May 11, 2010

Happy Birthday To Him and Me...

Minggu lepas, TM telah bermurah hati memberikan cuti kepada kami (dan semua staff TM di Menara TM)untuk celebrate birthday kami.. hehe :) thanks TM.

Haha just joking.. Tapi memang kami telah dipaksa mengambil Replacement Leave pada 6 May yang lalu untuk memberi laluan kepada AGM TM di Menara TM. (untuk mengurangkan kesesakan pada hari tersebut).

Oleh itu kami telah mengambil kesempatan untuk berjalan berdua-duaan.. cewah. Sebenarnya ada juga urusan kerajaan yang perlu diselesaikan tapi sambil menyelam minum lah air. Tapi yang tak bestnya terserempak pulak dengan Mek Eli n Pak Ikram. Gi tempat makan yang sama pulak tu. Tapi takpe.. adalah orang boleh tolong ambikkan gambar... hehhehe..



Selepas tu pada 7 May, baru kami celebrate dengan anak-anak. Takde celebrate apa pun. Just beli besday kek je... Besday kek pun share. Tak larat la pulak nak buat 2 kek, eh.. bukan buat beli je. sebenarnya tak larat nak makan 2 kek. hehhe..




Nak dijadikan cerita, entah macamana ayah set birthdate dia dalam facebook 8 May jugak. Jadinya semua orang wish ayah sehari lewat. Lepas tu semua orang macam kagum la tengok besday we all sama. Heheh... Ayah kata kalau nak bagitahu pun panjang pulak ceritanya. Biarkan je la. Tahun depan baru betulkan.

Hmm... dapat hadiah apa? hehhe untung juga birthday time-time bonus baru keluar nih.. hehheh..

May 03, 2010

Wasiat

Firman Allah SWT yang bermaksud,

"Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai satu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa" (Surah Al-Baqarah, ayat 180)

Hari ini dan esok Amanah Raya Berhad (ARB) ada buka kaunter untuk penulisan wasiat. Special discount 50% untuk staff TM. (from RM350 dah jadi RM175) Menarik tu. Tapi perlu bawa segala salinan dokumen yang diperlukan seperti IC, geran rumah, kereta, buku bank, etc.

Mama sebenarnya memang dah lama nak buat tapi tak buat-buat. Dan dah banyak kali juga dengar penerangan tentang penulisan wasiat.

Keywords: wasiat, harta sepencarian, hutang, hibah, harta pusaka.....

Harta - (hutang) - (harta sepencarian) - (hibah) = Harta pusaka (diuruskan secara faraid)

(ada sesiapa yang lebih arif kalau ada tersilap tolong betulkan)

Pernah faham tapi biasalah kita ni bila benda dah lama memang la terlupa. Banyak juga sebenarnya company yang menawarkan khidmat penulisan wasiat ini. Selain ARB ialah Bank Islam, AsSalihin Trustee Berhad, CIMB dan mungkin ada banyak lagi yang mama tak tau especially bank-bank yang ada islamic banking. Setiap satu akan mengenakan yuran perkhidmatan dalam anggaran RM300.

Sebenarnya ada satu cara yang sangat murah dan mudah. Tulis wasiat, masuk dalam sampul surat, dan poskan ke alamat sendiri. Ini Hj Hushim yang ajar ni.. Mula-mula dengar macam kelakar tapi beliau kata tarikh cop pada stem itu penting untuk dikira sebagai legal document. Oooo barulah paham...

Kenapa perlu berwasiat? Perlantikan badan tertentu sebagai wasi akan memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta kita selepas kematian. Mereka ialah orang yang arif dalam bidang ini. Dengan ini mereka diharap dapat mempercepatkan urusan pembahagian harta yang secara generalnya boleh memakan sehingga bertahun-tahun, ada yang berpuluh-puluh tahun pun tak settle. Jadi selama urusan itu tidak selesai, selagi itu waris kita tidak dapat guna harta kita. Apalagi kalau yang kita tinggalkan itu anak-anak yang masih kecil masih bersekolah ataupun isteri yang tidak bekerja.

Di sini mama jumpa link untuk simulate pembahagian harta pusaka apabila kita mati. Quite useful.

http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html

Tiba-tiba teringat hari tu ada dengar pasal ARB ada saham dalam syarikat arak dan judi. Errr... apa dah jadi? Bagaimanakah dengan kesahihan cerita ini? Ini yang buat tak jadi nak buat ni... Ada keraguan. Ayah jom kita gi kat Bank Islam tu lah... Tahun ni hadiah besday ialah surat wasiat.. (uik... takutnya... takut mati... apakah saya ini insan yang hidup dalam keredhaanNya??)