Dah nak habis dah cuti sekolah dua minggu setengah. Plannya mula-mula first weekend balik kampung, 2nd weekend bercuti kat KL duduk di PNB Darby Park. Seminggu sebelum cuti sekolah, Aqlan first time kena heart failure. Duduk wad 4 hari. Kebetulan pulak masa tu kat kampung belum siap buat tiles. Berhabuk-habuk mak kata. So tak jadilah balik kampung.
Masuk 2nd week, hotel dah book for the weekend. Tapi macam teringin nak balik kampung sebab memang dah lama tak balik kampung. Cadang nak ziarah Cik Adah yang baru kehilangan 2 orang insan tersayang dalam satu hari (Arwah Chom meninggal pukul 1 pagi, arwah Cik Mail meninggal siangnya pukul 5 petang). Juga nak ziarah Cik Pol yang baru habis buat kemoterapi kerana kanser. Jadinya buat keputusan untuk cancel hotel dan balik kampung. Oh budak-budak suka je balik kampung. Yang lain ramai juga balik kampung so sempatlah buat BBQ. Saya sponsor lambchop special bawak dari KL.
Hari Jumaat petang balik kampung sebab pagi tu pergi Gleneagles dulu untuk follow up Aqlan dan regular appointment untuk Aqil. Aqil kena buat echo. Doctor kata fungsi jantung Aqil nampak semakin lemah. Muka Aqil pun agak bengkak juga walaupun sudah ambil Lasix tiga kali sehari. Doktor bagi ubat lain pula untuk Aqil.
Untuk Aqlan tak buat echo sebab baru je buat masa dalam wad hari tu. Doktor suruh maintain bagi Lasix 3 hari sekali dulu sebab dia masih belum stabil. Memang ada ketika Aqlan nampak tak bermaya. Lepas main-main dia akan baring sekejap.
Sampai di kampung malam tu Aqlan tak berapa ceria. Nampak dia letih. Kami pasangkan oksigen sepanjang malam. Esoknya masih nampak tak bermaya. Petang tu kami bawa dia pergi berurut dengan Cik Jannah. Mak kata kalau Cik Jannah ni memang selalunya bagus urut budak-budak. Kami cuma ikhtiar je lah. Mana tau Aqlan ada sakit urat mana-mana sebab kalau sebab jantung tu dah ada ubat untuk dia. Satu hari tu memang dia tak berapa nak makan. Jadi semakin lah lemah. Aqil dan Aqlan dua-dua kena urut. Cik Jannah kata memang uratnya semua keras. Mungkin sebab tarik nafas laju sangat. Penat.
Malam tu Aqlan tak berapa tidur sangat. Nafasnya pun dah semakin laju. Berbeza dengan Aqil. Entah dari mana dia dapat tenaga jadi aktif pula. Asyik ajak orang main bola je. Semakin terrer pulak tu tendang bola. Dah jadi macam Aqlan dah. Suami berseloroh, agaknya Aqil dah tertukar dengan Aqlan tak.. hehhe.. Sempat lagi tu.
Malam tu saya rasa perut Aqlan macam keras sikit. Mungkin dah masuk angin sebab tak makan. Saya sapu perutnya dengan minyak kayu putih.
Esok pagi kami bawa Aqlan ke klinik untuk dapatkan ubat angin untuk sakit perutnya. Suspek saja lah. Bila check dengan doktor, doktor kata jantung Aqlan laju sangat. Kami bagitahu memang Aqlan ada pulmonary hypertension. So kami cuma minta ubat untuk perut kembung Aqlan saja. Doktor pun kata untuk pulmonary hypertension tu dia tak boleh buat apa-apa. So dia minta kami hati-hati sebab jantung Aqlan laju.
Lepas bagi ubat kembung tu nampak Aqlan pun dah nak start makan. Dan bertenaga balik. Tapi kami buat keputusan untuk cut short bercuti kat kampung. Sebab kalau Aqlan masih tak ok kami kena bawa dia ke hospital segera. Jadi tengahari tu kami terus bertolak balik KL. Budak-budak bising juga tapi akhirnya semua mengalah sebab semua sayangkan Aqlan.
Malam tu nampak Aqlan semakin ok. Memang kami plan pagi-pagi esoknya nak bawa ke hospital untuk check. Alhamdulillah pagi Isnin tu dah semakin ok. Dah boleh bangun jalan-jalan. Kalau tak sebelum ni dia melepek je. Sampai di Gleneagles rupanya Dr Chan akan masuk pukul 12 tghari. Dr Lim pula on leave. Kami pun balik semula. Tengahari tu sempat lagi bawak budak-budak ke Jusco untuk shopping raya.
Petang pukul 4.30pm baru datang balik ke gleneagles. Mula-mula tu macam nak tak nak juga datang balik sebab tengok Aqlan semakin ok je. Tapi suami kata bawa check sajalah sebab alang-alang dah cuti. Esok dah kerja.
So bila Dr Chan check, buat ECG, doktor detect heart rate very high and irregular. Terus doctor suruh admit untuk monitor. Dah la tak prepare apa-apa. Siap bawak Aqil dan kakak-kakak lagi sebab ingatkan sekadar nak check-check je. Sebenarnya pagi tu memang dah packing and bawak barang siap-siap just in case. Tapi petang tu punya lah confident tak bawak dah beg tu. So terpaksalah Aqil dan yang lain-lain tunggu lama sikit nak settle masuk wad etc. Sampai lepas maghrib jugalah baru diorang boleh balik. Malam tu suami datang balik bawakkan barang-barang keperluan.
Aqlan dimasukkan ke HDU kerana memerlukan pemantauan. Memang sangat tinggi heart rate Aqlan masa tu. Sekejap-sekejap monitor akan bunyi alarm menandakan bacaan sudah terlebih threshold. Heart rate yang normal untuk kanak-kanak adalah dalam range 90-130. Tapi Aqlan ada kalanya mencecah 180-200. Kena masuk ubat untuk control heartbeat Aqlan.
Bila tidur malam heart rate dah semakin ok. Paling tinggi pun 150. Esoknya semakin ok lagi. 90-100. Tapi malamnya semakin rendah pulak sampai 75-80. Saya dah mula risau pulak. Tapi doktor kata ok. Kalau nampak rendah cuba check bacaan oksigen pula. Kalau oksigen dia ok maknanya ok lagilah.
Alhamdulillah selepas 2 hari sebenarnya dah nampak ok. Tapi Doktor minta stay satu hari lagi untuk monitor. Alhamdulillah hari Khamis tu Aqlan dah boleh balik.
image from google |
Bagi Aqlan pula, dia tak ada lubang antara jantung belah kanan dan kiri. Jadi disebabkan terlalu tinggi tekanan di right ventricle, electric pulse yang control denyutan jantung tu jadi tak menentu dan tak normal. Itu yang jadi irregular. Jadi kena makan ubat untuk control heart rate dia. Doktor kata kes Aqlan lebih complicated. Boleh terjadi juga heart rate terlalu tinggi hingga ubat pun tak boleh nak control. Jadi mak ayah perlu bersedia atas sebarang kemungkinan.
Sebenarnya dah banyak kali kami diingatkan tentang persediaan atas sebarang kemungkinan. Namun kepada Allah jua kami panjatkan doa semoga Aqil dan Aqlan sembuh dan sentiasa sihat.
Next, apa plan kami ye sebab dua-dua Aqil dan Aqlan dah tak boleh pergi ke Taska lagi dah. Memang boleh bibik jaga dua-dua tapi kelam kabut sikitlah. Lagipun dua-dua tak boleh lasak sangat. Tak boleh nangis-nangis sangat. Diorang kalau nangis teruk sangat terus muka jadi biru, terbatuk-batuk dan muntah. Jadi buat sementara ni, Insya allah saya akan ambil cuti tanpa gaji selama beberapa bulan. Nak pantau keadaan Aqil dan terutamanya Aqlan yang nampaknya belum berapa stabil lagi. Sambil nak tengok bibik boleh tak handle dua-dua sekali. Kalau ok mungkin akan teruskan saja bibik yang jaga dua-dua. Option lain cari bibik sorang lagi. Option lain lagi, saya sambung cuti tanpa gaji selama setahun. Option lagi satu, saya berhenti kerja. Saya ada masa 2 bulan untuk fikirkan mana yang terbaik. Semoga Allah beri petunjuk yang mana satu jalan yang terbaik buat kami sekeluarga. Amin...