bagi nama pun ada yang tarik diri saat akhir. Kebetulan pulak weekend tu ada kenduri kahwin sepupu kat kampung. Mula-mula ingat nak bagi dua - mama dan anak-anak balik kampung, ayah tinggal sini. Tapi bila 3 orang tu nak join kem, mama pun dah serba salah. Lebih-lebih lagi ayah perlukan seorang petugas wanita untuk tengok-tengokkan anak-anak perempuan. Sebagai seorang isteri yang baik (cewah) mestilah nak tolong suami kan.. ececeh... So terpaksalah mengorbankan kenduri sepupu tu dan juga barbeque di kampung (selalu balik kampung takde pulak nak buat BBQ, takpe lain kali kena buat lagi lah..masa orang ada..). Tapi takpe, kat kem pun ada barbeque kambing yang marvellous masakan chef Din..
Hari pertama kem di Sg Congkak - explorace, sukan rakyat, mandi air terjun dan BBQ. Malamnya ceramah motivasi di Surau Tmn Sutera.Hari kedua menakluk puncak Bukit Broga. Tapi hari kedua ni ayah je pergi sebab tak sesuai untuk anak-anak yang tak cukup umur nih.
Petang ahad selepas penaklukan puncak bukit broga, kami pun bertolak balik kampung. Oh terima kasih mak wa sebab simpankan baki-baki BBQ semalam dapatlah merasa udang bakar, sotong bakar, terubuk bakar, ayam bakar, kambing bakar dan kerang bakar... toche toche..
Air Terjun Sungai Bekok
Cadangnya nak ke Batu Pahat Wetworld hari isnin tu. Tapi alkisahnya masa kami sampai kampung petang ahad tu nizam, nazim, aneesa baru je pegi wetworld. Takkan esoknya nak pegi lagi kan. So kami pun bertukar arah ke Air Terjun Sg Bekok. Perjalanan selama 1 jam dari Batu Pahat. Nek dan Mak Wa pun ikut sekali. Bila dikira-kira, kami telah berjaya menyumbat 14 orang dalam innova kami heheh... Don't do this at home ok.. Wah mandi sungai lagi. Sg Bekok ni dah hampir ke Taman Negara Endau Rompin. Air terjunnya cantik cuma persekitarannya agak tidak terjaga dengan sampah tak dikutip. But apart from that air terjunnya memang sangat indah dan nyaman. Mama pun ikut terjun sekali hihi. Ayah seperti biasa dengan terapi tidur kat air terjunnya... Budak-budak puas menjelajah kawasan tu. Ikan pun banyak juga tapi tak dapat la nak menangkapnya takde jaring... Sambil-sambil tu makan bekalan nasi lemak... habis licin...
Balik dari air terjun memborong durian pulak... wah sekali ngadap dah habis...
Shopping baju raya
Aktiviti hari selasa, shopping baju raya pulak. Kalau nak tau, kedai kain kat Batu Pahat/Parit Sulong kira sama standard juga lah dengan Nilai 3 dan Tangkak. So memang setiap kali nak beli baju raya, kat sini lah kami memborong.. Tema kaler tahun ni?? rahsia... ehheheh... selalunya tema dipilih semasa di kedai sebab kena ikut baju ayah dulu.. Sebab ada certain-certain kaler je yang sesuai dengan ayah so kami kena ikut pilihan ayah... hehehh.. Alhamdulillah nenek pun kuat lagi jadi baju cucu-cucunya mama minta tolong nenek jahitkan (rahsia baru, hari tu mama baru beli mesin jahit tapi kotak pun tak bukak lagi dah berbulan2 dah..hehehhe bila la nak belajar jahit baju sendiri nih..)
Balik KL
Hari Rabu kami balik KL semula. Hari khamis budak-budak bercuti di rumah Mak Wa pulak. Tidur sana lagi. Hari khamis ingatkan kami nak buat urusan macam-macam tapi end up berehat je kat rumah... hihi sungguh tak produktif. Hari ni dah hari Jumaat. Pagi tadi sempat lagi berpiknik dan ber'jogging' di Lake Valley Park, Bandar Tun Hussein Onn dengan K Wa.
Esok Sabtu, lusa Ahad lepas tu Isnin back to work... uwaaa... and tonnes of works are waiting. Kat rumah sambil buat kerja-kerja UMi jeling-jeling juga la kat email2 opis tapi tengok tajuk je hehheh... can wait till monday lah...
Dan begitulah berakhirnya cuti sekolah kali ini... ok anak-anak semua, esok kita kena kemas almari buku ni dah bersepah-sepah ni ye....
No comments:
Post a Comment