May 31, 2006

Smart house to handle your electricity consumption smartly... (but need investment also...)



Couple show how to stay cool
By LEE YUK PENG (The Star 30 May 2006)

MALACCA: Energy-saving houses are the way to go to minimise utility costs and a couple living here under the Malaysia My Second Home Programme are showing just how to do it.
Harry Boswell, 71, and Stephanie Bacon, 64, from Cambridgeshire, England, have a 260 square metre, single-storey house with four air-conditioners running 24 hours a day at 24°C and it costs them only RM2 a day to run the units.
The house, which they designed themselves, is located at the Tiara Melaka Golf Resort and is well insulated to keep out external heat.
It is painted white and faces north to prevent sunlight from striking the windows.
It also has a white steel roof to deflect sunlight, two underground chambers to collect cool air, thick walls made of aerated concrete and two layers of glass for all windows and doors.

All these keep the house cool.
The refrigerator is placed underneath a chimney, which channels hot air surrounding it out of the house.
“All these reduce the work of air-conditioners and we feel cool inside the house,” said Boswell, adding that electricity rates here were lower than in England.
“Low charges encourage extravagant, instead of economic, use,” said Boswell, who will be paying RM7 more for his current bill of RM136 per month.
“The increase (here from Thursday) of 12% is lower than the 24% increase in England over the last two years.”
He said it was time the Government implemented laws encouraging the building of energy-saving homes and give incentives to those willing to modify their homes to conserve energy.
Boswell spent RM380,000 to build the house but the pay-off is in the lower electricity bills.
“Resources are being depleted and we are saving energy for future generations,” he said.
The couple’s first attempt to build a house here turned out badly, with their contractors running away.
They returned to England in 2004, sold their house there for RM3.5mil three months later and came back to Malaysia.
They completed their house, called Cooltek, last August.

May 29, 2006

MyTeam VS AFPRE

Wah.. bersemangatnya semalam tengok myteam lawan.. especially bila myteam dpt skor goal... GOALL!!! tapi tak dapat tengok sampai habis la.. sebab semua dah bising nak tidur dah.. lagipun luqman tak berapa sihat sangat... awal2 dah ajak masuk bilik nak tidur... pukul 11 mama turun balik tengok dah sampai acara penyampaian hadiah... the results MyTeam kalah 1-2.. okaylah tu.. kire terrer laa.. hanya dengan latihan selama 6 minggu, tanpa ada professional experience, daripada berbagai-bagai background (ada yang kerja warden, keje hotel, apa tah lagi..) cuma berbekalkan semangat minat bola, pasukan myteam telah berjaya bermain cemerlang. Walaupun ada kelemahan daripada beberapa segi contohnya dari segi teamwork, dari segi menangani pressure, kekuatan emosi (apa la captain... kalau marah pun jgn la sampai tolak2..duh..kan dah kena kad merah), tapi mama rasa dari segi individual skill tu nampak cam berpotensi.. ceh macam bagus je mama nih.. sejak bila tah minat bola... mama bukan apa sebenarnya bengkek kat Ibrahim Saad (Setiausaha Agung FAM). hari tu kan ada TV3 interview dia pasal nak lawan MyTeam ni.. dengan eksennya dia macam memperlekehkan keupayaan Myteam nih...

" ..mana boleh pasukan segera, ini bukan mi segera... kalau mee segera boleh la... "
" Kepada para peminat bola, sapa sokong Malaysia pakailah baju kuning... sapa tak sokong Malaysia, pakailah baju biru.." (dengan muka sinisnya...)

eii... eksennya... tu yang mama sokong abih2 kat MyTeam tu.. nway result 1-2 tetap boleh dibanggakan.. just imagine kalau malaysia kalah.. mesti malu guling-guling punya...

anyway mama rasa projek MyTeam ni satu usaha yang baik juga untuk membakar semula semangat arena bolasepak negara kita... untuk pasukan Malaysia tentu tercabar bila main dengan pemain amatur tapi diasak macam main dengan org professional juga.. untuk MyTeam, they represent all of us yang taunya nak kutuk orang main bola...
" apa la tendang bola pun tak betul..."
" ek eleh.. itu pun tak gol ker.."
sekarang dah rasa la sendiri bila berada di dalam kasut seorang pemain bola... baru le tau....

Anyway.. SYABAS MYTEAM!!!



Dlm menengok MyTeam sempat jugak mama curik-curik tengok Prelude AF4... sikit-sikit je la... then tengok result je la kul 11... alamak Salima dapat ke? aduh salima...

mama bukan nak kata suara tak sedap ke apa ke.. sebab mama tak tengok pun salima ni nyanyi... tapi memang dari awal-awal lagi bila tengok calon-calon pelajar nih.. awal-awal lagi mama dah doa dah salima ni tak dapat.. mama risau la.. risau nanti kesannya kepada masyarakat kita... kalau sebelum ini tudung tu boleh dijadikan sebagai kekuatan untuk menghalang kita membuat sesuatu yang tak elok dipandang mata (at least secara zahirnya), tapi sekarang nih.. mama takut ianya akan jadi satu revolusi baru dalam dunia seni tanahair kita... okaylah sekarang kita dah ada waheeda, bienda.. tapi mereka setakat ni masih stick dengan lagu-lagu dan cara pembawaan yang mempunyai batasan tertentu (walaupun mama tak berapa berkenan dengan pakaian bienda dan walaupun mama tak la 100% setuju dengan pembawaan mereka.. )Mama risau kalau lepas ni semakin ramai yang bertudung yang menjadi artis.. kalau artis semakin ramai yang bertudung tak apa juga... boleh paham tak...

tak tau la nanti macamana salima dlm AF nanti.. lagu-lagu yang akan di bawa... kelincahannya menari lagu menuju puncak... pergaulan sehariannya... lakonannya... mama yakin semuanya akan menjadi perhatian... kalau boleh la mama nak doakan salima tak pergi jauh dlm AF, kalau nak ikut approach macam mawi... tak tau la nak kata... mungkin lain sikit sebab mawi tu lelaki... pompuan kena la lebih menjaga... mama takut lepas ni sesiapa yang ada suara sedap tapi pakai tudung dah tak segan silu untuk capai mic and sing in front of the public... kalau sekarang mungkin la macam nih..

"eh u kan suara sedap.. gi la depan nyanyi..."

"ish tak maulah..i dah pencen la... i dah pakai tudung la.. "

lepas ni... tak tau lah...

on the other hand... mungkin dengan kemunculan artis imej bertudung akan sedikit sebanyak dapat membersihkan dunia seni tanahair kita yang penuh dengan noda dan dot dot dot? boleh ke cuci dari dalam? ataupun perlukan satu kuasa untuk menumbangkan yang sediaada dan digantikan dengan yang baru yang benar-benar mengikut landasan yang betul? fresh from scratch?

aduh.. tetiba mama rasa terlalu besar untuk difikirkan.. siapalah mama... mama pun dengar juga lagu-lagu dalam radio.. mama pun tengok juga rancangan tv kat rumah...

sesamalah kita ingat mengingati...


May 26, 2006

hati kecil seorang ibu...

tadi ustazah cerita, hari tu anak dia baru dapat good results SPM, ustazah nak bercerita pasal results spm tapi anaknya sibuk dengan kawannya yang asyik telephone.. ustazah pun ada terasa sikit la.. esoknya telephone anaknya kena curi... " Astaghfirullah, ustazah terlupa nak berdoa lepas hati ustazah terasa tu..." kata ustazah...

pesanan untuk ibu-ibu..

cubalah untuk jaga apa yang terlintas di hati kita terhadap anak-anak kita.. apa lagi dengan kata-kata.. sebab kata-kata seorang ibu itu adalah doa yang sangat makbul.. perkataan tu maybe kita boleh control lagi.. tapi hati seorang ibu ni selalunya mudah tersentuh.. especially kalau anak2 kita dah besar.. ustazah pesan kalau kita ada terasa dengan anak2 kita cepat-cepatlah berdoa.. " Ya Allah ampunkan lah dosa-dosaku dan dosa-dosa anakku.." sekali hati ibu terasa Allah cabut satu nikmat kebahagiaan daripada anak kita...

selalu la doakan dan cakap yang baik-baik tentang anak kita..
tak lupa juga tanggungjawab kita sebagai seorang anak...
selalu lah jaga hati mak kita...





dino thunder.. power up.. hah!!

kalau dengar lagu intro power rangers, imran pun dah berjangkit ngan kakak abang dia... terus mencari-cari nak tengok tv.. bahaya nih...

tapi kali ni bukan nak cakap pasal power rangers la.. nak cakap pasal power up.. tariff electric naik... mama pun antara yang akan terkena tempiasnya la sebab every month memang lebih dari rm50 ringgit.. haai.... semua bende naik... ada tak bende yang tak naik, makin turun??? hari tu minyak dah naik.. nih electrik pulak.. lepas ni apa pulak gaknyer.. tapi kesian jugak kat tnb yang macam nak bankrupt je sebab hutang banyak then sekrang nih tengah rugi pulak.. tapi satu la yang mama pelik.. tang perjanjian dengan IPP tu...

Menurutnya (Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik ), IPP mempunyai perjanjian dikenali sebagai Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) yang tidak boleh dirunding semula. Sekiranya rundingan semula dijalankan ia hanyalah atas dasar persefahaman bersama dan tidak melibatkan PPA.
``Atas dasar itu, ia boleh dilakukan, tetapi jika rundingan semula dijalankan, mungkin ia akan melibatkan pemanjangan kontrak antara TNB dan IPP-IPP berkenaan,'' katanya.
Buat masa ini TNB membayar RM4 bilion setahun untuk tenaga rizab yang dijana oleh IPP - tanpa mengira sama ada kapasiti itu digunakan atau tidak.
Setakat ini sebanyak sembilan IPP bernaung di bawah lima syarikat konsesi iaitu YTL Power Generation, Malakoff Bhd., Powertech, Sime Darby dan Genting Sanyen.


maknanya yang IPP ni dok produce power, TNB kena beli balik tak kira la guna ke tak guna.. kalau yang tak guna tu abih camtu je la tanpa ada pulangan.. tu yang rugi tu... itu sebenarnya statement sebelum tariff naik la.. latest statement..

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik berkata, pihaknya sedang mengadakan perbincangan untuk membentuk satu perjanjian tambahan bagi mengurangkan `bayaran pengeluaran' berjumlah RM3.3 bilion yang dibayar setiap tahun oleh TNB kepada IPP.

eloklah tu.. cuma diharap pihak-pihak mereka ni cubalah bijak sikit bila ber'nego'.. kena amik kira la kepentingan rakyat.. jangan berat sebelah.. ni tak pasal-pasal kita yang jadik mangsa..

haii... baru dapat increment sikit.. expenses pulak dah bertambah.. tak jadik la nak berangan lebih-lebih... hehe..

May 24, 2006

1 dinar.. 2 dirham...

satu ketika dulu, ada orang forward email kat mama...
_______________________________________________________
pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi) Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930's. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk "FUTUREFASTFOWARD".

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nakjumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku,org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya DrM dan Pak Lah memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal "money creation" oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia(i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh diaccess via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis.

Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)
2. emas dan perak

Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank) Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC "THEDEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. MiddleEast dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era "haus kerana tidak ada air" dan "bergelap kerana tiada minyak" menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bum ini hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?" Dia jawab, "no comment. You kena tanya menteri." Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. 'I don't keep money," macam tu lah dia kata kat aku.

Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan ygsebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

MD IMF, Rodrigo de Rato, "We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy.

Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas "overtime there is only one direction for the dollar to go- lower".

Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : "we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system."

Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board,"we have a 75% chance of a crisis within 5 years".

Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat akuni, terpulang lah. Wallahualam.

_____________________________________________

sebenarnya mama tak berapa nak tahu kesahihannya sebab orang fwd email camtu je tanpa ada nama penulisnya... any comment from the financial experts? ipah? ana?

hari ni mama baca kat suratkhabar online...

_________________________________

petikan harakahdaily

Dinar: Teks ucapan Husam dalam Seminar Ekonomi

Wed May 24, 06 08:38:44 AM Oleh Razak Beghani
Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan, Dato' Husam Musa dalam Seminar Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Islam 2006 anjuran Pusat Kajian Strategik Kelantan, 21 Mei lepas sebenarnya melontarkan kembali suatu cetusan idea untuk membebaskan umat Islam daripada belenggu kekangan ekonomi.
Bagaimanapun isu ini mencetuskan kontroversi apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa berada di Sharm al-Sheikh Mesir, dengan tegas menolak apa yang dikatakan hasrat Kelantan untuk mempraktikkan perlaksanaan Dinar dan Dirham dalam tempoh tiga bulan lagi.


(Berikut adalah sedutan daripada ucapan Husam)

Seminar ini diadakan di atas impian Tuan Guru, Dato' Menteri Besar, untuk melihat sebuah bank berasaskan prinsip mudharabah yang walaupun impian ini memerlukan masa yang panjang untuk direalisasikan tetapi ini adalah sebuah impian YAB Menteri Besar dan insya-Allah pada suatu masa impian ini akan dilaksanakan sama seperti program-program yang telah kita laksanakan sebelum ini.
Allah SWT telah memberi izin kepada kita mencari keuntungan melalui jalan yang halal iaitu berjual beli yang sangat luas dan Allah mengharamkan riba. Dan telah menjadi satu cara Allah bila Dia on satu perkara dan off satu perkara tanpa Dia tidak memberi satu jalan keluar.
Riba kita tak perlu ulas kesan negatifnya kepada ekonomi dunia keseluruhannya, termasuk statistik -statistik dunia yang menunjukkan negara kurang maju yang meminjam dari negara maju berakhir dibelit oleh pinjaman-pinjaman yang besar.
Hari ini Amerika memerlukan pinjaman 2 billion US setiap hari untuk membiaya belanjawan defisitnya. Seluruh dunia tahu kita perlu keluar dari belitan riba tetapi dunia tidak mempunyai jawapan selain Islam yang memberi jawapan terhadap sistem ini, tetapi malangnya kuasa negara Islam yang sebenar telah runtuh dan oleh kerana itu kita dalam proses memulihkan semula, bukan sahaja kuasa pemerintahan, malah seluruh sistem yang telah diasaskan oleh Islam.
Apa yang telah digembar-gemburkan seperti proses globalisasi, free trade, sebenarnya pada zaman keemasan Islam telah pun di’globalise’kan oleh Islam.
Pada waktu itu, mata wang tunggal ialah emas, yang dipanggil sebagai dinar diterima pakai di seluruh negara Islam. Oleh kerana itu, kita tidak ada masalah currency. Kita mempunyai single currency based on gold atau berasaskan emas.
Dan kita pada asasnya memiliki single citizenship yang tidak memerlukan batas-batas yang memerlukan visa ataupun pasport untuk memasuki mana-mana wilayah-wilayah Islam yang luas bahkan di luar wilayah Islam.
Sebab itu, wujud Jalan Sutera dan perdagangan laut sehingga ke kepulauan Maluku. Maluku adalah berasal dari root bahasa Arab al-Mulk atau al-Malik, yang kemudiannya menjadi Maluku, sebagai simbol Islam menguasai jalan perdagangan ini dan kebebasan perdagangan telah berlaku pada waktu itu.
Dan kemudiannya hanya apabila Islam runtuh, penjajah-penjajah telah memperkenalkan sempadan-sempadan berasaskan Negara Bangsa atau Nation State. Dan pada waktu itu, diperkenalkan visa yang kadang-kadang hendak memasuki negara Islam dengan negara Islam yang lain memerlukan 14 hari permohonan visa yang menghalang secara automatik pergerakan perdagangan bebas dan kemudian diperkenalkan mata wang berasaskan negara bangsa tersebut yang telah membataskan lagi kelancaran perdagangan bebas pada waktu itu bagi membolehkan penjajah menguasai perdagangan dunia.
Oleh kerana itu, sebenarnya, globalisasi dari satu segi sebenarnya adalah satu kebangkitan Islam yang universal, yang akan memulihkan semula perdagangan bebas sebenar, yang adil dan saksama kepada masyarakat dunia.
Dan dalam konteks ini, kita memerlukan pemulihan currency kita iaitu dinar yang berasaskan pada emas, dan perak iaitu dirham. Dalam sistem kewangan Islam, bagi memastikan tidak ada unsur riba, wang itu sendiri mestilah mata wang yang sebenar.
Bukan satu issuance paper money, keluaran wang kertas yang kemudiannya diperakukan sebagai gambaran nilai yang sebenarnya adalah satu ilusi. Oleh kerana itu, saya yakin kita memerlukan pemulihan penggunaan mata wang kita.
Satu masa, pada peringkat kerajaan kita seolah-olah seakan-akan sudah memahami kepentingan dinar dan dirham. Dinar ialah 4.3 gram emas iaitu ukuran yang telah ditetapkan pada Zaman Saidina Umar al-Khattab dan dirham ialah 7 gram perak. Dan satu dinar bersamaan 7 keping dirham.
Tetapi kemudian, selepas pertukaran perdana menteri baru, tajuk ini telah lenyap. Kerajaan Kelantan Alhamdullilah atas arahan YAB Tuan Guru telah mengambil inisiatif mengadakan satu jawatan kuasa untuk memulakan penggunaan dinar dan dirham melalui outlet ar-Rahn yang telah kita tubuhkan.
Suka saya memberikan sedikit latar belakang kepada kepentingan ar-Rahn dalam sistem kewangan negeri Kelantan. Saya masih ingat di Jalan Sultan Ibrahim suatu masa dahulu ada beberapa kedai pajak gadai di situ yang sentiasa dikerumuni oleh orang Islam.
Dan kedai pajak gadai ini mengasaskan perniagaaan mereka pada; pertama, interest di mana barangan yang ditukarkan sebagai pajakan dikenakan interest yang sangat tinggi, lebih kurang sistem along sekarang. Yang kedua, mengenakan penilaian yang sangat rendah, misal kata barang seribu, dinilaikan sebanyak 300 ringgit dan dikenakan pinjaman tiga ratus ringgit, dikenakan interest yang sangat tinggi yang menyebabkan akhirnya yang menggadai tidak mampu untuk menebusnya yang akhirnya menyebabkan sebahagian harta orang Islam ditelan oleh sistem ini.
Hanya apabila YAB Tuan Guru pada waktu itu menjadi Menteri Besar dan atas bantuan Dato’ Hj. Halim yang ketika itu Timbalan Menteri Besar telah menyusun satu sistem ar-Rahn ini dan sehingga hari ini, kita telah mengeluarkan pinjaman atau aliran keluar masuk wang berjumlah 500 juta ringgit.
Dan ini membantu peniaga-peniaga kecil mendapatkan pinjaman mudah dalam bentuk gadaian barang kemas mereka yang tidak dikenakan interest, kita tukar kepada sistem bayaran simpanan, dan tidak ada sistem lesapan dan dengan penilaian yang sebenar. Dan ini telah berjaya menyelamatkan kewangan masyarakaat Islam Kelantan, tetapi lebih penting daripada itu, pada pendapat saya ialah melalui ar-Rahn telah memperkukuhkan sistem simpanan nilai rakyat Kelantan dalam bentuk emas.
Ini yang penting sekali kerana emas sahaja yang boleh menentang inflasi ataupun emas dan perak yang mempunyai nilai di atas dirinya sendiri dapat menentang inflasi.
Misalnya, dalam tahun 2005 emas di peringkat antarabangsa telah meningkat 30% sedangkan mata wang dolar telah merosot lebih besar daripada itu. Jika kita menyimpan wang di bank sekalipun, walaupun kita mendapat interest, ia ditelan oleh inflasi yang terus meningkat dan kejatuhan matawang kertas. Dan jalan yang paling selamat ialah kita simpan dalam bentuk Emas. Dan satu daripada bentuk emas itu ialah dalam bentuk kepingan yang dipanggil dinar.
Insya-Allah apabila persiapan ini selesai, kita akan memulakan peringkat yang paling awal, paling kecil sekali dengan menjadikan ar-Rahn sebagai outlet menjual dan membeli dinar. Dan Insya Allah kemudiannya kita boleh kembangkan untuk memberikan pilihan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan Negeri Kelantan untuk menerima gaji mereka sama ada dalam bentuk ringgit sebahagiannya, dan sebahagian lagi dalam bentuk dinar. Dan dengan itu, memerlukan bank-bank yang mempunyai simpanan wang emas.
Walaupun hari ini, keseluruhannya bank Islam tidak mempunyai akaun ini, tetapi saya yakin apabila sistem ini kita mulakan, bank dengan sendirinya memerlukan pembukaan akaun dalam bentuk emas yang akan kita gunakan dalam unit Dinar dan Dirham.
Dari sini, mungkin kita boleh perkembangkan lagi menjadikan sebahagian daripada bayaran yang diterima oleh kerajaan seperti premium pembalakan, sebahagiannya secara opsyen dibayar dalam bentuk dinar dan dengan sendirinya kita dapat memberikan satu simpanan nilai yang berkembang mengikut kadar inflasi sesebuah negara.
Insya-Allah perkara ini dalam proses, dan atas hasrat YAB Tuan Guru juga, kita telah berbincang dengan beberapa bank tempatan untuk memulakan satu akaun amanah bagi membolehkan rakyat Kelantan khususnya dapat melabur dalam akaun amanah ini untuk kita majukan beberapa projek dalam negeri Kelantan seperti pembangunan Bandar Baru Tunjong di mana pengambilan tanah sedang berlaku dan rakyat yang mempunyai wang dari jualan tanah mereka dan kita galakkan mereka melabur dalam akaun amanah ini untuk dilaburkan semula dalam bentuk pembangunan harta tanah di bandar tersebut.
Atas dua tiga konsep ini, kita berharap kita memulakan langkah utama lagi praktikal kepada dinar dan dirham,dan InsyaAllah pada suatu masa kita akan dapat menggantikan peranan US Dolar atau Euro pada masa akan datang. Di peringkat kerajaan Malaysia, saya ingat yang boleh mereka lakukan secara immediate ialah untuk membolehkan untuk jamaah haji diberikan satu kad online yang mencatitkan milik keping dinar mereka miliki sebagai deposit haji dan mereka boleh “cash”kan dinar ini di Arab Saudi dengan tidak memerlukan lagi conversion kepada dollar.
Saya berharap pada persidangan ini cita-cita YAB Tuan Guru untuk merealisasikan sebuah bank yang benar-benar berasaskan mudharabah dengan bantuan rakan-rakan kita sebagai panelis dan yang terakhir sekali saya difahamkan walaupun kita sudah memulakan sistem perbankan Islam agak alam tetapi dari segi regulation yang mengawal perbankan Islam saya difahamkan sesetengah bankers bahawa banyak lagi regulasi yang tidak memberikan invironment yang kondusif bagi bank-bank Islam berkembang selaras dengan prinsip-prinsip syariah yang sebenar, bahkan saya difahamkan beberapa produk bank Islam pada keseluruhannya masih perlu dikaji.
Kita berharap kerajaan Malaysia tidak statik dalam isu regulation perbankan Islam. Mesti dinamik bukan sahaja perbankan Islam itu mesti berkembang tetapi peraturan-peraturan yang mengawasinya dan memberikan ruang hidup untuk perbankan Islam ini mesti diberikan nafas yang dinamik untuk dipertingkatkan diperbaiki dari semasa ke semasa.
Dan dengan itu, barulah bank Islam dapat akhirnya benar-benar menjadi Islamic Banking, bukan hanya pada namanya. Hanya dengan itu, kita dapat lipat-gandakan kekuatan kewangan umat Islam. - mks.


______________________________________________

pastu mama buat research sikit
_______________________________________________
petikan dari wikipedia

Pada 1998, kerajaan Malaysia mencadangkan penggunaan emas sebagai mata wang perdagangan dunia seperti mana yang diperkenalkan semasa zaman Rasulullah dahulu. Emas dipilih kerana sifat kimianya yang stabil dan nilainya yang tidak berubah. Selain itu, dinar emas juga dharap dapat menggantikan pergantungan dunia terhadap Dollar Amerika dan Euro. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, dinar emas tidak akan menggantikan mata wang setempat (sebagaimana Euro), tetapi mata wang ini hanya akan digunakan sebagai mata wang perdagangan antara negara sahaja.
Nilai dinar emas adalah sama dengan nilai piawai emas dalam Perjanjian Bretton Woods.


________________________________________________

ooo.. betullah dulu memang dah ada ura-ura nak guna dinar emas ni kat mesia... ada banyak lagi la artikel2 kalau search tentang cadangan dinar emas masa zaman tun mahathir dulu... so bila kelantan yang nak buat tetiba tak setuju pulak.. dulu masa tun mahathir dulu takde pulak berani nak membantah...

tapi mama memang risau bila baca email yang orang forward tu... just imagine kalau in the future seribu ringgit tu is nothing.. macam sekarang la... kalau dulu 1 sen tu mungkin boleh buat beli kuih.. sekarang duit seposen jatuh pun malas nak kutip balik... biarlah.. sapa nak amik kutip kire sedekah la... satu sen lagi tak pandang.. so memang tak mustahil la kalau in the future duit seribu ringgit tu pun dah tak bernilai.. mungkin bukan masa kite tapi masa generasi anak cucu cicit kita nanti... jadi usaha kerajaan kelantan untuk guna emas sebagai asas matawang memang patut disokong memandangkan nilainya yang sangat stabil.. semoga usaha tersebut dipermudahkan Allah.. amin...

so kesimpulannya.. err.. ayah lepas ni tiap2 tahun kena bagi present berasaskan emas la.. hehhehe.. tahun ni nak rantai emas.. tahun depan nak gelang emas.. pastu subang emas... pastu cincin emas.. pastu pusing balik la...

hehhehe.. takdelah..memain je... ;)

May 19, 2006

ada apa pada nama

ada orang tanya mama.. kenapa pakai nama mamasherry? ala-ala western gitu... cam tak kena la dengan orangnyer... kenapa tak guna ummuluqman ke... mamaluqman ker... mamasherry ni macam mak kepada sherry pulak... iye ker... sebenarnya ada cerita di sebalik nama tu... hehhehe... ye ye je...

