November 28, 2006

tuut.. tuut...

pagi ni mama naik lrt sebab ayah nak putrajaya nak uruskan renew permit bibik. what an experience.. bukanlah mama tak pernah naik lrt.. cuma dah lama tak naik.. naik kat sg besi nak turun kat masjid jamik nak kena tukar naik PUTRA.. punya la ramainya manusia yang tengah beratut tunggu train kat situ... rupa-rupanya yang ramai yang nak ke belah KLCC.. nasib baik mama nak ke opposite site.. yang nak ke Kelana Jaya tu satu line pun tak sampai gaknye... nasib baik.. nasib baik... berapa lama la gaknya diorang nak tunggu nak dapat naik train tu.. dah le train yang sampai tu pun dah tersedia penuh dengan orang..

tak sampai beberapa minit, train mama pun sampai.. bila lepas satu stesen, ramai juga orang turun pastu terus berkejar ke train yang baru sampai yang ke opposite site.. ooo.. rupanya diorang ni nak ke belah KLCC tu ... tapi naik dari sini... bijak... bijak...

tetiba teringat pulak dulu zaman-zaman kat london dulu... naik tube.. tube kat sana panjang.. lebih kurang cam STAR tapi laju... setiap 2-3 minit train sampai.. and then kalau kat bahagian yang busy tu yang kat central tu ada banyak option.. boleh lalu kot ni.. atau lalu kot nuu.. kat sana ada banyak line.. circle line, district line, central line, bakerloo line, piccadilly line, hammersmith line, metropolitan line.. apatah lagi.. rasanya ada lagi tapi tak ingat la... semua tu ada colourcode masing-masing.. so kat some stations some of these lines akan connected...


kire efficient la jugak.. and coverage tu memang sampai ke hujung london pun dia cover.. kire takde masalah la takde keta boleh sampai ke mana-mana je.. and then kat sana pun kalau satu tempat tu dlm 20-30 minutes walk from tube station pun kire dekat la tu dengan stesen tu... and orang tak kisah pun berjalan.. tapi maybe kat sana cuaca pun memainkan peranan kot..kalau kat sini..haii.. berpeluh la den...


(gambo beraya dlm tube tahun 2000 dengan housemate edgware road)

anyway tadi dekat kul 9 mama sampai.. sorry boss.. (nasib baik takde punch card.. hehhe)

November 27, 2006

Kuliah Maghrib 26112006

Alhamdulillah.. semalam mama dapat ikut ayah pegi dengar kuliah maghrib kat surau taman sutera.. rasa macam dah lama benor tak dengar kuliah2 macam nih.. the last one mama pegi kuliah zohor masa bulan ramadhan hari tu kat surau menara.. itu pun sekejap aje kuliahnya sebab time keje kan break tengahari pun sekejap je.. budak-budak semua tinggal kat rumah dengan bibik.. nak bagi bibik praktis la jap lagi nak kena jaga semua bila budak2 dah masuk tadika nanti..

malam tadi penceramah jemputan ialah Ustaz Badrul Amin.. yang famous dengan kaset zikir munajatnya... hebat jugak connection orang tmn sutera ni.. hari tu ustaz nasaruddin at-tantawi, ustaz akashah pun pernah jadi penceramah.. kuliah malam tadi banyak membincangkan tentang permasalahan umat islam zaman sekarang..

antara isi kandungan kuliah...

Kita semua akan mati dalam masa 7 hari.. ngeri tak? bila kita fikir macam tu mesti ngeri kan.. rasa macam tak lama lagi.. kalau tak isnin, selasa.. kalau tak selasa,, rabu........... kalau tak sabtu, ahad... dalam 7 hari ni je la.. takde hari yang ke lapan... dah cukup ke bekalan kite? ada orang buat mahligai 8juta.. agak2 bilik mana dia duduk bila dia mati nanti? yang 6 kaki tu jugak la.. orang sekarang sibuk carik harta, kuasa, pangkat... "harta itu untuk anak2 nanti.." jawabnya.. orang yang ditinggal tu boleh cari harta sendiri.. yang patut kita risaukan ialah cukupkah bekalan kita bila kita mati?

orang sekarang ramai yang bertuhankan nafsu, harta, pangkat, kuasa.. nabi muhammad (SAW) dihina.. katanya nabi dulu berjanggut sebab takde pisau cukur.. astaghfirullah.. al-quran sekadar dibaca tapi isinya tak dijadikan panduan..

kena yakin dengan syariat islam.. last 2 weeks Sisters In Islam buat kenyataan di New York (i have yet to google some info on that)..katanya undang-undang syariah tak boleh guna sebab dicipta oleh orang lelaki (dia kata hadith tu campur tangan manusia yang bernama lelaki).. lelaki boleh kawin 2,3,4.. persaksian lelaki satu wanita kena dua.. harta pusaka lelaki dpt 2 bahagian, perempuan dpt 1 bahagian.. dari segi logik akal memang la nampak macam tak adil.. tapi kita kena yakin dengannya kerana ianya adalah hukum Allah..

sebenarnya semua itu ada hikmahnya... contoh satu yang mama ingat masa belajar faraidh dulu.. kenapa lelaki dapat 2 bahagian perempuan dapat 1? sebabnya lelaki yang kena bagi nafkah isteri dan anak2..jadi walaupun lelaki dapat 2 tapi kena bagi nafkah kat tanggungannya... yang perempuan walaupun dapat satu bahagian tapi memang untuk dia sorang je.. malah dapat lagi nafkah dari si lelaki...

tapi seperti kata ustaz.. kite kena yakin 100% dengannya tapi yang nampak pincang mungkin perlaksanaannya...

bab murtad.. ustaz pernah beri kaunseling kepada sekumpulan remaja murtad..

simple question..
ustaz: "kenapa murtad?"
remaja: "bukankah semua agama sama?"
ustaz: "sapa ajar macam tu?"
remaja: "islam hadhari.."

astaghfirullahal azim... betul ke islam hadhari ajar macam tu? baca artikel pasal Menteri dato' rais yatim yang kata semua agama sama. tidak ada agama yang lebih dari agama lain..
ustaz kata islam hadhari adalah seperti islam liberal di indonesia di mana agama adalah hak peribadi .. "do not legislate or police morality" (soal akhlak tidak wajar dikawal oleh undang-undang).."I am a master over my body and my mind so long I do not cause harm to others"

bahaya.. sungguh bahaya...

kisah sms sekumpulan pelajar akan dibaptiskan di sebuah gereja di ipoh oleh dato azhar mansor.. bila hari ahad tu tak datang pun kumpulan tersebut? tak datang ke tak jadi datang ke tak berani datang? dah bila tersebar cerita tu mungkin diorang takut nak datang.. pastu pi kata sms palsu.. yang dicekupnya Raja Sherina.. baca pagi ni baru je dilepaskan dari tahanan reman dengan jaminan polis.. yang ustaz pelik, apsal tak cekup dato' azhar atau imam gereja atau cikgu sekolah ungku omar tu? check betul ke diorang ada plan untuk buat acara tersebut.. sekarang ni orang dah takut dah nak sms pape.. macam ada agenda je..

ustaz kata taktik jahat untuk sebuah kerajaan berkuasa ialah.. takutkan rakyat, miskinkan rakyat, apa ye satu lagi mama tak ingat..

ada la banyak lagi kisah2.. kisah pejuang hizbullah di lubnan yang berebut2 nak lawan yahudi.. terpaksa ditapis-tapis akhirnya yang dipilih seramai 1700 orang.. yang tak dapat pergi menangis-nangis tak dipilih.. mereka berjaya mengalahkan tentera yahudi yang berjumlah 70000 orang.. masya allah betapa tingginya semangat juang mereka... itu yang payah nak cari sekarang...

kisah ustaz ditahan dilokap, masuk ISA selama 2 tahun.. hanya kerana beliau mengimamkan solat hajat di masjid negara.. kerana masa tu tengah panas tentang reformasi selepas anwar ibrahim dipecat dan ditangkap..

ada lagi kot isi-isi yang mama tokleh nak recall sangat.. oklah juga ni nak share sikit2... yang penting ialah kita kena jaga aqidah kita.. insya allah the rest will follow.. cuma kadang2 kita tak perasan bende2 yang boleh merosakkan aqidah kita sikit demi sedikit.. contohnya mungkin kite treat TV lebih besar dari Allah... kite tak sedar.. mata selalu pandang dosa, telinga selalu dengar dosa.. makanan kita tak jaga..jadi gelap hati kita.. kena banyak doa sucikan hati kita... selalu dengar peringatan2... kuliah, usrah, program agama... supaya kite tidak terlalai dihanyutkan arus dunia yang fana..

Ya Allah, janganlah engkau bolak-balikkan hati kami setelah Engkau memberikan hidayah kepada kami dan berikanlah kepada kami limpahan rahmat-Mu.. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Memberi..


November 24, 2006

sketsa sebuah kehidupan...

aahhh..
segarnya pagi ini...
udara terasa nyaman, segar..
disulami haruman embun yang menambah kecergasan minda...
sang suria menyinar indah menceriakan lagi suasana hening pagi..
burung-burung berkicauan bersiulan melagukan irama asyik..
dilatarkan dengan sayup-sayup bunyi kenderaan datang dan pergi...
manusia di sekeliling juga kelihatan ramah sekali..
tersenyum, tertawa.. manis mukanya...
semuanya indah sekali hari ini..

yang penting.. aku dapat bernafas lega hari ini...
setelah hampir bermingguan nafasku tersekat-sekat..
kegersangan..
ku toleh kiri.. gersang..
ku toleh kanan.. gersang..

namun akhirnya..
turunnya rintik-rintik rezeki...
alhamdulillah...
penantianku telah berakhir...

dan hari ni boleh enjoy... !
yea yea.. gaji masuk hari ni!!!!




November 21, 2006

Al-Mu'allim

Dulu mama memang ada simpan videoclip Al-Mu'allim ni dlm pc. pastu hard disk corrupt.. pastu carik balik dalam internet link tu dah tokleh guna dah.. sampai la baru-baru ni mama terpikir nak carik kat youtube. nasib baik jumpa... bestnyer.. mama suka lagu ni.. even the kidz pun suka.. selalu mainkan album al-mu'allim dlm keta.. bukan lagu ni je best... lagu-lagu lain pun best juga..

tapi cuma lately ni dengar-dengar ramai sangat remaja2 pompuan yang taksub dengan Sami Yusuf ni.. especially yang kat middle east sana la... and Sami Yusuf ni pun banyak buat concert nasyeed and turned out most of the audience are young females which it was believed that they came for the wrong reason.. apa taknye.. dah la lagu sedap.. suara pun sedap.. hensem plak tu... they scream at him, shout his names then ada yang sampai naik atas kerusi..

i don't know.. i believe Sami's intention was good.. that is to spread islam through his songs.. but now seems like the scenario has become a bit complicated..

Allah Knows best..

more about Sami at his website





November 17, 2006

Kelantan terbukti cemerlang di bawah PAS

Dari Roslan SMS Corner

Dalam sibuk Umno menjalankan perhimpunannya di PWTC, di Kelantan, Dewan Undangan Negeri nya sedang bersidang bagi sessi Belanjawan 2007.

Hari in adalah hari terakhir dan sebentar tadi saya sempat mengikuti sessi penggulungan pihak kerajaan negeri melalui Kelantan TV di http://www.kelantan.tv/ sehinggalah siarannya terganggu.

Apa yang ingin saya kongsi di sini adalah pencapaian kerajaan negeri Kelantan di bawah kerajaan PAS yang sangat membanggakan kita. Menurut Dato Hj Husam Musa EXCO Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, kerajaan Kelantan telah berjaya memperolehi pencapaian yang baik bagi tahun kewangan 2005.

Menurut laporan, kerajaan Kelantan menjangkakan ianya akan memperolehi defisit bagi tahun 2005 sebanyak RM35juta, akan tetapi hasil dari perbelanjaan dan kutipan hasil yang berhemah ia telah berjaya memperolehi lebihan ataupun surplus sebanyak RM170,000 (walaupun nampak kecil tapi jarang-jarang ada kerajaan negeri yang memperolehi surplus sebegini).

Manakala dalam belanjawannya untuk tahun 2005 ia menjangkakan akan berjaya mengutip hasil sebanyak RM276.82 juta akan tetapi hasil dari kesungguhan kerajaan negeri sebanyak RM318.06 juta telah berjaya dipungut. Ini merupakan satu pencapaian yang besar yang saya kira antara negeri yang terbaik di Malaysia dan sudah pasti kerajaan negeri ini juga adalah yang terbaik bagi Kelantan sejak Merdeka.

Kelantan selama ini dianak-tirikkan oleh semua pihak khasnya kerajaan Persekutuan yang dikuasai Umno/BN atas alasan ianya adalah kerajaan pembangkang. Semalam pun kita mendengar wakil Umno dari Kelantan berucap di PWTC bahawa PAS adalah musuh mereka nombor satu.Tiba-tiba parti yang dikatakan tiada pengalaman, parti tok lebai, parti yang tak boleh bawa kemajuan dan pembangunan, parti pemecah-belah masyarakat rupa-rupanya begitu beramanah dan menguruskan wang rakyat dengan begitu berhemah dan cemerlang!

PAS Kelantan telah berjaya membuktikan bahawa dasar Membangun Bersama Islam mereka berjaya membawa kejayaan bagi negeri tersebut.Saya kira sudah tiba masanya masyarakat Malaysia khasnya masyarakat Melayu/Islam melihat perkembangan ini dan membuat perbandingan ikhlas dengan kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai oleh Umno/BN. Kalau dalam keadaan terkekang dan tertekan, kerajaan negeri PAS Kelantan boleh memperolehi kejayaan cemerlang seperti ini bayangkanlah kalau mereka menguasai negeri-negeri lain dan menyumbang pula dalam kerajaan persekutuan yang baru!

