Majlis Konvo Addin bagi sessi tahun 2009 telah diadakan pada 6 Disember yang lepas di Dewan Cempaka, Kompleks PKNS Bangi.
Seperti tahun sebelum-sebelumnya, memang ada macam-macam persembahan. Dah jadi macam konsert la juga. Seronok tengok anak-anak kecil ini bernasyid, mengaji, bercerita, menari, berlakon dan sebagainya.
Humaira Maisara semua persembahan nak diconquernye... Mula-mula Humaira membaca al-Quran Surah Luqman. Maisara baca terjemahannya. Lepas tu nasyid khatam al-Quran dan the famous 'Addin is the best' nasyid. (Dah 3 tahun dah kitorang dengar nasyid ni.. huhu.. trademark la tu..)
Chicken dance pun diorang masuk, berlakon kisah Namrud dan Nabi Ibrahim pun diorang juga, nasyid Give thanks to Allah pun diorang solo dua orang. (solo tapi dua orang.. heheh).. Kelam kabut je.
Imran? hmm... Jejaka ni agak pemalu sikit la.. tak macam kakak-kakak dia. Mula-mula Imran kena jadi nyamuk dalam kisah Namrud tu. Tapi bila dah akhir-akhir latihan tu asyik tak datang je sebab mama cuti lama hari tu kan. Lepas tu bila pegi sekolah balik pun macam tak nak je jadi nyamuk tu. Untuk tidak menyebabkan huru hara masa hari persembahan tu, nama imran pun telah digugurkan untuk menjadi nyamuk pada saat akhir. Apa la imran ni.. jadi nyamuk kan kiut.. heheh..
Anyway, congratulations to Humaira and Maisara who successfully completed their pre-school with outstanding achievements. Humaira was Terbaik Bacaan AlQuran while Maisara was Terbaik Bahasa Melayu. Hope they can maintain their enthusiasm in the future at SERI Abim.
You go girlzzz!
No comments:
Post a Comment