July 27, 2015

Bila En Suami masuk dapur





Suami saya ni sebenarnya dulu dia tukang masak. Siap boleh buat bisnes lagi. Dulu la masa zaman belajar dulu. Duduk kat hostel. Alang-alang dah masak, masak lebih sikit untuk dijual kepada student lain.

Semalam buat ayam tandoori. oklah jadik juga cuma terlebih rasa cengkih hehe.. Tapi laju je budak2 ni makan dengan roti naan. Aqil pun suka. Raihana bertambah-tambah. Ok boleh buat lagi lah lain kali ye... macam senang je hehe.. Yang penting kena ada Greek Yougurt tu hehe..

Yang bestnya, hasil masakan tidak pula diambil gambarnya huhu... tapi yang penting bukti suami masuk dapur tu dapat la.. hehhehe...

July 23, 2015

Salam Aidilfitri 2015


Selamat Hari Raya Aidilfiltri
Maaf Zahir dan Batin

daripada kami sekeluarga..

Abdullah
Syariza
Luqman Hakim
Ain Humaira
Ain Maisara
Imran Haziq
Raihana Huda
Muhammad Aqil
Muhammad Aqlan


July 07, 2015

Sambung lagi

Hari ni sambung lagi menjaga orang sakit. Tak sampai hati nak tinggal aqil. Batuknya teruk pulak hari ni. Bawa ke klinik ambik neb. Ptg nanti pukul 3 kena ambil lagi tapi boleh buat kat rumah saja sebab kami ada omron. Cuma ubatnya doktor dah bagi tadi. Badannya pun kejap panas kejap macam ok. Tekak merah katanya. Hopefully makan antibiotik ni ok.

Saya check dengan doktor juga tadi. Mata kiri ni tak boleh nak bukak sangat lepas demam hari tu. Rasa macam ada benda menekan dan mnyebabkan tak selesa dan jadi pening. Doktor suspek sinus so doktor bagi antibiotik. Kan dah agak dah memang kena ambik antibiotik tapi hari tu malasnya nak ke klinik lagi. Doktor tanya, nak MC? Err.. boleh jugak. Alhamdulillah rezeki namanya boleh jaga aqil hari ni. Boleh jugaklah saya berehat hari ni. Sebab sebenarnya badan belum betul2 recover. Masih rasa lemah sikit. Campur dengan puasa kot so recovery process tu ambik masa lama sikit.

July 05, 2015

Dugaan di bulan puasa

Dah seminggu saya tak ke office. Bermula pada hari jumaat minggu lepas sebelum balik kampung, suami kata rasa macam nak demam.  Balik kampung la jugak. Tiba di kampung mmg flat tak bangun. Hari ahad kami balik kl saya yang memandu. Petang ahad ke klinik terus check darah tapi tak ada denggi alhamdulillah. Doktor kata demam virus.

Hari isnin saya ambik cuti sebab tengok suami teruk sangat demamnya tak kebah-kebah. Hari selasa pulak aqlan dan raihana start demam. akhirnya hari rabu saya pun terjangkit juga demam. Imran pun x pegi sekolah dia kata pening kepala tapi x panas pulak.

Sampai ke hari ini, dah masuk 5 hari, demam saya dah baik tapi badan masih lemah2, kepala masih dizzy. Mata saya ni rasa macam jadi sepet plak tak boleh nak buka besar. Batuk selsema pulak. Batuk gatal2 tekak kalau batuk rasa macam nak terkeluar anak tekak. Badan saya sakit2 sebab bila batuk habis urat2 satu badan jadi kejung. Semalam cuba puasa mmg rasa mcm nak mati huhu. Memang saya teringat mati. Hari ni husband kata tak payah dulu. Tunggu badan kuat sikit. Memnag maaih belum recover betul. Demam dah baik tapi energy x recover. Mungkin juga sebab x selera makan. Tekak rasa pahit.

5 hari sakit saya dah lost 4 kg, wow! No I am not happy about it.

Saya rasa dlm banyak2 ujian dan dugaan, ujian sakit menyebabkan saya a bit emotional huhu. Ya Allah betapa lemahnya diri ini.. ampunkanlah dosa2ku...

June 18, 2015

Sukanya dengan banananana...

Bana-bana kata Aqlan.

Seronoknya!!


























Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang oleh Allah untuk menjalani ibadah puasa pada hari ini, hari pertama bulan ramadhan pada tahun ini.

Hari ni memang mengantuknya kat office. Asyik tersengguk-sengguk je. Pagi tadi ada meeting ok sikit segar la juga. Petang ni macam tak berapa ada kerja sangat. Memang la sangat mengantuk. Mengaji pun mengantuk, baca internet pun mengantuk, bukak fb pun mengantuk. The problem is, takde tempat nak melelapkan diri buat sebentar waktu. Pukul 11 pagi tadi pegi surau niat nak solat dhuha lepas tu nak lelap kejap. Ye dari pagi dah mengantuk dah. Tapi penuh pulak surau tak dapat la nak lelapkan mata. Cuba juga nak lelap sambil duduk tapi tak jadiklah.

Petang ni azam balik-balik terus sinsing lengan nak bersilat kat dapur. Bibik baru ni belum berapa pandai lagi. Jadi banyak kerja masih kena tunjukkan. Azamnya tahun ni tak nak ke pasar ramadhan, macam tahun lepas. Cuma bezanya tahun lepas saya cuti sebulan. So memang la boleh masak tiap2 hari hehe.. So untuk tahun ni.. takpelah cuba la dulu. Menu pun dah buat tapi dapat sampai separuh bulan je. Lepas tu dah takde idea hehehe. Nak senang, ulang balik la menu tu for the 2nd half of the month hehehe..

Persiapan raya? Entahlah tahun ni macam tak berapa ada mood je. Tak tahu kenapa. Beraya seadanya je lah... Tahun ni beraya kat Batu Pahat.. insya allah.

Aqil Aqlan pun dah tau pasal puasa ni. Sebab dok tengok upin ipin. Siap boleh hafal dialog. Yang bestnya diorang pun dah pandai dah baca doa bukak puasa tu. Semangat... Pagi tadi Aqlan pun join bangun sahur. Aqil tidur tak ingat punya. Malam ni plan nak bawak pegi solat terawikh kat surau. Malam tadi solat kat rumah je. Sebab selalu first day ni kan ramai payah sikit nak bawak budak tecit. So Humaira Maisara je pegi yang perempuan. Tapi Humaira Maisara kata tak penuh betul. Masih ada ruang kat belakang so rasa-rasanya bolehlah bawak kot.

Selamat Berpuasa!

Bibik Mubinah


Ahad lepas, 14 Jun, kami hantar pulang bibik kami, bibik mubinah setelah beliau menamatkan perkhidmatan selama 2 tahun di sini.

Sedih namun saya sedar beliau pun ada tanggungjawab sendiri kepada keluarganya.

Terima kasih atas jasa menjaga Aqil dan Aqlan selama ini. Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal atas kesabaran dan kebaikan yang telah diberikan sepanjang berada di sini.

Semoga kita bertemu lagi di masa akan datang. Amin..

May 26, 2015

STF 915 Celebrating 20 Years Reunion

STF915 20 Years Reunion baru sahaja melabuhkan tirainya.

Namun kehangatannya masih terasa. Ini yang dikatakan post-reunion syndrom. Hehehe.

Pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 23 May 2012, kami semua batch STF915 telah mengorak langkah kembali ke sekolah.

Aku dan Rizerque (my deskmate) menaiki Air Asia pada pagi Sabtu itu. Jumpa pula dengan Leleh, NoG dan Akhma di KLIA2 menaiki penerbangan yang sama. Kecoh la sekejap waiting lounge tu bila jumpa geng-geng lama yang dah 20 tahun tak jumpa. Tu baru 5 orang.


Pagi itu aktiviti pertama ialah Zumba. Tapi kami tak dapat la nak join. Tak sempat sampai lagi. Sesampainya kami di bumi STF hujan mula turun. Sepatutnya waktu kami tiba tu tengah acara sukaneka dengan Form 1-3. Tak jumpa pulak diorang buat kat mana lagipun time hujan. Rupanya baru je habis.

Kami pun letak barang kat surau dan mula round kawasan sekolah. Bila jumpa je yang lain memang asyik jerit sana jerit sini. Almaklumlah perempuan hehehe...

Surau
Surau pun dah lain. lebih besar dari dulu dan lebih tertutup. Aku rasa ada eloknya kerana ianya lebih menjaga aurat para pelajar ketika mengambil wudhuk (walaupun all girls school, tapi kadangkala ada juga pelawat yang datang.) Cuma di dewan solat dah tak ada carpet, so memang tak tidur la kalau dengar kuliah tu kot. Keras dan sejuk hehehe. Kalau dulu memang sedap je landing.



Dewan Melati
Jalan-jalan ke Dewan Melati. Jenguk ke dalam. Nampak meja bulat-bulat. Terasa macam keciknya meja tu. Dulu rasa macam besar je. Di sepanjang corridor Dewan Melati tu ada berderet phone booth. Wah memang best ni tak payah nak after sana after sini tunggu giliran phone. Kalau dulu kami ada 2 je phone booth kat depan bilik warden tu. Memang bercinta nak tunggu giliran.


Bandroom
Jalan terus lagi jumpa band room. Sekarang panggil Music Studio wah canggih gitu. Jumpa K Esty (my section leader main trumpet), sekarang K Esty jadi intructor STF Band. Masuk sekejap dalam bandroom kebetulan memang diorang tengah praktis.. Dapatlah dengar lagu Yang Mana Satu, Prime Time... hmmmm... nostalgia sungguh. Dulu bandroom ni kat Blok Merah sekarang dah pindah kat Blok Biru.



Blok Asrama/Rumah Sukan
Cakap Blok Merah Blok Biru sebab dulu Blok Merah tu Blok B, Blok biru tu blok A tapi sekarang dah terbalik pulak Blok biru dah jadi blok B, blok merah dah jadi blok A. Confusing betul. Nama-nama blok pun dah tukar nama. Memang confusing sangat dan macam tak best je. Dulu lagi best hehehe...

Tengku Arfah --> Fatimah
Tun Teja - Zeti
Mahsuri - Zainon
Dang Anum - Aishah

Blok sekolah
Jalan-jalan terus lagi ke blok sekolah. So familiar and yet so strange. Aku memang dah tak ingat dah kelas kat mana, lab kat mana, bilik guru kat mana. Ada kengkawan yang lain siap ingat lagi physic lab kat mana, chem lab, bio lab. Memang hebat la korang. Aku ni memang dah banyak memory loss. Banyak urat dah putus gaknya. Sampaikan kelas 5Setia pun aku tak ingat kat mana tapi aku ingat kelas 1(4) masa form 1. Pelik jugak kan. Tapi kelas kami dulu dah jadi library dah. Yang tu aku memang ingat library dulu bukan kat situ sebab library tu dulu lah jadi tempat bertendang aku, Raberque, Yeoh dan Ajie sebagai preparation untuk masuk Kuiz Sains Semulajadi Kebangsaan sehingga berjaya menjadi Johan kebangsaan kat Kelantan dulu. hehehehe... bangga bangga.. sampai masuk suratkhabar..



Blok Asrama
Aku dengan Rizerque pusing balik ke blok asrama. Melawat blok C, blok D, Blok E. Tapi round kat luar je lah. Sampai kat blok B atau A nama barunya kami masuk. Masuk-masuk common room takde TV. Tapi ada beberapa PC di situ. Sofa dah terkoyak-koyak. Kesian korang adik-adik memang tak boleh tengok TV langsung la ye walaupun hujung minggu. Kami terus naik ke dorm. Terjenguk-jenguk dari luar dorm tu. Nak masuk malas pulak. Masa tu tengahari. Ramai la yang tengah terbongkang tidur. Dorm aku B1-7. Dorm pengawas tu dulu. Tapi sekarang blok ni dah jadi blok form 5. Semua Form 5 dok blok ni. Senang nak study kot. Bila tengok bilik diorang ni oklah standard la bilik asrama bersepah hahhaha... yang tak bersepahnya time pagi sabtu je masa warden round nak check kebersihan & kekemasan. Yang bestnya masa kami turun tangga kami perasan satu signboard.


Sungguh pelik signboard ini! Takkan tak boleh bawak makanan ke dorm kot? isk isk isk... Kami pun tanya budak-budak tu. Diorang kata tulis je tapi diorang bawak je makanan dalam dorm. Hai... pelik-pelik... in the first place, kenapalah ada signboard macam tu.. Nasib korang le dik...

Hari tu kami disapa oleh adik-adik dengan "Assalamualaikum Puan...". Itu ok lagi. Ada yang kena "Assalamualaikum Makcik" oh no! Orang lain la... Nasib baik aku tak kena hahaha... Nampak sangat kami ni dah tua. Memang dah tua pun. Bayangkan anak-anak kami ni ada yang dah form 2 form 1 so memang betul la tu pangkat tu hehhehe...

Interview Session
Petang tu kami ada sessi dengan adik-adik form 4 & 5 untuk tips-tips berjaya dalam interview. Kami ada speaker En Nezriq dari Yayasan Sime Darby. Scope interview lebih kepada permohonan biasiswa. Alhamdulillah good response from the girls. Lepas talk tu kami buat mock interview. So yang kami-kami ni jadi fasi la kononnya. Hehe... Good experience for me and hopefully for them too.



Petang tu balik ke Homestay nak bersiap untuk dinner. Kami stay kat Homestay kepunyaan Pn Khamisah, my Add Maths teacher yang sekarang dah jadi Pengetua STF. Kumpul ramai-ramai kat homestay tu mostly 5S - Hani, Raberque, Sakinah, Mia, Along, Ratina, Jaja tumpang bersiap je. Memang seronok la masing-masing bercerita itu pun tak puas. Dah la lambat kitorang siap nak ke dinner tu. Orang lain semua dah sampai hehhe...

The Dinner
Wah memang glamer-glamer gitu macam artis la semua orang. Tapi aku biasa je. Mekap jugak sikit-sikit la. Thanks to my beauty consultant @officemate K Pizah and Salwa yang selalu bagi tips-tips mekap dan cara mekap. Aku ni selalu je menyibuk bila diorang baru dapat barang Mary Kay tu hehhe. Malam tu tema kami ikut kelas. 5S warna Pink, yang lain yang aku pun tak ingat sangat which one is which tapi ada tema purple, red, green and blue. Ada red carpet, and ada tempat nak bergambar macam award-award tu. Cantik pulak bila tengok bergambar kat situ. Memang real la. Thumbs up tu the committee yang design semua ni.

The teachers
Acara bermula dengan guru-guru masuk ke dewan. Kami semua bertepuk tangan. Memang rasa sebak bila melihat all those familiar faces. Ada jugak yang aku dah tak kenal terpaksa tanya orang lain terutamanya Ust Rafuan. Dah la masuk-masuk bajet artis popular siap lambai-lambai tangan hehhehe. Masa telah merubah kita. Tapi kebanyakannya aku rasa masih sama je dengan masa yang aku tinggalkan sekolah ni. Cik Hajah Azizah Atan, Pn Halimah, Pn Khamisah, Pn Bahayah, Cik Ramlah, Cik Salmah, Pn Hazizah, Pn Shariffah Asmak, En Pardan, Pak Yem, Pak Khalid, Sir Azhar, Pn Chong dan lain-lain.... Aku rasa sangat berterima kasih kepada committee yang bertungkus lumus menjejaki mereka ini kerana sebahagian besarnya sudah tiada di STF dan ada yang dah pencen pun.

The doa and the school song
Cikgu-cikgu semua kena naik atas pentas dan duduk di kerusi macam perhimpunan sekolah dulu. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Akhma. Aduhai syahdu dan sebaknya... Ramai yang menitiskan air mata lebih-lebih lagi bila part mendoakan Arwah Farsze'.  huhuhu...

Lepas tu kami kena nyanyi lagu sekolah. Haaa... bersemangatnya!! walaupun ada la jugak tersasul-sasul dah lupa lirik heheh.. nasib baik ada tulis lirik kat buku program tu. Kami menyanyi diiringi minus one. Memang beza dulu marini poe yang main piano. Dan aku rasa dulu punya tune punya la tinggi kami kena nyanyi guna suara dalam ala-ala koir gitu. Tapi bila pakai minus one ni dia dah turunkan banyak key ni. Anyway, still meremang juga rasa bila nyanyi tu.. isk macam berhantu pulak lagu sekolah ni. hehheh

The Photo Session
Setiap kelas dapat ambik gambar dengan cikgu-cikgu kat atas stage.. mengikut kelas.. errr.. kami duduk kat tangga la. Aku rasa sangat creatif idea AJK ni sebab photographer siap panjat tangga nak ambik gambar supaya nampak la semua cikgu yang duduk belakang tu. Good one! (gambar dari official photographer tak dapat lagi. yang ni cikgu kat belakang tak nampak)

The dinner
Sedikit ucapan dari Kamy sebagai Pengerusi Organizing Committee, hadirin dijemput makan. Menu kami Nasi Beringin, Ada lauk kambing, daging, ayam tapi tak pasti masak apa. Aku rasa menu malam tu dah menarik dah tapi taste wise tak berapa lah. So makan pun sikit je. Dessert dia lagilah fail. Macam laichi kang tapi macam rasa pelik sikit. End up orang tak berapa makan pun. Sambil itu kami dihidangkan dengan persembahan tarian oleh kelab tarian STF dan cabutan bertuah.

The Lucky Draw
Sebenarnya kami dapat seratus lebih sponsor untuk lucky draw tapi ada beberapa hadiah Grand Prize.. Antaranya ialah iPhone6, Habib Gold Bar, Vacation trip voucher dan Corelle. Cik Hajah dapat vacation trip, Pn Chong dapat Corelle, Pn Lim dapat Gold Bar dan iPhone 6 dimenangi oleh Cikgu Norhasniza. Yang tak bestnya sebab ramai yang tak ingat Cikgu Norhasniza ni termasuk lah aku sendiri. Memang tak ada memori langsung. Raberque sorang je ingat huhuhu. Takpelah dah rezeki dia. Yang lain-lain pun dapat juga lucky draw. Aku sendiri dapat. Hah first time dapat juga lah akhirnya. Tapi memang boleh dikatakan semua orang dapat pun sebab hadiah melimpah ruah hhahaha...

Networking session
Alhamdulillah dapat bertemu kembali dengan guru-guru. Walaupun ramai cikgu tak kenal aku huhuhu.. Bila aku sebut nama aku baru diorang ingat. Itu pun kena sebut dengan nama bapak sekali barulah diorang betul-betul ingat hehehe.. Pak Khalid siap terlompat bila aku sebut nama aku. Dia kata apasal lain? Bila aku sengih baru macam sama dia kata. Mentang-mentanglah dulu aku hitam legam, muka bulat, spec pun bulat yang bingkai plastik tu hahahha... Cuma sehingga ke hari ni sebenarnya aku sangat terkilan sebab kenapa aku takde ambik gambar dengan cikgu-cikgu ek? Aku rasa sedih sangat lebih-lebih lagi bila tengok kawan-kawan lain dok upload gambar dengan cikgu-cikgu.. Apa yang aku buat hari tu ye? Selalu kan aku ni memang suka ambik gambar. Aku pun tak tau kenapa aku tak ambik gambar. Dan aku pun takdelah dapat sembang dengan cikgu-cikgu sangat. Dan ada juga yang tak sempat aku jumpa iaitu Pn Chong. Tengah sibuk-sibuk tu pastu orang panggil naik stage gambar kelas la band la. Lepas tu macam tak nampak dah Pn Chong. Rasa macam terkilan sangat sebab peluang ini aku rasa hanya datang sekali je. Sampai sekarang aku masih sedih lagi. Minta maaf cikgu-cikgu ye kalau ada yang saya tak sempat nak bersembang-sembang, sekadar salam je.. Saya berdoa Allah temukan kita lagi di masa akan datang.

The Aftermath

Balik homestay sembang-sembang sekejap tapi tak larat dah sakit kepala menyerang. Aku rasa sebab petang tadi lapar sangat masa interview session tu sebab  makan lunch awal sangat pukul 11. Masuk angin agaknya. Esok pagi sakit kepala tak hilang juga. Selalunya kalau tidur memang akan hilang. Pagi-pagi tu Pn Khamisah datang siap hantar kuih lagi. Baiknya cikgu. terima kasih cikgu.. Terus siap-siap pukul 9 Ajie nak ambik kitorang bawak makan breakfast kat Medan Selera Johor. Kami pekena Roti Kacang Pool, Laksa Johor, Rojak dan Mi Rebus. Mi rebus memang terbaik. Tapi aku macam kacang pool je itu pun tak abis. Kepala masih sakit rasa macam mabuk pun ada. Takut pulak nak makan yang pelik-pelik.

Selepas itu Ajie terus hantar kami ke airport. Flight Hani pukul 12.05pm, aku ngan rizerque kul 12.50, along dengan Mia pukul 1 lebih. Dalam perjalanan kami pun borak la macam-macam. I think it was one of the best moments. Kami sembang pasal kisah lalu (yang aku banyak tak ingat dah heheh), pasal anak-anak, pasal perancangan masa depan, dan macam-macam lagilah.. Aduhai, di kala ini terasa rindu pulak dekat kawan-kawan huhuhu...

Special Thanks
Terima kasih Organizing Committee for making this happens. You all are the best! Aku tak sangka mostly yang bertungkus lumus ni ialah mereka yang dulu masa sekolah boleh dikatakan antara golongan yang rebellious tapi mereka menunjukkan sayang kat sekolah aku rasa lebih dari aku sendiri. Dan memang benar diorang ni lagilah cikgu ingat hehhehehe...

Terima kasih Ajie sebab layan kitorang and for being the best host. Tart nenas ko bagi memang sedap walaupun husband aku kata biasa je. Takpe memang aku sorang je makan pun hehhehe..

Terima kasih kawan-kawan yang sanggup datang dari segala pelusuk dunia. Dari kelantan, pahang, dan ada yang balik dari Amsterdam semata-mata nak join reunion ni. Yang terpaksa berkorban tinggalkan kerja, keluarga dan anak-anak kecik (aku la tu... huhu). Aku berdoa kita akan dapat bertemu lagi di masa akan datang. Aku juga berdoa semoga Allah berikan hidayah dan tetapkan hati kawan-kawan aku ke jalan yang diredhai olehNya kerana tiada apa yang lebih baik daripada Reunion kita di akhirat nanti.

Special dedication to Allahyarhamah Farsze'. Semoga Allah masukkan kau ke dalam golongan orang-orang yang dicintaiNya. Dan aku berdoa semoga kita dapat reunion di syurgaNya nanti..  amin. We miss u, friend.



May 07, 2015

Sanah Helwah Dear Hubby... yang ke... errr... 37

Hari ni lunch date dengan birthday boy. Makan kat restoran Serai kat Jaya, PJ. Nyum nyum sedapnya Pavlova dia...

You look so handsome in this picture hehe :)


Balik office dapat bunga plak. Eh awal sehari la... Tengkiu tengkiu dear hubby... huhu... Cantik sangat bunga.. suka sangat sangat...