June 30, 2008

Adab-adab tidur...

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk . Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk

Sebaik – baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang

Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam . Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan

Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara – perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar , berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu

Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah – surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat . Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al – Ikhlas , Al – Falaq dan Al – Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua – dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai . Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut – turut.

5. Berazam Untuk Bangun Awal

Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al – Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi

Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan” Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot – otot badan.

mama: pagi ni mengantuk sikit.. malam tadi tak tau kenapa raihana tidur tak nyenyak.. asyik terbangun dan menangis ter'piar-piar.. tepuk tak nak bagi susu tak nak... tapi mata pejam... jadi mama pun ikut sama tak nyenyak la.. tapi memang tengah tak berapa sihat pun raihana... agaknya tak sedap badan kot..

June 27, 2008

Susu formula ciptaan tempatan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0624&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm

Untuk Biomil, Ishak telah mengekstrak khasiat air zam-zam, ubat cacing, probiotik dan Habbatus Sauda, yang telah ‘disalin’ gelombangnya dan dilalukan kepada susu Biomil. Kajian dan mesin untuk tujuan ini telah dibuat di Perancis.

nak try? menarik jugak bunyinya.. sekarang ni imran n kakak-kakak minum susu milo junior.. luqman plak dah tak nak minum susu sejak-sejak tak minum susu botol terus tak nak minum susu.. kat cawan pun tak nak.. tapi kalau susu fresh milk tu dia minum la...

tapi milo junior ni susah sikit nak cari.. kat kedai-kedai biasa memang takde la.. kena cari kat supermarket... nasib baik tesco/jusco dekat je..

kalau dulu zaman-zaman anak sorang tiga orang kitorang bagi susu S26->Promil->Progress... tapi bila masuk anak 4 dah start carik susu murah sikit... tak tahan ooo satu tin je dah dekat rm40.. pastu tin besar tu tak besar sangat pun.. dlm 900g je kot.. pastu zaman imran dah start tukar dutch lady... tu aa ayah kata imran kecik sebab minum susu mama... bukanlah.. sebab minum dutch lady la... then baru-baru ni.. err... takde la baru sangat.. kawan ayah yang keje kat nestle promote milo junior ni.. tapi ada untuk 345 tahun.. 1-2 tahun takde...

kalau terjumpa biomil ni nak jugak try.. macam menarik je...

apa-apapun... susu ibu adalah susu yang paling baik... :)

tambahan:
huh tak productive sungguh hari ni.. pagi tadi kul 10 baru sampai opis, bawak raihana gi klinik dulu sebab batuk.. pastu sampai kat opis tengok haslina yang unpaid leave setahun ada.. sembang punya sembang dah nak lunch.. lunch kat secret recipe (bagi can la baru masuk gaji.. heheh)... pastu jenjalan kat jualan bakit kat bawah tu.. huhu terbeli la jugak beberapa barangan.. masuk opis balik dlm kul 3... tak perasan sebenornye sebab takde jam.. sebab jam mama baru pecah last week.. nak nengok jam henpon, henpon pulak dah masuk dalam plastik.. heheh... pastu baru gi solat.. gitu gini.. update blog pulak.. jap lagi kul 5 dah nak balik.. isk isk.. hari ni makan gaji buta ke??

June 17, 2008

i don't know what title to put.. just some updates kot..

lama tak update...

happy belated fathers day to ayah... :)

raihana 9 months already... dah pandai apa? baru nak belajar berdiri lepas-lepas tangan.. tapi dah laju naik tangga... pantang orang leka... then dah tumbuh gigi bawah dua batang.. kalau gigit jari orang aduh sakitnya...

suka betul raihana ni kalau duduk satu kaki depan satu kaki belakang..

the kidz.. back to school.. lega bibik.. hehhe... maisara qiraati lagi 3 page nak masuk buku 5... errr... nak kena buat pizza lagi ke nanti? luqman baru naik level 2 english tutorial kat smart reader.. congratulations! basikal hari tu kire hadiah la... second hand pun ok what...


last school holidays, tak ke mana pun... plan memula nak ke air terjun sg tekala ke sg gabai ke kat hulu langat.. tapi bebudak nih batuk2 pulak.. lama plak tu tak baik-baik.. makan ubat sampai dah habis pun tak baik2 lagi... bawak gi klinik doktor kata takde lelah pun... tapi kitorang bagi jugak la gas... sampai ke sudah tak dapek dapek nak gi air terjun tu...

ginilah ghupenya kalau dah kena lelah...

mama n ayah is driving a new car... heheh... a small compact car.. 1000cc.. jimat minyak... ayah is thinking of letting go the innova.. hoho... can ke? any buyer? then balik kampung we can all 'sardined up' in the viva.. hahha.. or sewa citra atuk..

another thing... mama is struggling to finish off qadha' puasa... huhu... hopefully dapat habis sebelum bulan pose menjelma...

June 09, 2008

oil price increase: berjimat cermat? ubah gaya hidup?

Petikan dari Minda Mufti...

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.

Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

--------------

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

June 05, 2008

oil price increase: hari ini dalam sejarah

i bet everybody is talking about oil price right now... buat pertama kalinya dalam sejarah harga petrol naik melambung sebanyak 78sen dari rm1.92 kepada rm2.70... gilo ko apo... waduh... tak tau nak cakap apa dah... malam ni ramai-ramai la kita buat solat hajat... doa orang yang teraniaya tu kan makbul...

bukan itu saja, kerajaan juga telah membayangkan tariff api akan naik 1 july ni.. dan harga minyak akan naik lagi ogos apabila kerajaan akan hapuskan subsidi sama sekali... waduh waduh... pikir logiklah.. kita ni negara pengeluar minyak.. sepatutnya bila harga minyak dunia meningkat, kita pun dapat untungnya... tapi ini dah jadi sebaliknya... lain la kalau kita memang net importer...

rasa macam nak mogok je hari ni...

kalau pun nak carik alternative lain, lrt pun dah macam tin sardin.. feeder bas tah pape..

hj ezani punye 'kemarahan' lagi hebat...

"rasa nak tarik je telinga pak lah tu suruh naik lrt sama-sama pagi-pagi tu.. biar dia merasa macamana kita rasa... balik keje pun camtu.. tarik telinga paklah tu... rasakan.."

apa kita boleh buat? demo? protes?
kena buat macam orang bndr mahkota cheras kot... huhu..

meh la kita tulis ramai-ramai kat warkahuntukpm . agak-agak dia baca tak? hmm... sudah gaharu cendana pula...

tak tau dah nak kata apa...

June 04, 2008

Apple Pie.. anyone?

last two days mama cuti.. tak gi memana pun.. saja amik cuti melayan budak2 ni tengah cuti sekolah...

last weekends buat apple pie.. meh nak share resepi... sonang jo...

A: Pie crust

2 cups flour
1 cup butter/shorterning (hari tu mama buat guna shortening lebih menjadik compare ngan last time buat guna butter)
1/4 chilled water
a pinch of salt

B: Pie filling

4 biji epal hijau - kupas, hiris
3 sudu besar tepung
1/2 cup gula halus
1 tsp cinnamon powder
sejemput kismis (sukatilah nak banyak mana..)

Cara-cara:

untuk pie crust, campurkan tepung, butter dan garam. Ramas dan gaulkan hingga 'crumbly'. Campurkan air sikit-sikit dan bentukkan menjadi doh. Bahagikan kepada dua, wrap in plastic, masuk fridge sekejap. simpan lama pun takpe contohnya hari ni buat crust esok baru nak buat pie..

untuk filling, campurkan bahan B. gaul-gaulkan hingga rata.

ok selepas beberapa ketika, keluarkan balik pie crust dalam fridge tadi. steamroll kan dia macam nak buat karipap tu.. kan ada dua kan.. satu untuk base, satu untuk top. agak-agak dah nipis dalam 0.5cm, letakkan dalam loyang..


lepas tu bakar sekejap base tadi sehingga kuning sedikit dalam 5-10 minit. Sebenarnya boleh je nak terus letak filling tapi mama lebih suka bakar dulu sebab kalau tak nanti tepung tu susah sikit nak masak sebab dia basah kena apple pie filling.

ok so pastu masukkan filling tadi.. susun-susun la sikit bagi cantik.. pastu tutup dengan crust satu lagi.. boleh tutup terus ataupun buat anyaman sikit macam mama buat nih.. hhehehe,, tapi kalau tutup terus nak kena buat lubang sikit supaya belah dalam tu boleh masak... cucuk-cucuk la sikit pakai garfu ke...
pastu masukkan dalam oven.. standardla.. dalam 180 degrees selama 40 minit. bila agak-agak separuh masak tu, sapukan telur supaya nanti dia jadi kuning keemasan..

kalau guna loyang spring foam, boleh la kuarkan pie tu cam mama buat ni.. otherwise kalau guna pirex ke corningware ke ok gak.. takyah nak bawak kuar dari bekas.. boleh terus hidang...
lihatlah hasilnya... mmm... nyum-nyum... petang buat.. malam luqman tanya lagi.. alamak dah habis la... makan epal je la.. lain kali mama buat banyak sikit ok...

May 30, 2008

the saga continues...

End to Cheras saga today?

KUALA LUMPUR: A solution is in sight to the Bandar Mahkota Cheras access road issue.
Works Minister Datuk Mohd Zin Mohamed is expected to visit the site today and make an announcement, according to highway concessionaire Grand Saga Sdn Bhd.


In a statement yesterday, Grand Saga executive director (business development and corporate affairs) Zainal Abidin Ali said they met Mohd Zin yesterday to discuss the issue.

On-site visit: Khalid, accompanied by Selangor reps, being greeted by Bandar Mahkota Cheras residents during a visit to the site yesterday.

“After the meeting, we believe that a solution is in sight. The Minister will issue an official statement tomorrow,” said Zainal Abidin.


Grand Saga has in the past few weeks tried to re-erect a barricade to prevent residents from by-passing the toll booth, claiming that the access road was illegal.

However, a statement from Bandar Mahkota Cheras developer Narajaya Sdn Bhd reiterated that it had been granted approval for the access road.

“We wish to place on record that when we launched the BMC housing project, we were granted approval by the relevant authorities to build an access road connecting to the then Cheras-Kajang Highway.


“That approval was obtained before the Government granted Grand Saga the concession over the highway.

“Therefore, in building the access road to connect to the highway, we were merely fulfilling our obligation as required by the authorities,” the statement said.
Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, who visited the site yesterday, has asked the parties involved to reach an amicable solution in two weeks.


“I would appreciate if they can put an end to this long-standing fracas,” he said, to applause from residents.

“This has been going on for too long and there must be an amicable solution.
“There is a road, so why close it?” he asked.

Khalid said the problem had to be solved soon or else the state government, as a stakeholder in Grand Saga, could ask for an extraordinary general meeting to discuss the matter.
Every attempt by Grand Saga to block the access road has been thwarted by angry residents, who tore down each new barricade.


One resident, who sustained injuries during a fracas between residents and an unidentified group of people on Tuesday, said he was happy that the issue would soon be resolved.
“However, we are disappointed that it took so long, especially after so many residents were injured (on Tuesday), and two are still recuperating in hospital,” said the man who requested anonymity.


As at 6pm yesterday, the situation at the access road appeared normal although there was a massive traffic jam caused by boulders that had fallen onto the middle of the road under the bypass between the Bandar Mahkota Cheras and Bandar Tun Hussein Onn access roads.

------------------------------

mama: betul kata tan sri khalid tu.. "dah ada jalan, buat apa tutup?" kadang mama pun tak paham.. diorang ni buat jalan sepatutnya untuk kemudahan orang ramai... tapi nampaknya cuma nak buat untung je.. inilah jadiknya bila keperluan asas pun dijadikan bisnes... kita juga la yang merana...

May 29, 2008

aduh.. kena tag lagi...

ala k zun nih... tag lagi... orang banyak keje la... :)

1. 5 Inspirasi terhadap org yg diminati
- beriman
- penyayang
- memahami
- helpful
- comel.. heheh

2. Perkara hebat yg dilakukannya untuk anda
- rahsia..

3. 5 ciptaan plg hebat (bukan hanya pasal teknologi)
- alam semesta
- internet
- algebra
- 7 wonders
- selimut buatan nenek..

4. Perkara yg plg dibenci
- traffic jam

5. Tag sesapa
- sapa nak buat angkat tangan!!

May 26, 2008

lawatan ke opis ayah dan lain-lain

semalam ayah ada keje sikit kat opis... disebabkan keje tu sangat sekejap (5 minit je?) kitorang pun pakat la ikut ayah pastu boleh berjalan-jalan sikit... raihana terpaksa la tinggal sebab nak jalan jauh ni cian plak dia nanti nak tidur la ape la... ala cian dia kena tinggal...

isk kalau nengok gambo ni semalam mesti tak sampai hati nak tinggal..huhu..

masa on the way, kami telah menyaksikan satu accident berlaku betul-betul depan mata.. kuuss semangat.. depan mata sendiri nampak motor jatuh pastu orang tergolek-golek.. nasib baik ayah sempat ngelak.. n nasib baik kitorang kat lane tengah.. n nasib baik takde keta sangat kat belah kanan... nasib baik budak-budak pun tengah duduk elok... tapi bunyi jugak gedegang... mungkin terkena helmet kot sebab helmet orang tu tercabut... kitorang pun berenti tepi jalan... rupanya ada wira tu terlanggar motor tu... nasib baik tak teruk sangat.. keta wira tu anto orang tu gi hospital... alhamdulillah tak jadi apa-apa kat kami... luqman kata, "tadi kita tak baca doa naik kenderaan la..." haah la... ok baca.. baca... pastu kami pun meneruskan perjalanan ke opis ayah..


eleh.. ayah berlakon je tu.. ehhehh

isk.. nengok komputer macam nak makan orang..

pastu kitorang teruskan perjalanan ke The Curve.. azamnya nak perabih voucher anakku rm100 ngan discount cuopon kenny rogers yang ayah dapat from JJ sempena besday hari tu... yang bestnya, tengok la sapa yang kitorang jumpa!

grandsazer!! seronoknya budak2 nih.. tapi semua takut nak amik gambo.. tu yang mama ngan ayah terpaksa enter prem tu.. hheheh... imran langsung taknak... dokong pun tak nak.. takut pulak.. tapi lepas tu dok tanya-tanya mana grandsazer... apalah imran nih...

kami juga sempat lepak-lepak kat Borders... best la tempat dia... kedai buku tapi boleh je orang nak duduk-duduk situ baca buku.. and memang disediakan la kerusi meja.. dah jadik macam library... humaira n maisara la seronok sangat..baca citer dora.. luqman sebab tak berapa terrer membaca lagi.. imran tengok-tengok gambo je la...

kami kuar rumah tadi kul 10.30am.. kul 5.30 baru sampai rumah... terlepek la semua... esok keje.. bebudak best la cuti 2 minggu... yuhooo...


May 21, 2008

Tag: About Me

cikguzue ni tengah takde keje kot.. hehheh.. memang tak keje pun ek... abih sumer orang ditag nye.. sebenarnya mama mana reti tag tag nih... tapi kalau tak jawab cikguzue kata nanti dia bagitau mak.. huhu...

Ok, these are the rules:
1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.

My 7 facts...

1. anak ke-9 dari 11 orang adik beradik..

2. kecik-kecik dulu kire antara anak yang paling baik lah... tak pandai melawan, suka mengalah, ikut cakap nek tok... orang kata mama tak pernah merasa tali pinggang tok?? mm.. ye kot.. :)

3. good listener.. suka mendengar daripada bercakap..

4. pelajar terbaik SBP kategori ko-kurikulum 1995.. cewah.. nek ngan tok wakil amik hadiah kat mckk sebab mama dah gi uk... dapat hadiah apa? sijil ngan sebatang pen parker.. huh tak berbaloi satu kluarga pegi sampai ke perak nun.. kot bagi duit sikit ke boleh la lepas duit minyak .. hehhe... anyway sijil tu yang mahal...

5. favourite food - dulu-dulu favourite food meehon sup.. tapi sekarang mama rasa semua favourite.. hehhehe... ikut mood..

6. dulu asal cita-cita nak jadi doktor.. tapi bila after spm dapat offer telekom gi oversea terus amik tak ikut cita-cita.. hehehh... tapi looking back... elok jugak tak jadik doktor... keje tak tentu masa...

7. my dream.. i wish i can work from home so that i can see my kids grow up in front of my eyes... or even better if i don't have to work at all... hehhehe... like cikguzue... hehheh..

ok enough 7.... let's see who i wanna pass this tag to...

e-ra
shikin
murn
abuamiir
wan
ima - walaupun ima takde blog, tapi k ya nak tag jugak.. hehheh.. pepandai la nak jawab kat mana..

eh tak cukup nih...
sapa lagi nak volunteer nak jawab?

May 20, 2008

Desa damai..

tanah kelahiranku...
damainya suasana kampung..


nenek dan bunga-bunganya..


air pasang malam surut pukul lima, nenek bangun pagi siram pokok bunga..


cantiknya bunga ni... orkidlah...


teratai pun ada? kelazz...

mini kebun sayur.. cili, terung, peria, etc etc...

yo kanak-kanak buat apa kat belakang tu? jangan masuk parit sudah...

buah pelam... tupai suka nih..

tarzan pun ada.. hehehhe..

say cheeze!!!




May 14, 2008

Happy Mother's Day... err.. belated

Thank you Luqman, Humaira n Maisara for such a lovely gift... mama dah gantung dah kat opis satu... ada lagi dua tak tau nak letak kat mana.. hheheh..



May 08, 2008

Happy Birthday to Mama..

Happy Birthday 2 me
Happy Birthday 2 me
Happy Birthday 2 Mama
Happy Birthday 2 me....

hehhe.. hari ni hari jadi mama pulak... yang ke berapa? ke-30... dapat hadiah apa? hm.. nak cerita tapi panjang sket nak citer nih... so citer next time la.. sebab tak sempat.. hehheh...

May 07, 2008

Happy Birthday to Ayah

Happy Birthday 2 u...
Happy Birthday 2 u...
Happy Birhday 2 Ayah...
Happy Birthday 2 u...

dan seperti tahun-tahun sebelum ni pun time-time besday ni jugak la ayah kena outstation.. huhu.. celebrate online je la..

bagi hadiah apa? ya ampun.. hadiahnya masih di kedai.. hehheh... tunggu balik ye...

anyway, last saturday dah buat early celebration dah.. sponsored by mak wa kat hotel equatorial... gile hebat sambut besday kat hotel.. hehhehe... menumpang je sebenornya.. alang-alang mak wa nak belanja semua.. potong kek la sekali untuk 3 orang besday girl and boy... pak lim pun datang dari kampung.. meriah le... jangan jeles ye mak zun.. hehehh...
last thursday actually baru je buat gathering.. kenduri udang sempena nek balik dari tawau bawak udang 3 kilo.. konon nak bagi2 tapi sebab dah simpan kat rumah mama tu nak senang masak sekali datang makan je la.. so kitorang buat potluck lunch.. mama buat udang masak mamak style ngan nasik, mak wa bawak ayam kicap, ayam goreng and terung masak sudan style.. mak nit bawak ikan kerapu masam manis, mak ima bawak sotong goreng, mak eli bawak tomyam.. huh.. lapor pulak terasa.. heheh... sekali lagi, jangan jeles ye mak zun... hari tu call mak 'A' pun dia punye la jeles boleh terbayang kemuncungannya.. hehehhe..
sebenornye tengah pening kepala nih.. tekak pun dah berapa hari terasa perit je.. macam nak demam tapi tak demam-demam... schedule sekarang pun packed je... tak menyempat nak update blog.. ni pun saja je nak release tensen sikit... lepas ni back to work la...


April 29, 2008

forget about the dilema.. this is a good one..

see ayah there? circled in purple.. back in 1990... hehheh.. so cute.. bulat la..


to do or not to do

to do or not to do...
there's always risk in it..
do i have the guts?

to do or not to do...
when you have to choose between choices..
what are you going to do?

is it better for me?
is it worse than the one i'm having now?
should i remain status quo?
or should i move on?

Allah is there for you
He Knows what is good for you
He Knows what is bad for you
Seek guidance from Him
as Allah Knows best..

Subhanallah
Alhamdulillah
Laailaaha illallah
Allahu Akbar




April 25, 2008

sedihnya cerita nih.. huhu...

KALAU TAK SUKA PULANGKAN

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar
automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam
garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari
mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut
terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang.
Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian
terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat!
Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan
tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju
berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya
kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa
minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."
"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail
tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun
di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh
berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah
isterinya. "Laila" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
---------------------------------------------------------------------
-------

"Saya nak ke out station minggu depan."
"Lama?" Soal Laila.
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak-budak? "
"Ikut jugalah."
"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana .
Tengok masa kat Legacy dulu tu&"
"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih
berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak
dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan
pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu
ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak
hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak
ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik
kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan
isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun
dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik
kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai
setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya
membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka
bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka
pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka
pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa
tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda
rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang
sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah
isterinya. Cuma..

"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu
lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

---------------------------------------------------------------------
-------------

"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih
mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa
ni pekak ke?"
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-
tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong
sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan.
Hilang selera!"
"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja makan!"
"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai
mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar
memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang
ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya
yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah!
Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. ." "Adik pun sama.
Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila
menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya
hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat
kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni
sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"
"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa
terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya.
Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

---------------------------------------------------------------------
-------------

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari
outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang
tu."
"Tak ada lah?"
"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika
kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang
bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang
berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang
tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di
antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan
berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman
tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu
tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk
ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis.
Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila
cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi.
Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam
pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat
kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-
bukan. " Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya?
Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak
macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya
anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di
matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan
isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah
melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

---------------------------------------------------------------------
--------------

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam?
Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya
bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat
suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian
kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya
sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan
rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah
seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya
yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit
menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah
Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi
mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi
sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak
Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti."
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa
seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah
puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah.
Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih
dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat
layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila"

---------------------------------------------------------------------
-------------------------------

"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil
menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. " Wan
gi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk
staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya
terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi.
Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih
muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi
tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini,
panjat itu ini. "
"Papa pesanlah.."
"Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak
nak ikut pergi mana pun."
"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"
Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."
"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit
boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama
dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang
membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan
sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan
nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang
bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak
cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun
nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba
tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-
bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya
Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika
dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar
negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya
seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu
untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di
fikirannya.

Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke
sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat
duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja.
Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan
sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan
perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak
ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam..

Matanya berkaca dan
anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga
tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar
anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat
airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang
hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di
cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak
dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila
tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak
pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan
gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat
tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat
anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan.
Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran.
Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya
tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila
pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh
sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan
satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan
zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan
isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah.
Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun
dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila
dipulangkan................

April 24, 2008

1 car vs 2 cars

1 car

pro
- jimat petrol
- jimat monthly payment
- masa ni la nak borak tanpa gangguan..
- romantic :)

cons
- selalu berebut kalau ada meeting luar
- one person balik lambat alamatnya both balik lambat
- sorang drive sorang tidur.. krrohhh... :)

2 cars

pro
- tak berebut la kalau ada meeting kat luar
- kalau sorang balik lambat, sorang lagi boleh balik awal
- jimat minyak kalau beli keta kecik and bawak satu keta je, keta satu lagi bawak kalau ada meeting kat luar je
- save on milage for innova

cons
- duit minyak boleh jadi lebih banyak
- kena bayor dua keta - tambah monthly expenses
- tak romantik :) sorang ke sini sorang ke sana
- extra expenses untuk servis keta..

ada lagi ke?hmmm... so cemana?

April 22, 2008

one week plus and no updates

been quite busy... a few disaster incidents at our data center.. not that i am involved directly but somehow it affects my daily job.. hmmm.. ye ke?

a sales person? yes we have met the MMUians last week.. sales person is not that bad.. currently i am in the midst of finalising the business proposal that need to be submitted this friday..

and finally mr boss has spoken his mind about my being offered to CRM.. counter offer la apa lagi.. heheh... but during that session i was just nodding.. nodding... but later i have some uneasy feeling about the whole thing.. yes, the reason i applied for CRM not only because of 'pangkat'.. eventhough ada la sikit-sikit.. hehhhe... but the main reason is because i am tired of managing customer accounts and handling SLA reportings.. i just don't like it... eventhough i have used to it but you know, it is not myself... hahah.. didn't i just said that being a sales person is not that bad at all? huhu... O Allah please help me...

anyway, life must go on... convert problems into opportunity...

last nite got a visit from Yatt and family.. wah.. imran and iman memang ngam la... bebila boleh datang lagi... :) yang lain siang-siang lagi dah tumbang...



April 14, 2008

a sales person

oh no!! suddenly i have become a sales person!.. before this, it was just as sales support.. but this? huhu... this thursday i have to go to MMU to meet an En. Sofian to promote our DLCM service.. and hopefully to 'close deal'... hoho.. a new phrase i've just learnt... apa nak buek nih? never had i imagined i would go into this line of career.. and it is very pressuring indeed.. and i don't like it..

i think it's time for me to step out...

but where to?