bonos..bonos... alhamdulillah tahun ni TM bagi bonus tinggi sikit daripada tahun-tahun sebelum ni.. tapi tinggi-tinggi pun takde lah sampai 4 ke 6 bulan gaji cam kat petronas... (isk.. jeles ngan kengkawan petronas.. hehheh).. anyway still bersyukur banyak-banyak... rezeki masing-masing la kan... mungkin rezeki kite lebih kat tempat lain pulak.. semalam mama gi visit Maybank2u.. zup sana.. zup sini... tinggallah ciput jugak.. hehhehe.. tak boleh nak enjoy sangat pun.. azam kami tahun ni nak abihkan utang je.. alhamdulillah rasa ringan la jugak sekarang.. hutang rumah ngan keta tu lain la.. tu payah la sikit kan.. tapi hutang yang sana sikit sini sikit situ banyak tu insya allah settle... so balance tu la nak buat pape sikit..tapi sebenornya banyak jugak dah mama berbelanja nih.. hari rabu hari tu ada training kat SAGE Training Center depan KLCC.. training kul 3 dah abis.. apa lagi berjalan-jalan la mama kat KLCC tu.. hehhehe... so dengan tak sengaja terbeli belah la jugak.. padahal masa tu bonus pun tak kuar lagi.. hehhe... bak kata puan rahmah la.. "Esok bonus so hari ni kena habiskan duit gaji..." hahha... isk tapi takdelah sampai abih duit gaji... mama beli buku cerita.. 2 bijik lagi... sydney sheldon ngan judith mcnaught.. ol time feveret... ada la a few buku baru diorang yang mama tak baca lagi.. memang dah lama tak mengikuti perkembangan diorang.. the last time mama baca buku citer pun tah bile gaknya mama pun tak ingat... kalau dulu semua buku diorang tu mama dah khatam.. tapinya.. bila la gaknye nak baca buku-buku nih... hheheh...semalam ada jualan bakit kat bawah.. pandai pulak la diorang ni timing.. macam-macam ada... baju, buku, tikar, barang perhiasan, cadar, tudung, jubah (minat kat satu nih), makanan... fuh memang penuh orang... mama pun join sekali la... berenti kat kedai buku.. carik buku iqra' untuk budak-budak... kat sekolah memang dah ada.. tapi kat rumah tu kadang dengar la diorang menghafal2 tu bagus juga kalau ada satu copy kat rumah kan.. bila-bila diorang nak refer boleh la... setakat ni memang mama tak berapa galakkan diorang bawak balik buku sebab sempai kat rumah buku ke mana beg ke mana dengan renyuk je dengan koyak nye.. so biarlah yang kat sekolah kat sekolah yang kat rumah kat rumah.. pastu mama nampak buku La Tahzan.. dah lama dah dengar pasal buku nih tapi tak pernah pulak nak terjumpa atau nak mencari.. it's a motivational book.. nantilah kalau mama dah baca mama cerita sikit la... pastu nampak pulak k nieta beli buku amalan semasa mengandung.. sebenarnya dulu dah ada dah tapi carik punya cari kat rumah tak jumpa plak... tah simpan kat mana gaknya tak jumpa.. tengok RM10 je.. boleh la beli... waahhh.. borong buku lagi... hmmm.. bila la nak baca ye..bila balik rumah ayah kata.. "haa lepas ni nak kena carik rak buku IKEA pulak la.." ala yah.. sekali tak sekala.. bukan selalu ada duit lebih.. so terasa la nak belanja diri sendiri... hehheh... errr.. ingat hari ni nak gi survey baju ngan tudung pulak la.. hehheh.. p/s - mek eli dah selamat bersalin hari selasa lepas 27/03/07.. at last ceaser jugak.. dah induce 2 kali jalan tak nak bukak jugak... tahniah.. baby boy 3.25 kg.
"buk, luqman tu dalam bilik. biliknya dikunci.. tak nak bukak... tadi yang lain masih tidur.." kata bibik dalam corong telefon pagi tadi..alamak... adakah sejarah kan berulang kembali.. ????"tiba-tiba mak nampak air mengalir dari tingkat atas.. mak tengah tengok tv kat bawah.. terus mak lari naik atas dengar budak2 riuh dalam bilik.. mak suruh bukak pintu tak bukak-bukak... cakap nak panggil polis baru luqman bukak... tengok-tengok dalam bilik abis semua tilam-tilam basah kecuali tilam yang atas katil tu.. semua tengah boleng kat dalam bilik air main air termasuklah imran..." cerita nek..aduuuhhh... kenapa la perkara ini berlaku lagi??? adakah penangan rainbow semalam???cerita selanjutnya.. esok atau lusa.. balik ni nak tengok dulu keadaan taufan durian yang kedua...isk.. isk.. isk...
ha ha.. sorrylah lately ni asyik cerita pasal pregnant la.. bersalin la... hehehe... tengah mood macam tu.. nak buat cemana... alkisah mek eli tak bersalin-bersalin lagi.. dah lewat 5 hari dah ni tapi relax lagi.. isk isk... mesti dah tak sabor... mama pun tak sabor gak... saban waktu asyik tengok henpon kot kot ada msg from mek eli kata dah sakit ke dah bersalin ke... ye le.. malas pulak nak tanya tiap-tiap hari kot makin tensen pulak dia... mek eli kata baru check doktor hari isnin lepas kata suruh tunggu sampai lepas 9 hari kalau tak nak keluar jugak kena lah menyerah diri untuk di induce ke apa ke.. sabor la ye... baby belum nak kuar lagi sedap sangat dok dalam perut tu kot... yang penting baby and maknye ok.. doa la banyak-banyak...Amalan semasa hamilDi antara amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci al-Qur'an. Di antara surah-surah yang digalakkan dibaca ialah:a) Surah Yaasiin, kerana ia mempunyai banyak fadhilat.b) Surah Yusuf, agar mendapat anak yang saleh, sempurna dan mempunyai rupa paras yang elok.c) Surah Luqman, agar mendapat anak yang taat kepada kedua ibubapa.d) Surah Maryam.e) Surah at-Taubah.f) Surah al-Ikhlas.Terus terang mama kata sekarang ni terasa macam susah je nak cari kelapangan masa untuk mengamalkan amalan di atas.. terasa banyak masa digunakan untuk melayan anak-anak mama yang bila semakin besar demandnya semakin tinggi.. balik keje berehat kejap.. penatlah kononnya kan.. lepas solat maghrib sibuk melayan budak-budak makan.. lepas isyak sibuk nak siapkan pape yang patut untuk hari esok.. lepas tu melayan budak-budak main ke belajar ke.. pukul 10 dah nak tidurkan diorang.. selalunya bila tidurkan tu tertidur sekali la.. cuma lepas subuh pagi la yang mama cuba untuk peruntukkan masa sikit.. itupun kalau dah terbangun lambat tu memang tak sempat juga... ataupun mungkin itu cuma alasan je kot.. bak kata orang, hendak seribu daya.. tak nak seribu dalih..mama, anda mampu mengubahnya...
wah.. boring tahap gaban punye la hari nih.. tak produktif sungguh! orang keliling pun takde... tengok depan nampak pc.. tengok tepi nampak dinding, tengok belakang nampak dinding.. tengok 45 degree nampak bilik CIO.. mana semua orang? takkan bercuti lagi kot? bukan cuti sekolah dah habis ke? semalam merajuk ngan ayah.. isk.. sedih.. sedih.... pasal nak betulkan dapur... merajuk senyap-senyap je la.. nasib baik malam tu ayah kata sorry.. sejuk sikit hati... :) eh perasan jugak ye ayah.. ingatkan tak perasan... :P.. tah semenjak dua menjak ni mama rasa macam sensitif sikit.. ada je bende nak terasa.. walaupun tak terluah dengan kata-kata.. simpan dalam je la.. insya allah dia baik sendiri... Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.Akhlak Suami kepada Isteri yang hamilKetika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba mengingati keadaan manis dan jasa isteri.- Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah
aaa tidak... beberapa percent daripada 20 billion tu adalah kami punya... isk.. isk.. isk... tapi memang kami tengah cuba sedaya upaya untuk clearkan semuanya.. insya allah dapat duit saham ni ayah boleh clearkan ayah punya.. pastu mama tunggu bonus la nak clearkan mama punya.. dengar-dengar bonus tahun ni agak tinggi jugak berbanding tahun sebelum-sebelum ni... hopefully betul la.. amiinn.... bila nak announce ni??? orang lain dapat bonus hujung tahun.. kami dapat bonus tengah tahun... lain dari yang lain pulak ye.. takpe.. yang penting dapat juga..sebenarnya hidup kita ni memang penuh dengan hutang je.. hutang loan rumah, hutang loan kereta, hutang card credit, hutang dengan sedara mara.. jangan hutang ngan ah long sudah.. kalau dengan kak long ke bang long ke pak long ke takpe lagi... kadang tu mama rasa macam tak aci je bila tengok loan rumah.. kita pinjam 180k tapi kena bayar balik 450k dlm masa 30 tahun contohnya.. memang la dia amik kira value rumah tu akan naik setiap tahun, gitu, gini... pada mama kalau pinjam banyak tu kena bayar balik banyak tu la... tapi maybe sebab tak belajor finance kot so agak tak paham macamana boleh jadik macam tu... terasa bagusnya kalau boleh beli cash.. tapi berjanggutlah nak tunggu simpan sampai banyak tu kecualilah dapat menang peraduan pape yang bagi hadiah lumayan... tapi nak tunggu menang peraduan pape pun cemana nak menang.. borang amik tapi isinya tidak.. hehheh... (tunggu ayah punya Wish la.. heheh.. bile nak announce pemenang?)yang penting nak manage hutang ni kena disiplin especially credit card... jangan la bayar miminum je.. sampai bila tak akan abis kalau every month guna banyak tu tapi bayornya ciput je... lama-lama makin banyak... bila dah banyak lagi rasa liat nak bayor... tapi sebenornya kalau takde credit card lagi bagus... bila ada tu mula la nak guna selalu... kepada sesapa yang takde lagi credit card, takyah la mandai-mandai nak try... belanja dengan apa yang kite ada... lebih berkat.. tapi kadang perlu juga kalau dah desperate-desparate tu kan... tapi kalau dah banyak-banyak sangat hutang pun hidup tak senang...amalkan doa ini...Ya Allah sesungguhnya aku berlindung dgn Mu dr kerungsingan dan dukacita,aku berlindung dgn Mu dr kelemahan dan kemalasan,aku berlindung dengan Mu dari perasaan penakut dan bakhil,dan aku berlindung dgn Mu dr belenggu hutang dan kekasaran orang.
semalam dengan hari sebelumnya mama amik urgent leave sebab imran haziq tak sihat. malam isnin tu dah start suam-suam dah. demam urat kot sebab last sunday imran terjatuh kat tangga rumah aunty yatt... tangga sikit je 3 anak tangga.. so takde pemegang.. imran eksyen la kot turun tu tak pegang abih la tergolek.. kalau naik tangga kat rumah pun bukan nak panjat anak tangga tu satu-satu... tunjuk terrer la pegang railing tepi tu naik macam orang besar.. isk isk isk... kesian pulak nak tinggal pergi keje sebab malam tu panas balik pastu meragam kan... lagipun tengah musim cuti sekolah ni budak2 balik awal dari tadika sebab ada ngaji je... kul 10.30 - 11.00 dah balik.. jadik kesian pulak takut bibik tak terhandle dalam keadaan imran yang tengah meragam.. lagipun kat opis bukan ada keje sangat pun time cuti sekolah nih.. ramai orang cuti.. opis pun lengang je... baik mama cuti jaga imran..ingat lepas bibik urut tu ok la kurang sikit.. memang kurang pun tapi bila malam panas balik campur selsema lagi.. malam pun tak boleh tidur... menangis je.. tak tau nak apa... nak susu, bila bagi minum sikit pastu campak.. tokleh nak hisap gaknye sebab hidung tersumbat.. nak hisap jari pun tak boleh jugak... so dia rasa macam tak tentu arah kot tu yang tak boleh tidur tu.. lama-lama dah penat sangat gaknye baru la tidur... tu pun tengah malam bangun-bangun jugak nangis tapi nasib baik tepuk-tepuk tu nak tidur balik...siang pun tak boleh salah sikit... mesti nak mengamuk.. bibik kata sekali dengan pembawaan budak.. dia jeles dengan yang kat dalam perut.. ye je... tapi memang lately ni imran macam manja sikit.. pastu banyak kerenah sikit la... cakap pun dah banyak.. agaknya dia ingat bila dia sebut satu bende tu orang sepatutnya paham la.. bila kita tak paham tu yang jadik mengamuk tu... cemana nak paham.. amik hujung perkataan je... pah, kak, pai, tuh.. mama dah biasa dengar tu paham la tapi kalau dia ada perkataan baru tu memang tak paham... satu je perkataan penuh yang imran pandai cakap.. ayah.. ayah... dengan irama tersendirinya... tapi kadang tu pandai jugak susun ayat...bik... kak... rak.. bok.. (sambil ketuk bilik bibik)(bibik.. bukak.. berak.. cebok..)bijak.. bijak.. lagi satu yang imran suka sebut.. a awoh... ( Ya Allah)....sedap je dia sebut... pagi tadi before mama pegi keje imran macam dah ok.. hopefully hari ni imran dah sihat betul la..
Wah macam tajuk film pulak la.. actually this is my 100th entry in this blog... wah tak sangkanya.. banyak jugak ye... tah pape je la yang mama tulis selama ni... more towards my own satisfaction, to share my opinion, to luahkan perasaan, to share a bit of my life story... tapi hopefully ada la jugak kebaikan kepada orang yang membacanya...kalau awal-awal dulu mama rajin buat homepage.. since kat IC lagi... tak masuk pun dlm subjek... siap surf internet nak belajar sendiri tu.. tu yang kadang dok kat comp lab sampai kul 11 malam tu.. almaklumlah masa tu rasanya memang baru nak glamer la personal-personal homepage ni... orang buat kite pun nak buat juga... first-first buat tu memang bodoh je la.. pakai template yang tripod bagi tu tinggal customize sikit2.. pastu lama-lama tu dah pandai la pulak baca html pastu masuk la javascript sikit.. senang je sebenornya sebab semua kat internet dah ada.. cuma kena paham concept je la... baru la dapat buat yang canggih sikit... the last one ada kat sini... http://eiza.tripod.com which was last updated rasanya tahun 2003 kot... hahha.. pastu dah malas dah... sekarang ni kire hidup segan mati tak mahu... tah navigation bar dia keluar lagi ke tidak gaknyer..masa study dulu siap buat part time lagi dengan lecturer untuk manage website dia.. bukanlah personal website dia.. ada le bisnes dia... lumayan gak oo... pastu dia recommend plak kat kawan dia untuk buat kawan dia punye website... rasa mama ada le dapat dlm dekat 1000 pounds keja part time untuk website tu masa summer holiday yang mama tak balik tu... dengan duit tu la mama dapat beli PC masa 3rd year dulu... alhamdulillah... balik mesia pun dia suruh sambung lagi... dapat la buat sikit.. tu pun kena pegi CC tu sebab kat rumah kat kg takde internet masa tu... dapat la extra 200-300 pounds after balik mesia.. pastu dah kena gi kursus la apa la masuk telekom terpaksalah berenti jadik admin website dia... tapi sekarang ni kalau ada offer pun mana nak ada masa... keje-keje la.. pastu kalau balik rumah pun nak sambung keje lain memang tak kuasa la.. hari tu K lin nak mintak tolong buatkan website putri ledang dia pun tak terbuat2.. last-last k lin kena jugak upah orang luar.. err.. sorry k lin... lagipun mama sekarang ni dah agak ketinggalan la jugak.. tengok website2 sekarang lagi canggih2.. tak terkejar dengan teknologi...start 2004 kot... dengar pasal blog-blog ni pulak... nak try gak... ok la.. tak payah nak maintain sangat macam website.. lagipun blog ni dynamic sikit... kalau website biasa tu macam static je... yang best senang nak update selalu.. ada orang guna untuk commercial.. jual tu, jual ni... ada yang guna untuk share knowledge, ada gak yang guna untuk tulis diary... tapi cuma masing-masing kena ingatlah bila nak menulis kat domain yang public ni nak kena tapis-tapis la sikit.. kalau mama, tak nak la tulis yang personal2 sangat... sebab sapa-sapa je boleh baca kan.. biarlah certain thing tu kita simpan sendiri... kalau yang kite tulis tu membawa kebaikan kepada orang lain.. alhamdulillah.. itu lagi bagus... takdelah syok sendiri kan... (hmm.. mama pun kadang syok sendiri gak.. hehhe..).. tapi semua tu bergantung kepada kite sendiri atas niat apa kita menulis... itu saja la kesimpulan untuk hari ini... hmm.. lama gak dah tak update blog nih.. sekarang ni rate kire seminggu sekali la... takde idea la...