November 17, 2018
From zero to President (hero)
Baru-baru ini Luqman telah berjaya dipilih menjadi ajk Badar. setelah 4 tahun mencuba! Alhamdulillah.. tahniah.. selamat menjalankan tugas.
Tiba-tiba Luqman call, cerita pasal presiden Badar letak jawatan. Dan luqman telah dipilih sebagai salah seorang calon Presiden! Ya Allah... daripada teringin nak jadi AJK tetiba jadik calon presiden pulak!
2 hari selepas tu mama tanya,
"So Luqman, what is the verdict?"
"Yes, I am the president"
"Fuyyoo... Tahniah.. Tahniah"
Mama macam tak percaya je. Jalankanlah tanggungjawab dengan penuh dedikasi ye.
Hari tu Luqman call, Luqman tanya,
"macamana nak make sure orang bawahan kita jalankan tugas ye? Mama dgn ayah kat office macamana mama handle team mama?"
Aduhai nak, janganlah stress-stress ye.. dah la nak igsce exam masa tu. Lakukan apa yang termampu je. KPI nak make sure semua orang solat subuh berjemaah, memang bukan mudah. Buat apa yang termampu. Bila kita pikul tanggungjawab ni memang bukannya mudah. Dan memang tak dapat nak puaskan hati semua orang. Buat yang terbaik dan selalu minta bantuan dari Allah. Hakikatnya hidup kita macam tu lah nanti. Kat tempat kerja, kat dalam masyarakat kita. Kalau jadi AJK surau contohnya.. Tak semua orang nak ikut cakap kita, tak semua orang suka kita, dan kita tak boleh paksa-paksa orang.
To Luqman,
Learn new things and experience new responsibility will make you a better person.
Fighting!!
November 15, 2018
when watching tv is no longer family's favourite time
Aaahh... sometimes I just said.. " Orang kat rumah ni semua pekak. Telinga semua tutup" (including the big boss.. heheh)
Not that I am a saint, I myself occasionally hooked to my phone watching Korean Drama (huhu), but i hate using earphone so i just settled watching with minimal volume.
Hmm... I don't know. it is the challenge of technologies.. somehow we need to keep up with it. i just hope and pray that my kids use it ethically and dilindungi dari perkara2 yang tak elok.
October 04, 2018
He is at end stage
Melihatkan keadaan Aqil yang macam tu, memang Aqil tak dapat ke sekolah lagi. Doktor nasihatkan untuk Aqil sentiasa pakai oksigen. Ubat pun banyak nak kena makan. Mula-mula macam nak cari maid. Atau alternatif lain cari daily nurse. Dah survey-survey dan tanya-tanya. Tapi hati mama berat nak tinggalkan Aqil. Terutamanya bila time Aqil sakit dada. Allahu... biarlah mama yang jaga. Mama nekad untuk ambik unpaid leave. Ayah pun setuju,
Alhamdulillah dah 3 minggu mama jaga Aqil di rumah. Kesihatan Aqil alhamdulillah agak stabil. Namun sakit dada masih berlaku. Kadang-kadang kerap.. satu hari tu sampai 3- 4 kali jadi. Tapi ada hari yang dia tak sakit dada langsung Alhamdulillah.. Cuma akhir-akhir ni dia agak susah nak tidur malam. tak berapa nyenyak dan asyik bangun-bangun je. Tidur dia pun kena bantal tinggi (5 bantal), kira tidur pun macam duduk. Doktor kata sebab kalau bantal rendah dia akan rasa lemas. Doktor kata ini salah satu indikator keadaan Aqil tak berapa baik.
Hari-hari seterusnya dilalui dengan meluangkan masa bersama Aqil. Membaca melukis menulis mengaji... Ya, tak pergi sekolah tak bererti tak perlu belajar kan Aqil kan? kita kena cepat habiskan buku Anakku 7 ni Aqil. Nak masuk buku 8 dah ni..
To Aqil, whatever happens... Mama love you very-very much... You are such a strong boy!
