January 25, 2008

the twin effects..

bukan senang nak amik gambo budak duorang nih bersama-sama... especially bila dah besor nih... ade je alasannya...







alhamdulillah.. syukur di atas rezeki-Mu Ya Allah...

January 18, 2008

raihana.. 4 months already


eiza..nak tgk gambar latest raihana :)
wan 01.11.08 - 8:55 pm #

untuk tidak menghampakan permintaan cik wan kite... ni la dia gambo terbaru raihana.. 4months old already... baru pandai meniarap... pastu bila dah penat meniarap menangis la dia sebab tak pandai balik semula lagi... tak banyak amik gambo raihana sebabnya pantang bawak kuar camera, abang ngan kakak dia yang sebok... ni pun guna camera phone tapi tak berapa cantik la...








January 17, 2008

musibah yang melanda...


ketika kita semua sedang menyambut tahun baru hijrah, berlaku satu tragedi di taman sutera. Dua kanak-kanak mati lemas dalam tasik tmn sutera. Dipercayai 4 orang kanak-kanak pergi memancing di tepi tasik tersebut. Apabila hujan lebat turun, mereka berteduh di bawah longkang tempat laluan air. Tiba-tiba arus deras menghanyutkan mereka.. dua orang dapat berenang semula ke tebing tasik namun dua orang lagi tidak dapat menyelamatkan diri lalu hilang dihanyutkan air. Kejadian dipercayai berlaku dalam pukul 4 ptg. Mayat ditemui oleh pihak bomba dalam pukul 8 dan 9 malam. Takziah kepada keluarga allahyarham adik Mohd Zulkarnain dan adik Mohd Faisal.

Mama pun sempat la tengok bomba buat operasi menyelamat tapi tak tunggu la sampai malam.. memang sebelum ni kalau lalu situ mama seriau je tengok budak-budak dok kat tebing tasik tu.. main-main air... ada tu pulak boleh berenang dalam tu... padahal ada tulis kat situ dilarang memancing dan mandi.. tapi bende dah nak jadik.. harap menjadi iktibar.. mungkin lepas ni pemaju kena letak pagar kat tepi tasik tu kot...

dah lama dah mama tak jenguk blog kengkawan.. sibuk sikit biasalah awal bulan... semalam baru ada kesempatan sikit... takziah kepada abu amiir atas pemergian atuk muhammad... takziah juga kepada kopisuam atas tragedi kebakaran rumah ibu bapa mertua...

semalam juga kami dikejutkan dengan pemergian seorang staff di kelana jaya.. K. Faridah Mohd Aspar... beliau meninggal semasa sedang menunggu rawatan di Klinik Rakan Medik di Kelana Jaya.. Kemungkinan penyebabnya adalah darah tinggi... mama sempat melawat jenazah tengahari semalam... sayu je.. memang sebelum ni kalau ada any event ke meeting ke kat KLJ tu memang selalu mintak tolong beliau...

innalillahi wainna ilaihi raajiun....
bacalah alfatihah dan sedekahkan pahalanya kepada yang telah pergi...
takziah kepada yang mereka yang masih di sini...
harap bersabar dengan segala dugaan yang menimpa...
insya allah.. ada hikmah disebalik segala musibah yang berlaku...

January 07, 2008

Tahun baru

Happy new year 2008!
Selamat menyambut Maal Hijrah 1429!

baru lepas cuti panjang... berderet lagi cuti yang menunggu... this thursday cuti maal hijrah.. next two weeks 23/01 cuti thaipusam (selangor cuti, kl tak cuti tapi mama nak amik cuti la sebab ayah and the kids pun cuti).. pastu 01/02 cuti hari wilayah.. pastu 7-8/02 cuti raya cina... isk.. cuti aje kejenye.. best la...

baru masuk tahun baru dah macam-macam isu tergempar sama ada dalam negara atau luar negara..

video chua soi lek
isk buat malu orang batu pahat je... mama pernah pegi klinik gigi dia kat BP masa imran jatuh dulu tu... ada ke orang kat opis ni suruh mama tanya orang kampung ada dapat tak dvd tu.. isk.. kalau dapat pun tak hingin la nak nengok... isk... hmm... but actually i'm sure ada lagi pemimpin yang lebih kurang dia ni tapi cuma tak terkantoi je lagi...

benazir bhutto asassinated
innalillahi wainna ilaihi raajiun.. mama tanya ayah, bagus ke dia ni sebenarnya.. terjawab masa ceramah tahun baru kat surau hari tu.. tokleh nak comment lebih2 la sebab dah arwah dah pun..

'free' school fees
masa announcement last year semua orang bersorak.. namun rupanya indah khabar dari rupa.. additional fees tu lagi banyak.. ada yang kenakan yuran untuk toilet maintenance... hmmm.. mama tak paham sebenornya.. sekolah ni operate cemana? in terms of maintenance of the school semua tu bukan dapat daripada kerajaan ke? tak paham.. tak paham... untuk orang-orang kaya tu ok lah tapi untuk yang miskin la kesian.. dah happy-happy kata takde bayar yuran tetiba rupanya banyak jugak diorang kena bayar.. duit dah abih buat beli kasut, baju, beg sekolah... anyway.. tak terkena lagi.. sebab belum ada anak sekolah..

minyak masak abis?
sapa la yang dok sorok minyak masak nih... buat apa la nak main sorok2... hari tu mama nak beli seri murni pun tak ada.. terpaksalah beli cap pisau.. anyway ok je.. ayah kata tengik sikit.. ye ke?

luqman going to smart reader kids..
only on saturday.. hehhehe... kalau dulu mama tak paham cemana orang boleh antar budak darjah 1-2 gi tuition.. sekarang baru mau tau.. luqman pun gi tuition.. hehheh.. bukan la tuition sangat pun.. cam extra class la.. english class... sebenarnya for ideal situation memang kami nak carik tadika islamic with english medium.. tapi cam tak ada la dekat2 sini.. tadika addin tu dari segi pembelajaran, pendidikan islam tu kira alhamdulillah dah bagus dah.. cuma english kureng sikit.. risaunya nanti bila standard 1 science and maths belajar in english... ish excited betul dia nak pegi sekolah baru tu.. atuk kata.. aik mak bapak grad oversea tokleh ajar sendiri ke? hehhehe... tak tau le cemana nak ajor... hheheh....

imran diapers-free (exclude sleeptime)
hmm.. kire terrer la jugak.. imran baru 2 tahun 2 bulan... dah boleh tak pakai pampers.. alhamdulillah.. penjimatan yang cukup ketara.. hehheh... cumanya kengkadang tu masih ada accident..

Upcoming event in 2008

- General election? mama baru tukar address last month.. entah sempat ntah tidak.. kalau tak kena la balik BP untuk mengundi... tapi rasa cam dah dekat sangat dah nih.. tengok bilik gerakan dusun tua tu tetiba orang dok bersihkan.. kat kg spg balak tu siap orang dah gantung bendera biru dah.. isk.. tak aci..

- Hari keluarga Allahyarham Hj Yunos- insya allah masa cuti raya cina nanti... pak azim yang dok kat sabah yang dah dekat 7 tahun tak balik sini pun insya allah akan balik kampung jugak masa tu.. for info Allahyarman Hj Yunos ialah atuk mama sebelah bapa.

itu je setakat nih...

anyway.. sempena tahun baru semoga lebih bersemangat dan improve apa yang telah dicapai last year... semoga MAPS pun lebih bagus atau at least maintain.. baru la boleh cover hutang rainbow tu.. hehehhe...

December 19, 2007

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Esok raya haji.. mama masih di sini.. tak balik kampung? balik tapi lambat sikit... hari sabtu.. esok sibuk nak nolong-nolong kat surau taman sutera tu (ayahlah) sebab ada 3 ekor lembu nak buat korban... banyak gak tu.. ntah la larat tak diorang nak handle sebab ramai gak orang balik kampung sebab cuti panjang kan.. itu pun kalau tak ada 4 ekor.. tapi last minute sekor lagi tu tak jadik plak..

hari sabtu kami balik.. hari ahad kenduri kahwin jiha (ingat tak dulu mama pernah cerita nama dia noorghana - sebenarnya nak bagi nama noorjihana)... plan asalnya nak dok sampai selasa pastu balik sini la sebab ayah start keje hari rabu.. mama memang la cuti sampai tahun depan.. tapi nek dah mencadangkan mama untuk tinggal kat kampung sebab nak buat kenduri yassin mlm jumaat depan.. sambil tu boleh buat potong jambul raihana sekali.. isk jambul pun takde nak potong apa? hheheh... pikir punye pikir ok jugak.. kat sini pun budak2 boring dah.. kalau kat kampung boleh la main puas-puas ngan nizam nazim... cuma concern sikit pasal cuaca yang tak menentu nih la.. so insya allah.. cuti panjang la mama kat kampung nanti...

Sempena hari raya haji ni mama nak bagi resepi sheperds pie.. almaklumlah raya haji ni kan banyak daging korban.. buat sate sodap.. buat sup tulang pun sodap.. buat sheperds pie sodap jugak.. hhhehe..


Resepi Sheperds Pie

Bahan-bahan

1/2 kilo daging - rebus. Kemudian dipotong dadu.
Air rebusan daging - guna balik air rebus daging tadi
1 ulas bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 ulas bawang merah - dicincang halus
2 kilo kentang - dibuang kulit. direbus. dilenyek bersama sedikit butter
3 batang carrot - dipotong dadu
6-7 biji button mushroom - dipotong agak-agak saiz dadu gak..(boleh juga kalau guna mushroom dlm tin tapi kena tengok brand.. mama selalu guna ayam brand.. kalau brand lain cam bau tak best sikit.. tak tau la orang lain. tapi kalau beli fresh mushroom lagi best cuma mahal sikit)
1 tin mushroom soup pekat
1 tin green peas
1/2 tin tomato puree
1-2 sudu serbuk cili - ikut suka nak pedas cemana.. takyah letak pun takpe
garam - ikut suka
mixed herbs - ikut suka
oregano - ikut suka

Cara-caranya

Rebus daging hingga empuk. Lepas tu potong dadu.

Sambil tu boleh rebus kentang hingga empuk. Lepas tu lenyek dia macam nak buat mashed potato. Jangan lupa buang kulit dulu ye.. masa lenyek tu tambah butter sikit.. ala.. butter biasa-biasa je yang makan ngan roti.. takyah la carik yang cam buttercup tu.. nak buat kentang dia ni pun ikut la masing-masing.. ada orang campur susu sikit pastu guna mixer untuk lembutkan dia.. tapi mama selalu lenyek-lenyek je.. err.. bukan mama la..bibik yang lenyek.. hehhe..

ok sambung balik..

bila dah potong-potong semua tu boleh la start masak..

Panaskan minyak/butter dalam kuali.
Masukkan bawang-bawangan hingga garing.
Masukkan daging, carrot, sesenduk dua air rebusan daging - hingga carrot agak-agak lembut.
Masukkan mushroom dan kacang peas.
Masukkan mushroom soup, tomato puree dan serbuk cili.
Masukkan garam secukup rasa, mixed herbs dan/atau oregano.
Gaul sebati.
Tunggu hingga agak kering (tapi jangan kering sangat)


ok lepas tu masukkan dalam mangkuk casserole. Ratakan dan mampatkan.
Atasnya kite letak la mashed potato tadi dan ratakan.. pastu buat corak-corak sikit..


preheat oven
bake for 30 minutes at 180 degrees..
voila!
senangkan?



sebelum masuk oven


dah masak.. isk tak sabor-sabor lagi.. dah kena potong.. tak sempat nak amik gambo..

nak lagi..!!


mmm.. sedapnye mama buat!!
hhehe..

Selamat mencuba.
Selamat Hari Raya Aidiladha!
Bertemu lagi di tahun hadapan.... insya allah....

December 18, 2007

Pusat Sains Negara

takde idea? hmmm... sebenarnya ada banyak bende nak cerita tapi cuma tak berkesempatan je.. ntah kenapa semenjak dua menjak sejak balik from maternity leave hari tu terasa busy banget.. kengkadang tu satu hari nak bukak internet pun tak menyempat... sampaikan nak cuti pun tak senang.. esok pun patutnye dah start cuti tapi disebabkan permintaan dari GM Group Finance nak buat meeting terpaksalah datang kejap pagi esok.. nak mintak postpone kang macam tak patut plak sebab mama nak cuti sampai new year... cuti berlambak nih.. ada sesapa nak sikit? hheheh... eksen...

Pusat sains negara

last two weeks.. isk nak cerita pun macam dah basi lak... we went to Pusat Sains Negara... nak cover la sebab actually dah janji nak bawak gi zoo melaka sambil terus balik kampung tapi memandangkan cuaca yang tak menentu sekarang nih tak nak la amik risiko so kita bawak la the kidz ke tempat yang lebih selamat.. seronok la diorang.. especially kat tempat main-main tu... luqman's favourite is yang control tangan robot untuk pickup bongkah-bongkah... terrer gak luqman main.. sampai dah balik pun esok-esoknya pun kata nak pegi pusat sains lagi sebab nak main tangan robot.. errr.. takkan everyweek nak pegi pusat sains kot... enjoy the pics...


dlm aquarium

gambar kenangan bersama dinasour..

tolong... dinasour nak makan raihana!!


luqman sebagai robot


maisara sebagai doktor


humaira sebagai angkasawan
imran nak jugak tapi tak sampai... hehhe


yang lamanya kat sini la...
puppet show..

si tembam..


November 26, 2007

Sekitar Majlis Graduasi Tadika Addin

actually dah lama nak upload gegambo nih tapi tak sempat-sempat. last last sunday 18/11/07 ialah majlis graduasi untuk tadika addin. walaupun luqman, humaira n maisara baru 5 dan 4 tahun tapi join jugaklah.. buat persembahan... cumanya takde la pakai jubah and topi graduation tu.. yang tu untuk 6 tahun.. tapi yang kesiannya maisara demam... so terpaksalah tinggal kat rumah... cian dia...


dengan nizam dan nazim sebelum berlepas ke graduation ceremony...
Selamat datang ke Majlis Graduasi Tadika Nur Ilham dan Tadika Ad-Din

persembahan yang hebat oleh anak-anak kita..

bersemangat..

luqman...

humaira..

eh, imran pun dapat hadiah?? heheh... wakil maisara..

ok semua dah dapat hadiah... semoga terus cemerlang...

Sekarang, dipersilakan persembahan dari Tadika Ad-Din... hebat.. hebat...

November 22, 2007

ta'lim.. tazkirah...

tazkirah - memberi peringatan
ta'lim - memberitahu

orang islam kena kaya
orang islam perlu kaya
supaya kita boleh tolong orang...

macamana nak kaya?
bukan bekerja siang dan malam..
bukan main share..

macamana nak kaya?
pastikan ahli keluarga kita basuh tangan sebelum makan..
pastikan tiada ahli keluarga kita yang tidur selepas subuh..

insya allah..

tapi bukanlah buat tu je dah boleh jadi kaya... bekerja tetap bekerja...
kaya = ada duit lebih lepas ditolak perbelanjaan untuk keperluan kita..


November 16, 2007

supermom of 5

hari ni first day masuk office... ingatkan cam malas jugak nak start hari ni.. tapi pikir2 ok gak setakat nak pegi relax-relax.. kang hari isnin boleh la start bekerja betul-betul...

bibik pun dah balik semula ke sini... ha ah bibik balik indon bercuti sebulan.. actually sebulan setengah gak la.. ntah apahal tah majikan ni baik sangat bagi cuti sampai sebulan setengah.. ehhehe.. bila tanya orang lain bibik diorang paling-paling pun sebulan.. ada tu 2 minggu je... bibik balik before raya lagi... then balik sini baru hari rabu lepas... suspen jugak kalau dia tak jadi balik... dah le kawan dia cerita bibik tu macam taknak balik lagi je.. tapi bila tanya bibik dia kata jadik balik.. so tawakkal la ayah gi LCCT... alhamdulillah ada la bibik menunggu di situ...

SUPERMOM of FIVE
merasa la jadik fulltime housewife... jadik supermom of five... sometimes or nearly every afternoon jadik supermom of 5+2! apa taknya hampir tiap hari anak jiran sebelah 2 orang datang main kat rumah.. kengkadang dari lunchtime lagi dah datang.. lunch pun kat rumah... selalunya dah ingatkan jugak suh datang petang sikit.. tapi alahai budak-budak bukannya paham pun... layan je la... dah pandai dah pun kalau haus cari air sendiri.. kalau lapar carik roti ngan jem sendiri... hmmm.... anyway pagi luqman, humaira, maisara pegi sekolah... so pagi relax sikit la jaga raihana dengan imran je... memula dulu anto gak imran pegi sekolah tapi seminggu je sebab lepas tu dia demam.. pastu tengok ok je kat rumah tak songeh pun and tak kacau baby pun.. lepas tu dah tak hantar dah... tengahari bebudak balik sibuk la sikit.. nak melayan macam-macam... nasib baik baby baik je.. tak banyak ragam.. macam paham-paham je.. tapi abang ngan kakak pun dah banyak boleh buat sendiri... buat susu sendiri..buat air sirap sendiri... sapu jem/butter/mayo kat roti... especially humaira... cuma kecah-kecah tu biasalah lepas tu mama kena la bersihkan... kengkadang tu boleh harap jugak suruh mandikan imran, lap, pakaikan pampers.. imran pun ok je.. sebab apa tau... sebab diorang ni suka main mama mama... humaira jadi mama, maisara jadi adik, imran jadi baby... kire praktis la tu... hhehha.. bagus gak kan...

petang kul 5 baru mama bagi main kat luar.. naik basikal la keliling taman... tapi imran tokleh la sebab kecik lagi... kesian gak kengkadang kat imran.. abih tu cemana kan.. terpaksalah pujuk dia tengok ultraman gaia... sampai dah naik muak dah mama tengok dari pagi... imran pun dah hafal dialog.. dah le pelat...

"mama.. nape mama matita?"
"baik"

sampaikan hari ni kat opis pun mama terngiang-ngiang lagu intro ultraman gaia tu.. isk...

hari ni hopefully semua ok la kat rumah... hopefully bibik boleh handle semua... banyak jugak bende mama belajar sebulan ni..

just to continue a bit pasal pengalaman menjadi supermom of 5.. all five years old and below... macam bukak nursery la jugak... mama belajar untuk lebih bersabar.. belajar untuk berlebih kurang dengan the kidz.. maksudnya takdelah nak suruh diorang ikut je apa yang kite nak.. at times takpelah diorang sepah-sepah... tuang mainan satu tong kat depan tv, kerusi meja makan tu di terbalik-terbalikkan buat main rumah-rumah, buat kecah kat dapur - tumpah sana tumpah sini sebab tuang air sendiri... yang penting kena kemas balik lepas main... barulah tak tensen sangat... kalau ikutkan kita memang la itu tak boleh ini tak boleh.. tapi kalau asyik nak kata 'jangan' je memang la sakit jiwa.. jadilah biarlah diorang nak main-main apa pun.. tapi mesti kena kemas balik lepas tu... kalau tak, mama tak bagi main basikal kat luar.. hehhehe...

kalau ikutkan teringin je nak dok rumah nak jaga anak-anak sendiri... there's nothing compares to the feeling of watching the kidz grow up in front of our eyes.. siapkan diorang nak pegi sekolah.. masakkan untuk diorang..makan sama-sama.. tengok diorang main.. main dengan diorang, sembang-sembang.. tapi kerana tuntutan duniawi, terpaksa kulepaskan kepada jagaan bibik... isk isk... yelah bukan la 100% kulepaskan tapi just imagine dalam satu hari berapa jam je la dapat dengan mereka... mama kire-kire ade la dalam 2-3 jam kot... astaghfirullah...

hopefully one day...
and hopefully it won't be too late...

October 25, 2007

so many things to say...

iskk.. rindunya mama kat blog nih... heheh...

WELCOME TO THE WORLD..


tanggal 16 september, tepat jam 4.28pm.. akhirnya mama selamat melahirkan baby girl... alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. tak sempat nak kena induce yang dijadualkan pada 17 sept.. labour pain pun tak berapa lama... masuk labour room kul 3pm, 4.30pm dah bersalin... baby berat 3.25kg...

bila pikir-pikir compensate la jugak penantian beberapa minggu terakhir tu sebab bila nak bersalin tu semua dipermudahkan... just imagine, mama mc sampai 3 minggu! kononnya nak tunggu 31st august... tak kuar gak.. tunggu 9/9 tak kuar gak.. tunggu 1st ramadhan tak kuar gak.. at last tunggu hari pembentukan malaysia 16 sept.. kiranya overdue 6 hari la..nasib baik baby pun tak besar sangat.. suspen jugak bile overdue hari tu tak baby dah terlebih membesar.. hehhe...lagipun memang baby nak bagi chance mama pose dulu kot.. dapat la 3 hari.. kurang sikit nak ganti...tapi hari sebelum tu memang la mama buat semua bende yang orang kata untuk nak cepatkan bersalin... nek suh tido pakai kain ayah yang tak basuh lagi.. petua orang tua-tua... hehhehe... ok pakai... atuk sini buatkan air selusuh.. setengah botol mineral yang besor tu mama abihkan hari tu gak.. pastu doktor pun ada bagi tips juga.. roll your ni**** to stimulate contraction... memang mama kalau boleh taknak la sampai kena induce... alhamdulillah tak sempat nak kena induce...

hari nak bersalin tu... actually pagi subuh tu dah kuar tanda dah tapi contraction takde lagi.. so relax le... sampai lepas zuhur baru pegi spital... tu pun contraction tak frequent lagi tapi takut la sebab air dah pecah dari pagi takut kering pulak,, sampai kat spital labour room penuh.. kena tunggu jap kat bawah diorang tengah bersihkan labour room.. nasib baik la kita boleh tahan lagi... tu yang masuk labour room to basah lantai semua... almaklumlah spital kecik labour room tak banyak.. masuk-masuk tu doktor masukkan ubat gak sebab nak cepatkan contraction sebab tak frequent.. masuk je waktu asar ayah gi solat jap kat surau situ je... masa ayah beredar tu ok lagi.. tak lama lepas tu rasa baby dah nak kuar dah... doktor pun dah siap-siap pastu tengok ayah takde dah siap suh nurse call lagi... baru nak call ayah pun sampai... ngam-ngam je la... doktor bagi ayah potong tali pusat baby.. doktor kata next time kena sambut pulak.. hehhehe... ada berani ke?

thanks to dr khamsiah dan staff2 hospital annur... walaupun tak se'gah' ampang putri atau pantai tapi dari segi service antara yang terbaik la... semua orang friendly.. cuma food la kureng sikit.. hheheh...

welcome to the world... Raihana Huda Abdullah...


DI SEBALIK NAMA

Raihana Huda.. sedap tak nama tu? isk... susah betul nak cari nama baby... macam-macam...nih pun bile cam dah confirm boleh berubah saat-saat akhir nih.. siap kena liquid paper kat borang daftar nama lagi.. hehheh...raihana means yang harum.. huda means petunjuk.. mula-mula nak letak huda kat depan.. boleh juga... tapi dari segi makna bezanya huda raihana means huda yang harum.. kalau raihana huda pula means cam betapa harumnya huda tu.. lebih bermakna la... itu ikut cakap ustaz din.. (pak din).. akhirnya nama Raihana Huda telah terpilih..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Hopefully tak terlambat mama nak wish everybody Selamat Hari Raya Aidilfitri... mama nak mohon maaf sekiranya ada yang tersilap kata dan bahasa, termenyinggung perasaan, tertulis perkara yang tak sepatutnya dan sebagainya la.. almaklumlah kadang menulis tu syok sendiri...

raya tahun nih dalam pantang lagi (again.. :)).. tapi juadah raya tu boleh kata semuanya makan juga la.. nek kata takpe sebab dah dekat sebulan...hehhe... melaram gak ngan baju raya tapi bukan pegi beraya pun.. untuk gambo-gambo je spesel untuk tatapan peminat.. hehheh... gurau je.. untuk kenang-kenangan.. tu pun tak banyak gambo sebab camera kitorang dah kaput... kena la mintak ehsan abang zan untuk tompang-tompang gambo..


Selamat hari raya dari kami sekeluarga... mama, ayah, luqman hakim, ain humaira, ain maisara, imran haziq dan raihana huda... (isk.. 5 dah anak mama.. hehe)

wokeh.. tak tau lagi bila akan bersambung selepas ini... everybody take care okay...

September 14, 2007

Selamat Berpuasa..

Rasanya belum terlambat kalau mama nak wish selamat menjalani ibadah puasa kepada semua kan... alhamdulillah mama pun pose gak... tapi memang melepek je la kat rumah... still berbadan dua??? ha ah la... masuk hari ni dah 4 hari dah overdue.. huhu... bila la baby nak kuar... syok sangat ke dok dalam perut mama nih?? hehheh... risau sebab tak pernah experience camni... sebelum nih semua awal... suspen sebab doc kata kalau tak bersalin gak, next monday nak induce.. hopefully baby kuar la before tu... dah boring dah dok rumah nih.. dekat 3 minggu dah mc... kengkadang terasa depress plak bila pikir sangat kenapa baby tak nak kuar-kuar.. isk isk... sabor.. sabor... belum masanya... lagipun sebab cuti kan.. kalau keja tu maybe tak terasa sangat... tapi sebab dah mc lama dah takkan tetiba nak gi keje.. isk kelakar la pulak... tapi kalau nak gi keje pun tak bersemangat dah... insya allah kena sabar sikit lagi... mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan... amin...

the kidz... imran semakin la manjanya dengan mama... apa-apa pun kena mama yang buatkan... even buat susu pun nak suruh mama.. apa lagi nak mandi ke nak cebok ke nak makan ke.. semua kena mama... nak jalan-jalan kat luar pun kena dengan mama... mama ni dah le malas nak kuar jalan jauh-jauh... suruh ikut bibik tak nak pulak... oklah.. cuma tak larat nak layan semua... luqman start belajar pose... semalam dapat la setengah hari... sahur pun dia bangun.. kat sekolah memang takde makan untuk yang 5-6 tahun... so semalam balik sekolah baru makan... oklah... dapat gak half day... hari ni sahur bangun makan tapi pagi ni before pegi sekolah dia nampak adik2 dia makan dia pun nak makan roti ting... pujuk gak tapi tak jalan la... so tak dapat la hari nih... takpelah sikit-sikit... niat pose pun dah hafal.. ikut lagu raihan...

tahun ni nampaknya mama tak raya la.. hari tu budget kononnya kalau bersalin awal raya nanti dah lepas pantang.. tapi nampaknya tak dapatlah.. dah la bibik cuti balik indon pulak raya nih... kenalah berpantang sendiri.. nek pun sibuk la time raya kan.. tapi insya allah balik jugak la kampung... eh.. pose baru dua hari dah citer pasal raya pulak... ye le mana tau nanti dah tak sempat bercerita... nek pun dah 2 minggu dah standby kat kl nih tunggu mama bersalin.. nasib baik nek ada aktiviti yang boleh dibuat sementara tunggu baby mama kuar... apa lagi.. jahit baju raya la... tapi tokleh la dok kat rumah kitorang.. ramai 'pengacau'nyer... nek pun dah dapat la nak jaga mama pantang lama-lama... paling-paling pun seminggu dua je sebab bila dah dekat raya mestilah sibuk kat kampung tu kan.. mama tak ikut balik kampung awal sangat la sebab tak terhandle kang bebudak nih.. better stay sini bebudak boleh pegi sekolah... dekat nak raya nanti baru balik...

hmmm.. apa lagi nak cerita... takdelah kot.. walaupun boring kat rumah tapi bukannya boleh nak online selalu.. pempaham je la.. bebudak nih bukan boleh nampak mama bukak computer...

ok semua.. Selamat Berpuasa... rebutlah segala peluang yang ada dalam bulan mulia ini untuk lipatgandakan amalan kita... insya allah...

Doakan juga mama selamat bersalin ye...

August 28, 2007

3 hari lagi...

3 hari lagi nak merdeka... mama pun nak tunggu 3 hari lagi la... mama dah start mc sebenornya since semalam.. last saturday pegi check up.. ayah tanya doktor boleh bagi mc tak.. doktor ok je terus bagi seminggu.. alhamdulillah... tak terpikir lak mama...

so dah 2 hari dok rumah... boring gak.. heheh... baby pun tak nak kuar lagi.. nak tunggu merdeka kot.. hehhe... kalau dapat kire another history jugaklah sebab mama akan ada 2 anak merdeka... hehhehe... hopefully boleh dapat.. ameen... kat rumah mama ambik kesempatan untuk layan bebudak nih.. especially imran.. makin manja la nampaknya ye... makan mama suap... mandi mama mandikan... pagi layan main bola... etc..

alamak imran bangun...

August 22, 2007

sepuloh ribu semenetttttt...


dah dua hari nih mama dengar kat era.. sepuluh ribu seminit... isy... lumayan betul... yang bestnya soalan tu dia dah bagi dulu dah semalam.. tapi orang kena dengar la era tu sepanjang masa untuk kumpul 10 soalan tu... semalam yang dapat call tu dapat jawab 9 soalan so dapat 9ribu... pagi nih orang tu mesti tak kumpul soalan dia semalam sebab banyak pas pas je.. anyway dapat jugak jawab 3 soalan = 3 ribu sapa nak bagi... dok sembang-sembang ngan ayah.. diorang nih memang desperate la nak suruh orang dengor stesen diorang.. sanggup bagi ribu riban kat orang dlm masa seminit... tricknya supaya orang dengar la era tu sepanjang hari sebab nak dengar 10 soalan tu... lepas tu jawapan boleh la dicarik.. so the competition is actually who can gets through the line...

tapi kan bila pagi ni mama baca from Roslan SMS Corner (Mengadu nasib kepada istana) berkenaan seorang ayah kepada 5 orang anak yang anak sulungnya lumpuh dan berpendapatan rm500 sebulan... sewa rumah je dah rm200 sebulan.. terpikir pulak mama.. kan bagus kalau duit beribu-ribu tu bagi kat orang-orang miskin yang macam nih... kalau 10 ribu tu boleh sangat nak ringankan beban diorang untuk beberapa bulan.. silap-silap cukup untuk setahun...

kat malaysia ni ramai sebenarnya orang-orang kaya... mungkin agak payah la kalau nak pegi jumpa orang miskin sorang-sorang untuk berikan bantuan... sebab tu la ada pusat zakat.. boleh salurkan ke situ untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin.. tapi bila pusat zakat pun ada macam-macam kerenah birokrasi dan sebagainya, fakir miskin pun tak boleh nak harap kat pusat zakat dah.. abih tu camno? every year declare dapat pungutan this much this much.. tapi yang fakir miskin terima kita rasa macam terlalu kecil.. macam tak patut je.. hmmm.. tak tau lah...

kengkadang tu terpikirr.. kite yang terasa tak kaya ni selalu kata orang-orang yang kaya ni patut tolong la orang-orang miskin... kalau aku kaya aku akan buat tu buat nih... bla bla bla... tapi kalau satu hari nanti kita jadi orang kaya agak-agak kita buat tak apa yang kita pernah kata kalau aku kaya tu?? takut lupa diri...

but then.. money/kekayaan is very subjective.. ada orang anak 2 orang gaji rm10k pun masih tak cukup.. ada orang anak 6 gaji rm3k tapi masih boleh buat amal jariah sana-sini... semuanya depends kat diri masing-masing... so terserah kepada diri kita sendiri untuk melakukan apa yang terbaik untuk kita semua di dunia dan akhirat...

August 20, 2007

masih di sini??

ye.. mama masih di sini... kalau ikutkan this week dah masuk 37 weeks dah... so memang tunggu masa je.. kalau boleh mama nak bersalin minggu depan... tak sabar dah sebenarnya tapi sebab ada beberapa perkara lagi tak settle kat opis nih rasa tak sedap la pulak kalau nak bersalin minggu nih.. ceh macam la boleh pilih2 date nak bersalin.. lain la kalau ceaser... hopefully dapat bersalin normal macam sebelum-sebelum nih... amin..

handover baru nak prepare.. tadi baru siap satu... ada la 2-3 task lagi yang nak kena handover... esok ada meeting ASCR committee.. pastu hari khamis ni ada lunch date ngan CEO! hehhehe... jangan jeles... err.. takdelah date... dapat invitation untuk program Ex-scholar appointment with GCEO... sekali dengan SVP HR Dato' Aziz, Ismail Nordin, ngan sorang lagi tu GM kat HR yang baru, Datin Badrunnisa... satu session tu ada la dalam 10-12 orang... suspen gak... mesti banyak bende yang diorang nak tanya nih... kalau diorang tanya apa contribution kat company bla bla bla... err.. apa nak jawab ek... anyway mama punya session sebenarnya 6/9 tapi takut tak sempat mama mintak la tukar ke first session.. nasib baik dapat.. itu pun harap-harapnya sempat la... insya allah...

the kidz pun cuti this week... hmmm.. diorang pun ikut cuti sekolah jugak... kesian gak kat bibik nak handle semua dari pagi sampai petang... dok pikir-pikir jugak nak amik cuti ke tapi memandangkan memang tengah tunggu masa nak cuti plus nak settlekan bende-bende sebelum bercuti tu yang macam payah lak nak cuti... hopefully semua ok la kat rumah tu.. tanya jugak bibik cemana boleh handle ke.. dia kata boleh je.. cuma luqman yang susah sikit katanya... especially kalau dia nak keluar tapi bibik tak bagi... itu memang masalah sikit la... mama selalu dah ingatkan luqman kalau nak keluar main petang-petang takpe.. kalau tengahari takde orang kat luar nanti kalau ada orang amik luqman takde sapa nampak kang... dok pikir jugak budak2 ni boring dok kat rumah... game yang pinjam kat adam hari tu pun luqman cam dah slow je... pagi tadi mama tanya kenapa.. tak best ke game tu?.. luqman kata dia nak yang besar macam along, irfan.. yang boleh main dua orang.. isk.. isk.. nak PS2 jugak ke?? errrr...

camtulah.. anak-anak dah makin membesar.. macam-macam pulak la bende pelik yang dimintaknya... nak educate diorang mana yang patut mana yang tak patut tu sangatlah mencabar...

August 17, 2007

besday kek..


Akhirnya... tertunai juga janji mama kat luqman untuk buat kek besday luqman untuk bawak sekolah.. walaupun tak sampai 31st august lagi tapi disebabkan takut tak sempat nak buat... takut terdeliver awal, akhirnya hari ni dapat la luqman bawak kek pegi sekolah... itu pun hampir-hampir tak menepati kriteria...


"luqman nak kek yang putih, tak nak coklat..."


agaknya sebab mama selalu buat kek coklat diorang pun dah boring dah.. anyway sebenarnya still kek coklat cuma letak 'whipped topping' instead of chocolate ganache.. itu pun hampir tak jadik.. sebabnya selalu beli whipped cream kat kedai kek Bagus tu ok je... pastu sebab tak gi sana so hari tu beli kat supermarket je.. turn out tak berapa jadik pulak.. tak cukup stiff and cepat cair.. ke mama yang tak reti buat?? tak tau lah... pastu malam tadi masa buat tu ada eksiden sikit... isk.. nak menangis mama.. dah la dah nak siap.. tinggal nak ratakan je... kek tu tergelongsor sikit dari pegangan.. so abihlah topping dia dah tercacat sebab mama tahan dia dari jatuh... nasib baik kek tu tak terjelepuk ke lantai... terus mama pause... dah la topping tak berapa jadik pastu eksiden pulak.. kalau worst come to worst mama guna jugaklah chocolate topping je.. tapi mesti luqman komplen nih... malas nak pikir.. kemas-kemas sikit.. tidur dulu.. pagi ni lepas subuh baru sambung balik.. kena buat balik whipped cream.. nasib baik ada lagi... then decorate... oklah... takdelah cantik mana tapi boleh la... nanti kat sekolah tinggal cucuk lilin ngan banner happy birthday tu la... mama suruh luqman potong sama-sama ngan adik sekali.. sebab adik2 pun birthday tak jauh pun.. 12/09.. so kire sekaliharung la... bila pulak la mama nak buat kek lagi... pagi tadi diorang dah pakat-pakat dah.. luqman tiup lilin.. humaira maisara potong kek... oklah tu...bekerjasama... hopefully diorang happy...


August 08, 2007

susu oh susu...


mama rasa ramai yang dengar berita pasal pelajar sakit perut keracunan lepas minum susu bantuan sekolah kan... kat kota bharu je 74 orang.. kat alor setar 67 orang... before this a few months ago pun dah kecoh dah.. pastu program bantuan susu dihentikan serta-merta untuk further investigation.. just recently this program start balik with the jaminan from SIRIM.. but still it happen again... what when wrong? kalau ikutkan nama susu tu Jo Cerdik keluaran Dutch Lady. kalau ikutkan dutch lady pun bukan la calang-calang punye company.. kire memang dah well-known for its dairy products... maybe cara penyimpanan ke... panas sangat ke tempatnya.. entahlah.. wallahu alam... kesian kat budak-budak tu.. kalau mama mesti dah fobia dah nak minum susu bantuan sekolah tu...

artikel semalam, dalam utusan kot.. extracted from ceramah Ustaz Hassan Din dalam program sempena minggu penyusuan ibu... salah satu faktor yang menyumbang ke arah gejala sosial sekarang adalah kerana generasi sekarang banyak minum susu lembu daripada susu ibu... anak-anak sekarang lebih bersikap 'kebinatangan' daripada kemanusiaan.. (sorry for the harsh word tapi ni ambik dari artikel tu) .. beliau juga highlight tentang sejarah Nabi Muhammad SAW yang apabila ibundanya, Aminah kekeringan susu selepas nabi berusia 8 bulan, dicarikannya ibu susuan, Halimatussaadiah.. tidaklah pula diberikannya susu kambing yang banyak di rumahnya... maybe sekarang la masanya kita mula untuk jadikan ibu susuan ni satu trend dalam masyarakat kita.. mama akui bukan mudah.. mana nak carik... ibu-ibu sekarang ramai yang berkerjaya... lagi satu macam tak rela pulak nak bagi orang susukan anak kita... kalau nak cari pun mesti nak tengok jugak background bakal ibu susuan tu sebab ianya akan jadi sebahagian daripada darah daging anak kita.. tapi kalau nak bandingkan dengan susu lembu?? hmmm.. frankly speaking mama pun dilema juga... lagi satu cam rasa jeles pulak kalau tengok anak kita menyusu ngan orang lain.. but then again kalau nak bandingkan dengan susu lembu?

anyway.. bukan takde cara sekarang nih.. perah susu la as an alternative... dulu masa luqman mama tak cerdik lagi... luqman cuma minum susu ibu hingga 3 bulan je.. bukan takde susu tapi dia yang tak nak... isk.. masa tu memang rasa sedih... paksa-paksa pun tak nak.. makin dia nangis palingkan muka ade le... so lepas tu memang on susu formula je.. sebab tu kot luqman ni sampai sekarang ada cam payah sikit banding ngan adik-adik dia... masa twins pulak.. alhamdulillah dapat la sampai nearly 1 year.. tapi tu pun bila dah start keje balik memang dah campur dah.. bila hantar nursery bagi susu formula.. malam je susu badan... sampailah masa mengandungkan imran mama bertemu dengan seorang lactation councellor, rita .. ceh cam apa je... my x opismate.. memang rita banyak bagi awareness on how we can fully give breastmilk to our baby eventhough we are a busy working career woman... jawapannya ialah pump.. so alhamdulillah imran dapat minum susu ibu (takde campur-campur punya) sampai setahun lebih... so insya allah... this time pun mama berazam untuk bagi susu ibu sampai 2 tahun la at least.. yang penting kena buat stock banyak-banyak masa dalam pantang lagi.. percaya tak, ada mothers yang boleh simpan stok sampai 100 botol dalam fridge before dia masuk keje balik? fuh.. kagum mama mendengarnya...

nak mengepam pun bukanlah semudah yang kita dengar... first nak kena disiplin.. 2 kali sehari kena 2 kali sehari la.. jangan ponteng-ponteng.. nanti milk supply drop kita pun makin malas nak pump... lama-lama takde susu.. 2ndly tengok jenis pump.. ada orang tak perlu pump pun.. pakai manual je.. tak reti la mama.. ada manual pump.. ada battery pump.. ada electrical pump.. semuanya depends... yang penting pada mama yang convenient.. mudah cepat senang.. sebab kita ni bekerja kengkadang ada meeting la apa la.. so nak cepat.. 3rd kena ada fridge yang sesuai kat rumah... kalau boleh yang 2 pintu so that susu boleh tahan lebih lama.. susu dalam fridge yang bahagian atas (yang beku tu) boleh tahan 3 bulan.. (eh betul ke ek.. ke 6 bulan? nanti check ngan rita).. kalau letak kat bahagian yang bawah tahan satu hari je.. so before tidur malam turunkan la beberapa botol untuk tomorrow's consumption so that takdelah lama sangat nak bagi susu tu cair semula esok hari.. untuk cairkan susu, rendam dalam air suam suam panas.. jangan letak dalam microwave pulak.. hehehe..

so preparation cemana? tak lama dah nih.. kire menghitung hari je nih... preparation sebenornya belum siap lagi... barang-barang baby belum beli lagi.. tunggu ayah balik outstation.. takdelah nak beli apa sangat sebab baju turun temurun pun ada lagi.. cuma nak tambah sikit-sikit la yang baru... set bersalin putri ledang pun tak order ngan k lin lagi.. ok hari ni kena order.. pastu hari tu order parts untuk pump from rita pun tak dapat lagi... arrangement untuk nek datang sini pun tak settle lagi.. handover keje opis tak prepare lagi.. relax je mama nih.. kalau ikutkan due date memang la lama lagi cuma takut tercepat je.. last one masa imran awal 3 minggu... so patut dah kena siap preparation dah nih..

hopefully everything goes well... semoga Allah permudahkan segala urusan..

August 07, 2007

Tips no. 16 - salam sayang peluk cium sebelum tidur..

malam tadi lepas baca doa sebelum tidur mama salam sayang peluk cium anak-anak mama... suka pulak diorang nih.. tersengih-sengih... imran pulak buat main-main pulak... nak salam lagi.. nak salam lagi... terus tak jadi tidur... luqman yang masa baca doa tu dah terpejam-pejam mata pun segar balik... sambung pulak sembang-sembang... mama yang dah larat sebenornya sebab semalam pose (alhamdulillah abih gak pose ganti.. bukan banyak mana pun.. hehhee)..

sebenarnya takdelah kata kita tak pernah peluk cium anak kita kan.. tapi selalunya peluk kalau diorang nangis nak pujuk gitu-gitu.. tak pernah pulak nak peluk sesaja... selalu kalau malam before tidur memang baca doa pastu salam-salam... pastu lama-lama tinggal baca doa je takde salam-salam... so lepas nih kena continue la... insya allah ada kesan positif kat anak-anak.. supaya anak-anak rasa peaceful before nak tidur.. mama pun sedar kadang-kadang memang mama marah-marah sebelum diorang tidur sebab ada le hal yang dibuatnya... so diorang tidur dengan rasa sedih/merajuk sebab kena marah.. astaghfirullahal 'azim... lepas nih insya allah mama pun kena jaga juga jangan sampai jadi macam tu lagi... cian kat anak-anak mama...

August 06, 2007

Tips untuk ibu bapa..


Somebody forwarded this to me this morning... which is at the right time.. mama is having some emotional imbalance over the kidz' kerenah for the past few days... huhu... Ya Allah.. berilah kesabaran kepadaku dalam membesarkan dan mendidik anak-anakku.. amin...

----------------------------------------------------------------------

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan
halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert
D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam
menjadikan anak2 kita antara yang outstanding
berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan
yang baik . – bila anak kita dipanggil dengan nama
yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak
gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi
malu dan rendah diri.Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang
baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari – ada kajian
yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan
mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang
jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp
seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia
akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia
akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang
berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
- pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin
diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la
ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah
sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung.
Kesian kat budak. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat
kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah
ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap
kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita
appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak
buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang
itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
- mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.
Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami
setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya
mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan
yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan
keluarga, pilihlah keluarga – Bila ada masalah eloklah
kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu.
Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde
masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana
mereka sedang membesar dan proses ini akan terus
berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan
keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri
kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak,
janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan
anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan
menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau
sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia
muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan
dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu
giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak
anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok
sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam
kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap
rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya
umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm
tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak
tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab
Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang
takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka
memerlukannya – ada masa2nya mereka akan gundah
gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan.
Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi,
kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa
sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita
kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk
menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita
sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita
tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah
yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada
penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak
menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi
yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan
membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg
daripada persekitaran yang menghargai akan belajar
menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka
lebih daripada sekali – ade setgh budak kene byk kali
ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan
tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak
saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia
tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat
telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt
terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,
peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan
dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan
kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu
pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak
ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak
kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar
mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut
anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri
mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah
pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun
apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari
mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan
takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka
juga dalam masa yang sama akan menghargai
barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada
membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah
rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat
demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa
ciuman selamat malam – biasakan ajar dia salam kita
sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita
omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n
selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa
yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi
ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu
sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too
perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke
rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat
selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka
juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita
mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan
tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri
bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia
belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar
lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka
tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari
sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah
mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar
tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada
betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh
dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
hargailah perasaan mereka supaya mereka juga
menghargai dan memahami perasaan kita

Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata
dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia
dan akhirat kelak.

Semoga bermenfaat!

August 02, 2007

Mata, Hati, Jiwa..


Maafkan aku mengganggumu
Cuma ku ingin kau tahu
Ruangan dihatiku hanyalah untukmu
Hari hari ku yang berlalu
Riang ceria kernamu
Mana adanya aku pasti ada kamu

Andainya engkau tahu perasan hatiku
Pastinya kau kan tersenyum di waktu manis harimu
Biarkan, biarlah tahu teguh auranya cintaku kerana kamu
Kau sentiasa berada di mataku, hati dan jiwa

Maafkan aku mengganggumu
Dilewat malam malam mu
Inginku temanimu sebelum lenamu

Izinkan aku dekatimu
Inginku tawan cintamu
Agar dapat ku jadi dewata hatimu