December 28, 2015

Oh My Aqlan

It was one panic moment..

Peristiwa ini berlaku pada hari Jumaat yang lepas. Sebenarya sejak hari Khamis tu memang Aqlan tak berapa ok sangat. Pagi Jumaat tu getting worse pula. Bangun pagi tak nak salin baju, terus baring je depan TV. Sambung tidur lagi. Tapi tidur pun sebenarnya dia tak tidur pun. Sebab kalau tak ada orang gosok kaki dia dia akan perasan. Mama dan ayah bergilir-gilir temankan. 

Selesai masak untuk makan tengahari, mama siap-siapkan Aqlan cebok, tukar pampers dan tukar baju. Masa mama angkat tu mama dah rasa semacam dah tangan kaki aqlan ni macam sejuk je. Kepala pun macam berpeluh tapi sejuk.

Selepas siap, Aqlan minta tidur atas mama. Nafasnya macam semakin laju dan setiap kali menghela nafas dia akan mengerang. Mama macam tak sedap hati. Mama ajak ayah bawak Aqlan pegi hospital.

Ayah nak ke solat Jumaat dulu. Sementara tu mama monitor aqlan dulu. Nak check oksigen Aqlan tapi masa ni lah Oxymeter tu nak buat hal tak boleh ON.

Muka Aqlan agak pucat, bibirnya pucat, tangan dan kakinya sejuk dan biru. Mama peluk Aqlan dan bacakan zikir tak henti-henti. Selang seli mama bacakan Ayatussyifa banyak-banyak. Bibik datang, bibik kata cuba diurut dadanya. Mama kata bibik tolonglah urutkan. Bibik pun urutkan Aqlan. "Ya Allah, kaki tangannya biru ni buk. Cepat bawak ke doktor ni buk". Mama kata memang nak bawa tunggu bapak balik. Bibik mula urut dada Aqlan, kakinya, tangannya, belakangnya. Bibik urut sambil menangis. Ya Allah... bibik janganlah nangis.. mama semakin takut. Tapi mama cakap dalam hati saja. Mama terus bacakan zikir dan ayatussyifa.. Mama doa banyak-banyak.. Mama rasa macam lamanya ayah pegi solat Jumaat ni tak balik-balik. Dalam kepala mama ni dah fikir yang bukan-bukan. Astaghfirullahal azim...

Namun ternyata Allah mendengar doa dari hambanya sebab tidak lama kemudian, tiba-tiba Aqlan nak minta duduk. Mama dudukkan dia. Dia minta nak makan kopi oat (oat drinks sebenarny). Ya Allah.... alhamdulillah syukurnya mama.. Petanda dia ok ialah bila dia nak makan. Walaupun nafasnya masih sangat laju tapi yang penting dia nak bercakap dan nak makan. A very very very good sign. Alhamdulillah habis secawan dia minum oat drinks. Selepas minum oat, sempat lagi dia tengok Shaun the Sheep kat ipad ayah. Tapi tak lama tu nampak dia penat semula. Aqlan baring kat bantal. Mama gosok-gosokkan kaki dia sampai dia tidur. Kali ni tidurnya nampak lena. Kaki dan tangannya tak sejuk lagi. Dan tiada bunyi mengerang lagi. Alhamdulillah....

Dalam hati ni tak tau nak cakap apa. Sekejap tadi memang macam-macam dalam fikiran mama ni. Mama bersyukur Allah masih izinkan mama jaga Aqlan lagi. 

Bila ayah balik, Aqlan sedang tidur. Mama rasa kena bawa juga ke hospital ni. Tapi ada masalah sebab kami tak ada portable oksigen. Sedangkan waktu ni sangat kritikal Aqlan perlukan bantuan oksigen. Perjalanan ke Gleneagles dalam 45 minit. 45 minit tanpa oksigen support kami tak mahu ambil risiko, Lalu kami ambil keputusan untuk monitor dulu keadaaan Aqlan, Lagipun dia tengah tidur nyenyak tu.

Lama Aqlan tidur sampai petang. Bila bangun tidur, he was better. Minta makan lagi. Walaupun nampak masih penat, yang penting he is getting better. 

This is how our life going to be. A roller coster ride with Aqil and Aqlan. What the most important is to put our trust in Allah.

Insya Allah we will be seeing Dr Chan this coming Tuesday to discuss Aqlan's condition.


1pm
 He is not sleeping, he is just too tired

8pm: He is back to his own self

No comments: