February 24, 2009

cerita ceriti...

21/02/09 - standby at command center

petang ni mama kena keje... 3pm - 9pm.. standby kat KLJ sebab ada datacenter maintenance activity... serba salah juga nak tinggalkan ayah dengan 5 orang askar tu.. heheh... tapi sebab sebelum ni pun banyak kali dah mengelak bila ada incidents kat datacenter... lagipun memang semua orang kena take shift... so terpaksalah juga dengan berat hati... itupun kul 10.30pm gak sampai kat rumah... sampai rumah budak2 pun tak tidur lagi... luqman pun tak tidur lagi???!! esok kan luqman punye hari sukan....

22/02/09 - hari sukan SERI ABIM

kul 7.20 pagi lagi kami dah keluar sebab sukan start kul 8am... malam tadi mama walaupun penat-penat balik keje tu sempat lagi buat sandwich. jadinye pagi-pagi dah tak sibuk sangat dah... luqman masuk acara lumba lari 80m, (wah ada gak yang mengikut jejak lari mama nih... cewah). dengan sukaneka control bola (sebenarnya leret bola guna gelung tu...). Kalau menang ada chance la luqman nak gi alor setaq sebab peringkat kebangsaan buat kat sana... boleh la kita sambil melawat mak long... kalau menang la...


acara perbarisan... luqman rumah merah...


luqman kat garisan mula... lane paling kiri sekali
(gambo jauh... guna camera phone mana ada zoom... )
ke garisan.. sedia ... pritttt...
luqman! luqman! luqman!.. (gambo tengah lari tak sempat amik sebab dok sibuk menyorak..)
penat sorak... akhirnya luqman dapat nombor tah la 4 ke 5 gaknya... yang penting tak corot la... tengok gaya luqman lari cam pelik je... pastu dok sibuk tengok orang lain... mama tak sempat nak coach la... takpe cuba lagi next year..

tukang sorak... pom pom girls... hehhe...

yang bestnya, lepas acara 80m tu patutnya luqman kena siap sedia untuk acara control bola tu pulak.. bila tengok kat tengah padang tu macam takde je luqman... sampai dah start dah... pastu tetiba luqman naik atas tempat kitorang duduk tu... pastu baru dia perasan... tapi bila turun padang pun dah terlambat dah.. acara dah start... alamak..rugilah luqman sebab rumah merah dapat no. 2.. kalau tak boleh la dapat hadiah botol air tu...

disebabkan luqman pun dah kalah dan raihana pun dah bising mengantuk so kami pun mengundurkan diri dan buat acara sendiri....


acara lumba lari 30m..

raihana pun nak lumba lari jugak...
dan yang paling best... acara makan aiskrim... yeaaaa....
23/02/09 - sepetang bersama luqman
hari ni mama cuti sebab luqman cuti sebab semalam kan hari sukan sekolah... tapi pagi-pagi lagi dah dapat wake up call from syahril... "you standby lepas ni kan, boleh datang by 6.30 tak sebab i kena hantar my wife pegi keja kul 7" errr.... mama blank kejap.... memang la power activity tu tak settle lagi tapi takde sapa bagitau pun mama kena standby kul 6 pagi hari ni... ye la silap mama gak tak ambik tau pasal bende nih.. ingat hari tu dah standby kire dah lepas la... hheheh.. mintak tolong syahril tanya sesapa dulu sebab mama cuti hari ni...
dalam kul 8 tu dapat sms plak dr hj ezani mintak standby dengan nazirah sebab nazirah dah standby mlm tadi sampai kul 12 lebih... hmmm... oklah... boleh kot mama gi kejap dalam kul 11 ke sebab memang nak gi menara kejap pun sebab nak kena sign evaluation report.. so terpaksalah mama mengangkut luqman ke menara dan kemudian ke KLJ. siap bawak buku kerja lagi... tapi sampai-sampai je tekun.. lepas tu luqman dah mula boring dah...keluar masuk, nasib baik ada gula-gula kat situ... habis dia sorang bedal...pastu pakcik ramlee pun rajin melayan dia bukak citer upin dan ipin dalam notebook.... oklah occupied sikit... kul 1 dia dah rimas dah... mama pukul 2 baru ada orang ganti nih.... oleh itu mama telah berjanji untuk bawak dia gi supermarket lepas nih...
dalam kul 2.30 gitu kami pun pegilah meronda giant KLJ tu... takde lah shopping pun.. mana ada duit hujung2 bulan nih... tapi seperti biasa, acara paling best ialah... makan... hehhehe...
hmmmm...... sedapnya ABC.!!!

February 20, 2009

Tahukah anda..

Tahukah anda?

Sultan Salahudin Ayub, ketua tentera Islam dan khalifah dari kerajaan Al-Aiyubi di Mesir telah berjaya menawan Jurusalem dari pihak tentera salib pada tahun 1187M. Namun Jurusalem jatuh semula ke tangan tentera salib pada tahun 1247M.

Apakah ada yang dapat mencontohi kekuatan semangat jihad oleh Sultan Salahudin dan tenteranya untuk membela nasib Palestin sekarang??

I am sure there are a lot...

Ya Allah... selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin, hancur musnahkanlah Rejim Zionis...

" Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yag ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lidah (dakwah)." - Sayyid Abul 'Ala al-Maududi.

sapa nak baca novel sejarah Salahudin Ayubi Penakluk Jurusalem, mama ada....

February 16, 2009

PPSMI

Apa itu PPSMI?

PPSMI = Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

Terpanggil mama untuk komen tentang PPSMI ni setelah malam tadi tengok berita tentang GAPENA buat laporan polis ke atas Kementerian Pelajaran Malaysia kerana PPSMI telah melanggar beberapa akta. (refer here).

Dulu pun masa mula-mula diperkenalkan mama dah komen.. (posting dolu-dolu). tapi sekadar komen je la... tapi sekarang ni bila dah terkena dekat batang hidung sendiri (indirectly la..) rasanya nak kena buat something la.. maksud mama sebab sekarang luqman dah darjah satu. bila tengok dia buat maths and science rasanya kalau dalam bahasa malaysia ianya sangatlah kacang goreng.. tapi bila dalam english bende yang senang jadi susah. Sebab tak paham soalan.. Sebab tak terrer english.. itulah masalahnya... luqman pun kalau BM boleh la baca tapi pun tak berapa lancar lagi.. apa lagi nak baca english. anyway, kalau pun luqman boleh faham soalan, ada satu lagi masalah iaitu nak menjawab soalan... dia tau tapi tak tau nak mentranslatekannya ke bahasa inggeris...

hmmm... masalah juga.. sebab english tu bukan bahasa ibunda.. kat rumah pun... walaupun dulu mama speaking london tapi kalau dah jawa tu jawa jugek... heheh.. kalau nak speaking ngan budak2 ni rasa macam nak tergeliat lidah... hehe.. nama je mak bapak belajo kat oversea yek...

anyway, mama sokong tindakan NGO-NGO yang memperjuangkan bahasa melayu.. objektif kita nak belajar sains dan matematik.. kalau nak belajar english masa subject english la... tak perlulah kita agung-agungkan sangat bahasa orang luar tu.. tengok jepun, france.. diorang nih bukannya reti sangat cakap omputeh tapi technology tetap canggih...

so nak buat mana satu? nak bagi luqman terrer english ke nak suruh kerajaan mansuhkan PPSMI? fuh.. what an option.. :)

isk.. next month luqman dah start test... doakan...

February 10, 2009

Kemelut yang melanda..

Kemelut yang melanda negeri Perak sekarang sudah tentunya menyebabkan banyak pihak merasa gundah gulana. Apakah agaknya kesudahannya? Sama-samalah kita berdoa semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayahNya..