last weekends buat apple pie.. meh nak share resepi... sonang jo...
A: Pie crust
2 cups flour
1 cup butter/shorterning (hari tu mama buat guna shortening lebih menjadik compare ngan last time buat guna butter)
1/4 chilled water
a pinch of salt
B: Pie filling
4 biji epal hijau - kupas, hiris
3 sudu besar tepung
1/2 cup gula halus
1 tsp cinnamon powder
sejemput kismis (sukatilah nak banyak mana..)
Cara-cara:
untuk pie crust, campurkan tepung, butter dan garam. Ramas dan gaulkan hingga 'crumbly'. Campurkan air sikit-sikit dan bentukkan menjadi doh. Bahagikan kepada dua, wrap in plastic, masuk fridge sekejap. simpan lama pun takpe contohnya hari ni buat crust esok baru nak buat pie..
untuk filling, campurkan bahan B. gaul-gaulkan hingga rata.
ok selepas beberapa ketika, keluarkan balik pie crust dalam fridge tadi. steamroll kan dia macam nak buat karipap tu.. kan ada dua kan.. satu untuk base, satu untuk top. agak-agak dah nipis dalam 0.5cm, letakkan dalam loyang..
lepas tu bakar sekejap base tadi sehingga kuning sedikit dalam 5-10 minit. Sebenarnya boleh je nak terus letak filling tapi mama lebih suka bakar dulu sebab kalau tak nanti tepung tu susah sikit nak masak sebab dia basah kena apple pie filling.
No comments:
Post a Comment