September 05, 2018
Berehat di Gleneagles
Akhirnya pecah rekod juga. Mama rasa dah beberapa tahu Aqil dapat bertahan tak kena admit kat hospital.
Semalam hanyalah check up biasa untuk setiap 6 bulan. Tapi bila Dr Chan check, hati aqil membengkak dan oksigen level cuma 75%. Terus Dr Chan advise untuk admitted. Aqil memang batuk2 sejak beberapa minggu ni tapi dah nak baik tinggal sikit2. Mungkin itu menyebabkan keadaan aqil yang tak begitu baik.
Melalui pemeriksaan darah dan xray, doktor kata tiada infection dan tiada pneumonia. Menunjukkan batuk2 aqil bukan masalah kuman, tapi besar kemungkinan disebabkan jantung dia sendiri.
Doktor bagi treatment oksigen, masuk ubat through IV, tambah dos ubat, tambah ubat.
Mama tengah pening macamana nak manage ubat Aqil nanti. Ada 5 jenis ubat. Ada yg 2 kali sehari, ada yang 3 kali sehari. Then ada ubat yang tak boleh makan sekaligus, kena selang masa 1-2 jam. Sebelum ubat aqil ada 3 jenis je.
Cepat sihat wahai anakku.. dan semoga Allah beri kesembuhan kepada Aqil. Sabar ye Aqil. Insya allah semua ini ada hikmahnya bagimu..
August 19, 2018
Selawat Nurizzati
Airmata yang paling berharga di dunia ini ialah airmata Nabi yang rindukan ummatnya.
Siapakah mereka yang dimaksudkan? Kita lah...
Selawat ini mama dengar semasa Malam Sejuta Selawat di KISAS bulan lepas. Memang syahdunya qasidah ini.
Kalau nak dengar boleh cari di youtube Selawat nurizati oleh ustaz neezam albanjari
August 18, 2018
Hari raya haji dah dekat
Sejak beberapa tahun ni saya nekad untuk buat ibadah korban setiap tahun. Selepas tersentap dgn statement satu ketika dulu, bil astro bulan2 seratus lebih boleh bayar, korban rm500 setahun takkan tak boleh (well sekarang dah rm650). Alhamdulillah setakat beberapa tahun ni Allah berikan rezeki untuk buat ibadah korban.
(Ini tangan aqil sebagai hiasan)
June 09, 2017
I am a Certified Business Analysis Professional
June 05, 2017
July 30, 2016
Rindunyaaa...
July 15, 2016
Salam Aidilfitri 2016
Post wajib setiap tahun.. haruslah ada gambar raya hehehe...
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mohon maaf atas segala salah silap selama ini..
May 18, 2016
Gundah gulana
Humaira Maisara sekarang dalam Non-Academic Semester. KMSS menyediakan beberapa program non-academic yang pelajar boleh pilih untuk sertai. Humaira memilih untuk ke Bulbul Arabiy. Lokasinya di Kem Sri Raudhah, Gombak. Manakala Maisara pula memilih untuk ke Fine Art & Calligraphy. Lokasinya di Pokok Sena, Kedah. Mereka baru mula semester ini hari Isnin yang lepas. Humaira duduk di kem. Allahu masa hantar tu rasa macam sedih nak tinggalkan humaira kat situ melihatkan kepada accommodation nya. Nampak agak tak selesa. Malam pertama tu Humaira sms, dia kata tak sanggup nak masuk toilet. But she did not want to elaborate further. Malam tu saya termimpi-mimpi keadaan di sana. Suami pun kata, kalau 2-3 hari duduk di situ boleh tahan lagi. Tapi ni duduk 3 minggu. Kesian budak-budak.
Esoknya Maisara pulak ke Kedah naik ETS. Di sana duduk di homestay. Cikgu share gambar. Nampak selesa alhamdulillah. Lagilah sedih mengenangkan Humaira. Humaira pulak jenis bila ditanya dia kata ok je ok je. Tapi semalam dia kata mungkin akan berpindah ke UIA. Mungkin cikgu pun nampak tempat tu tak sesuai nak duduk lama-lama. Nak sembang panjang dia dah penat nak tidur. Aktiviti penuh - pagi, petang, malam. Maisara pulak banyak masa lapang. Kelas art setiap hari sama ada pagi atau petang. Yang lain free and easy.
Macam tulah perasaan kita, tak boleh tengok anak susah kan. But the outcome we don't know yet. Maybe Humaira will come out to be a tough girl who had gone through some difficult time. I pray that she is strong to overcome this hardship and treasure the experience. Cuma petang-petang nampak seronoklah dia dapat main air kat tepi sungai.
Maisara, she is very smart. She always know what she wants. And she always do something about what she wants. And most of the time, she gets what she wants.
Semalam sembang dengan Maisara. (she has a lot of free time at night). Dia kata semalam dia pergi kedai runcit, dia nampak lastik cantik. Dia pun beli. Saya kata, nak buat apa lastik tu? Dalam hati saya selalu humaira yang suka lastik. Dah berapa kali minta nak beli lastik. Maisara jawab, dia beli untuk Humaira. Aduhai dalam hati ni tak tau nak kata. Saya tanya Maisara, rindu dekat humaira ke? heheh... dia kata takdelah... eleh ye lah tu.. Twins kan.. mesti ada special bonding. Ini pun first time diorang berpisah sebenarnya. Kita tengok pun rasa sedih.
Tiba-tiba teringat kat Aqil dan Aqlan. Lalu saya pun tengok balik gambar mereka berdua. Lalu air mata pun mengalir. Tambah sedih lagi bila mengenangkan Aqil tinggal sorang. Macam tu la rasanya bila melihat Humaira dan Maisara pergi ke haluan yang berlainan. Tambah sedih lagi sebab sekarang masalah bibik tak selesai-selesai. Tunggu pengganti tak sampai-sampai. Sekarang minta tolong atuk dan nenek jaga Aqil waktu kerja. Kalau ikutkan hati, mama nak jaga Aqil sendiri. huhuhu.... mama yakin rezeki tu ada di mana-mana. Tapi buat masa ni belum dapat green light lagi. Mama akan terus berdoa.
Aduhai... hati memang gundah gulana...
April 21, 2016
it's been a while
What's hot is that our bibik Armanah 'minggat'!
(minggat = lari dari rumah)
Ah malas nak cerita. Biarlah kalau itu dah pilihan dia. Dalam hati ni risau juga sebab bibik ni bukan orang pandai. Baca pun tak tau. Entah siapa yang dia ikut. Harapkan Allah bantu jaga dialah. Marah memang marah tapi bila dah lama-lama ni saya redha lah. Setiap yang berlaku itu kan dengan izin Allah. Semoga Allah gantikan ujian ini dengan sesuatu yang lebih baik.
Hari tu try hantar Aqil ke Addin. Ingatkan kalau ok mungkin dah tak perlu bibik. First day pergi ke Taska. Geng dengan budak2 3 tahun ke bawah. Aduh kesian pulak tengok cikgu tak menang tangan. Cikgu Diana suggest masuk ke tadika 4 tahun. Cuba tinggalkan Aqil. Menangis macam apa. Tak sampai setengah jam cikgu call. Ambiklah bawak balik. Hari kedua memang plan temankan dia sampai balik. Seronok je tengok Aqil ikut belajar, main dengan kawan-kawan. Hari ketiga kena try tinggalkan juga. Temankan dia sampai pukul 10 lepas tu tinggal. Menangis juga tapi tak teruk sangat. Saya standby kat rumah kot la ada pape. Sampai tengahari cikgu takde call. Lega juga hati tapi sedih pulak rasa. Pukul 2 cikgu call. Katanya tak nak makan, tak nak tidur. Nak dukung cikgu je. Cikgu Niza cadangkan cuba cari tadika yang cikgunya ramai boleh tengok-tengokkan Aqil. Sebab cikgu kat situ ngam-ngam. Kalau ada yang kena extra attention macam Aqil macamana dengan budak-budak lain kan. Aduh sedih juga kan. Takpelah. Saya pun faham. Saya pun kesian juga sebenarnya. Kalau ikutkan hati rasa memang macam nak berhenti kerja je. Biarlah saya jaga sendiri anak saya. Huhuhu....
Lepas tu esoknya hantar Aqil ke rumah neneknya kat Cheras. Tapi kakak Raihana terpaksa ponteng temankan Aqil. Itulah masalahnya sikit. Aqil ni jenis tak berapa nak dengan orang. Lagipun nenek dengan atuk pun tak la larat sangat nak layan Aqil tu. Jadi ada kakak raihana boleh tolong layan.
Hari jumaat saya bawa Aqil ke office. Amboi seronoknya dia ikut mama pegi opis. Nyanyi-nyanyi kat office. Mama pulak segan hehe. Tapi tengahari dia dah boring. Petang tu saya half day la terus.
Hari Sabtu dapat bibik baru. Alhamdulillah syukur. Setakat ni nampak macam ok. Mudah faham arahan. Cakapnya pun tak jawa sangat sebab dia orang Melayu. Jadi komunikasi pun senang. Aqil pun ok dengan bibik baru. Harap-harapnya terus oklah.
March 03, 2016
Menziarahi pusara Muhammad Aqlan
Hari ni cuti bawa Aqil ke klinik. Malam tadi mula demam. Dah lama sangat rasanya aqil tak demam. Tapi walaupun panas nampak Aqil larat macam tak demam. Alhamdulillah berbeza dengan dulu-dulu. Kalau dulu asal demam ke batuk ke selsema ke memang teruk keadaannya sampai bengkak2 muka dan kena pakai oksigen. Alhamdulillah.
Sebab tengok Aqil macam ok je, saya ajak Aqil tengok kubur Aqlan. Laju je dia kata nak nak.
Kubur Aqlan dah letak papan kepungan. Dan ada nama dan tarikh meninggal dunia.
Duduk sekejap je.
February 22, 2016
Inpromptu visit
Hari ni tiba-tiba terbalik kampung. Nasib baik takde meeting hari ni. Suami sakit pinggang dah dekat seminggu. Hari tu dah urut dengan pak man yang urut alan tu dan buat bekm sekali tapi tak baik2 pulak. Saya ajak la urut kat kg dgn wak mon.
Pergh.. sakitnya penangan urutan wak mon, suami kata. Hehe. Tapi dia kata macam ada improvement sikit.
Alhamdulillah sambil2 tu dapat la melawat luqman.
February 20, 2016
Memendam rindu
Semalam aqil kata dia main dengan aqlan.
Pagi tadi pula semasa menghantar raihana dan imran ke sekolah untuk gotong royong, saya berbual dengan aqil tentang sekolah.
Mama: Kenapa Aqil tak nak pergi sekolah? Sekolah kan best. Ada ramai kawan, boleh belajar abc..
Aqil: Ini kan abang aqil. Mana boleh pegi sekolah.
Mama: Kenapa pulak?
Aqil: Yelah, nanti kalau aqlan dah sihat, nanti dia cari-cari mana abang aqil.
Mama diam.
I think he's missing him.
February 07, 2016
A short breakaway at Port Dickson
Unplanned vacation.
Tiba-tiba suami call bagitau ada kawan dia offer bilik murah kat PNB Ilham Resort. Memandangkan kami pun tak ada plan sangat cuti raya cina ni, saya ok je. Just enjoy the pics.
February 04, 2016
Kuatkan hatimu Aqil
February 01, 2016
January 23, 2016
Rehatlah wahai anakku sayang Muhammad Aqlan
![]() |
Gambar terakhir Aqil bersama Aqlan |
![]() |
Gambar terakhir.. sehari sebelum |