July 29, 2008

GARIS PANDUAN BERPAKAIAN "SMART CASUAL" UNTUK HARI JUMAAT

Wah... group HR keluar circular... hari jumaat boleh pakai smart casual... seronok la yek... especially nazirah hehheh yang sejak-sejak tengok orang tmnet gi keje pakai jeans hari tu asyik dok sebut je.. hehheh... so sekarang tercapai la impian...

cumanya bila pikir balik sebab hari jumaat tu kan hari yang mulia... patutnya hari tu la nak pakai yang lawa-lawa... tapi bila ada circular camni semua orang akan pakai sempoi... so cemana? macam ayah kata la... untuk orang-orang yang selalu tak pakai baju kurung tu selalunya hari jumaat la diorang pakai baju kurung...

mungkin elok kalau tukar hari lain kot...

mama cemana jumaat ni? nak pakai baju apa? haha jadi satu dilema lak... takut kang bila pakai baju kurung orang lain semua pakai casual.. cam overdress pulak.. hehehh.. yang pasti mama tak pakai jeans... sebab tiada dalam wardrobe mama.. heheheh....

July 25, 2008

Jemput Hadir: Karnival Sutera Prihatin

SALAM,

JEMPUT HADIR KE KARNIVAL SUTERA PRIHATIN.

27 JULAI 2008, AHAD, 9.00 PAGI.

TEMPAT : DI TAMAN SUTERA KAJANG

ATURCARA:

1. DIALOG BERSAMA YB BANGI, YB KAJANG DAN YB BALAKONG
2. DERMA DARAH
3. PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PAMERAN KESIHATAN
4. PAMIRAN DAN PERTUNJUKAN BOMBA
5. KAUNTER MPKj-boleh bayar cukai pintu / buat aduan / isu CF / bila MPKj nak ambil alih dari MOdal Ehsan,dll
6. JUALAN PELBAGAI BARANG.

ANJURAN BERSAMA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN SUTERA DAN SURAU KITA TAMAN SUTERA.

July 24, 2008

Muzakarah -> Muqabalah

Isu Muzakarah Selesai
Matlamat Sama Cuma Ubah Nama!

dari blog MSO

ADA setitik cemas berpusar di lubuk hati sementara menanti apakah keputusan dan hasil pertemuan para Shibul Samaah, ahli Majlis Syura Pas dengan Tokguru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas di Kota Bharu petang tadi.

Resah dan gelisah takut mereka berbalah. Al maklumlah (sekurang-kurangnya) lima lawan seorang. Lima ahli majlis syura dan seorang Tok Guru. Kalau bertumbuk tentu Tok Guru yang rebah!

Mereka tidak berbalah, tetapi berbincang sebenarnya.

Sehingga jam 3:00 petang tidak ada apa-apa berita dari Kota Bharu. Apakah mereka semua sudah cedera jiwa dan hati selepas hebat berdebat dan membelek kitab? Menyebabkan keputusan tidak dicapai?

Puas cuba melongkar internet mencari blog orang-orang di KB takut-takut ada yang lapor. Tetapi tidak ada juga. Nak telefon direct kepada individu berkenaan (ahli majlis syura) rasanya tidak profesional, nanti orang kata menggunakan konteks peribadi untuk dapat bahan berita. Tak aci lagu tu.... jadi kena tunggulah.

Jam 6:36 pm baru ada masuk satu SMS yang memaklumkan perkembangan di Kota Bharu. Bunyi SMS itu; "Asm TGNA beri lampu hijau muqabalah dengan Pak Lah, presiden ketuai urusan politik.."

Terpinar juga biji mata sekejap membaca perkataan muqabalah. Apa menatang muqabalah tu? Lepas tanya di pengirim baru tahu, rupa-rupanya maknanya bersemuka. Tak pa lah tidak muzakarah, bersemuka pun jadilah...

Selepas berita TV3 yang kadang boleh dipercayai dan kadang tidak itu menyiarkan kenyataan ringkas (sambil berdiri) Abdul Hadi, barulah kelegaan sebenarnya terdampar di hati.
Lega kerana cadangan baik itu mendapat restui Nik Aziz. Pertemuan membuahkan hasil yang baik seperti didoakan.

Maknanya pertemuan dan kerja majlis syura ulama itu menyelesaikan masalah yang bertompok hari ini. Semua pihak diharap dapat menerima apa yang diputuskan itu. Bahawa tidak ada perbicangan untuk bergabung dengan Umno. Tidak ada pengkhianatan dengan PKR, tidak ada soal sesiapa nak jadi menteri, timbalan menteri ataupun pemandu kereta speaker.

Alhamdulilah...

Dan sekejap tadi saya menerima satu lagi SMS berhubung hal yang sama. Pelik bunyinya. "He he aku menang...! Siapa yang menang? Saya menumpang rasa menang dengan pengirim berkenaan, aku menang. Bukan aku, tetapi kita orang-orang yang benar dan ikhlas!

Menang kerana melihat pemimpin tertinggi PAS duduk sekali dan masih memakai akhlak Rasulullah s.a.w. dalam berbincang dan membuat keputusan parti. Tahniah kepada Tok Guru Nik Aziz dan semua ahli majlis syura ulama dan mereka yang menerima baik hasil temubincang di Kota Bharu itu.

Setidak-tidaknya kekalutan isu yang timbul kini telah menambahkan perbendaharaan kata yang berbunyi MUQABALAH. [wm.kl 9:30 pm 23/07/08]


------------------------------
mama: alhamdulillah... mama walaupun takde komen kat blog ni pasal isu ni tapi sebenarnya 2-3 hari ni resah jugak memikirkan apa nak jadi ni... siap ada yang nak buat demo bantahan la.. ada yang memaki hamun pimpinan la..

tapi bila mendapat berita di atas mama rasa semua orang rasa lega dan tenang.. dan gembira... alhamdulillah...

July 22, 2008

Balik kampung..

agak lama jugak kami tak balik kampung.. ada la 2-3 bulan kot.. nak balik asyik tak jadi je... so last weekend selepas menerima perkhabaran kat kampung tengah musim buah, kitorang pun balik la kampung.. tu pun lambat. sabtu lepas zuhur baru bertolak.. sebab pagi luqman ada class.. pastu ada kuliah muslimat pulak...

musim durian, manggis, rambutan, cempedak... tapi mostly kat kebun.. cuma rambutan je kat rumah.. tapi durian pun tak berapa banyak la.. ada 1-2 pokok je yang berbuah.. dulu kebun kat parit bengkok tu penuh dengan pokok durian, pokok kopi, pokok kelapa.. tapi sekarang dah tukar dengan sawit.. pokok durian pun banyak dah tebang tinggal 3-4 batang je kot... masa nak tebang tu sayang jugak.. masing-masing tak bagi sebab yelah peninggalan arwah bak dulu... tapi bila difikirkan bila tiba musim durian tu sampai tak termakan... yang balik pun sekali sekala... dah bagi satu kampung pun berlebih lagi sampai busuk je... nak jual pun bukan untung sangat... pak alim kata kengkadang tu sampai risau nak bagi sapa lagi yek... yelah banyak betul dulu pokoknya... berpuluh-puluh... sampai seratus ke tak ek? tak kot.. tapi banyak la... jenisnya pun macam-macam... durian tenggiling, durian tapak gajah, tah pape nama lagi la yang kitorang bagi nama sendiri berdasarkan bentuk dan rasanya.. hehheh... tapi itu semua tinggal kenangan... balik kampung hari tu dapat la makan durian tenggiling sebijik...

angan-angan mama nak pegi buat lawatan ke kebun.. dah berkuuuuuuurun tak pegi... sejak-sejak tanam sawit tu tak pernah tengok lagi la... tapinye bile tengok kat rumah nek je bebudak ni kena gigit nyamuk sikit dah jendul sana jendul sini, terbantut lak angan-angan tu... bibik pulak takde... kalau tak boleh je kalau nak tinggal je bebudak nih.. dulu kecik-kecik mama suka ikut tok pegi kebun.. tolong petik kopi.. part yang paling best bila makan degan (kelapa muda)... isk.. sedap betul... tak perlu pakai sudu nak korek degan tu... pakai sudu yang dibuat daripada kulit degan tu jugak..

tapi kat tengah-tengah kebun tu ada parit kecik mengalir dari depan sampai belakang... airnya jernih.. ada ikan-ikan kecik.. kadang saja je dok dalam parit tu main ngan ikan.. ikan dia kecik je macam ikan bilis... agaknya macam ikan yang sekarang orang dok buat rendam kaki tu kot... hehhe... kat parit tu jugak la tempat arwah tok bilas baju bila dah abis petik kopi nak balik...

satu lagi yang best bila main konon noreh getah kat pokok pisang.. pokok pisang kan rapat2.. so sorang noreh belah sini.. sorang belah sana.. pastu bila tengah noreh tu... tertiba terlanggar.. pastu kitorang pun ketawa la terbahak-bahak... hahhah... kelakar betul... hehhe.. mama tengah tersenyum nih.. kalau mak a, mek eli baca ni pun mesti teringat...

cerita dolu-dolu... tu yang mama teringin nak gi kebun tu.. tak tau dah apa la rupa nya sekarang.. cuma tak kesampaian nak pegi.. balik pun kejap sangat... hari ahad tengahari dah nak balik KL.. takpelah mungkin lain kali...

luqman bila balik kampung semua ayam kucing lari sembunyik, asyik kena kejor dengan dia je...
cempedak baru bawak balik dari kebun
rambutan.. belum kuning betul tapi ni la yang sedap..


main-main bawah pokok rambai
sempat ziarah yut, sambil tu apalagi bebudak kena servis la...




July 17, 2008

jam yang menjemkan kepala..

this is the 2nd time..
mama pulak pagi ni ada ops meeting kat tdi... nasib baik kuar awal sikit... takdelah awal sangat kul 7.20 compared to selalunya 7.30. setgh jam dah abih masa kat depan mines tu.. rupanya polis buat roadblock kat depan sapura sana hah...

sampai kat tol tu lega sikit.. tapi lega sekejap je.. sebab depan tu ada satu lagi roadblock kat besraya ... mama dah agak dah sebenornya sebab hari isnin lepas pun ada roadblock kat situ... sabor memang sabor je la.. nak buat apa pun... tapi bila sampai kat tempat polis tu memang hampir-hampir je mama nak turunkan cermin nak jerit kat polis tu..

" woi.. korang ni takde keje lain ke hah!! menyusahkan orang pagi-pagi...!!!!"

hampir-hampir je... namun kesabaran mama masih lagi bersisa.. sampai tdi dekat kul 9.. sempat lagi ni.. meeting start kul 9... tapi hampeh tengok kat tdi je keta tak bergerak.. last-last sampai kul 9.20am... apehal secretariat sampai lambat.. heheh.. tapi dah bagitau bos... nway.. gm pun tak sampai lagi.. still stuck kat sunway?? dia lalu mana ek dari bangi?? last-last gm give up dia kata dia patah balik suh kitorang proceed meeting..

waduh.. waduh... polis raja di malaysia ni memang dah melampau tak.. dah la minyak dah mahal.. pastu saja je buat jam... membazir minyak je... balik rumah makan roti ngan jem lagi bagus...

July 09, 2008

Suara Hidayah...

Baru abih baca cerita Ayat-Ayat Cinta.. huhu...

Terimalah lagu Suara Hidayah oleh Nazrey Johari featuring Akil Hayy.. (takde kaitan pun dengan citer Ayat-Ayat Cinta tu.. saja je..)
--------------------------------------------------
suara ku dengar menyeru kepada-NYA
suara bergema memuji kebesaran-NYa
suara memujuk kita mendekati-NYA
suara hidayah mengajak mentaati-NYa

itulah suara yang ku rindui
itulah suara yang ku nantikan
itulah suara membawa kebenaran
itulah suara datangnya dari TUHAN

sambut ia terimalah
bila datang pada kita
kerana ia hanya datang
pada hamba yang terpilih
tidak akan kau temui
untuk kali keduanya
takkan dapat engkau cari
bila ia telah pergi

itulah suara yang ku rindui
itulah suara yang ku nantikan
itulah suara membawa kebenaran
itulah suara datangnya dari TUHAN

syukurilah dan amalkan
sampaikanlah pada siapa pun
perjuangkan dalam hidupmu
moga rahmat ALLAH bersamamu



July 07, 2008

Netball: It's been nearly 10 years since the last time...

yes.. it's been nearly 10 years.... the last time was during Notts Game, i think.. back in 1999, i think...

last saturday mama main netball.. wakil kttm dalam mini karnival KTMIP... dengan takde training ke hapa... sampai-sampai mmc baru nak kenal-kenal teammate... k jah, k rahan, k zai, k syima, k TJ, diyana, saadiah, errr... sapa lagi yek.. sorang tu anak buah k jah, sorang lagi tu geng diyana... isk .. terlupa nak tanya nama... hahha... teruk betul mama nih.. baru nak bagi-bagikan position... mama seperti biasa amik C.

skill masih hebat tapi mak oi... takde stamina la.. stamina ada ciput je... first game first half kire hebat la jugak... 2nd half rasa nak pengsan dah.. tapi kitorang menang lawan TMIM... berapa ek... 8-1 kot... tak ingat...

2nd game lawan MMC.. alamak kena belasah... 11-2 kot, 3rd game kalah ngan MKL , 4th game kalah ngan Menara TM... score tu mama ingat tak ingat la... tapi 3rd game ngan 4th game tu cuma sempat rehat 5 minit je... horror betul... last game tu memang dah tak larat dah.. teringat nak abih cepat je... tak kisah la menang ke idak... dah le nengok2 k syima dah takde... kitorang k syima (WA), mama (C) ngan k jah (GA) memang kire gandingan yang agak mantap jugak la.. (huhu perasan.. padahal kalah heheh..).. k rahan pun sharp shooter... actually ok la team kitorang cuma tu la.. takde training and for mama memang tak cukup stamina...

mama bawak humaira n maisara.. saja buat teman... luqman ada english class, ayah patutnya pagi tu pun ada gotong royong kat padang.. saja la bagi-bagi sikit...

tapi yang tak tahannya pagi ahad... aduuhhh... sakitnya badan... tak boleh bangun... sampai ke hari ni jalan tak betul lagi .. kena slow motion.... tak boleh nak angkat kaki... aduhh... tobat.. tobat... tu yang tak tahannya tu.. bila main memang seronot... tapi lepas tu.. hah rasakan... apa taknya.. dah 10 tahun otot-otot ni tak digunakan dengan sebegitu rupa... tetiba menerima kejutan dengan 4 game sekaligus...

keputusannya.. hmmm... mama pun tak tau lagi team kitorang sebenarnya dapat no. berapa... sebab hari tu lepas last game memang terus balik sebab dah kul 12... kalau tunggu habis memang lambat la... nanti baru nak tanya kapten k jah...

anyway.. enjoy la... saja seronok2 dah lama tak main...


July 04, 2008

yesterday.. history, tomorrow.. mistery, today is a gift!

haa.. dah tengok kungfu panda lom? isk memang kelakar... tapi mama tengok dvd je... luqman la suka sangat tengok citer ni... tah dah berapa kali dah diulangnya.. pastu mula la asyik nak berlagak kungfu... cerita mengisahkan Po, a fat panda yang telah terpilih sebagai the Dragon Warrior walaupun secara kasarnya seperti accident tapi bak kata Master Oogway.. there are no accident..

pi lah tengok.. guarantee budak-budak suka.. mak bapak budak pun suka.. hehe..


and finally, i've got the hold of buku citer Ayat-ayat Cinta... setelah dipromote secara tak langsung oleh kopisuam, cikguzue dan abuamiir... mama teringin la nak membaca bukunya dan menonton ceritanya... tapi orang kata baca buku dia lagi best... hari tu ada orang bagi pdf... tapi tak kelaz la baca novel kat pc... tak feel... hehehhe... so 2 hari lepas mama jumpa kat orang jual buku kat bawah... apa lagi.. terus amik la...

tapi alkisahnya tak sempat baca lagi... dok mengusung ke sana ke mari tapi tak sempat nak baca lagi... ingatkan nanti lepas dah abih baca buku nih baru la gi carik yang filemnya pulak... ok tak? sapa ada dvd dia boleh la bagi pinjam... heheh...

June 30, 2008

Adab-adab tidur...

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk . Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk

Sebaik – baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang

Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam . Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan

Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara – perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar , berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu

Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah – surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat . Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al – Ikhlas , Al – Falaq dan Al – Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua – dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai . Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut – turut.

5. Berazam Untuk Bangun Awal

Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al – Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi

Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan” Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot – otot badan.

mama: pagi ni mengantuk sikit.. malam tadi tak tau kenapa raihana tidur tak nyenyak.. asyik terbangun dan menangis ter'piar-piar.. tepuk tak nak bagi susu tak nak... tapi mata pejam... jadi mama pun ikut sama tak nyenyak la.. tapi memang tengah tak berapa sihat pun raihana... agaknya tak sedap badan kot..

June 27, 2008

Susu formula ciptaan tempatan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0624&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm

Untuk Biomil, Ishak telah mengekstrak khasiat air zam-zam, ubat cacing, probiotik dan Habbatus Sauda, yang telah ‘disalin’ gelombangnya dan dilalukan kepada susu Biomil. Kajian dan mesin untuk tujuan ini telah dibuat di Perancis.

nak try? menarik jugak bunyinya.. sekarang ni imran n kakak-kakak minum susu milo junior.. luqman plak dah tak nak minum susu sejak-sejak tak minum susu botol terus tak nak minum susu.. kat cawan pun tak nak.. tapi kalau susu fresh milk tu dia minum la...

tapi milo junior ni susah sikit nak cari.. kat kedai-kedai biasa memang takde la.. kena cari kat supermarket... nasib baik tesco/jusco dekat je..

kalau dulu zaman-zaman anak sorang tiga orang kitorang bagi susu S26->Promil->Progress... tapi bila masuk anak 4 dah start carik susu murah sikit... tak tahan ooo satu tin je dah dekat rm40.. pastu tin besar tu tak besar sangat pun.. dlm 900g je kot.. pastu zaman imran dah start tukar dutch lady... tu aa ayah kata imran kecik sebab minum susu mama... bukanlah.. sebab minum dutch lady la... then baru-baru ni.. err... takde la baru sangat.. kawan ayah yang keje kat nestle promote milo junior ni.. tapi ada untuk 345 tahun.. 1-2 tahun takde...

kalau terjumpa biomil ni nak jugak try.. macam menarik je...

apa-apapun... susu ibu adalah susu yang paling baik... :)

tambahan:
huh tak productive sungguh hari ni.. pagi tadi kul 10 baru sampai opis, bawak raihana gi klinik dulu sebab batuk.. pastu sampai kat opis tengok haslina yang unpaid leave setahun ada.. sembang punya sembang dah nak lunch.. lunch kat secret recipe (bagi can la baru masuk gaji.. heheh)... pastu jenjalan kat jualan bakit kat bawah tu.. huhu terbeli la jugak beberapa barangan.. masuk opis balik dlm kul 3... tak perasan sebenornye sebab takde jam.. sebab jam mama baru pecah last week.. nak nengok jam henpon, henpon pulak dah masuk dalam plastik.. heheh... pastu baru gi solat.. gitu gini.. update blog pulak.. jap lagi kul 5 dah nak balik.. isk isk.. hari ni makan gaji buta ke??

June 17, 2008

i don't know what title to put.. just some updates kot..

lama tak update...

happy belated fathers day to ayah... :)

raihana 9 months already... dah pandai apa? baru nak belajar berdiri lepas-lepas tangan.. tapi dah laju naik tangga... pantang orang leka... then dah tumbuh gigi bawah dua batang.. kalau gigit jari orang aduh sakitnya...

suka betul raihana ni kalau duduk satu kaki depan satu kaki belakang..

the kidz.. back to school.. lega bibik.. hehhe... maisara qiraati lagi 3 page nak masuk buku 5... errr... nak kena buat pizza lagi ke nanti? luqman baru naik level 2 english tutorial kat smart reader.. congratulations! basikal hari tu kire hadiah la... second hand pun ok what...


last school holidays, tak ke mana pun... plan memula nak ke air terjun sg tekala ke sg gabai ke kat hulu langat.. tapi bebudak nih batuk2 pulak.. lama plak tu tak baik-baik.. makan ubat sampai dah habis pun tak baik2 lagi... bawak gi klinik doktor kata takde lelah pun... tapi kitorang bagi jugak la gas... sampai ke sudah tak dapek dapek nak gi air terjun tu...

ginilah ghupenya kalau dah kena lelah...

mama n ayah is driving a new car... heheh... a small compact car.. 1000cc.. jimat minyak... ayah is thinking of letting go the innova.. hoho... can ke? any buyer? then balik kampung we can all 'sardined up' in the viva.. hahha.. or sewa citra atuk..

another thing... mama is struggling to finish off qadha' puasa... huhu... hopefully dapat habis sebelum bulan pose menjelma...

June 09, 2008

oil price increase: berjimat cermat? ubah gaya hidup?

Petikan dari Minda Mufti...

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.

Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

--------------

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

June 05, 2008

oil price increase: hari ini dalam sejarah

i bet everybody is talking about oil price right now... buat pertama kalinya dalam sejarah harga petrol naik melambung sebanyak 78sen dari rm1.92 kepada rm2.70... gilo ko apo... waduh... tak tau nak cakap apa dah... malam ni ramai-ramai la kita buat solat hajat... doa orang yang teraniaya tu kan makbul...

bukan itu saja, kerajaan juga telah membayangkan tariff api akan naik 1 july ni.. dan harga minyak akan naik lagi ogos apabila kerajaan akan hapuskan subsidi sama sekali... waduh waduh... pikir logiklah.. kita ni negara pengeluar minyak.. sepatutnya bila harga minyak dunia meningkat, kita pun dapat untungnya... tapi ini dah jadi sebaliknya... lain la kalau kita memang net importer...

rasa macam nak mogok je hari ni...

kalau pun nak carik alternative lain, lrt pun dah macam tin sardin.. feeder bas tah pape..

hj ezani punye 'kemarahan' lagi hebat...

"rasa nak tarik je telinga pak lah tu suruh naik lrt sama-sama pagi-pagi tu.. biar dia merasa macamana kita rasa... balik keje pun camtu.. tarik telinga paklah tu... rasakan.."

apa kita boleh buat? demo? protes?
kena buat macam orang bndr mahkota cheras kot... huhu..

meh la kita tulis ramai-ramai kat warkahuntukpm . agak-agak dia baca tak? hmm... sudah gaharu cendana pula...

tak tau dah nak kata apa...

June 04, 2008

Apple Pie.. anyone?

last two days mama cuti.. tak gi memana pun.. saja amik cuti melayan budak2 ni tengah cuti sekolah...

last weekends buat apple pie.. meh nak share resepi... sonang jo...

A: Pie crust

2 cups flour
1 cup butter/shorterning (hari tu mama buat guna shortening lebih menjadik compare ngan last time buat guna butter)
1/4 chilled water
a pinch of salt

B: Pie filling

4 biji epal hijau - kupas, hiris
3 sudu besar tepung
1/2 cup gula halus
1 tsp cinnamon powder
sejemput kismis (sukatilah nak banyak mana..)

Cara-cara:

untuk pie crust, campurkan tepung, butter dan garam. Ramas dan gaulkan hingga 'crumbly'. Campurkan air sikit-sikit dan bentukkan menjadi doh. Bahagikan kepada dua, wrap in plastic, masuk fridge sekejap. simpan lama pun takpe contohnya hari ni buat crust esok baru nak buat pie..

untuk filling, campurkan bahan B. gaul-gaulkan hingga rata.

ok selepas beberapa ketika, keluarkan balik pie crust dalam fridge tadi. steamroll kan dia macam nak buat karipap tu.. kan ada dua kan.. satu untuk base, satu untuk top. agak-agak dah nipis dalam 0.5cm, letakkan dalam loyang..


lepas tu bakar sekejap base tadi sehingga kuning sedikit dalam 5-10 minit. Sebenarnya boleh je nak terus letak filling tapi mama lebih suka bakar dulu sebab kalau tak nanti tepung tu susah sikit nak masak sebab dia basah kena apple pie filling.

ok so pastu masukkan filling tadi.. susun-susun la sikit bagi cantik.. pastu tutup dengan crust satu lagi.. boleh tutup terus ataupun buat anyaman sikit macam mama buat nih.. hhehehe,, tapi kalau tutup terus nak kena buat lubang sikit supaya belah dalam tu boleh masak... cucuk-cucuk la sikit pakai garfu ke...
pastu masukkan dalam oven.. standardla.. dalam 180 degrees selama 40 minit. bila agak-agak separuh masak tu, sapukan telur supaya nanti dia jadi kuning keemasan..

kalau guna loyang spring foam, boleh la kuarkan pie tu cam mama buat ni.. otherwise kalau guna pirex ke corningware ke ok gak.. takyah nak bawak kuar dari bekas.. boleh terus hidang...
lihatlah hasilnya... mmm... nyum-nyum... petang buat.. malam luqman tanya lagi.. alamak dah habis la... makan epal je la.. lain kali mama buat banyak sikit ok...

May 30, 2008

the saga continues...

End to Cheras saga today?

KUALA LUMPUR: A solution is in sight to the Bandar Mahkota Cheras access road issue.
Works Minister Datuk Mohd Zin Mohamed is expected to visit the site today and make an announcement, according to highway concessionaire Grand Saga Sdn Bhd.


In a statement yesterday, Grand Saga executive director (business development and corporate affairs) Zainal Abidin Ali said they met Mohd Zin yesterday to discuss the issue.

On-site visit: Khalid, accompanied by Selangor reps, being greeted by Bandar Mahkota Cheras residents during a visit to the site yesterday.

“After the meeting, we believe that a solution is in sight. The Minister will issue an official statement tomorrow,” said Zainal Abidin.


Grand Saga has in the past few weeks tried to re-erect a barricade to prevent residents from by-passing the toll booth, claiming that the access road was illegal.

However, a statement from Bandar Mahkota Cheras developer Narajaya Sdn Bhd reiterated that it had been granted approval for the access road.

“We wish to place on record that when we launched the BMC housing project, we were granted approval by the relevant authorities to build an access road connecting to the then Cheras-Kajang Highway.


“That approval was obtained before the Government granted Grand Saga the concession over the highway.

“Therefore, in building the access road to connect to the highway, we were merely fulfilling our obligation as required by the authorities,” the statement said.
Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, who visited the site yesterday, has asked the parties involved to reach an amicable solution in two weeks.


“I would appreciate if they can put an end to this long-standing fracas,” he said, to applause from residents.

“This has been going on for too long and there must be an amicable solution.
“There is a road, so why close it?” he asked.

Khalid said the problem had to be solved soon or else the state government, as a stakeholder in Grand Saga, could ask for an extraordinary general meeting to discuss the matter.
Every attempt by Grand Saga to block the access road has been thwarted by angry residents, who tore down each new barricade.


One resident, who sustained injuries during a fracas between residents and an unidentified group of people on Tuesday, said he was happy that the issue would soon be resolved.
“However, we are disappointed that it took so long, especially after so many residents were injured (on Tuesday), and two are still recuperating in hospital,” said the man who requested anonymity.


As at 6pm yesterday, the situation at the access road appeared normal although there was a massive traffic jam caused by boulders that had fallen onto the middle of the road under the bypass between the Bandar Mahkota Cheras and Bandar Tun Hussein Onn access roads.

------------------------------

mama: betul kata tan sri khalid tu.. "dah ada jalan, buat apa tutup?" kadang mama pun tak paham.. diorang ni buat jalan sepatutnya untuk kemudahan orang ramai... tapi nampaknya cuma nak buat untung je.. inilah jadiknya bila keperluan asas pun dijadikan bisnes... kita juga la yang merana...

May 29, 2008

aduh.. kena tag lagi...

ala k zun nih... tag lagi... orang banyak keje la... :)

1. 5 Inspirasi terhadap org yg diminati
- beriman
- penyayang
- memahami
- helpful
- comel.. heheh

2. Perkara hebat yg dilakukannya untuk anda
- rahsia..

3. 5 ciptaan plg hebat (bukan hanya pasal teknologi)
- alam semesta
- internet
- algebra
- 7 wonders
- selimut buatan nenek..

4. Perkara yg plg dibenci
- traffic jam

5. Tag sesapa
- sapa nak buat angkat tangan!!

May 26, 2008

lawatan ke opis ayah dan lain-lain

semalam ayah ada keje sikit kat opis... disebabkan keje tu sangat sekejap (5 minit je?) kitorang pun pakat la ikut ayah pastu boleh berjalan-jalan sikit... raihana terpaksa la tinggal sebab nak jalan jauh ni cian plak dia nanti nak tidur la ape la... ala cian dia kena tinggal...

isk kalau nengok gambo ni semalam mesti tak sampai hati nak tinggal..huhu..

masa on the way, kami telah menyaksikan satu accident berlaku betul-betul depan mata.. kuuss semangat.. depan mata sendiri nampak motor jatuh pastu orang tergolek-golek.. nasib baik ayah sempat ngelak.. n nasib baik kitorang kat lane tengah.. n nasib baik takde keta sangat kat belah kanan... nasib baik budak-budak pun tengah duduk elok... tapi bunyi jugak gedegang... mungkin terkena helmet kot sebab helmet orang tu tercabut... kitorang pun berenti tepi jalan... rupanya ada wira tu terlanggar motor tu... nasib baik tak teruk sangat.. keta wira tu anto orang tu gi hospital... alhamdulillah tak jadi apa-apa kat kami... luqman kata, "tadi kita tak baca doa naik kenderaan la..." haah la... ok baca.. baca... pastu kami pun meneruskan perjalanan ke opis ayah..


eleh.. ayah berlakon je tu.. ehhehh

isk.. nengok komputer macam nak makan orang..

pastu kitorang teruskan perjalanan ke The Curve.. azamnya nak perabih voucher anakku rm100 ngan discount cuopon kenny rogers yang ayah dapat from JJ sempena besday hari tu... yang bestnya, tengok la sapa yang kitorang jumpa!

grandsazer!! seronoknya budak2 nih.. tapi semua takut nak amik gambo.. tu yang mama ngan ayah terpaksa enter prem tu.. hheheh... imran langsung taknak... dokong pun tak nak.. takut pulak.. tapi lepas tu dok tanya-tanya mana grandsazer... apalah imran nih...

kami juga sempat lepak-lepak kat Borders... best la tempat dia... kedai buku tapi boleh je orang nak duduk-duduk situ baca buku.. and memang disediakan la kerusi meja.. dah jadik macam library... humaira n maisara la seronok sangat..baca citer dora.. luqman sebab tak berapa terrer membaca lagi.. imran tengok-tengok gambo je la...

kami kuar rumah tadi kul 10.30am.. kul 5.30 baru sampai rumah... terlepek la semua... esok keje.. bebudak best la cuti 2 minggu... yuhooo...


May 21, 2008

Tag: About Me

cikguzue ni tengah takde keje kot.. hehheh.. memang tak keje pun ek... abih sumer orang ditag nye.. sebenarnya mama mana reti tag tag nih... tapi kalau tak jawab cikguzue kata nanti dia bagitau mak.. huhu...

Ok, these are the rules:
1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.

My 7 facts...

1. anak ke-9 dari 11 orang adik beradik..

2. kecik-kecik dulu kire antara anak yang paling baik lah... tak pandai melawan, suka mengalah, ikut cakap nek tok... orang kata mama tak pernah merasa tali pinggang tok?? mm.. ye kot.. :)

3. good listener.. suka mendengar daripada bercakap..

4. pelajar terbaik SBP kategori ko-kurikulum 1995.. cewah.. nek ngan tok wakil amik hadiah kat mckk sebab mama dah gi uk... dapat hadiah apa? sijil ngan sebatang pen parker.. huh tak berbaloi satu kluarga pegi sampai ke perak nun.. kot bagi duit sikit ke boleh la lepas duit minyak .. hehhe... anyway sijil tu yang mahal...

5. favourite food - dulu-dulu favourite food meehon sup.. tapi sekarang mama rasa semua favourite.. hehhehe... ikut mood..

6. dulu asal cita-cita nak jadi doktor.. tapi bila after spm dapat offer telekom gi oversea terus amik tak ikut cita-cita.. hehehh... tapi looking back... elok jugak tak jadik doktor... keje tak tentu masa...

7. my dream.. i wish i can work from home so that i can see my kids grow up in front of my eyes... or even better if i don't have to work at all... hehhehe... like cikguzue... hehheh..

ok enough 7.... let's see who i wanna pass this tag to...

e-ra
shikin
murn
abuamiir
wan
ima - walaupun ima takde blog, tapi k ya nak tag jugak.. hehheh.. pepandai la nak jawab kat mana..

eh tak cukup nih...
sapa lagi nak volunteer nak jawab?

May 20, 2008

Desa damai..

tanah kelahiranku...
damainya suasana kampung..


nenek dan bunga-bunganya..


air pasang malam surut pukul lima, nenek bangun pagi siram pokok bunga..


cantiknya bunga ni... orkidlah...


teratai pun ada? kelazz...

mini kebun sayur.. cili, terung, peria, etc etc...

yo kanak-kanak buat apa kat belakang tu? jangan masuk parit sudah...

buah pelam... tupai suka nih..

tarzan pun ada.. hehehhe..

say cheeze!!!




May 14, 2008

Happy Mother's Day... err.. belated

Thank you Luqman, Humaira n Maisara for such a lovely gift... mama dah gantung dah kat opis satu... ada lagi dua tak tau nak letak kat mana.. hheheh..