sebenarnya nama ni mama dapat sebelum mama jadik mama lagi... masa tu still keje kat taman tun.. wak tugee la ni yang bagi nama... memula tu sebab k pah baru join group kitorang, k pah kat rumah anak2 dia panggil ibu... so diorang panggil k pah ibu cilik... sebab k pah memang cilik pun... pastu wak tanya mama nanti kalau dah ada anak nak panggil apa... mama kata panggil mama kot.. nak jugak panggil ummi ker tapi dah ramai ummi la kat kampung.. mama macam takde lagi... lepas tu terus wak panggil mamasherry.. pastu lekat la.. anuar pun panggil mamasherry... sebenarnya rindu kat suasana bekerja kat taman tun.. tu yang mengabadikan nama panggilan kat sana tu.. celamak... lagipun sejak kecik memang mama takde nama panggilan lain selain nama panggilan yang mak panggil kat rumah... ye la orang lain kan kadang tu bila gi sekolah ada je panggilan lain... ada nama glamer lain la.. rizerque laa... lindot la... iderque la... hehheh... ni nama kengkawan masa sekolah... so mama kat sekolah pun masa tu nak glamer sikit letak la huruf 'e' kat depan.. tapi sebut still sama lagi.. tapi bila eja tu cam glamer sikit la.. har har har...

cerita pasal nama ni kalau nak cerita yang kelakar pun ada... kat kampung sana tu especially anak2 arwah wak wang.. nama rozana jadik nyanyon, rozita jadik ajut, rina jadik omboh, yang paling best nama hatta jadik katak last-last panggil kodok,,, sampai sekarang lekat kodok tu... isk,... kesian.. kesian.. nama cantik2 elok2 jadik camtu plak... nama nek pun zaharah jadik wok... nama cik cong sebenarnya mansor, nama cik endut sebenarnya safari...hmm... sapa lagi... kalau kat sabah sarawak tu lagi la macam2 diorang.. ada tu abg azim cerita ada jumpa orang kat sana nama siapa bin buaya (pronounce siapak bin buayak)... ada pulak orang dulu2 kan tak pandai nulis so just bagitau la kat orang yang nak tolong daftarkan tu... last last nak bagi nama noorjihana jadik noorghana... sian jiha... orang ingat dia lahir kat ghana ke apa...

tapi orang2 sekarang rasanya semua dah pandai dah carik nama untuk anak2... nama bebudak sekarang semua cantik2 belaka... tapi selalunya mesti panjang2 punye la... rasanya susah nak jumpa yang satu nama je... nak tulis nama kat buku sekolah pun susah... kalau isi borang apa-apa pun kadang kena tambah attachment tak cukup kotak.. hehhehe .. tapi anak2 mama nak stick to 2 nama je la... sedang elok je la tu... Luqman hakim tu memang nama dah plan dari dlm perut lagi... mengambil nama sempena kisah seorang yang bijak pandai yang ceritanya diceritakan dalam al-Quran.. mudah-mudahan luqman pun akan jadi orang bijak pandai jugak lah... ain humaira, ain maisara seminggu lahir baru dapat nama... tu pun jenuh carik nama tu sebab kena carik dua nama kan.. nak yang rhymes.. maisara, mashitah, mardhiah la.. mama masa tu sebenarnya nak letak nama siti sarah ngan siti hajar je.. tapi cam tak mendapat persetujuan plak... last-last settled with humaira and maisara and we decided to pun something light and easy kat depan.. taruklah ain.. okaylah.. nama tu memang dipilih mengikut riak wajah diorang.. humaira tu merah-kemerahan... memang humaira agak merah sikit pun masa kecik tu... maisara muka cam cheeky, manja .. senang mata memandang... humaira juga nama panggilan siti aishah r.a, maisarah nama sepupu siti khadijah r.a yang menemani nabi saw masa berniaga ke Syams (itu yang mama ingatlah)...

imran haziq pulak sebab masa mama tengah sakit tu ayah tengah sampai kat surah ali imran masa tadarus bulan pose hari tu kan.. ali imran.. kisah keluarga imran yang akhirnya mendapat zuriat bernama Maryam yang melahirkan nabi Isa a.s.. haziq tu sebab nak sync dengan luqman hakim... tapi insya allah semua ada makna yang baik-baik... and semua nama anak mama ni ada cerita/sejarah di sebaliknya.. gitulah ceritanya...

di padang masyhar nanti Allah akan panggil kita dengan nama panggilan kita, bukan nama yang dalam kad pengenalan tu... so walaupun parents kite terbagi nama yang takde makna ke.. tersilap eja jadik makna yang tak best ke.. tapi kalau panggilan nama kita maknanya elok, insya allah la... nama panggilan tu pun kira doa gak kan... nama panggilan tu boleh mencorakkan karakter kita... so walaupun nama mama sebenarnya takde makna tapi kalau panggil Izzah tu ada la makna... anak2 mama pun selalu mama panggil nama penuh...

ada apa dengan nama...? MACAM-MACAM ADAA.....

May 16, 2006

HAMAS : Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia


(Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil )


Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.

Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kmai telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.

HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.

Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.

Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???

Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.

Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.

Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.

Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?


Umat Islam di Malaysia sekelian,

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. KaÉi tidak akan memaafkannya.

Umat Islam di Malaysia,

Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.

Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.

Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.

Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...

Allah Akbar!!!

Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
Kuala Lumpur,
14 Mei 2006.

Untuk mengetahui sejarah palestin, sila ke blog abuamiir(entry ada apa dengan semalam).

May 04, 2006

hari ini dalam sejarah..


hari ni hari khamis
esok hari jumaat
lusa hari sabtu
tulat hari ahad
tonggeng hari isnin

ada apa dengan hari isnin? tak tau la... hhehhehe

cakap pasal hari, kalau ikutkan orang jawa ada macam-macam jenis hari.. ada 5 jenis hari ..
1. legi
2. wagih
3. pon
4. pa'ing
dan yang paling glamer sekali ialah
5. kliwon..

sapa yang tak pernah dengar pasal jumaat kliwon.. tu kira jumaat yang paling power la tu..(paling berhantu la tu kononnya...) so mengikut kepercayaan orang jawa hari yang kita lahir tu akan menentukan karakter kita. contohnya orang lahir hari khamis legi tak sama dengan orang yang lahir dengan khamis wagih... orang lahir hari isnin legi tak sama dengan orang yang lahir khamis legi... contohnye laa... boleh percaya ke tak boleh percaya? tak tau la..

dulu arwah bak kata mama lahir hari khamis legi.. katanya sapa lahir hari ni orangnya baik, sabar, segala yang baik-baik je la... tapi find out rupanya mama lahir hari isnin... tak tau le isnin apa.. masa tu dapat tau sebab ada classmate masa kat sekolah rendah tu sama besday.. dia kata dia lahir hari isnin, mama kata bak kata hari khamis... masa tu mana la nak ada program yang boleh check balik tarikh tu hari apa.. kalau cam sekarang melambak boleh check kat internet kan... siap dapat tarikh bulan islam lagi.. sampai gaduh2 ngan kawan tu, Rafidah namanya.. anak cikgu zaham.. sampai la bila jumpa kat internet untuk check hari, barulah mama menerima hakikat yang mama memang lahir hari isnin... hehe.. so tak tau la isnin legi ke wagih ke kliwon ke.. kalau legi orangnyer pendiam, baik.. kalau pon orangnya banyak cakap, kalau wagih orangnyer tekun, bila buat keje tu bersungguh-sungguh... kalau paing apa yek.. tak ingat la... tapi kalau keliwon orangnya keras kepala.. orang kata... bukan mama kata.. hehhe..

ada lagi satu.. ni bibik punya kes la... bibik kan pandai mengurut... tapi pantang larangnya dia tak boleh urut hari selasa dgn hari sabtu... kecian elly hari tu datang hari sabtu nak ngurut sekali tak boleh.. ye la.. mama mana la tau.. bibik pun takde cakap pulak sebelum tu... kena la datang balik esoknya... tanya jugak kat bibik kenapa tak boleh.. memula tu tak nak bagi tau jugak.. lama-lama bila dah selalu tanya dia kata memang pantang larang orang kat tempat dia sana tak boleh ngurut hari sabtu ngan selasa.. kalau urut jugak nanti sakitnya tak baik.. atau pun makin sakit.. kira cam sesia la kalau urut pun... ye ye je bibik nih.. apa-apa je la...

anyway, itu semua kepercayaan.. sebenarnya semua hari adalah baik... terpulang kepada kita untuk mengisi setiap detik yang ada 24 jam tu untuk perkara yang baik.. insya allah...

hmm.. ayah tak jadik balik malam ni... tak dapat la nak celebrate sesama this weekends... sabo je la...