October 19, 2026

Ujian Di Hari Tua - Menjaga Orang Tua

Jumaat lepas, kami sepatutnya ada usrah secara online. Tapi lewat petang Jumaat dapat berita Pak Chaq (pakcik suami) meninggal dunia. Innalillahi wainna ilaihi rajiun..

Saya sebagai admin googlemeet kelam kabut nak cari pengganti untuk uruskan usrah sebab malam tu nak bawak mak ziarah arwah Pak Chaq. Namun sampai dekat 8.30pm masih tak dapat pengganti. Azlida ada kat kampung sebab ayahnya kena strok, keadaaan ayahnya tak berapa baik, sedang bersedia dengan sebarang kemungkinan. Wahida pula balik kampung juga, bergilir-gilir adik beradik balik setiap weekend sebab ayahnya cancer, sedang menjalani chemo. Yang lain pulak tak ada yang menyahut. Mungkin juga kerana waktu maghrib semua orang tengah sibuk dengan urusan diri dan keluarga. Ustazah pun lambat  respond. Lalu saya pun terpaksalah tangguhkan dulu usrah bulan ni.

Apa yang saya terfikir ialah ramainya yang sedang menjaga mak ayah. pada umur-umur 40-an 50-an. Dulu kita fikir kitarannya ialah berkahwin, lepas tu dapat anak, lepas tu sibuk dengan anak kecik berderet-deret. Bila anak2 dah besar sikit mula masuk asrama. Orang kat rumah pun makin sikit. Bila anak-anak dewasa, kita pun dah tua dah takde apa nak pikir sangat, nak focus kepada diri sendiri, ke sana ke sini ngantenan. (Ngantenan = macam pengantin baru). Rupanya hakikatnya tidak begitu. 

K Hani setiap weekend kena temankan mak dia yang tinggal sorang lepas ayahnya meninggal. Maknya tak nak duduk dengan anak-anak. Wahida pun baru mula kena selalu balik kg utk jaga mak ayahnya. Azlida tak tau la lepas ni macamana. Baru dapat perkhabaran ayahnya telah meninggal dunia. 

Saya sendiri ingatkan bila dah bersara boleh relax-relax. Boleh pegi cari majlis ilmu merata. Nak keluar dengan kawan anytime. Nak me time shopping ke makan-makan ke anytime. Rupa-rupanya Allah sediakan tugasan lain. Tapi saya fikir positif, kalau tak kena jaga mak ayah mertua mungkin saya banyak buat perkara lagha. Saya anggap ini ialah ladang pahala yang Allah sediakan untuk saya. Insya allah. Bukan tak boleh nak keluar-keluar. Tapi setiap perancangan tu perlu ambik kira keadaan dan jadual mak ayah. Kalau ke kuliah, sebelum pegi saya dah kena siap masak. Then sebelum pukul 11 dah kena balik untuk sediakan makanan. Kalau nak balik kg atau ke mana-mana yang perlukan stay overnite kena make sure ada anak-anak yang tengah cuti. Kalau sekeluarga nak pergi mana-mana kena ada orang lain ganti tolong temankan mak ayah kat rumah. 

Dulu ingatkan bila dah tak sibuk dengan anak-anak, bolehlah kami hidupkan balik usrah secara fizikal sebulan sekali. Tapi rupanya tetap sibuk juga dan susah nak dapat masa semua orang. Sebab tu lah kita buat usrah online je.

Kadang-kadang sedih juga. Dok jaga mak ayah mertua, mak kat kampung ok ke tak? memang la ada abang n kakak ipar yang jaga tapi kadang-kadang risau juga sebab abang kakak sibuk meniaga. Tapi alhamdulillah Allah rezekikan mak masih sihat masih kuat. Saya cuma fikir moga-moga bila saya jaga mak ayah mertua dengan baik, Allah bagi abang n kakak ipar jaga mak dengan baik juga.

Macam tu lah kehidupan. Tak mungkin hidup ini untuk bersenang lenang. Pasti ada susah senang dan turun naiknya. Moga Allah beri kekuatan dan kesabaran.

Moga kita dapat bersenang lenang di syurga nanti Ya Allah.. amin ya rabbal alamin...

No comments: