April 27, 2007

al-fatihah

kami dapat berita atuk muar meninggal hari selasa malam yang lepas.. innalillahi wainna ilaihi rajiun... arwah meninggal dalam usianya 90 lebih kerana sakit tua.. malangnya ayah baru je bertolak ke kk petang selasa so tak dapat kami terus balik... insya allah malam ni baru nak balik muar lepas ayah sampai... agak ralat juga sebab dah tiga hari dah.. yang lain semua dah berkumpul kat sana..

sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah untuk allahyarhamah.. semoga Allah tempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin....

April 16, 2007

sayang si kecik..


selepas kejadian itu, mama memang rasa menyesal tak sudah.. bila tengok imran mesti rasa sedih.. kalau teringat balik rasa 'lemes' je badan... what if.. what if...

weekend yang lepas kami balik kampung ada kenduri doa selamat... imran memang tak berapa sihat sangat. sejak hari khamis lepas batuk-batuk dan hari jumaat tu dah start lelah.. sempat la ambik gas pagi jumaat tu kemudian petang bertolak balik kampung. badan panas bila malam.. bila siang sejuk pulak.. macam demam urat.. kalau ikut bibik memang ada rasa salah urat pada belakang imran tapi keras katanya tak berani nak urut lebih-lebih... so pagi sabtu kami bawa imran pegi berurut dengan yut (buyut - kalau ikut orang melayu panggil moyang).. alhamdulillah lepas tu memang nampak dia lebih ceria.. badan dah sedap la katakan..

petang tu kenduri.. kenduri yassin untuk orang perempuan sekali dengan potong jambul anak mek eli, Izzat Azfar. ayah ke muar ziarah atuk yang sedang sakit.. bibik pulak dari pagi dah ke rumah sedaranya di tongkang pecah. dlm pukul 3 tu kakak2 dan abang semua dah tidur tapi imran jugak tak tidur-tidur walaupun nampak macam dah ngantuk.. tak taulah.. mungkin seronok kot tengok ramai-ramai.. ubat batuk, ubat demam tu pun tak cukup membuatkan imran tidur.. bila dah petang lepas mama siap-siapkan pakai baju malam sambung lagi main.. mama memang perhati je imran sebab tengah tak sihat takut jatuh-jatuh lagi baru je servis pagi tadi..

selesai kenduri mama dok dapur sambil makan-makan kuih sambil borak-borak sambil perati imran kat depan tv tu.. tengok imran dok main-main ngan kakak abang ngan sepupu sepapat... oklah.. tak lama tu tengok imran takde.. mama pun naik atas.. tengok imran kat depan rumah depan tangga.. depan tu nampak basah sikit sebab baru lepas hujan...

"imran.. elok-elok basah tu.."

mama memang nak gi ambil imran tapi nak tutup pintu bilik dulu sebab terbukak nanti budak-budak tengah main ni masuk takut main kat bilik... masa tu la dengar imran nangis..

"laa.. jatuh.. tula.. mama suruh tidur dari tadi tak nak.. dah ngantuk la tu... "sambil mama nak pegi amik imran..

memang mama dah biasa dah diorang ni jatuh-jatuh.. main lasak sangat.. tapi bila tengok mulut imran berdarah terkejut la mama.. darah menitik-nitik kat tangga.. ingatkan bibir berdarah... tengok-tengok gigi depan imran sompek sikit sebelah.. tapi yang ketara gigi sebelah lagi dah tak ada! mama terus lari ke dapur..

"mak! tolong!!"

check punya check rupanya gigi sebelah imran tertolak masuk ke dalam gusi...

"nak buat macamana ni??"
"gi klinik! gi klinik!"

nasib baik pak zan ada, boleh tolong hantar ke klinik sri sulong.. dlm kereta imran tertidur.. mama tau dia tidur, bukan pengsan sebab dia berdengkur... takpelah memang dia dah ngantuk sangat dah tu.. sampai ke klinik nasib baik tak ada orang.. terus jumpa doktor... baru cakap pasal gigi je.. tak tengok lagi.. doktor dah suruh ke klinik gigi.. lebih arif katanya.. klinik gigi cuma ada kat bandar batu pahat je.. yang risaunya kalau dah tutup sebab dah pukul 6.30 petang sabtu pulak tu..

kami pun balik rumah kejap.. tanya direction sikit-sikit kat pak alim location klinik gigi.. kak chik dan muaz pun ikut sekali.. terus ke bandar... ayah pulak baru bertolak balik dari muar.. plan kami kalau takde klinik gigi yang buka terpaksa la ke hospital batu pahat.. masuk emergency...

imran terus tidur dalam pangkuan mama.. darah pekat dah berenti mengalir tapi kering kat sekeliling bibir.. mama takut nak lap takut imran sakit... dalam fikiran dah terbayang dah macamana doktor nak cabut keluarkan gigi imran, maybe kena buat surgery sikit.. nak kena pegang imran kuat-kuat tu nanti ... mesti dia meronta-ronta.. balik nanti mesti bertampal dengan kapas je mulut imran... mama cuba kuatkan semangat.. tak tau nak baca apa.. baca subhanallah walhamdulillah walaailahaillallah wallahu akbar.. baca ayatusyifaa'..

kalau la mama terus amik imran tadi.. kan tak jatuh... what if.. what if..

kami round bandar batu pahat tu.. klinik gigi nur.. tutup.. klinik-klinik biasa yang lain semua dah tutup... carik klinik australia pulak... terlepas.. kena buat satu round lagi... alhamdulillah bukak lagi... ramai juga tengah tunggu... mostly chinese.. dental surgery australia.. klinik gigi milik Dr Chua Soi Lek.. menteri kesihatan malaysia..

sabar menanti.. imran masih tidur.. ayah tak sampai lagi..

tiba giliran.. doktor check mulut imran.. bersihkan darah-darah beku.. masa tu la imran bangun menangis..mama kena pegang imran kuat-kuat sebab doktor nak tengok gigi dia... mulut imran pun dah start bengkak dah... bila selesai check, doktor kata,

"boleh biarkan gigi tu sebab gigi susu memang gusi lembut lagi.. lama-lama nanti dia akan turun tapi mungkin senget-senget sikit itu tak apa.. tengok nanti lepas 3-4 hari bila bengkak dah surut dia boleh tak minum susu dalam botol... kalau bengkak dah surut tapi dia tak boleh makan tak boleh minum susu, mengadu sakit.. barulah kita terpaksa cabut gigi dia.. buat masa sekarang kalau dia susah nak minum susu bagi dia minum guna straw.. nanti saya bagi ubat bengkak bagi bengkak dia surut"

relax je doktor... alhamdulillah tak ada pape.. lega hati mama... keluar dari bilik doktor ayah pun sampai...

balik tu imran hisap jari.. tengok ok je... itu satu petanda baik..

malam tu imran dah ceria balik.. main.. lari-lari.. macam takde pape.. tapi bila tersengih... alamak.. nampak gigi imran yang rongak... kesiannya.. bila nak makan pun boleh tapi kelakar sikit.. jadi macam tupai pulak.. laju je kunyah dengan gusi... tak bagi kang marah...

ayah kata sebab bibik takde la nih.. tapi mama rasa bukan kerana bibik.. tah la benda nak jadi... takkan la kita nak ngekor je dia pegi mana... budak setahun lebih... tapi mama memang rasa kesal sebab mama dah nampak tapi tak terus ambik imran...

bila teringat balik mesti rasa lemes (lemah rasa badan)... itu baru sikit.. mama tak boleh nak imagine orang yang anak-anaknya accident ke.. sakit yang teruk dok kat hospital.. anak hilang.. yang macam-macam lagi dugaan yang lebih hebat lagi... sebak rasa kat dada...

alhamdulillah imran tak pape... cuma tak best la tengok imran rongak... insya allah ianya jadi pengajaran untuk mama dan juga abang dan kakak2.. jangan main teruk-teruk sangat ye...

April 12, 2007

banyak sangat cuti??



Cuepacs minta kaji semula cuti umum

KUALA LUMPUR 11 April – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mewakili lebih sejuta kakitangan hari ini meminta kerajaan mengkaji semula peruntukan cuti umum yang semakin banyak kerana dikhuatiri boleh menjejaskan daya pengeluaran negara.

Presidennya, Omar Osman berkata, keadaan itu akan menjadi lebih kritikal ketika berlakunya pertindihan cuti kelepasan am, yang akan dibawa keesokan harinya.

Katanya, cuti tahunan yang diperuntukkan kepada kumpulan itu pun sudah mencukupi hingga ada yang terpaksa membawa cuti lebihan tahunan mereka ke tahun berikutnya.

“Sebagai contoh, 1 Mei ini berlaku pertindihan cuti Hari Wesak dan Hari Pekerja di seluruh negara lalu digantikan pada 2 Mei.

“Bagi saya, kalau tak ganti pun tidak mengapa sebab dah banyak sangat cuti, lagipun bukan selalu terjadinya pertindihan cuti seperti ini,” katanya di sini.

Setiap tahun, kakitangan awam mendapat cuti umum lebih 15 hari dan jika dicampur dengan cuti tahunan, ia menjangkau lebih 40 hari mengikut gred jawatan masing-masing.

Omar berkata, beliau khuatir produktiviti negara akan terjejas apabila terlalu banyak cuti diberikan kepada kakitangan awam.

Bahkan menurutnya, cuti yang banyak mampu mengganggu kesihatan mereka dan melemahkan ekonomi keluarga dan negara.

Kata beliau, Perdana Menteri sendiri pun sentiasa mengingatkan kakitangan awam agar produktif supaya Malaysia maju dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

“Cuepacs rasa tak payah fikir asyik nak cuti ganti sahaja kerana kita tidak mahu orang fikir yang negatif sahaja terhadap kakitangan awam,” tambahnya.

------------------------------------------------------------

wah.. mama memang tak setuju la...

Bahkan menurutnya, cuti yang banyak mampu mengganggu kesihatan mereka dan melemahkan ekonomi keluarga dan negara.

ye ker... cuti yang banyak boleh mengganggu kesihatan? tak pernah pulak mama dengar.. mama takdelah nak banyak sangat cuti sampai menjejaskan operasi syarikat.. tapi kalau setakat cuti ganti tu kire fair la.. sebabnya kalau tak jatuh pada hari yang sama still kita dapat cuti banyak tu juga.. so kire compensate la kan...

so ayah jadik ke outstation KK? orang lain nak cuti panjang, dia sorang nak keje pulak.. hehhehe...


April 11, 2007

cerita ceriti...


Cerita 1

last week (ker last 2 weeks yek..) ayah pegi sale barang mainan kat PJ.. amboi mentang-mentang baru dapat bonus masa tu semua diborongnya... abis penuh bonet innova tu sampai tak nampak belakang... (hehhe.. innova punya 'bonet' memang la tak besor).. tapi memang murah... just imagina barbie set yang biasanya kat supermarket dalam rm100 lebih tu tinggal rm30 je.. sapa tak nak beli... ada le dalam 5-6 kotak ayah borong... seronok la budak-budak...

barbie set... guess sapa yang rajin sangat main ni... IMRAN... oo.. tidaak...!


car track for luqman... alhamdulillah setakat hari ni masih intact lagi...



Cerita 2


satu hari kami balik dari keje...

Ya Allah... ni darah sapa nih kat dinding tepi tangga ni??? mama terus teringat scene-scene dalam cerita CSI... rupa-rupanya budak-budak ni main gincu bibik... calet-calet kat tangan pastu tekap tangan tu kat dinding... aduhai.. sakit jantung mama... terkejut satu.. geram pun satu la... abih dah dinding jadi tak lawa... yang bibik pun simpan la lipstick tu elok-elok.. bila masa je la dia ni pakai lipstick... isk.. isk.. sekarang ni nampak macam makin banyak la grafitti kat dinding kat rumah tu.. ni pun mama dah lap sikit-sikit.. kalau tak lagi merah menyala.... waduh... kreatif sungguh anak-anak mama nih...


Cerita 3

Satu petang yang lain kami baru balik keje.. "Aaaaa.. apa jadik ngan buku mama nih???"

"Imran rendam dalam air... " aduh.. sekali lagi sakit jantung mama... aduhai.. buku tu baru je mama beli.. dah la yang dulu dah hilang... belum sempat pun lagi nak carik nama baby... isk.. isk... tengok gaya memang tak boleh nak selamatkan sebab dah terendam lama... bibik sedar-sedar petang tu ada buku dalam baldi kat bilik air.. bila masa tah gaknya imran buat project dia...

wah.. imran pun semakin hebat sekarang....

Cerita 4

Inilah dia anak-anak bertuah ayah dan mama...

siap-siap nak pegi sekolah

sempat lagi buat aksi power rangers... imran pun nak join..


April 06, 2007

jawapan kepada teka teki teka tekok

hehh heeh kalau anak saya kuih yang makan tepi2 tu kuih karipap sebab dia tak makan intinya pedas
kopisuam Homepage 04.05.07 - 2:38 pm #

mula-mula mama pun ingatkan jawapannya karipap jugak sebab budak2 selalu memang makan tepi-tepinya aje.. jawapan sebenarnya ialah... DONUT.. heheh

ye la.. donut kan tengah dia berlubang.. so kita makan tepi-tepinye je la...

April 04, 2007

6 pesanan untuk kaum wanita


just sharing ... got this from tmn sutera yahoogroup.
-----------------------------

Nota dari penyusun :
Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah SWT akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita.

6 pesanan itu adalah amalan nurani. Amalan itu ialah :

1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklah khatam 2X setahun. Kalau kita tidak menunaikan hak Al Quran, macam mana kita nak mendapat syafaat Al-Quran semasa di dalam alam kubur dan akhirat kelak? Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping itu hendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan di mana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapat mengingati Allah s.w.t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim" 100X. Selawat ke atas Nabi 100X danberistighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak makan, tidur, masuk dan keluar tandas dsb.

3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum-ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnyauntuk belajar.

4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

5. Hidup sederhana.

6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s.w.t. akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuh dan resah gelisah.

Waallahu'alam. Yang baik itu semuanya datang daripada Allah dan segala kesilapan dan yang buruk datang daripada kelemahan dan nafsu saya sendiri. Semoga Allah ampun kesilapan saya ini. Berdoalah semoga Allah beri kita kekuatan dan taufiq dariNya untuk sama-sama kita dapat amalkan dan sampaikan kepada yang lain. Insya Allah.

April 03, 2007

teka teki teka tekok


kuih apa yang kite makan tepi-tepi je?



jawapannya...

esok ye... hehhehe