Munjung
Ini adat tradisi orang Jawa. Kami masak juadah hari raya - ketupat, rendang, lodeh, kuah kacang, etc etc kemudian kami bagi-bagikan kepada jiran tetangga dan sanak saudara yang berdekatan. Asal-asalnya munjung ini sehari sebelum hari raya tapi semakin lama semakin dibuat awal untuk mengelakkan kekelamkabutan bila dah dekat nak hari raya nanti. Ada yang baru 2 hari puasa pun dah munjung. Dan ramai juga yang dah tak buat ketupat. Setakat ketupat segera je.
|
dari lepas subuh rewang |
|
rebus ketupat.. walaupun ramai dah guna ketupat segera, kami nak juga buat ketupat original... takpe tukang nganyamnya ramai...
periuk tu macam kukenal je.. teringat insiden eksiden motor langgar periuk rebus ketupat... huhuhu... |
|
Tahun ni tak buat daging rendang, kami buat daging paprik.. ok tak? |
|
Masa untuk mengisi makanan.. cewah mak ima tersengih .. sapa kat sebelah tu??.. hehhehe..
rajin tu... tolong belah kelapa, parut kelapa, angkat ketupat, bungkus-bungkus... oklah lulus lulus.. |
|
Bersedia untuk penghantaran |
Kalau dulu kami munjung guna tepen/tiffin/mangkuk tingkat. Tapi kini dah tak ada dah orang munjung guna tepen ni. Nek kata, payah la guna tepen nak kena tunggu salin bekas dulu.. sekarang guna bekas plastik bagi terus tak payah nak tunggu-tunggu. Ada 20 lebih rumah nak kena ngantor nih. Masa kami kecik-kecik dulu, memang guna tepen ni. Tepen ada 2-3 je. Jadi kena hantar rumah situ dulu lepas tu balik lagi nak isi untuk nak hantar rumah orang lain pula... Gitulah ceritanya. Sekarang zaman dah moden. Kalau nak kekalkan yang macam gitu boleh je tapi ponatlah sikit...
Birthday Luqman - 31st August
Masa balik kampung hari tu Luqman nak celebrate birthday dia dengan Nizam Nazim. Masa tu memang la tak sampai birthdate lagi. Tapi takpelah buat early celebration. Sangat ringkas. Mama buat brownies (instant jee) lepas tu hidang jajan-jajan.
Bila balik KL, nak sambut dengan Azzam & Zahin pulak. Isk macamana la nak buat kan bulan pose. Kalau buat malam macamana kawan-kawan nak datang? Last-last mama buat jugalah kek coklat and then bagi kat kawan-kawan sebelum buka puasa. Tak adalah potong-potong kek tu. Mama yang potongkan siap-siap. Belum-belum lagi Humaira Maisara dah komplen dah diorang taknak nyanyikan happy birthday sebab hari tu dah nyanyi. Iyelah, bukan ada nak buat sambutan pun. Cuma mama buatlah sikit spesel hari tu Chicken Pie.. Boleh tahan juga menjadik sebab guna pie crust instant! hehheheh... Sangat senang.. tinggal buat inti je...
|
Dah laaaaaaama sangat tak buat kek coklat ni... sejak-sejak bibik tak ada.. hehhehe
kes malas nak kemas kecah-kecah la nih... |
|
Yummy chicken pie...
oh silap ni, patut kena ambik gambar yang dah kena makan separuh, baru nampak inti dalam dia...
baru nampak lebih yummy.. heheh | <><>
>>
>>>>>>>>>>
Anyway, Selamat Ulangtahun ke-8 Luqman! Semoga jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat..