January 06, 2009

luqman's first day in school

5/1/09 was luqman's first day in school..

mama: cemana luqman best tak sekolah?
luqman: best!!
mama: (cewah) ramai kawan?
luqman: ramai sangat..
mama: sapa yang satu kelas dengan luqman?
luqman: azam, amni, uzma dengan ariff.
mama: kawan baru sapa nama?
luqman: fatin. yang lain luqman tak ingat la..
mama: (uik!?) dah belajar apa hari ni?
luqman: belajar banyaak... tapi senang je.. semua luqman dah tau...
mama: (cewah)


bersiap nak pegi sekolah


first day, mama ayah hantar la... esok onwards naik van cikgu niza... excited nampak...

kat kelas, duduk sebelah abdullah azzam..

suasana hingar bingar kelas waktu dah nak balik... padahal cikgu tengah bercakap kat depan tu.. isk isk... luqman pun dok berjalan ke depan ke belakang... dengan baju dah terkeluar... isk isk...

after school, mama nak ajar luqman beli pape... tengahari dengan pagi no problem sebab food provided. so kalau nak beli pape pun petang la kalau dah lapar balik... tapi mak oii ramainya budak2 nak membeli kat koperasi tu.. berebut2 pulak tu... cemana nak ngajor luqman ni... kalau beratur memang tak dapat ni.. luqman nak beli aiskrim... last-last mama suruh luqman berebut jugak la.. isk isk... apalah mama ni ajar orang suruh berebut pulak... huhu... tapi bila dah kena tolak2 tu luqman give up la... pastu menangis pulak... alamak.. tak macho la luqman... terpaksalah mama pujuk dia pegi beli aiskrim kat kedai lain je... takkan setiap kali camtu kot.. maybe sebab ramai budak darjah satu tak reti nak beratur lagi kot.. hope it gets better...
and guess what, not only luqman but imran too is going to a new school...

ceh.. buat muka cute pulak... kalau berdiri tu nampak la baju 'gedobor' sikit sebab pakai baju luqman dulu.. hehheh...

No comments: