Dah seminggu saya tak ke office. Bermula pada hari jumaat minggu lepas sebelum balik kampung, suami kata rasa macam nak demam. Balik kampung la jugak. Tiba di kampung mmg flat tak bangun. Hari ahad kami balik kl saya yang memandu. Petang ahad ke klinik terus check darah tapi tak ada denggi alhamdulillah. Doktor kata demam virus.
Hari isnin saya ambik cuti sebab tengok suami teruk sangat demamnya tak kebah-kebah. Hari selasa pulak aqlan dan raihana start demam. akhirnya hari rabu saya pun terjangkit juga demam. Imran pun x pegi sekolah dia kata pening kepala tapi x panas pulak.
Sampai ke hari ini, dah masuk 5 hari, demam saya dah baik tapi badan masih lemah2, kepala masih dizzy. Mata saya ni rasa macam jadi sepet plak tak boleh nak buka besar. Batuk selsema pulak. Batuk gatal2 tekak kalau batuk rasa macam nak terkeluar anak tekak. Badan saya sakit2 sebab bila batuk habis urat2 satu badan jadi kejung. Semalam cuba puasa mmg rasa mcm nak mati huhu. Memang saya teringat mati. Hari ni husband kata tak payah dulu. Tunggu badan kuat sikit. Memnag maaih belum recover betul. Demam dah baik tapi energy x recover. Mungkin juga sebab x selera makan. Tekak rasa pahit.
5 hari sakit saya dah lost 4 kg, wow! No I am not happy about it.
Saya rasa dlm banyak2 ujian dan dugaan, ujian sakit menyebabkan saya a bit emotional huhu. Ya Allah betapa lemahnya diri ini.. ampunkanlah dosa2ku...
No comments:
Post a Comment