August 27, 2008
Menyambut ketibaan ramadhan yang berkat
mama mohon maaf atas segala kesilapan yang telah terlakukan... semoga rahmat Allah menyuburi perjalanan ramadhan kita... amin...
ops.. tak lupa juga buat anak bujang mama ni.. yang tak lama lagi nak menyambut hepi besday yang ke-6... sapa lagi .. luqman la anak merdeka... (isk baru teringat nak pi surf and register luqman masuk kelab anak merdeka..).. Hepi Besday Tu Yu!!!
eh ada lagi... selamat juga menyambut hari ulangtahun kemerdekaan negara kita..
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
August 25, 2008
Sg Congkak
mangalir laju dingin sekali...
kalau hendak ke sungai congkak...
bawalah nasi lemak sekali...
hehhe... apa punye pantun da... har har har...
last friday kami pegi berkelah di sg congkak.. dekat je sebenornya dlm stgh jam kot.. tapi alkisahnya nama je dok kawasan hulu langat tapi tak pernah sampai sini.. hehheh... anyway... seronot... lain kali boleh pegi lagi...
August 15, 2008
renungan
k ina: budak-budak ni tengahari naik basikal kat luar takpe ke... kalau mak uda ada dulu selalu la ajak masuk rumah
cikgu: luqman tu kat belakang sorang-sorang..
bibik: luqman tu tengahari dah keluar... pagar dah kunci tapi panjat pagar...
sebelum pegi keje..
mama: luqman, berapa kali mama kata... nak keluar tunggu petang... pukul 4 ke... tengahari tak ada orang... nanti luqman sorang-sorang.. kalau ada orang tangkap macamana... nanti orang tu bawak pegi mana-mana tak de orang tau... luqman nak ke? kalau petang kan ramai sikit orang main-main kat luar.. takpelah...
balik keje..
mama: luqman hari ni keluar tengahari ke?
luqman: luqman kuar kejap je.. lepas tu masuk balik...
mama: kan mama dah pesan pagi tadi... mama bukan saja-saja tak nak bagi luqman keluar... mama tak bagi sebab mama sayang luqman... tak mau pape jadik kat luqman.. paham tak...
luqman: abis tu kat rumah tak tau nak buat apa... luqman nak mama cuti...
mama: errr....
adakah luqman kekurangan time spent with mama??? itukah yang menjadi punca sebenarnya?
hari ni raya..
akhirnya berjaya juga mama melunaskan hutang kepada Allah SWT yang sebanyak 25 hari tu... yuhooo.. hari ni raya!! heheh... setelah bertungkus lumus these last few weeks... cam ayah kata, "tu la tunggu lagi last minute... orang dah suruh ganti awal-awal dah... " hehhehe... senyum je la...
anyway insya allah dlm 2minggu lagi kita akan sambut ramadhan pulak... dah buat persiapan ke? errr... in terms of pose tu rasanya anytime la.. just continue je.. tapi dari segi yang lain2 tu nak kena prepare jugak.. bangun sahur, terawikh, tadarus, nak start train budak2 pose n bangun sahur.. macam upin dan ipin tu..., pulaknya nanti 2nd week pose bibik akan balik for good... so kena prepare betul2 ni mentally and physically...
upin dan ipin.. budak2 suka betul tengok citer nih.. baru-baru ni ayah beli dvd dia... asyik ulang je... sampai dah hafal dah script... tapi bagus jugak dah nak pose nih jadi motivasi la untuk budak2 ni nak pose nanti... niat pose, doa bukak pose pun dah hafal... hopefully senang la sikit nanti bila nak pose betul2...
August 13, 2008
Insan Teladan Sepanjang Zaman
mama sekarang tengah baca buku Insan Teladan Sepanjang Zaman.. terbitan Darul Nu'man, buku ini menceritakan keperibadian Rasulullah saw.. selalu yang kita jumpa ialah sejarah Rasulullah saw kan.. dari sebelum lahir sampailah baginda wafat.. tapi buku ni menceritakan bagaimana rupa fizikal Rasulullah saw, cara berpakaian, cara pakai kasut, cara makan... banyak jugak mama tak tau... especially rupa fizikal...
Perihal rupa Rasulullah SAW antaranya...
- wajahnya bercahaya seperti bulan mengambang..
- tidak tersangat tinggi dan tidak juga tersangat rendah tetapi memiliki tubuh badan sebagaimana terdapat pada orang2 yang sederhana.
- Rambutnya tidak terlampau lurus dan tidak terlampau berketak-ketak tetapi berkeadaan berombak2 (ikal).
- Badannya tidak gemuk.
- Wajahnya bujur.
- Warna wajahnya biasa dengan sedikit kemerah-merahan.
- Matanya tersangat hitam dan bulu matanya panjang
- apabila baginda berjalan seolah-olah sedang menuruni bukit
- Di antara dua bahunya terdapat tanda kenabian (cop mohor - berbintil/segumpalan bulu/tanda sejak lahir)
- gigi hadapannya sedikit jarang, apabila baginda berkata-kata keluarlah cahaya daripada celah gigi
- keningnya nipis melengkung dan tidak bertemu. di antara keningnya ada satu urat yang akan timbul apabila baginda marah.
- hidungnya mancung bercahaya
- mulutnya sederhana luas
- janggutnya lebat
- apabila baginda menumpukan perhatian kepada seseorang, bagina akan memalingkan seluruh tubuh badannya untuk memberikan perhatian.
- baginda sentiasa mendahului orang lain memberi salam
- paling dermawan
- paling dipercayai perkataannya..
Jabir RA meriwayatkan
"suatu ketika pada malam bulan mengambang, saya sedang melihat wajah Rasulullah saw. Pada ketika itu baginda memakai sepasang pakaian merah. seketika saya memandang bulan dan seketika saya memandang Rasulullah saw. akhirnya saya membuat keputusan bahawa Rasulullah saw terlebih tampan, menawan dan bercahaya daripada sang bulan."
Ali RA meriwayatkan
" Aku tidak pernah melihat sesorang yang wajahnya terlebih tampan dan kacak, sama ada sebelum atau selepas (baginda saw)"
Daripada Aisyah ra terdapat dua rangkapan kata-kata yang telah dicatatkan yang maksudnya..
"Sekiranya kawan-kawan wanita Zulaikha yang telah memotong jari-jari mereka tatkala melihat wajah Yusuf a.s, melihat wajah Rasulullah saw, pastilah mereka juga akan memotong hati-hati mereka.."
bila baca gambaran ni sapa tak jatuh cinta... isk isk...
barulah terasa.. Ya Allah.. teringinnya nak tengok nak jumpa Rasulullah saw...
terasa lebih dekat lagi di hati sebab dapat sedikit gambaran rupa Rasulullah saw..
dahlah kacak, hensem... baik pulak tu..
mama tak habis lagi baca... ada banyak lagi boleh cerita... next time...
nak jumpa Rasulullah? kenalah berusaha ke arah itu di dunia ni... sama-samalah kita berdoa dan berusaha...
----------------------------------------
Wahai Kekasih (Kaulah Segalanya)
Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Namun hati tetap gembira
Syafaatmu menanti di sana
Sungguh tabahnya hatimu
Menanggung derita yang melanda
Biar pun perit pedih tersiksa
Kerana umat kau tempuhi jua
Wahai Rasul kaulah segalanya
Contoh terbaik umat akhir zaman
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi
Wahai rasul kami merindui
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
Manis senyumanmu penawar hiba
Di hati kami kaulah segalanya
Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Namun hati tetap gembira
Di akhirat kita kan bersua
-Nazrey Johani-
Nostalgia The Zikr
August 11, 2008
August 08, 2008
raihana's first step.. finally...
August 06, 2008
SMC Session with Corporate Center
objective of the session - to foster close relationship with customer, to provide platform for customers to highlight any issues related to ITSSO services... and this is the first time for most of them la... sebabnya sebelum ni kita cuma liase dengan Group Finance je as the rep for corp center. so hari ni kita panggil semua sekali.. tu yang meriah tu... and meriah juga dengan issues-issues... so bila dah buat session ni lepas ni jenuh la nak buat follow up actions... menambah la koje mama...
anyway, alhamdulillah objective tercapai.. mama pun dah kenal la orang-orang yang tak pernah dikenali... lepas ni senang sikit nak buat keje... and yang penting 50% KPI untuk customer session ni dah tercover insya allah... ringan sikit kepala.. hehhe...
August 04, 2008
Ad-Din Trip to Zoo Negara, Beryls and KLCC
bangun pagi solat subuh... amboi mentang-mentang nak pegi lawatan semua bersemangat ye.. kalau tak semua liat je...
siap beli kasut specially for that trip.. tapi boleh guna untuk raya sekali..
tak sah kalau tak posing macam power rangers... hehheh..
dengan kawan-kawan tengah tunggu bas...
yea bas dah sampai... beratur.. beratur...
Pukul 4.30pm baru diorang sampai rumah... alhamdulillah semua ok.. tapi muka sorang-sorang memang muka penat... humaira sampai-sampai je.. "mama nak susu.." har har... susu botol jugak yang diingatnya...
sepagian tu jugak, mama, ayah, imran n raihana bershopping kat jusco carik baju raya... amik kesempatan diorang takde..enjoy la sikit daripada selalu.. hehheh...
August 01, 2008
anak daraku..
yang penting masa raya nanti hopefully dah boleh jalan la... by that time dah setahun dah tu.. isk cepatnya masa berlalu... sebabnya mama dah belikan gaun anakku yang comel... tunggu raihana jalan baru boleh pakai tau...