Tinggal beberapa hari saja lagi umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan, hari kembali kepada fitrah... Insya Allah tahun ni kami akan menyambut hari raya pertama di Cheras. Petangnya atau hari raya kedua barulah balik ke kampung di Batu Pahat. Sebab tu takdelah sibuk2 sangat nak balik kampung. Hari Rabu ni baru start cuti. Itu pun last minute baru apply cuti hari rabu tu sebab baru tahu rupanya Addin start cuti hari rabu. Kalau tak, khamis la baru mama cuti sementelahan TM buat force leave 9-17 Sept.
Di kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari tanda memohon kemaafan atas segala salah silap saya sama ada yang sengaja atau tidak disengajakan, di alam maya atau di alam realiti, yang terlihat atau yang tersembunyi, yang zahir atau yang di dalam hati...
Saya berdoa apa sahaja amalan kebaikan yang telah kita semua lakukan dan tingkatkan semasa di bulan Ramadhan akan diteruskan dan berterusan, tidak berhenti setakat di bulan Ramadhan sahaja, malah lebih baik lagi dari sehari ke sehari.. amin... Semoga Allah menerima amalan kita semua..
Akhir qalam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri!
No comments:
Post a Comment