June 26, 2006

PENAWAR PENAT OLEH RASULULLAH

Penawar Di Kala Kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahu pun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s.a.w. ini.

Katanya:-"Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku." Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.


-----------------------------------------------

mama selalu memang letih sikit bila ayah takde.. almaklumlah melayan 3 orang yang hyper.. especially weekends.. aduh pening kepala dibuatnya... nasib baik imran belum hyper lagi.. bila kita penat emosi kita pun senang terganggu.. salah sikit nak marah.. bende kecik pun rasa nak marah.. kadang-kadang tu bila pikir balik apa yang diorang buat tu takdelah teruk sangat tapi bila dah geram tu abih la kena marah semua...

maafkan mama...

insya allah mama akan amalkan Penawar Penat ni selalu supaya tak penat and boleh la layan korang semua, my 4 little precious ones!!!
















June 20, 2006

hari tu..


Hari tu mama pegi shopping kat supermarket. Ambil gula dua bungkus. Almaklumlah tengah sibuk pasal gula tak cukup ni kan, nak la beli lebih sikit takut nanti nak beli lagi tak ada gula. Sampai kat counter bayar kena tapis pulak. Seorang customer cuma boleh beli sebungkus je gula. Hmm... takpelah dah tak boleh nak buat macamana. Lagipun sebenarnya bukan tak cukup pun sebungkus tu... hehehhe.

Lepas tu mama pun terpikir. Sebenarnya kan diorang ni saja je buat kecoh pasal gula ni. Bila kecoh-kecoh macam ni semua orang nak beli gula banyak-banyak. Mama rasa la diorang ni saja je nak naikkan harga gula. Yelah bila gula kurang, permintaan banyak, harga gula pun mesti naik punya. Dalam masa ni banyak la juga yang nak mengambil kesempatan. Ada peniaga yang simpan stok gula kononnya nak tunggu sampai harga naik baru dikeluarkan. Ada tu pulak siap letak notice kat kedai - " Belanja minimum RM10 baru layak beli gula". Wah dasyat tu...

So kerajaan, suratkhbar semua tengah kempen la kurangkan gula dalam makanan seharian... Ungku Aziz tak ambil gula sejak 1974, menteri tu tak suka manis, pakar kesihatan kata gula itu racun, dan sebagainya. Tapi kesian juga kat orang yang meniaga kedai makan, jual kuih. Kalau air, kuih rasa tawar je kang customer complaint pulak.

Nak buat cemana..

Gula kurang.. sila kurangkan pengambilan gula..
Tarif elektrik naik... sila guna lampu gasolin..
Harga petrol naik.. sila naik basikal..

lepas ni apa pulak ek??

---------------------------------------------------------------------------

Hari tu mama drive balik kerja. Tiba-tiba ada polis traffic dengan motor bersirennya datang dari belakang. Masa tu dah dekat dengan tol Sg Besi dah.

"Menteri mana pulak la yang nak lalu nih.."

Mama relax je la sebab mama memang dah kat lane tengah dah. Tapi encik polis traffic tu sibuk suruh ke tepi lagi. "Pin.. Pin.. ke tepi.. ke tepi.." sambil tunjuk-tunjuk suruh ke tepi..

"Mak ai.. berapa besar jalan dia nak ambil nih??"

Mama pun terpaksa la menghimpit ke kiri sikit. Bila kereta besar tu lalu.. mak ai memang dia ambil dua lane la... waduh waduh... kereta takdelah besar mana tapi memang dia ambil jalan tengah antara dua lane tu.. so memang dia makan dua lane tu la... isk.. bengkek je mama..

Pastu sampai kat tol lepas camtu je tak payah bayar tol... bertambah bengkek la mama...

Mentang-mentang la...

kenapa oh kenapa 2

of luqman asking kenapa oh kenapa..
------------------------------------------------------------------
Question:
Why does my toddler constantly ask "why"?

Answer:
Your child's inquisitiveness is a signal that her mind is expanding quickly, and that she's curious about the world. She's starting to understand the concept of cause and effect — that there's a reason for almost everything. It's also a way for her to engage you in conversation, and keep you talking. If you get tired of the constant whys, don't simply fall back on "that's just the way it is." Instead, try to deflect them by asking her what she thinks. Her answer may amuse you, but try not to laugh — her mind is really working in amazing ways as she puts together what information she has about the world with a toddler's fertile imagination. If you truly don't know the answer, tell her the two of you can find out together. Write down the question in a notebook, and make sure she sees you doing it — that way, she'll know you're taking her queries seriously. Then find the answer together by visiting a library or museum. This way her questions become a way for you both to participate in research, and have fun doing it at the same time.

June 16, 2006

Happy Fathers Day!!

Allahyarham Kamsan Bin Hj Yunos dalam kenangan... 16/06/1932 - 15/03/2000

Hari ni tarikh lahir arwah tok. Arwah tok meninggal semasa mama sedang belajar di perantauan. Waktu itu pukul 2 pagi waktu UK. Terdengar deringan telefon menjerit-jerit di keheningan malam. Naz yang angkat telefon. Rupa-rupanya untuk mama. Bila angkat telefon mama terus kata ' Kenapa la telefon malam-malam ni? kat sini pukul 2 pagi la..." Tidak terlintas langsung dalam fikiran mama kalau telefon berbunyi waktu yang tak sepatutnya tu maknanya selalunya ada emergency. Mungkin tengah mamai agaknya. " Sabar ye dengar ni.. Bak dah tak ada..." kata Pak Zan.

Hari itu adalah hari wukuf. Anak-anak semua akan balik petang itu untuk menyambut hari raya haji di kampung. "Bak tak berapa sihat ni.. demam-demam sikit," kata nek melalui corong telefon. " Teruk ke demamnya mak, kalau macam teruk kitorang balik cepat sikit lah.." kata Mak Wa. " Takpelah tak teruk sangat .. masih boleh bangun-bangun jalan-jalan lagi.. lagipun petang ni semua dah nak balik dah. Tunggu petang ni je lah.." kata nek.

Pagi itu, arwah tok masih boleh berjalan-jalan, masih boleh bercakap dalam telefon memesan jamu, masih boleh bergurau dengan anak menantu. Bila tiba waktu tengahari beliau asyik bertanya sama ada dah masuk zuhur atau belum.. sekejap-sekejap tanya.. sekejap-sekejap tanya.. " Kejap lagi masuk lah zuhur.." nek kata. Arwah tok pun pergi ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Selepas keluar dari bilik air, mungkin rasa tak berapa larat, terus berbaring di katil ruang rehat di bawah. Waktu itu sudah nampak tanda-tanda yang beliau akan pergi kerana beliau meminta untuk memanggil semua adik-beradiknya yang kebanyakannya memang tinggal di kampung kami.

Sekejap saja rumah kami telah dipenuhi orang. Akhirnya selepas dapat bersalam dan bercakap dengan semua adik beradiknya, beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 67 tahun. Anak-anaknya yang ada di sisi ialah Pak Zan dan Pak Azim.

Selepas itu barulah anak-anak yang lain bergegas pulang ke kampung. Terkilannya kerana tak dapat berada di sisi semasa beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Hanya sempat untuk menghantar jenazah ke tanah perkuburan. Apalagi mama yang jauh di mata ni, hanya dapat memanjatkan doa semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.. Jenazah selamat dikebumikan selepas solat Asar.

Mama ingat lagi, semasa hayatnya beliau merupakan seorang penyabar, lembut, pemurah, merendah diri. Tapi dengan anak-anak beliau merupakan ayah yang tegas dan garang terutama semasa kami kecil. Tali pinggang dan rotan sudah biasa menjadi habuan sekiranya kami bergaduh atau buat hal. Tapi bila kami buat baik atau pun bagus dalam pelajaran dan sebagainya mesti belanja.. kacang goreng... Bila kami dewasa, sifat lembut dan penyayang beliau amat terserlah lebih-lebih lagi bila dah ramai cucu.

Kalau dengan kawan-kawan, saudara mara dan jiran tetangga, beliau sering menjadi tempat rujukan bila ada apa-apa masalah.. Bila tiba musim durian, setiap hari beliau akan round rumah jiran-jiran untuk bagi sorang sikit.. kalau sikit sorang sebiji.. kalau banyak, seorang dua tiga biji.. Hinggakan semasa beliau dikebumikan, tanah berlebih-lebihan sehingga di bahagi-bahagikan ke kubur yang sebelah-sebelah...

" Semasa dah meninggal pun seolah-olah masih nak bersedekah.."

terharunya mama bila orang ceritakan macam tu..

Arwah tok pandai mengaji berlagu. Tengoklah anak-anaknya bila masuk musabaqah al-quran semuanya berjaya atas bimbingan beliau. Ada yang sampai ke peringkat kebangsaan bawak balik piala besar macam Mak Lin, Mak Nit, Mak A. Yang tak pandai sebut huruf Ra' macam Pak Lim pun boleh menang. Arwah tok juga suka berghazal. Biasanya orang jemput kumpulan beliau untuk main di majlis perkahwinan orang. Pandai cipta lagu tu. Yelah dulu arwah tok memang kerja jadi guru muzik. Arwah tok juga ada banyak amalan atau petua untuk kehidupan seharian. Petua/amalan untuk kuatkan gigi, elak sakit perut, kena gigit tabuan, nak tanam pokok, sakit gigi semua ada bacaannya. Untuk tolak hujan pun ada amalannya. Tapi bila ditanya, beliau selalu kata untuk kegunaan keluarga dan anak cucu.. Arwah tok pun pandai mengurut juga. Masa muda-muda dulu arwah tok pandai juga bersukan. "Main bola sepak, main badminton, lumba lari.. kira jaguh kampung la.." kata nek.

Kenangan tinggal kenangan.. semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh arwah tok.. dan semoga beliau ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan bertakwa. Amin....

------------------------------------------------------------------------

On a lighter note..

Happy Fathers Day to Ayah!!!

from mama, luqman, humaira, maisara and imran....

June 13, 2006

Ole Ole Ole Ole.. Ole.. Ole..

Sekarang ni semua orang tengah sibuk ngan World Cup.. Ole ole ole ole.. ole.. ole..
mama mana minat bola.. biasa-biasa je.. lagi la sekarang ni ayah tengah outstation memang takde suasana world cup langsung kat rumah.. life goes on as usual.. but not the same without ayah... (ceh letak remarks jiwang sket.. hehhe)

-----------------------------------------------------------------------

TAHAJJUD WORLD CUP
posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

Saya turut menerima bahang panas "demam bola" yang melanda dunia hari ini. Virus bola ini lebih bertenaga daripada virus selsema burung mahupun antrak yang pernah melanda dunia seketika dulu . Ini adalah ekoran virus bola mampu menjadikan hampir semua penduduk planet bumi mengalami "demam" serentak. Manakan tidak , kuliah dan ceramah saya kebelakangan ini , merosot kehadhirannya biarpun saya telah mengenengahkan pelbagai uslub dan pendekatan . Tarikan bola cukup hebat , sedang world cup belum bermula , telah ramai penduduk planet bumi ini mengalami panas sejuk suhu badan mereka dengan virus Frendly Football atau pertandingan pemanas badan oleh pasukan - pasukan yang akan menyertai World cup .

Ada yang mencadangkan kepada saya supaya memasang skrin besar di tempat ceramah , supaya audien boleh datang beramai - ramai dan mereka dapat dua - dua. Ceramah pun dapat , bola pun dapat .
Saya hanya tersenyum , memikirkan sejauh mana rasionalnya cadangan itu dan bagaimana effectnya kepada perjuangan dan masyarakat .

"Tengok Bola tak salahkan ustaz ? " begitulah soalan popular sehari dua ini yang sering diaju oleh anak - anak murid saya apabila mengakhiri kuliah di surau atau masjid . Pastinya tengok bola dan tengok orang main bola adalah dua perkara berbeza.

Namun prinsipnya , menyaksikan pertandingan bola sepak sehingga menjadikan kita lagha , leka dan lalai dari tanggungjawab agama seperti meninggalkan solat , mengheret kepada perjudian , pergaduhan dan lain - lain , maka tidak syak pada hukum adalah HARAM .

Adapun kes pemain - pemain bolasepak yang berseluar pendek sewaktu beraksi di padang terdedah kepada khilaf ulama' dan saya tidak bercadang mengemukakan hujjah syarie secara panjang lebar , justeru ini hanya tulisan bersahaja dalam bentuk sketsa kehidupan .

Mungkin kita yang bermazhab Syafie agak janggal untuk membenarkan mereka berseluar pendek , berbeza dengan mereka yang bermazhab Hanafi . Masih segar dalam ingatan saya sewaktu saya belajar di Maahad Fathul Islami Syria satu waktu dulu . Sedang saya menegur seorang pemuda yang bermain bola dalam keadaan berseluar pendek , Syeikh Fawwaz ( guru kelas merangkap guru Mahfuzat saya ) kebetulan lalu di kawasan itu lalu meminta saya membiarkan pemuda itu bermain dalam keadaan ia kekal berseluar pendek .

Keesokkan harinya , Syeikh Fawwaz mendetailkan hukum berpakaian disisi mazhab Hanafi . ( Ma'ahad Fathul Islami adalah sebuah Ma'ahad yang menggunakan Feqh Mazhab Imam Hanafi ) Ringkasnya , mereka boleh menerima pemain yang berseluar pendek selama mana pendeknya seluar itu masih dalam kategori sopan , iaitu tidak sendat dan hanya atas sedikit dariparas lutut .- Tidak bercawat seperti seluar pelumba lari dan perenang .

Demam bola ini turut di"hidapi" oleh para ustaz dan a'bid . Sehingga ada pula yang menunda tarikh kuliahnya kerana bertembung dengan pertandingan bolasepak pada malam itu malah memendekkan wirid zikirnya kerana memburu jadual waktu pertandingan . Fenomena ini adalah suatu yang sangat menyedihkan . Agarnya ianya tidak berlaku lagi.

Pagi tadi , bunyi siren yang nyaring sekitar jam 3 am . Pastinya itu menandakan sms masuk dan saya terjaga lalu membuka sms untuk mengetahui kandungan mesejnya . Manalah tahu kalau - kalau ada emergency kes pagi - pagi buta nih !

Saya tersenyum membaca kandungan mesej tersebut : " Ustaz ! bangun ... Portugal akan kembali menjajah Angola ! Saksikan Kehebatan Christiano Ronaldo dan Luis Figo meluaskan wilayah jajahannya."

Saya tidak kenal siapa penghantarnya , tetapi saya yakin ini sms dari kawan - kawan yang hanya mengusik saya . Saya lihat jam di tangan menunjukkan pukul 3 am , sedang saya baru sejam tidur setelah selesai mentelaah laporan akhbar terhadap Muktamar PAS yang berlansung di Kedah baru - baru nih , sambil - sambil tu sempat juga saya membantu Isteri tersayang memeriksa kertas jawapan peperiksaan anak- anak muridnya sedang dia telah lama terlena kepenatan bersama nyenyaknya bayi kesayangan dipangkuan .

Saya kepenatan , lalu terlena kembali . Tiba - tiba sekali lagi saya dikejutkan oleh bunyi siren yang nyaring dari handphone saya . Sms lagi !

Saya bangun dan membacanya , : "Ustaz ! Bangun Tahajjud , 15 minit lagi sambung separuh masa kedua , Portugal vs Angola ."

Kali ni penghantarnya orang lain , tapi yang ini saya kenal . ( Mentang-mentanglah mereka tahu saya minat bola ( Pengasas Fursan Tantawi FC di Tanta Mesir ) , sampai waktu begini mereka sms saya . ) Apa yang menarik , siap dengan tazkirah supaya bangun Tahajjud . Inilah demam bola di kalangan ustaz - ustaz kita , Tahajjud world cup .

--------------------------------------------------------

bola bola juga.. cuma jangan sampai melalaikan...

June 09, 2006

food for thought...

Waduh.. nak pecah rasanya kepala mama hari ni.. start from malam tadi tidur kul 2.30 pagi.. tu pun tertidur.. sebenarnya nak tidur lambat lagi nak abihkan keje tapi imran pulak bangun nak nyusu.. last-last tertidur terus dengan notebook ngan tv ngan kipas kat family lounge terbukak sampai pagi... sampai2 opis terus pulun abihkan keje sampai tak sempat nak breakfast.. breakfast kul 12 then nak gi lunch dah kenyang so dah save time la kat situ... petang ni ada meeting lak .. nasib baik kejap je.. then sambung nak prepare for audit next monday... takut gak.. sebelum ni mana pernah kena audit ngan SIRIM... tawakkal je la...

-----------------------------------------------------------------------
Ever heard the story of the giant ship engine that failed?

The ship's owners tried one expert after another, but none of them could figure but how to fix the engine. Then they brought in an old man who had been fixing ships since he was a youngster. He carried a large bag of tools with him, and when he arrived, he immediately went to work. He inspected the engine very carefully, top to bottom. Two of the ship's owners were there, watching this man, hoping he would know what to do.


After looking things over, the old man reached into his bag and pulled out a small hammer. He gently tapped something. Instantly, the engine lurched into life. He carefully put his hammer away. The engine was fixed! A week later, the owners received a bill from the old man for ten thousand dollars.

"What?!" the owners exclaimed. "He hardly did anything!" So they wrote the old man a note saying, "Please send us an itemized bill."

The man sent a bill that read:

Tapping with a hammer ........................ $ 2.00
Knowing where to tap ...........................$ 9998.00

Effort is important, but knowing where to make an effort in your life makes all the difference.


June 06, 2006

NUMB3RS..

Sempena tarikh yang cantik hari ni 060606...

kalau hari ni weekends mesti berlambak2 orang book nak kawin tarikh ni.. kalau yang tengah tunggu masa nak bersalin, kalau boleh mesti nak dapat tarikh ni, kalau operation atau induce lagi la boleh pilih je tarikh ni.. tapi ada juga kepercayaan yang kata no 666 ni no deamon.. errr... ni mama teringat cerita mat salleh masa kecik2 dulu... anyway, nombor ni memang cantik...

Perasan tak? nombor2 ni pun ada jantina tau..
1 - perempuan
2 - perempuan
3 - lelaki
4 - perempuan
5 - lelaki
6 - lelaki
7 - perempuan
8 - perempuan
9 - lelaki

cemana dapat? mama pun tak tau... sebenarnya ni mama punya perception je.. so takyah la nak search kat internet lak pasal numbers and gender pulak.. hehehe.. dari kecik lagi mama ada perception macam ni... jangan lepas ni ada yang susun-susun jadik balance ke cemana ke buat no ekor sudah... just sharing my thought.. kalau 0? err... mmm tak sure pulak.. sebab tengok 0 ni macam neutral je.. ke pondan? hheheh.. bukan pondan, tapi dia ada exception sikit takde jantina...

57412124 - this is my name.. sapa boleh break the code memang terrer... :)
7 is my favourite number
4 is ayah's favourite number
9 - mama anak no 9
010901 - tarikh nikah (cantik gak tu..)

Kalau orang cina tak suka no 4.. 4 maknanya mati.. kat kawasan rumah mama kat taman sutera, no rumah takde yang no 4... bila sampai no 4 dia akan jadi 3A.. so 1, 2, 3 ,3A, 5... 12, 13, 13A, 15... punya la nak menarik chinese buyer.. tapi tengok melayu jugak yang ramai duduk kat sini...

mama pernah jumpa plat no NAJ 15.. dari jauh mama tengok.. " apahal plat number dia NAJIS???" hahaha... ini no beli ke no dapat? kalau beli.. sesia je... plat no lain yang tak best MAK1.. plat no. yang best MAW1.. ehheheh... WPA 1? itu untuk sapa tu menteri ke apa tu? mama pun pelik kadang diorang ni sanggup berhabis beribu-ribu nak beli plat number yang cantik... agaknya duit tu dah berlebih-lebih gaknye sampai tak tau nak buat apa...

isk.. apa la melalut hari ni..

Attention to: Wan Khaizuri


ATTENTION TO MRS WAN KHAIZURI WAN SEMAN, please leave your email address here...

Hehehhehe...

Wan is my ex roommate during my A-Level at New College Cardiff, Wales, UK.

Ninie, Wan and Me.. back in 1997...

June 05, 2006

kapin ke kupam??


Hari tu masa baca buku cerita frog sebelum tidur...

humaira: mama, nak kapin..
mama: kapin? apa tu?
humaira: nak kapin la mama..
mama: apa kapin tu.. cuba cakap betul-betul.. mama tak paham..
humaira: nak baca buku kapin.. nie...
mama: oooo... buku anak kambing...

Semalam masa tengok tv, ada keluar satu iklan ridsect..

mama: eeiii... tengok tu lipas... sapa tak nak pakai baju nanti mama amik lipas tu bagi kat dia...
humaira: bukan lipas la.. kupam la...
mama: ??????? ( lama sikit nak register...) ooo.. kumbang...

hahaha.. sekarang dah tau la... kapin tu kambing.. kupam tu kumbang... ketebam tu kapalterbang.. yang 'ng' semua dibantainya jadik 'm'... apala humaira ni...

___________________________________________


yeaa yea.. imran dah pandai merangkak...