September 08, 2008

dugaan dan cabaran

alhamdulillah... atuk cheras dah selamat menjalani pembedahan bypass.. last week atuk kena heart attack... the first time.. sebelum ni memang tak pernah and tak tau atuk ada masalah jantung... last week semua adik beradik ayah kumpul kat sini termasuklah yang pak teh yang dok brunei tu... anyway..tahun ni tak berapa nak beraya la... nenek pun tak jadik nak buat kuih tart ngan chocolate chip kegemaran anak cucu... takpe boleh beli je... insya allah this weekend atuk boleh balik rumah.. semoga Allah sembuhkan atuk dengan segera .... amin...

kat kampung pulak yut tak berapa sihat... sekarang dah tak berapa boleh bangun... kadang ingat, kadang tak ingat... kadang kenal orang, kadang tak kenal orang.. kadang nak makan, kadang tak nak makan.. kadang sedar, kadang tak sedar... tak bawak pegi spital pun tapi dr fatin check kat rumah je... kata takde pape... ye memang sakit tua... dah 90 lebih dah rasanya umur yut tu... sekarang ni pun anak-anaknya gilir-gilir tidur rumah yut temankan... bila nak balik nanti yut kata janganlah balik... nek kata macam suruh ramai-ramai la kat rumah tu.. mama pun tak dapat lagi nak tengok yut... plannya mula-mula memang nak balik weekends lepas tapi sebab atuk sini pulak tak sihat.. terpaksa postpone lagi... Ya Allah, sekiranya umur yut masih panjang, berilah kesihatan kepadanya.. namun jika sebaliknya, semoga Allah permudahkan segala urusan... amin..

ah.. satu lagi... tanggal 1 ramadhan yang lepas, kami terima berita pemergian tok chong... tok chong ialah adik bongsu arwah tok.. tapi arwah memang dah tak berapa sihat sejak beberapa lama ni.. sekarang ni tinggal 4 orang la adik beradik arwah tok yang masih hidup... yang dah tak ada 3 orang... semoga nek alus dan anak-anak tabah menerima takdir Allah ini... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya... amin..

No comments: