February 25, 2010

Family Day at Tiara Beach Resort, Port Dickson

20/21 Feb yang lepas, kami telah berFamily Day di Tiara Beach Resort, Port Dickson. Dah lama dah plan ni.. Mastermind nya ialah Pak Zan. Adik beradik mama memang ramai - 11 orang. Mama anak yang ke-9. Semua dah kahwin kecuali Mak Ima yang bongsu yang masih mencari Prince Charmingnya masuk meminang.. heheh.. So bila 10 x 2 + 1 + 1 + 30++ anak buah (I lost count already..) memang lah meriah.

Alhamdulillah kami dapat mengumpulkan seramai yang mungkin. Cuma yang tak dapat join ialah Pak Azim (menetap di Sabah), Mak Zun (kat UK- ikut Abg Din buat Phd) dan 2 orang anak Mak Nit - Husna (tengah study kat Mesir) dan Umar (tengah study kat Jepun). Mak Lin yang last-last minute kata tak dapat nak join pun alhamdulillah to the very last minute dapat juga datang

Dari kiri berdiri: Pak Ikram, Luqman, Mak Chik, Muaz, Mak Eli, Irsyad, Mak A, Mak Ima, Oja, Pak Oga, Arif, Mak Nit, Nenek, Mak Lin, Benjy, Syarah, Pak Alim, Mak Liza, Mak Wa, Adeeb, Ayie, Dek Min, Pak Lan.

Dari kiri duduk: Iskandar, Nazim, Qistina, Pak Asri, Ali, Nizam, Hazira, Imran, Haida, Mama, Raihana, Wani, Balqis, Mimi, Nana, Tasya, Humaira, Maisara, Aneesa

Tiada dalam gambar: Pak Zan (tukang ambik gambar), Pak Amin (tak sure plak kat mana, tengah berehat kot) dan Ayah (err.. sorry masa ni mama suruh ayah ambikkan baju mandi budak2 kat bilik.. hehhe)

Aktiviti-aktiviti kami memang best.

- Mandi kolam
- Main air
- Main bola dalam air
- Menyelam
- Sukaneka
--- Tiup belon sampai pecah (Kanak-kanak dan dewasa)
--- Ambil gula-gula dalam tepung (Kanak-kanak)
--- Lari berganti-ganti (Kanak-kanak berkumpulan)
--- Bungkus mumia (Keluarga)
--- Baling belon air (Pasangan)
- Birthday party Iskandar (anak Mak A)
- Makan malam
- Bazaar Mak Liza (tudung, kain ela) dan Mak Ima (brooch)
panjangnya meja...
Tapi yang frustnya pagi-pagi esoknya kami terpaksa bertolak balik ke Kajang untuk kejarkan Sukan Sekolah SERI ABIM. Tak puas main air lagi...

Anyway, this is the first time kami buat family day macam ni. Definitely a keeper. Should do it as annual event la..

Gambar dah banyak upload dalam FB. Malas pulak nak upload kat sini...

Cerita pasal sukan pulak, selepas ini...

February 23, 2010

Pengembaraan Bermula... Petrosains, KLCC

Banyaknya nak cerita!

Last few weeks was quite eventful for us.. Visit to Petrosains, Family Day at Tiara Beach Resort and Sukan ABIM 2010..

Lawatan ke Petrosains

Semasa cuti CNY yang lepas, kami berpeluang untuk ke Petrosains, KLCC. Pagi-pagi lagi kami dah bertolak dan nampaknya kami antara yang terawal masuk (9.30am baru kaunter buka). Kami ambil Family Package RM24 (2 adults and 2 children) + 1 children RM4. Imran dan Raihana masuk free (bawah 5 tahun). Kalau nak masuk Muzika (The science of music) kena tambah lagi RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Petrosains hanya tutup pada hari Isnin kecuali Public Holiday. Maknanya kalau Isnin tu Public Holiday dia buka la.. macam hari yang kami pergi ni.

Bermulalah pengembaraan kami...

1. Sedang menunggu untuk naik kapsul masa... 2. Maisara cuba kaut bijih pakai jentolak.
3. Jimatkan penggunaan minyak. Memandu dengan kelajuan mengikut had yang telah ditetapkan.
4. Rapper dinasour.. dinasour nyanyi lagu rap.. hehhe.. cool.

5. Humaira ni buat gaya apa ni?
6. Ramainya kami!!
7. Luqman Quadruplet??
8. Angkasawan to be
9. Aruhan electric
10. The little einstein

 11. Helicopter simulator.. Bila nak departure memang best/excited. Tapi bila dah landing pening kepala...
12. Melombong bijih timah.
13. Experience the hurricane... aaaaarrgghhhh nak terbang semua.. kakak peluk raihana..

14. Virtual Soccer? ye ye je budak-budak ni melompat untuk tahan bola maya daripada masuk gol.. heheh..
15. F1 drivers ready... set.. go... boleh ganti schumacher nih..

Kami habis tour satu petrosains tu dalam pukul 12 juga. Semua kelaparan. Masa kami keluar, punya lah ramai orang beratur nak masuk. Fuh, nasib baik kami datang awal..

Best tak anak-anak semua?? mestilah best kan...

February 19, 2010

Long-time-no-see friends in Facebook

Isn't it funny??

You have not seen an old friend for almost a decade. But recently you are catching up with her through her status update in Facebook.

One day, you bumped into her in the lift at your office.

"Err... kak ina kan? ani la ni..."
"ani? ooo ye la... housemate wan kat UK kan? La... camana boleh ada kat sini?"
"jadi vendor TM.."
"Oooo..."

errr.....

What is usually the question that you ask to people that you did not see for a long time?

" Look at you.. You look different from last time" (but you already saw her picture in FB you know her new look already)
" How many kids do you have, how old are they?" (you know already, she always talk about her kids in FB)
" Where do you live now?" (you know already .. around shah alam area.. eventhough not exactly..)
etc etc...

End up, you don't know what to talk about because pretty much you know everything about her already...

ahaha... funny isn't it?

Facebook... facebook....

February 08, 2010

Lawatan ke Perpustakaan Negara


Ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang dirancang. Pada hari Sabtu lepas, kami menghadiri majlis perkahwinan Rais, jiran setaman kami di Wisma Sejarah. Rupa-rupanya bersebelahan sahaja dengan Perpustakaan Negara. Kami pun tidak melepaskan peluang untuk ke sana selepas selesai menjamu selera dan melihat pasangan mempelai masuk bersanding.

Sebenarnya inilah kali pertama mama menjejakkan kaki ke Perpustakaan Negara ni (hehehe). Namun kami tak punya masa yang banyak untuk explore segenap pelusuk library ini. Kami hanya berpeluang untuk ke bahagian kanak-kanak. Ramai juga ibu bapa yang membawa anak-anak untuk membaca di sini. Untuk yang tak nak membaca, ada juga sudut multimedia dan video cerita Upin dan Ipin! Seronoklah Imran. Padahal Upin dan Ipin tu tiap-tiap hari boleh tengok kat rumah.

Luqman, Humaira, Maisara sibuk membaca buku. Raihana pula sibuk bermain dengan 'penyu' yang tersadai di tengah-tengah ruang membaca tu dengan 'senyapnya'. Ajak dia tengok buku pun tak mau. Mama rasa sebab dia dah mengantuk tak boleh nak concentrate baca buku..hehhe.
Seronok juga kan kalau ada library kat taman kita? Dengar-dengarnya ayah dah ada perancangan nak bawa cadangan Mini Library Taman Sutera ke pihak atasan. You go, ayah! We support you!
Ke arah mendidik generasi yang cintakan buku...

February 02, 2010

Mengantuk

Apakah punca mengantuk kat office?

1. malam tadi tak cukup tidur... anak-anak kacau (minta susu, nak pergi bilik air... etc etc)
2. malam tadi tak cukup tidur... suami kacau (no comment.. hehhe)
3. tidur tak lena malam tadi... mimpi macam-macam ( main combat, mimpi dikejar hantu..)
4. tidur lambat... tengok midnite movie..
5. badan letih tak cukup rehat
6. tak cukup oxygen di tempat kerja
7. kurang minum air.. (betul ke boleh jadi sebab?)
8. boring tak ada kerja... (bertuahnya..)
9. boring kerja semua dah siap.. (bagus.. baguss... manyak rajin)
10. PC rosak... ;)

Apa yang anda akan buat sekiranya anda mengantuk di office?

1. makan
2. dengar lagu sambil menyanyi
3. sembang dengan kawan sebelah
4. berjalan-jalan di sekitar office
5. layan fb (tapi dah kena block! heheh)
6. basuh muka (alang-alang tu ambil lah wudhu' terus)
7. buat senaman ringan
8. minum ice blended cappucino..
9. selotape mata anda atau tongkat mata dengan batang mancis
10. jangan ditahan mengantuk itu.. lelapkanlah mata tu barang seminit dua...

Apa-apa pun, kerja tu amanah. So kena lah laksanakan dengan sejujurnya. Maklumlah.. kita ni makan gaji. Kalau company bapak kita takpelah kot.. hehhe.

Sebenarnya mama yang tengah mengantuk ni... hheheh... Bestnya tengok baby duorang ni tidur... zzzzzzzzzzzzz