satu ketika dulu, ada orang forward email kat mama...
_______________________________________________________
pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi) Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930's. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk "FUTUREFASTFOWARD".
Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nakjumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku,org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya DrM dan Pak Lah memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal "money creation" oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia(i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh diaccess via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis.
Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-
1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)
2. emas dan perak
Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank) Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC "THEDEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. MiddleEast dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era "haus kerana tidak ada air" dan "bergelap kerana tiada minyak" menurut kata penganalisis dunia).
Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bum ini hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?" Dia jawab, "no comment. You kena tanya menteri." Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. 'I don't keep money," macam tu lah dia kata kat aku.
Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan ygsebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).
Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-
MD IMF, Rodrigo de Rato, "We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy.
Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas "overtime there is only one direction for the dollar to go- lower".
Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : "we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system."
Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board,"we have a 75% chance of a crisis within 5 years".
Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat akuni, terpulang lah. Wallahualam.
_____________________________________________
sebenarnya mama tak berapa nak tahu kesahihannya sebab orang fwd email camtu je tanpa ada nama penulisnya... any comment from the financial experts? ipah? ana?
hari ni mama baca kat suratkhabar online...
_________________________________
petikan harakahdaily
Dinar: Teks ucapan Husam dalam Seminar Ekonomi
Wed May 24, 06 08:38:44 AM Oleh Razak Beghani
Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan, Dato' Husam Musa dalam Seminar Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Islam 2006 anjuran Pusat Kajian Strategik Kelantan, 21 Mei lepas sebenarnya melontarkan kembali suatu cetusan idea untuk membebaskan umat Islam daripada belenggu kekangan ekonomi.
Bagaimanapun isu ini mencetuskan kontroversi apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa berada di Sharm al-Sheikh Mesir, dengan tegas menolak apa yang dikatakan hasrat Kelantan untuk mempraktikkan perlaksanaan Dinar dan Dirham dalam tempoh tiga bulan lagi.
(Berikut adalah sedutan daripada ucapan Husam)
Seminar ini diadakan di atas impian Tuan Guru, Dato' Menteri Besar, untuk melihat sebuah bank berasaskan prinsip mudharabah yang walaupun impian ini memerlukan masa yang panjang untuk direalisasikan tetapi ini adalah sebuah impian YAB Menteri Besar dan insya-Allah pada suatu masa impian ini akan dilaksanakan sama seperti program-program yang telah kita laksanakan sebelum ini.
Allah SWT telah memberi izin kepada kita mencari keuntungan melalui jalan yang halal iaitu berjual beli yang sangat luas dan Allah mengharamkan riba. Dan telah menjadi satu cara Allah bila Dia on satu perkara dan off satu perkara tanpa Dia tidak memberi satu jalan keluar.
Riba kita tak perlu ulas kesan negatifnya kepada ekonomi dunia keseluruhannya, termasuk statistik -statistik dunia yang menunjukkan negara kurang maju yang meminjam dari negara maju berakhir dibelit oleh pinjaman-pinjaman yang besar.
Hari ini Amerika memerlukan pinjaman 2 billion US setiap hari untuk membiaya belanjawan defisitnya. Seluruh dunia tahu kita perlu keluar dari belitan riba tetapi dunia tidak mempunyai jawapan selain Islam yang memberi jawapan terhadap sistem ini, tetapi malangnya kuasa negara Islam yang sebenar telah runtuh dan oleh kerana itu kita dalam proses memulihkan semula, bukan sahaja kuasa pemerintahan, malah seluruh sistem yang telah diasaskan oleh Islam.
Apa yang telah digembar-gemburkan seperti proses globalisasi, free trade, sebenarnya pada zaman keemasan Islam telah pun di’globalise’kan oleh Islam.
Pada waktu itu, mata wang tunggal ialah emas, yang dipanggil sebagai dinar diterima pakai di seluruh negara Islam. Oleh kerana itu, kita tidak ada masalah currency. Kita mempunyai single currency based on gold atau berasaskan emas.
Dan kita pada asasnya memiliki single citizenship yang tidak memerlukan batas-batas yang memerlukan visa ataupun pasport untuk memasuki mana-mana wilayah-wilayah Islam yang luas bahkan di luar wilayah Islam.
Sebab itu, wujud Jalan Sutera dan perdagangan laut sehingga ke kepulauan Maluku. Maluku adalah berasal dari root bahasa Arab al-Mulk atau al-Malik, yang kemudiannya menjadi Maluku, sebagai simbol Islam menguasai jalan perdagangan ini dan kebebasan perdagangan telah berlaku pada waktu itu.
Dan kemudiannya hanya apabila Islam runtuh, penjajah-penjajah telah memperkenalkan sempadan-sempadan berasaskan Negara Bangsa atau Nation State. Dan pada waktu itu, diperkenalkan visa yang kadang-kadang hendak memasuki negara Islam dengan negara Islam yang lain memerlukan 14 hari permohonan visa yang menghalang secara automatik pergerakan perdagangan bebas dan kemudian diperkenalkan mata wang berasaskan negara bangsa tersebut yang telah membataskan lagi kelancaran perdagangan bebas pada waktu itu bagi membolehkan penjajah menguasai perdagangan dunia.
Oleh kerana itu, sebenarnya, globalisasi dari satu segi sebenarnya adalah satu kebangkitan Islam yang universal, yang akan memulihkan semula perdagangan bebas sebenar, yang adil dan saksama kepada masyarakat dunia.
Dan dalam konteks ini, kita memerlukan pemulihan currency kita iaitu dinar yang berasaskan pada emas, dan perak iaitu dirham. Dalam sistem kewangan Islam, bagi memastikan tidak ada unsur riba, wang itu sendiri mestilah mata wang yang sebenar.
Bukan satu issuance paper money, keluaran wang kertas yang kemudiannya diperakukan sebagai gambaran nilai yang sebenarnya adalah satu ilusi. Oleh kerana itu, saya yakin kita memerlukan pemulihan penggunaan mata wang kita.
Satu masa, pada peringkat kerajaan kita seolah-olah seakan-akan sudah memahami kepentingan dinar dan dirham. Dinar ialah 4.3 gram emas iaitu ukuran yang telah ditetapkan pada Zaman Saidina Umar al-Khattab dan dirham ialah 7 gram perak. Dan satu dinar bersamaan 7 keping dirham.
Tetapi kemudian, selepas pertukaran perdana menteri baru, tajuk ini telah lenyap. Kerajaan Kelantan Alhamdullilah atas arahan YAB Tuan Guru telah mengambil inisiatif mengadakan satu jawatan kuasa untuk memulakan penggunaan dinar dan dirham melalui outlet ar-Rahn yang telah kita tubuhkan.
Suka saya memberikan sedikit latar belakang kepada kepentingan ar-Rahn dalam sistem kewangan negeri Kelantan. Saya masih ingat di Jalan Sultan Ibrahim suatu masa dahulu ada beberapa kedai pajak gadai di situ yang sentiasa dikerumuni oleh orang Islam.
Dan kedai pajak gadai ini mengasaskan perniagaaan mereka pada; pertama, interest di mana barangan yang ditukarkan sebagai pajakan dikenakan interest yang sangat tinggi, lebih kurang sistem along sekarang. Yang kedua, mengenakan penilaian yang sangat rendah, misal kata barang seribu, dinilaikan sebanyak 300 ringgit dan dikenakan pinjaman tiga ratus ringgit, dikenakan interest yang sangat tinggi yang menyebabkan akhirnya yang menggadai tidak mampu untuk menebusnya yang akhirnya menyebabkan sebahagian harta orang Islam ditelan oleh sistem ini.
Hanya apabila YAB Tuan Guru pada waktu itu menjadi Menteri Besar dan atas bantuan Dato’ Hj. Halim yang ketika itu Timbalan Menteri Besar telah menyusun satu sistem ar-Rahn ini dan sehingga hari ini, kita telah mengeluarkan pinjaman atau aliran keluar masuk wang berjumlah 500 juta ringgit.
Dan ini membantu peniaga-peniaga kecil mendapatkan pinjaman mudah dalam bentuk gadaian barang kemas mereka yang tidak dikenakan interest, kita tukar kepada sistem bayaran simpanan, dan tidak ada sistem lesapan dan dengan penilaian yang sebenar. Dan ini telah berjaya menyelamatkan kewangan masyarakaat Islam Kelantan, tetapi lebih penting daripada itu, pada pendapat saya ialah melalui ar-Rahn telah memperkukuhkan sistem simpanan nilai rakyat Kelantan dalam bentuk emas.
Ini yang penting sekali kerana emas sahaja yang boleh menentang inflasi ataupun emas dan perak yang mempunyai nilai di atas dirinya sendiri dapat menentang inflasi.
Misalnya, dalam tahun 2005 emas di peringkat antarabangsa telah meningkat 30% sedangkan mata wang dolar telah merosot lebih besar daripada itu. Jika kita menyimpan wang di bank sekalipun, walaupun kita mendapat interest, ia ditelan oleh inflasi yang terus meningkat dan kejatuhan matawang kertas. Dan jalan yang paling selamat ialah kita simpan dalam bentuk Emas. Dan satu daripada bentuk emas itu ialah dalam bentuk kepingan yang dipanggil dinar.
Insya-Allah apabila persiapan ini selesai, kita akan memulakan peringkat yang paling awal, paling kecil sekali dengan menjadikan ar-Rahn sebagai outlet menjual dan membeli dinar. Dan Insya Allah kemudiannya kita boleh kembangkan untuk memberikan pilihan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan Negeri Kelantan untuk menerima gaji mereka sama ada dalam bentuk ringgit sebahagiannya, dan sebahagian lagi dalam bentuk dinar. Dan dengan itu, memerlukan bank-bank yang mempunyai simpanan wang emas.
Walaupun hari ini, keseluruhannya bank Islam tidak mempunyai akaun ini, tetapi saya yakin apabila sistem ini kita mulakan, bank dengan sendirinya memerlukan pembukaan akaun dalam bentuk emas yang akan kita gunakan dalam unit Dinar dan Dirham.
Dari sini, mungkin kita boleh perkembangkan lagi menjadikan sebahagian daripada bayaran yang diterima oleh kerajaan seperti premium pembalakan, sebahagiannya secara opsyen dibayar dalam bentuk dinar dan dengan sendirinya kita dapat memberikan satu simpanan nilai yang berkembang mengikut kadar inflasi sesebuah negara.
Insya-Allah perkara ini dalam proses, dan atas hasrat YAB Tuan Guru juga, kita telah berbincang dengan beberapa bank tempatan untuk memulakan satu akaun amanah bagi membolehkan rakyat Kelantan khususnya dapat melabur dalam akaun amanah ini untuk kita majukan beberapa projek dalam negeri Kelantan seperti pembangunan Bandar Baru Tunjong di mana pengambilan tanah sedang berlaku dan rakyat yang mempunyai wang dari jualan tanah mereka dan kita galakkan mereka melabur dalam akaun amanah ini untuk dilaburkan semula dalam bentuk pembangunan harta tanah di bandar tersebut.
Atas dua tiga konsep ini, kita berharap kita memulakan langkah utama lagi praktikal kepada dinar dan dirham,dan InsyaAllah pada suatu masa kita akan dapat menggantikan peranan US Dolar atau Euro pada masa akan datang. Di peringkat kerajaan Malaysia, saya ingat yang boleh mereka lakukan secara immediate ialah untuk membolehkan untuk jamaah haji diberikan satu kad online yang mencatitkan milik keping dinar mereka miliki sebagai deposit haji dan mereka boleh “cash”kan dinar ini di Arab Saudi dengan tidak memerlukan lagi conversion kepada dollar.
Saya berharap pada persidangan ini cita-cita YAB Tuan Guru untuk merealisasikan sebuah bank yang benar-benar berasaskan mudharabah dengan bantuan rakan-rakan kita sebagai panelis dan yang terakhir sekali saya difahamkan walaupun kita sudah memulakan sistem perbankan Islam agak alam tetapi dari segi regulation yang mengawal perbankan Islam saya difahamkan sesetengah bankers bahawa banyak lagi regulasi yang tidak memberikan invironment yang kondusif bagi bank-bank Islam berkembang selaras dengan prinsip-prinsip syariah yang sebenar, bahkan saya difahamkan beberapa produk bank Islam pada keseluruhannya masih perlu dikaji.
Kita berharap kerajaan Malaysia tidak statik dalam isu regulation perbankan Islam. Mesti dinamik bukan sahaja perbankan Islam itu mesti berkembang tetapi peraturan-peraturan yang mengawasinya dan memberikan ruang hidup untuk perbankan Islam ini mesti diberikan nafas yang dinamik untuk dipertingkatkan diperbaiki dari semasa ke semasa.
Dan dengan itu, barulah bank Islam dapat akhirnya benar-benar menjadi Islamic Banking, bukan hanya pada namanya. Hanya dengan itu, kita dapat lipat-gandakan kekuatan kewangan umat Islam. - mks.
______________________________________________
pastu mama buat research sikit
_______________________________________________
petikan dari wikipedia
Pada 1998, kerajaan Malaysia mencadangkan penggunaan emas sebagai mata wang perdagangan dunia seperti mana yang diperkenalkan semasa zaman Rasulullah dahulu. Emas dipilih kerana sifat kimianya yang stabil dan nilainya yang tidak berubah. Selain itu, dinar emas juga dharap dapat menggantikan pergantungan dunia terhadap Dollar Amerika dan Euro. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, dinar emas tidak akan menggantikan mata wang setempat (sebagaimana Euro), tetapi mata wang ini hanya akan digunakan sebagai mata wang perdagangan antara negara sahaja.
Nilai dinar emas adalah sama dengan nilai piawai emas dalam Perjanjian Bretton Woods.
________________________________________________
ooo.. betullah dulu memang dah ada ura-ura nak guna dinar emas ni kat mesia... ada banyak lagi la artikel2 kalau search tentang cadangan dinar emas masa zaman tun mahathir dulu... so bila kelantan yang nak buat tetiba tak setuju pulak.. dulu masa tun mahathir dulu takde pulak berani nak membantah...
tapi mama memang risau bila baca email yang orang forward tu... just imagine kalau in the future seribu ringgit tu is nothing.. macam sekarang la... kalau dulu 1 sen tu mungkin boleh buat beli kuih.. sekarang duit seposen jatuh pun malas nak kutip balik... biarlah.. sapa nak amik kutip kire sedekah la... satu sen lagi tak pandang.. so memang tak mustahil la kalau in the future duit seribu ringgit tu pun dah tak bernilai.. mungkin bukan masa kite tapi masa generasi anak cucu cicit kita nanti... jadi usaha kerajaan kelantan untuk guna emas sebagai asas matawang memang patut disokong memandangkan nilainya yang sangat stabil.. semoga usaha tersebut dipermudahkan Allah.. amin...
so kesimpulannya.. err.. ayah lepas ni tiap2 tahun kena bagi present berasaskan emas la.. hehhehe.. tahun ni nak rantai emas.. tahun depan nak gelang emas.. pastu subang emas... pastu cincin emas.. pastu pusing balik la...
hehhehe.. takdelah..memain je... ;)
No comments:
Post a Comment