Ah.. sudah 2 minggu mama tak update blog ni. Walaupun berehat di rumah, agak malas nak buka notebook. Setakat update FB thru mobile je oklah..
The lost
Usia kandungan baru masuk 3 bulan. Sebenarnya sejak awal lagi kandungan kali ini memang agak bermasalah kerana mama mengalami bleeding. Tapi sikit-sikit je. Doc pun ada bagi ubat dan lepas tu dah takde bleeding lagi. Bila scan baby pun nampak ok.. heartbeat and size semua ok. Sehinggalah bila nak masuk 11 weeks, start ada bleeding semula.. and my instinct pun rasa lain macam. Sebab tak rasa macam pregnant... makan semua ok, takde morning sickness dan yang paling pelik sekali ialah perut tak naik langsung. Kain baju kurung semua fit in macam biasa takde perbezaan..
So that tuesday morning, accompanied by ayah, we went to Klinik Zarif to check and when dr. faridah scanned, there you go.. the baby has no heartbeat. just lying in my womb motionless. We are referred to Hospital Annur to confirm. And it is confirmed. And the next day, i went for D&C (Dilation & Curretage). And i missed luqman's ihtifal the next day. (luqman dapat terbaik subject pendidikan teras islam. Position in class nombor 4. was an improvement because mid year he's got no. 10 in class. well done luqman..)
The confinement
It is not the same.. being in a confinement without a baby.. so just rest la.. 2-3 days rasa badan dah kuat buat keje macam tak pantang.. but 4-5 days badan start rasa bisa-bisa and lenguh-lenguh... terus panggil K Tim tukang urut. Bila dia pegang je tangan mama dia kata meremang bulu roma dia sebab badan mama banyak sangat angin ni.. hehhe... seperti kata syahril, tukang urut dan perkataan angin memang tak dapat dipisahkan so jangan ambik hati.. k tim kata urat kat perut ni bengkak. k tim kata gugur ni lagi kena pantang lebih sebab dia macam dipaksa, bukan secara natural. so mungkin masa cuci tu doc tu terkasar sikit ke.. so macam luka kat dalam.. wallahua'lam.. mama bukan doctor.. tak tau.. Anyway, manalah nak berpantang berehat sangat dalam keadaan berpantang sendiri ni.. abis tu sapa nak masak untuk kita? sikit-sikit rumah tu nak le kita kemas, pinggan-pinggan kotor kat dapur tu nak jugak dibasuhnya. lebih-lebih lagi budak2 start cuti sekolah, ambik kesempatan la tak gi taska sebab mama ada kat rumah. so mana yang boleh berehat mama rehat la.. kalau budak-budak buat sepah mama biar jelah.. nak jerit-jerit kat budak-budak ni suh kemas pun penat jugak tu.. abis tenaga.. hehheh...
k lin kata kena pantang 40 hari.. k tim kata kena pantang 30 hari.. mak suruh pantang dalam 20 hari... hari ni hari ke 15, so i go for 20 days la... hehhe...
back t0 work
not yet.. supposedly mama masuk keje hari ni after mc for 2 weeks. tapi semalam follow up checkup doc bagi another week sebab bleeding tak stop lagi. ada kemungkinan infection so doc bagi antibiotic. so here i am at home lying on the sofa with a laptop on my lap. hehehhe... the kids are messing the house. Kalau gaduh sikit je siaplah keluar suara mama..
" aaa.. kalau asyik gaduh je tak dengar cakap mama esok semua kena dok sekolah sampai petang.."
hehhehe...
alamak.. raihana pulak dah mintak nenen... ini satu lagi ni.. konon nak weankan dia.. tapi sejak tak jadi ni menjadi-jadi pulak...
to be continued...
No comments:
Post a Comment