December 21, 2009

Convo Addin 2009

Majlis Konvo Addin bagi sessi tahun 2009 telah diadakan pada 6 Disember yang lepas di Dewan Cempaka, Kompleks PKNS Bangi.

Seperti tahun sebelum-sebelumnya, memang ada macam-macam persembahan. Dah jadi macam konsert la juga. Seronok tengok anak-anak kecil ini bernasyid, mengaji, bercerita, menari, berlakon dan sebagainya.

Humaira Maisara semua persembahan nak diconquernye... Mula-mula Humaira membaca al-Quran Surah Luqman. Maisara baca terjemahannya. Lepas tu nasyid khatam al-Quran dan the famous 'Addin is the best' nasyid. (Dah 3 tahun dah kitorang dengar nasyid ni.. huhu.. trademark la tu..)

Chicken dance pun diorang masuk, berlakon kisah Namrud dan Nabi Ibrahim pun diorang juga, nasyid Give thanks to Allah pun diorang solo dua orang. (solo tapi dua orang.. heheh).. Kelam kabut je.

Imran? hmm... Jejaka ni agak pemalu sikit la.. tak macam kakak-kakak dia. Mula-mula Imran kena jadi nyamuk dalam kisah Namrud tu. Tapi bila dah akhir-akhir latihan tu asyik tak datang je sebab mama cuti lama hari tu kan. Lepas tu bila pegi sekolah balik pun macam tak nak je jadi nyamuk tu. Untuk tidak menyebabkan huru hara masa hari persembahan tu, nama imran pun telah digugurkan untuk menjadi nyamuk pada saat akhir. Apa la imran ni.. jadi nyamuk kan kiut.. heheh..

Anyway, congratulations to Humaira and Maisara who successfully completed their pre-school with outstanding achievements. Humaira was Terbaik Bacaan AlQuran while Maisara was Terbaik Bahasa Melayu. Hope they can maintain their enthusiasm in the future at SERI Abim.

You go girlzzz!

Congrats!!!!
Chicken dance. Tak sangka pulak mama rupanya chicken dance ni terkenal di seluruh dunia. Sebab few days after convo, mama pulak buat chicken dance masa GIT KSS. heheh...
Raihana sungguh glamer duduk depan pentas. Depan VIP tu.. siap baring-baring lagi depan tu..hehhe..Finale.. semua naik pentas berselawat..



December 15, 2009

aduh.. sakit kepalaku...

Sungguh tak berkesempatan nak update blog ni. Almaklumlah baru last week masuk kerja banyak benda nak kena catch up. Boss pula MC (berganti-gantilah pulak..) so sedikit sebanyak kena la tolong cover especially on Product punya meeting macam Gate 5 dan sebagainya.
Aha.. sebenarnya kepala tengah pening memikirkan requirement untuk 2010 yang dah masuk bertimpa-timpa... Rasanya untuk setahun depan ni dah penuh dah schedule kitorang. Yang tambah peningnya bila semua nak cepat, aha.. bergaduhlah korang mana nak buat dulu... kami terima je.

Anyway, last weekend kami sempat berjalan-jalan sikit. Takdelah jauh mana. Pergi kenduri kahwin Ayu Cik Mah kat Kelana Jaya. Dapat orang Kuwait tu.. Ayu kata dah orang Malaysia tak nak kat dia.. Takpelah jodoh pertemuan di tangan Allah. Semoga kekal hingga ke syurga.

Lepas tu kami ke Klang pula menghadiri majlis aqiqah anak Iti (kawan ayah, and also my junior masa kat U dulu). Lepas tu sempat lagi kami bershopping kat Jusco Bukit Tinggi, Klang. Jusco terbesar katanya? memang luas.. Sempat merembat beberapa barang sekolah. Yang paling best dapat makan Papa John.. selalu terliur kalau tengok iklan kat astro.. hehhe...





December 03, 2009

The Story..

Ah.. sudah 2 minggu mama tak update blog ni. Walaupun berehat di rumah, agak malas nak buka notebook. Setakat update FB thru mobile je oklah..

The lost

Usia kandungan baru masuk 3 bulan. Sebenarnya sejak awal lagi kandungan kali ini memang agak bermasalah kerana mama mengalami bleeding. Tapi sikit-sikit je. Doc pun ada bagi ubat dan lepas tu dah takde bleeding lagi. Bila scan baby pun nampak ok.. heartbeat and size semua ok. Sehinggalah bila nak masuk 11 weeks, start ada bleeding semula.. and my instinct pun rasa lain macam. Sebab tak rasa macam pregnant... makan semua ok, takde morning sickness dan yang paling pelik sekali ialah perut tak naik langsung. Kain baju kurung semua fit in macam biasa takde perbezaan..

So that tuesday morning, accompanied by ayah, we went to Klinik Zarif to check and when dr. faridah scanned, there you go.. the baby has no heartbeat. just lying in my womb motionless. We are referred to Hospital Annur to confirm. And it is confirmed. And the next day, i went for D&C (Dilation & Curretage). And i missed luqman's ihtifal the next day. (luqman dapat terbaik subject pendidikan teras islam. Position in class nombor 4. was an improvement because mid year he's got no. 10 in class. well done luqman..)

The confinement

It is not the same.. being in a confinement without a baby.. so just rest la.. 2-3 days rasa badan dah kuat buat keje macam tak pantang.. but 4-5 days badan start rasa bisa-bisa and lenguh-lenguh... terus panggil K Tim tukang urut. Bila dia pegang je tangan mama dia kata meremang bulu roma dia sebab badan mama banyak sangat angin ni.. hehhe... seperti kata syahril, tukang urut dan perkataan angin memang tak dapat dipisahkan so jangan ambik hati.. k tim kata urat kat perut ni bengkak. k tim kata gugur ni lagi kena pantang lebih sebab dia macam dipaksa, bukan secara natural. so mungkin masa cuci tu doc tu terkasar sikit ke.. so macam luka kat dalam.. wallahua'lam.. mama bukan doctor.. tak tau.. Anyway, manalah nak berpantang berehat sangat dalam keadaan berpantang sendiri ni.. abis tu sapa nak masak untuk kita? sikit-sikit rumah tu nak le kita kemas, pinggan-pinggan kotor kat dapur tu nak jugak dibasuhnya. lebih-lebih lagi budak2 start cuti sekolah, ambik kesempatan la tak gi taska sebab mama ada kat rumah. so mana yang boleh berehat mama rehat la.. kalau budak-budak buat sepah mama biar jelah.. nak jerit-jerit kat budak-budak ni suh kemas pun penat jugak tu.. abis tenaga.. hehheh...

k lin kata kena pantang 40 hari.. k tim kata kena pantang 30 hari.. mak suruh pantang dalam 20 hari... hari ni hari ke 15, so i go for 20 days la... hehhe...

back t0 work

not yet.. supposedly mama masuk keje hari ni after mc for 2 weeks. tapi semalam follow up checkup doc bagi another week sebab bleeding tak stop lagi. ada kemungkinan infection so doc bagi antibiotic. so here i am at home lying on the sofa with a laptop on my lap. hehehhe... the kids are messing the house. Kalau gaduh sikit je siaplah keluar suara mama..

" aaa.. kalau asyik gaduh je tak dengar cakap mama esok semua kena dok sekolah sampai petang.."

hehhehe...

alamak.. raihana pulak dah mintak nenen... ini satu lagi ni.. konon nak weankan dia.. tapi sejak tak jadi ni menjadi-jadi pulak...

to be continued...