Umno di PWTC sedang bergelut dengan masalah perpecahan, rasuah, dasar ekonomi dan pencapaian Bumiputera, berbuih mulut mengulangi perkara yang sama dari tahun ke tahun. Tetapi di Kelantan kita melihat sekelompok bangsa Melayu/Islam lain yang lebih kecil dari Umno, tetapi berjaya mengurus rakyat dan negeri yang diamanahkan kepada mereka dengan cermat, baik dan berjaya.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita berfikir dan memberi peluang kepada mereka yang lebih tulus dan ikhlas, yang lebih layak dan berwibawa. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita merenung dan merealisasikan ayat Allah dalam surah al Maaidah ayat 54-56:

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)

Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang.

November 14, 2006

to do or not to do

every body must have gone through this process...

to do or not to do?
to do this or to do that?
which one is better?
what is the pros and cons?

of making choices..

for me it is really a dilemma.. i am always afraid to make choices.. it comes together with risk.. if you are comfortable with what you have now, why you want to change? but when there is an opportunity for you to change for the 'better', maybe you should change... but how do you know that it is better? you don't know until you take that choice.. maybe it is better for somebody else but not for you.. when you do and you discover that it is actually not 'better' then it is already too late..

yes... i think i am not a risk taker...

what is the biggest decision making that i have done so far? i don't recall one.. duh.. i always go with the flow.. is it good or is it bad?? does that make myself a coward? huhu.. am i a person with no principle? or maybe everything that has been arranged for me is always within my principle.. that is why everything looks smooth for me.. well, i should thanks Allah for that.. Alhamdulillah...

anyway, it is always the best to seek guidance from Allah.. Istikharah...

To ayah, if this is better for you and for us, pray that Allah will make the way smooth and easy for you... if it is not, then pray that Allah will show us the right way.. Ameen...

My prayer is always with you...

November 10, 2006

pandang ke hadapan...


Hidup di dunia sekarang ni makin mencabar.. dari masalah yang kecil hinggalah masalah yang besar.. isu keruntuhan akhlak, isu alam sekitar, isu ekonomi, isu politik, masalah sosial, etc.. etc... seram juga kalau memikirkannya... kengkadang mama terfikir.. macamana agaknya nasib anak-anak kita esok hari.. adakah mama telah berikan mereka cukup bekalan untuk terus menempuh kehidupan di hari kemudian.. yelah.. anak2 mama memang la kecik lagi.. tapi sebenarnya dari kecik ni lah kita nak tanamkan apa yang kite patut semaikan dalam peribadi anak2 kita...

ooo.. anok anok tokleh meghaso mandi laut..
bermain main ghamai-ghamai
ale koho lo ni tipih tiap aghi keno make asap
hok bisa weh pasa manusio

(alamak lupe lirik...)

anak-anak kita merenung masa hadapan...


yang perjalanannya masih jauh.. adakah cerah? adakah gelap?

ooo.. tengah makan aiskrim rupanya...

isk... sedapnye....

si kecik ni pun tak nak ketinggalan nampaknya...

nyum.. nyum..

November 06, 2006

tak abih-abih raya...

sampai sekarang pun masih mood raya lagi ker... :)))

memang la ada mood raya lagi tapi keje pulak menimbun.. pastu asyik meeting je.. banyak meeting kat tdi plak tu.. so amik masa dan tenaga dan minyak keta.. ayah dah sound dah sebab asyik jalan je tapi tak pernah claim... hmm.. ikhlas... abih tu asyik meeting je bila masa nak buat kejenya???? letih.. letih... nak sambung keje kat rumah?? tak kuasa... tapi kadang tu kalau terpaksa buat gak la keje sikit kat rumah dengan laptop yang dah separuh nazak tu... memula screen dia patah sebelah.. tapi still ok lagi cuma bila tutup laptop tu bunyiklah jugak 'keletek'.. pastu hari tu si humaira buat main tah cemana tah dicungkilnya keyboard tu tertanggal huruf Y ngan H... puas la mama try nak pasang balik tapi tak berjaya sampai ke hari ini.. last-last biar lompang gitu je la but still boleh kuar lagi huruf-huruf tu bila tekan kat tempat lompang tu.. tapi memang segan la kalau nak bawak gi meeting ker... mesti kena gelak punya.. tadi pun dah kena tegur ngan en. hamzan (adakah dia boss baru ku???).. dia kata bebaik nanti jgn kena electric shock pulak.. betul gak kan.. baru mama terpikir.. pastu hari sabtu lepas luqman main cat cat (paint)kat laptop mama.. mama plak masa tu tengah sibuk layan orang datang beraya.. tah apa dibuatnya bila tengok mouse punya usb connecter yang nak cucuk kat usb port tu dah bengkok dah.. and dah tak boleh direcognize dah... aduh.. lepas satu.. satu.. lepas ni boleh campak je la kot kat tasik tmn sutera yang airnya macam teh tarik tu... isk isk...

arghhh.. mama memang tengah malas nih.. apa la merapu.... nak balik lah...