July 17, 2006

si penyangak israel..


Mama geram betul la kat si penyangak israel laknatullah ni.. aduuhhh... tak cukup dengan palestin sekarang lubnan pulak.. si bush dushum tu plak memang la sekutunya.. mana la nak mintak tolong kat PBB... yang jadi mangsa sekarang ialah orang awam.. termasuk kanak-kanak, wanita, orang tua... luluh hati mama melihatkan gambar-gambar kanak-kanak tidak berdosa menjadi korban kekejaman manusia yang tak berhati perut ni...





















Di kala ini, DI MANAKAH PEMBELA UMAT ISLAM?? Jika dilihat pada peta, negara Palestin yang telah diceroboh oleh Israel letaknya di tengah-tengah antara Lubnan, Syria, Jordan, Egypt.. tidak jauh dari itu ialah Arab Saudi, Iran, Iraq, Turkey.. Semuanya negara yang dipimpin oleh orang Islam! Apa yang mereka buat selama hampir setengah abad ini? hanya melihat jiran mereka dianiaya, ditindas, dibunuh, diculik oleh si penyangak itu... Semuanya cuma mahu menjaga diri sendiri sahaja... takutkan tindakbalas daripada barat.. sekatan.. semuanya hendak menjaga hubungan dengan Barat.. dan ada pun yang telah dibonekakan oleh Barat...Apa dah jadi dengan tanggungjawab sesama Islam?

Malaysia sebagai pengerusi OIC.. hanya mampu berkata.. "oh.. I see..." So buat apa ada OIC.. hanya tau bersidang sana sini.. tanpa ada resolusi yang menjaga bukan sahaja kepentingan tapi juga MARUAH umat Islam... "OIC mengutuk serangan Israel" Cuma boleh buat pernyataan saja la.. Itu buat apa.. takde maknanya...

Ada satu cerita...

Sebuah keluarga sedang berehat-rehat di sebuah kawasan. Tiba-tiba seorang lelaki datang menarik tangan adik bongsu keluarga tersebut lalu memukul, menendang dan sebagainya tanpa diketahui puncanya...

Abang tua pun mencadangkan, "Kita tak boleh biarkan perkara ini, kita mesti hentikan perbuatan lelaki itu terhadap adik kita.. " Mereka pun buat sepanduk kemudian beramai-ramai mengibarkan sepanduk, sambil melaung-laungkan "Jangan pukul adik kami!!"

Sementara itu, adik bongsu masih terus dibelasah..

Akibat kekecohan tersebut, datang seorang wartawan. Abang tengah akan uruskan media. "Di sini kami ingin membuat kenyataan bahawa kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang dilakukan oleh lelaki tersebut ke atas adik kami.."

Sementara itu, adik bongsu masih terus dibelasah dan kelihatan sudah lembik tidak bermaya...

Namun abang tua, abang tengah, abang cik, abang uda, abang teh, abang tam tetap memberikan sokongan moral tidak jauh dari situ...

Aduuh... sampai bila kah agaknya adik bongsu akan menunggu untuk diselamatkan oleh abang-abangnya yang bukan sahaja berbadan sasa, malah ada kuasa yang boleh digunakan untuk menyelamatkan adiknya yang semakin lemah dan tidak bermaya itu...

Aduhai... itu lah ibaratnya...

Mama tahu, mama pun tak mampu nak buat apa-apa... mama pun tak tau nak buat apa nak hentikan semua ni.. tak tau macamana nak tolong mereka... tapi mama rasa bersemangat juga bila Hizbullah sangat berani untuk bangkit berjuang menentang Israel.. Allahu Akbar!!! Mama berdoa supaya ini dapat menyuntik semangat kepada gerakan-gerakan Islam yang lain... Allahu Akbar!

Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami yang berada di Palestin, Lubnan, Chechnya, Kashmir, Afghanistan, Iraq, Acheh dan sebagainya.
Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada para pejuang Islam yang bertungkus lumus mempertahankan islam tidak kira di mana mereka berada..
Ya Allah, sekiranya engkau mentaqdirkan mati, matikanlah mereka sebagai para syuhada'..
Ya Allah, kami ini insan yang lemah, kami hanya dapat menghalang kebatilan yang berlaku ke atas saudara-saudara kami dengan hati kami... Malunya kami Ya Allah... Ampunkan lah dosa-dosa kami Ya Allah...
Astaghfirullahal Azim..Ya Rabbal 'Alamin...

No comments: