September 19, 2008

Salam Aidilfitri

Next week mama dah start cuti dah.. so inilah saja kesempatan yang ada untuk mama ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang rajin menjenguk ke sini...


Mohon maaf atas segala salah silap dan terkasar bahasa atau terasa hati dan sebagainya... Bertemu lagi selepas raya.. insya allah...

September 16, 2008

16 Sept.. history in the making??? besday raihana la..

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Raihana Huda..
Allah selamatkan kamu...
Yeaa...


Today, raihana turns 1. Semoga jadi anak yang solehah....




On another matter, jadik ke hari ni?? semua orang suspen....

September 15, 2008

HURAIAN SOLAT WITIR

Witir itu maknanya ganjil, yakni tidak genap bilangan rakaatnnya. Solat witir ini boleh dilakukan secara bersaorangan atau berjemaah. Solat witir adalah solat sunat Muakkadah yang dianjurkan dan digalakkan sangat oleh Rasulullah SAW, seperti keterangan hadis yang bermaksud:

“Sesungguhnya solat witir itu bukanlah wajib sepertimana solat-solat yang difardukan. Hanya Rasulullah SAW setelah mendirikan solat witir, pernah bersabda “ Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah solat witir, sebab Allah itu witir ( Maha Esa ) dan suka sekali kepada yang witir. ………………… ( HR. Ahmad)

Mengikut fahaman hadis diatas, bahawa solat witir itu mengandungi beberapa keutamaan, umpamanya:

· Solat witir itu lebih afdhal daripada solat-solat sunat rawatib yang lain.
· Para malaikat turut menyaksi diatas kesungguhan amalannya.

Waktu Solat Witir

Ulamak bersepakat bahawa waktu solat sunat witir itu ialah selepas solat Isyak hingga sampai fajar. Ini berdasarkan keterangan hadis riwayat daripada Abu Tamin Al-Jaisyani yang antara maksudnya:

Rasulullah bersabda : “ Sesungguhnya Allah memberikan tambahan kepadamu suatu solat, iaitu solat witir. Maka kerjakanlah solat itu antara solat Isyak dan hingga ke solat fajar “

Disegerakan Atau Mentakhirkan Solat Witir

Disunatkan pula untuk tidak melengah-lengahkan malah disegerakan solat witir itu pada permulaan malam bagi sesaorang yang takutkan kalau-kalau ia tidak dapat bangun pada akhir malam, Tetapi bagi seseoarang yang merasa sanggup dan dapat bangun pada akhir malam , maka mengtaakhirnya itulah yang lebih afdhal. Keterangan hujah diatas adalah terkandung didalam sebuah hadis riwayat Ahmad, Muslim, Tarmizi dan Ibu Majah.

Rasulullah berwasiat kepada sebahagian sahabat beliau, agar jangan tidur dahulu melainkan selepas mendirikan solat witir. Hal ini tentunya untuk sikap berhati-hati bagi seseorang yang bimbangkan atau merasa tidak boleh bangun pada akhir malam.

Bilangan Rakaat Solat Witir.

Mengikut pandangan ulamak fikah, terdapat tiga (3) cara solat witir itu dikerjakan. Ketiga-tiga cara ini diambil dari catatan hadis-hadis yang sohih. Terpulang kepada individu, mana satu yang lebih kita yakini dan fahami untuk melakukannya. Cara yang dimaksudkan, iaitu:

1. Boleh dikerjakan setiap dua rakaat satu salam, kemudian diikuti dengan satu rakaat lagi dengan bertasyahud dan salam.
2. Boleh dilakukan kesemua itu dilakukan dengan cara keseluruhannya sekali dengan dua kali tasyahud dan satu kali salam. Maknanya seluruh rakaat (umpamanya : tiga, lima, tujuh sembilan mahupun sebelas rakaat) disambung sekaligus tanpa tasyahud melainkan pada rakaat sebelum akhir, dan seterusnya berdiri semula untuk melanjutkan lagi satu rakaat lagi.
3. Boleh dilakukan keseluruh rakaat itu ( umpamanya : tiga, lima, tujuh, sembilan atau pun sebelas rakaat) disambung sekali dengan hanya satu tasyahud dan salam pada rakaat yang terakhir.


Bacaan Dalam Solat Witir

Didalam riwayat hadis yang diceritakan oleh Aisyah yang bermaksud :

“ Rasulullah didalam solat witir membaca Surah Al-A’la pada rakaat pertama, Surah Al-Kafirun pada rakaat kedua, sedang dalam rakaat ketiga Baginda membaca Surah AL-Ikhlas serta dua surah Muawwadzah iaitu surah Al-Falaq dan surah An-Nas.”

Tiada Dua Witir Pada Satu Malam

Bagi sesiapa yang telah mengerjakan witir penamat seumpama witer pada penutup solat tarawikh, kemudian terasa hendak mengerjakan solat sunat sunat yang lain, maka baginya bolehlah mendirikan semua solat-solat sunat yang hendak dikehendakninya, tetapi tidak pula mengulangi solat witir untuk kali keduanya pada malam yang sama. Hal ini merujuk kepada hadis riwayat Abu Daud, Nasa’i dan Tarmizi yang bermaksud:

Saya mendengar Rasullullah SAW bersabda “ Tiada dua kali witir pada satu malam.”

Oleh itu, apabila seseorang telah mendirikan solat witir selepas solat Isyak, ataupun witer penamat pada solat Tarawikh, maka apabila kita bangun malam untuk mendirikan sebarang solat-solat sunat, witer yang dilakukan tadi tidak menjadi penghalang untuk kita melakukan solat sunat yang lain, Maknanya kita boleh mendirikan solat sunat seberapa banyak pada malam yang sama. Tetapi jangan mengulangi lagi atau mendirikan solat witir sekali lagi, kerana solat witer telah kita kerjakan pada penutup solat terawikh tadi. Kerana tiada dua (2) witer dikerjakan pada satu malam yang sama.

Kekeliruan Solat Witir


Terdapat pendapat yang mengelirukan dimana mengatakan bahawa sesudah solat witir itu, maka tidak boleh dilakukan lagi apa-apa sembahyang sunat. Atau bilamana hendak dilakukan juga solat sunat yang lain perlulah DIBUKA kembali dengan mengerjakan solat mutlak dan selepas mengerjakan solat sunat maka hendaklah DITUTUP kembali dengan sunat witir. Pendapat ini adalah laro’ samasekali dan tidak mempunyai bukti dari hadis yang sohih. Pendapat ini adalah sekadar pendapat yang tidak terdapat mana mana kitab yang muktabar. Kesilapan besar ialah menganggap bahawa witir itu adalah penutup segala-galanya. Dan lebih mengelirukan lagi, jika dibuat juga sebarang solat solat sunat maka solat yang dikerjakan itu adalah sia sia dan tidak berpahala langsung dari Allah SWT.

Nota : Tidak ada tutup dan buka dalam ibadah sembahyang.

Wallahualam.

Us. Haji Mohd Zakuan b. Hj. Tak

September 12, 2008

Happy 5th Birthday Humaira Maisara

Happy Birthday 2u..
Happy Birthday 2u..
Happy Birthday 2 Humaira Maisara..
Happy Birthday 2u...

Semoga jadi anak yang solehah... amin...


September 11, 2008

Ramadhan kami..

Alhamdulillah... anak-anak mama semua rajin pose... cuma slack first day je la untuk luqman n maisara... humaira excellent.. tak pernah tinggal lagi... imran pun excellent jugak.. tak pernah tak tinggal.. heheh...

hopefully semua boleh maintain sampai akhir ramadhan... amin..




September 08, 2008

dugaan dan cabaran

alhamdulillah... atuk cheras dah selamat menjalani pembedahan bypass.. last week atuk kena heart attack... the first time.. sebelum ni memang tak pernah and tak tau atuk ada masalah jantung... last week semua adik beradik ayah kumpul kat sini termasuklah yang pak teh yang dok brunei tu... anyway..tahun ni tak berapa nak beraya la... nenek pun tak jadik nak buat kuih tart ngan chocolate chip kegemaran anak cucu... takpe boleh beli je... insya allah this weekend atuk boleh balik rumah.. semoga Allah sembuhkan atuk dengan segera .... amin...

kat kampung pulak yut tak berapa sihat... sekarang dah tak berapa boleh bangun... kadang ingat, kadang tak ingat... kadang kenal orang, kadang tak kenal orang.. kadang nak makan, kadang tak nak makan.. kadang sedar, kadang tak sedar... tak bawak pegi spital pun tapi dr fatin check kat rumah je... kata takde pape... ye memang sakit tua... dah 90 lebih dah rasanya umur yut tu... sekarang ni pun anak-anaknya gilir-gilir tidur rumah yut temankan... bila nak balik nanti yut kata janganlah balik... nek kata macam suruh ramai-ramai la kat rumah tu.. mama pun tak dapat lagi nak tengok yut... plannya mula-mula memang nak balik weekends lepas tapi sebab atuk sini pulak tak sihat.. terpaksa postpone lagi... Ya Allah, sekiranya umur yut masih panjang, berilah kesihatan kepadanya.. namun jika sebaliknya, semoga Allah permudahkan segala urusan... amin..

ah.. satu lagi... tanggal 1 ramadhan yang lepas, kami terima berita pemergian tok chong... tok chong ialah adik bongsu arwah tok.. tapi arwah memang dah tak berapa sihat sejak beberapa lama ni.. sekarang ni tinggal 4 orang la adik beradik arwah tok yang masih hidup... yang dah tak ada 3 orang... semoga nek alus dan anak-anak tabah menerima takdir Allah ini... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya... amin..

September 02, 2008

makan2 @opis, sukan addin, bday luqman, etc..

290808 - makan2 @ opis
potluck.. kononnya untuk breakfast.. tapi sampai ke petang dok makan tak abih2.. kira makan tu 4-5 round lah.. heheh... ada laksam, bubur nasi, macaroni, pengat pisang, kuih muih, buah-buahan, etc... mama bawak apa? mama ditugaskan bawak kacang goreng untuk makan dengan bubur.. hehheh.. kacang je tu.. kononnya mama nak la bawak kek coklat tapi tak sempat nak buat...

amik jangan tak amik... dlm gambo - nazirah, k dz, haslina..

nyum nyum.. sedapnya...

sempat lagi berposing.. haslina & k mira

300808 - Hari Sukan Addin..

Alhamdulillah setelah dipostpone berapa puluh kali akhirnya sukan addin menjadi kenyataan... alhamdulillah juga hari tu cuaca baik.. sekali sekali diselangi dengan lintas hormat jet pejuang dari pasukan tentera udara malaysia.. cewah heheh... (raptai hari kebangsaan la tu...)

luqman dan kawan-kawan sebelum acara bermula.. mi'dad, nikman, irfan... sorang lagi tu mama tak kenal plak...

acara perbarisan diketuai oleh pembawa bendera, Luqman Hakim...
Maisara mewakili pasukan kuning..
Humaira pasukan biru..

bacaan ikrar diketuai oleh adik Luqman Hakim Abdullah...

apsal luqman tak tengok depan?
luqman nak tengok kawan-kawan luqman.. mana tau ada yang main-main masa baca ikrar...
ada pulak... mama nak amik gambo luqman pun susah...
mama, kuat tak luqman baca.. sampai dah takde suara dah luqman...
ceh.. ye ye je...

aerobic ... jika kau fikirkan kau boleh..

acara lari berpagar

acara terompah gergasi

terompah gergasi lagi..

tarik tali pun ada...
raihana & imran jadi tukang sorak..

sapa ngorat raihana tu?
Gambo amik hadiah takde sebab henpon mama dah abih battery.. heheh.. anyway semua orang dapat hadiah.. yeaaay...

310808 - Happy Birthday Luqman

ada la buat jamuan sikit.. masak pun simple je.. meehon goreng dengan cucur udang... yang lain-lain tu jajan-jajan je.. coklat, gula-gula, twisties, jelly, kacang goreng cap tangan... ajak kengkawan luqman.. tapi ramai tak ada sebab ramai balik kampung...

kek import from K Wa.. black forest.. sedap.. kalah secret recipe..

tema hari ni... specky... heheh... comel je..

the bday boy... err.. excuse the mess at the back..

010908 - Salam Ramadhan

syabas to Humaira kerana berjaya puasa dengan sempurna pada hari pertama... yang lain-lain telah tertumpas dengan godaan nafsu.. hehehh... luqman ada ke gi main kat rumah along.. dia gi makan biskut... abih la kena marah ngan ayah.. maisara plak kitorang tengah solat.. turun-turun tengok dia tengah makan bun... sorang lagi kena marah dengan ayah... tapi lepas tu pun tak boleh makan la sampai tunggu bukak pose...

mencabar jugak nak mengajar diorang ni berpose... pagi-pagi lagi si humaira dah bising nak makan ayam goreng.. masa sahur tu dia kata dia makan sikit je... sabor je la... puas la memujuk... tak lama kemudian si maisara lak nak susu.. dah dua-dua merajuk... pastu ajak la diorang jenjalan gi jusco... sambil nak redeem voucher jusco tu.. luqman pepagi lagi dah kuar gi rumah kawan.. risau gak kalau dia makan.. and memang betul dia dah makan...

sebenarnya yang payah sikit masa pagi.. bila petang semua tidur ok sikit.. hopefully hari ni ok... hari ni diorang cuti lagi sebab hari tu sukan kan... so harapnya dapat bertahan .. tunggu mama balik tengahari ni nak continue monitor.. esok sekolah.. rasanya kalau pegi sekolah lagi ok kot.. sebab semangat la kan kawan2 semua pose.. cuma tinggal petang je la nak bertahan...
Ya Allah kuatkanlah Luqman, Humaira dan Maisara untuk berpuasa di bulan ramadhan ini ... Amin...
010908 - Happy Anniversary... Mama & Ayah

yang ke berapa ye? ke 7 dah.. semoga kasih kita berkekalan hingga ke akhir hayat...
hadiah apa??