February 08, 2010

Lawatan ke Perpustakaan Negara


Ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang dirancang. Pada hari Sabtu lepas, kami menghadiri majlis perkahwinan Rais, jiran setaman kami di Wisma Sejarah. Rupa-rupanya bersebelahan sahaja dengan Perpustakaan Negara. Kami pun tidak melepaskan peluang untuk ke sana selepas selesai menjamu selera dan melihat pasangan mempelai masuk bersanding.

Sebenarnya inilah kali pertama mama menjejakkan kaki ke Perpustakaan Negara ni (hehehe). Namun kami tak punya masa yang banyak untuk explore segenap pelusuk library ini. Kami hanya berpeluang untuk ke bahagian kanak-kanak. Ramai juga ibu bapa yang membawa anak-anak untuk membaca di sini. Untuk yang tak nak membaca, ada juga sudut multimedia dan video cerita Upin dan Ipin! Seronoklah Imran. Padahal Upin dan Ipin tu tiap-tiap hari boleh tengok kat rumah.

Luqman, Humaira, Maisara sibuk membaca buku. Raihana pula sibuk bermain dengan 'penyu' yang tersadai di tengah-tengah ruang membaca tu dengan 'senyapnya'. Ajak dia tengok buku pun tak mau. Mama rasa sebab dia dah mengantuk tak boleh nak concentrate baca buku..hehhe.
Seronok juga kan kalau ada library kat taman kita? Dengar-dengarnya ayah dah ada perancangan nak bawa cadangan Mini Library Taman Sutera ke pihak atasan. You go, ayah! We support you!
Ke arah mendidik generasi yang cintakan buku...

No comments: