February 27, 2007
kisah nak bersalin
tetiba mama rasa nak share cerita pasal pengalaman nak bersalin sebelum ni... bukan apa, kelakar pulak tengok mek eli tadi cam kelam kabut je dalam telefon bila mama kata nek 11hb ni baru nak datang sini. due date mek eli 15/03.. takut tercepat la kan.. takut 11hb tu dah terlambat la... hari tu masa balik kampung, nek yang kata mek eli takdelah kritikal sangat.. kalau terawal pun mak mentua ada kat sini boleh tengokkan dulu... lagipun baru first baby bukan nak kena jaga anak yang lain pun...
teringat dulu masa mama nak deliver luqman.. terawal 9 hari.. nek memang la dah plan nak datang tapi memang tak sempat la... nak dijadikan cerita nenek ngan atuk cheras pun tengah takde gi balik kampung kedah.. alhamdulillah semua ok cuma ayah la kesian sikit sebab bab nak uruskan uri tu.. harapkan pak ngah la yang dah ada pengalaman sikit... dah la luqman lahir maghrib.. gitu gini tengah malam jugak la ayah selesai uruskan uri tu... dah la masa tu cuti hari merdeka.. kedai banyak tutup.. nak carik pape pun susah.. balik dari hospital, mak wa yang tolong pegang baby, nak ikat perut cemana, tolong masak lauk, etc, sikit2 la yang mana perlu ditolong.. almaklumlah first baby... itulah untungnya dok dekat ngan sedara... insya allah backup each other.. petang mama balik dari hospital tu barulah nek sampai... nasib baik mak ima pun tengah cuti boleh teman nek naik bas..
masa mama nak deliver twins, awal gak 2 minggu... nek kampung memang la tak sampai lagi.. tapi nasib baik nenek atuk cheras ada.. so luqman dok la kejap kat rumah nenek sini.. after mama selamat deliver, esoknya ayah pecut balik kampung ambik nek.. siap kena tahan polis lagi.. tapi bagi reason baru dapat anak kembar nak amik mak mentua gitu gini gitu gini .. dapat la lepas... nasib baik tak kena saman... seminggu lepas tu mak wa pulak bersalin kat hospital yang sama... pak lan tak ada masa tu memang keje kat sudan.. so memang mintak tolong ayah untuk hantar hospital dan sebagainya... tapi dengan nek sekali la... ayah gi hantar mak wa tu nurse pandang semacam je... mesti dalam hati dia orang ni baru minggu lepas dapat baby hari ni nak dapat baby lagi??? hahha.. mesti dia ingat ada dua bini ke.. kelakar jugak mama dengar cerita.. diorang extra ingat la sebab kan dapat twins.. tapi lepas tu mak wa explain la kat nurse kat situ yang ayah tu adik ipar dia... uri aneesa pun ayah tolong tanamkan.. kire jadi godfather aneesa la tu...
eh dah termasuk cerita lain pulak... ok sambung lagi...
cerita pasal nak deliver imran pulak.. nek kampung dah plan dah 2 minggu before due date nak datang dah sebab memandangkan historynya memang selalu awal.. rupa-rupanya tak sempat jugak... hehhe... awal 3 minggu... nak dijadikan cerita, nenek ngan atuk cheras pun tengah kat kedah... semua ingatkan awal lagi... jadi yang jadi mangsa masa tu mek eli la.. sebab mak wa pun masa tu dah ikut pak lan dok sudan... kesian gak kat mek eli sebab kena jaga 3 orang... imran lahir asar.. so mek eli tolong amik bebudak kat nursery pastu kena jaga sampai malam la jugak sebab ayah nak uruskan uri, etc.. mek eli siap kena basuh yak-yak lagi.. tiga-tiga orang plak tu... hehhehe.. kelakar pulak bila ingat balik... dah le masa tu bulan pose... takpelah mek eli.. mesti jadi satu pengalaman yang tak dapat dilupakan... kesian gak kat ayah masa tu.. penat la... nasib baik masa tu kebetulan tok atan pun nak datang kl so nek ikut je la.. tak perlu la ayah balik kg masa tu...
kalau nak ikutkan masa nak deliver ni, yang paling sibuk sebenarnya ayah la.. mama cuma kena tahan sakit kejap (err... lama gak) pastu relax je kat wad... ayah kena uruskan yang kat spital.. nak uruskan yang kat rumah lagi especially bila dah ramai2 ni kan.. pastu nak uruskan uri... memang kena ulang-alik je la.. orang jawa kata riwa riwi... (ke sana ke mari..). Tapi maybe next time ni tak sibuk sangat la kot sebab kat rumah ada bibik boleh tengokkan yang kat rumah... yang penting dari sekarang lagi kena doa banyak-banyak supaya dipermudahkan segala urusan masa nak bersalin nanti... insya allah...
pengalaman.....
February 22, 2007
Berapa anak yang cukup?
Biasanya tajuk berapa anak yang cukup ini hanya disembangkan secara bisik-bisik sahaja antara suami dan isteri...
Namun bisik-bisik ini masih boleh diperkatakan secara ilmu dan realitinya. Maka kita cuba utarakan untuk menjadi buah fikiran kita bersama.
Sekali lalu melihat tajuk ini, ia berkait rapat dengan persoalan merancang atau menghadkan bilangan anak dalam sesebuah keluarga. Adapun menghadkan jumlah anak kerana adanya ‘keperluan-keperluan’ tertentu di antara suami isteri, maka Islam melihat itu tidak mengapa. Ada keharusannya.
Perkara ini diserahkan kepada kebijaksanaan suami dan isteri. Yang penting keharusan ini tidak boleh diambil mudah yakni tidak dianjurkan kepada sembarangan pasangan yang akhirnya merebak menjadi budaya ikutan seluruh masyarakat Islam hingga ke tahap timbulnya anggapan bahawa amalan menghadkan bilangan anak itu sebagai satu kemestian pula. Dalam soal merancang bilangan anak, kita dapat melihat wujudnya pasangan yang sama ada:
1. merancang menambah atau membanyakkan anak (zuriat) ATAU
2. merancang menjarakkan kelahiran anak (zuriat) kerana maslahah tertentu dan ‘darurat’ yang tidak dapat dielakkan.
Yang nyata, hampir tidak ada pasangan yang telah dan akan berkahwin merancang untuk tidak mahu mempunyai anak. Sebab perasaan ingin memiliki anak adalah fitrah nurani kita. Atau ada yang merancang tidak mahu beranak awal atas sebab-sebab tertentu, tapi tetap inginkan kehadiran anak. Kalau ada juga yang memang langsung tidak mahu anak, bermakna suami isteri itu mesti ada masalah kejiwaan. Pendek kata, semua pasangan mahukan anak (cahaya mata) sendiri dan kalau tidak dapat melahirkan anak sendiri pun, mereka akan mendapatkan anak angkat.
Sebelum pergi lebih jauh, baik bagi golongan ibu bapa yang merancang menambah anak atau menjarakkan kelahiran anak, masing-masing pastinya sudah pun sepakat di dalam soal-soal dasar berikut:
a. Setiap anak yang lahir itu telah dijamin dan ditulis rezekinya di sisi Allah.
Mereka sudah tidak ragu dan risau langsung pasal soal ini. Soal rezeki adalah urusan Allah s.w.t. yang tidak boleh diragukan lagi. Tidak boleh buruk sangka pada Allah dalam apa hal jua termasuk dalam soal rezeki. Yang tinggal bagi seorang ketua keluarga (bapa) ialah berusaha mendapatkan rezeki itu, kemudian bertawakkal kepada Allah s.w.t.
Ertinya kalau ada suami isteri atau ibu bapa yang merancang mengurangkan anak kerana takut tiada jaminan rezeki anak-anak, maka pegangan dan kepercayaan itu boleh merosakkan akidah mereka. Itu adalah satu pandangan yang jahil, sesat dan menyeleweng. Macam orang-orang kafir Quraisy yang membunuh anak perempuan kerana takut sial atau takut ditimpa kemiskinan.
Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa setiap orang anak yang lahir membawa bersamanya kemuliaan.
b. Anak adalah penyambung keturunan.
Dari Abu Hafsah (Sayidina Umar r.a.) bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kamu meninggalkan doa agar memiliki anak, sebab apabila seseorang meninggal dunia dan tidak memiliki satu anak pun, maka terputuslah namanya (di atas bumi ini).” (Riwayat At-Tabrani)
c. Doa anak soleh itu tidak terputus.
Anak sekiranya dibentuk menjadi anak yang soleh, insya-Allah akan menjadi aset yang sangat berharga pada kedua-dua ibu bapa khasnya apabila kedua-duanya sudah bersemadi di pusara kelak.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila mati anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sadaqah (amal) jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang selalu mendoakannya.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Maka lagi ramai anak yang dapat dididik dan dibentuk menjadi anak yang soleh dan solehah, maka lagi banyaklah aset dan saham yang dimiliki oleh ayah dan ibu. Perbezaan di antara pasangan yang mahu menambah anak dan mahu menjarakkan tadi hanyalah sekitar bagaimana merancang dan mentadbir anak-anak itu. Dan perancangan mereka itu bertujuan memelihara dan menjaga maslahah-maslahah tertentu.
Jadi, sudah tentu, setiap suami isteri dan ibu bapa yang mewakili dua golongan tadi mempunyai sebab dan hujah masing-masing. (Koleksi ANIS / Oleh: Amaluddin Mohd Nafiah)
---------------------------------------------
pengalaman mama, setiap kali tambah sorang, naik satu gred.. alhamdulillah rezeki anak...
tapi kepada yang belum dapat anak, harap dapat bersabar dan jangan penat berdoa... semoga satu hari nanti Allah makbulkan doa kita.. ameen...
February 12, 2007
demam-batuk-selsema-ubat-antibiotik
mama memang malas pun makan ubat.. tu yang tak baik-baik lagi ni batuk selsema dah seminggu lebih dah rasanya... jumaat lepas baru jumpa doktor.. doktor pun marah... "dah seminggu???" ala.. mama ingatkan batuk selsema biasa je.. rupanya ada demam sikit... pastu mama gi jumpa doktor pun sebab start hari jumaat tu rasa sakit kat bahagian pipi ngan gusi... isy.. sampai camtu sekali... doktor pun kata kalau biarkan boleh jadi resdung... weekend lepas pun hidung mama bengkak tokleh pegang sakit... dah macam badut la pulak.. nasib baik time cuti.. heheh...
pastu hari ni terlupa lak nak bawak ubat gi opis.. memang tak sihat lagi nih.. rasa macam nak berehat tidur je... tapi banyak pulak keje especially nak prepare for this afternoon punya BP2007 briefing session. balik lambat plak tu petang ni sebab briefing dijangka akan habis 5.45 ptg..itu kalau ikut jadual... kalau meleret-leret tu tak tau la... sekarang ni gigi pun rasa sakit jugak.. campur pening kepala lagi.. mama pun tak tau dah mana satu sakit sebab batuk selsema mana satu sakit sebab pembawaan... campur dua-dua tu yang makin tak larat tu...
doktor bagi mama antibiotik sampai 2 keping... isk.. bila la nak abis.. dah le bau dia sedap semacam.. kalau sendawa pun boleh bau lagi antibiotik tu.. uwek.. kenapa kite kena habiskan antibiotik yek??? sebenarnya dari dulu lagi mama ada kemusykilan pasal antibiotik...sebabnya pada mama kalau dah baik tu memang dah tak makan ubat la jawabnya.. ayah pun marah.. hehheh... kalau budak2 pun selalu tak abis antibiotik sebab mama dah tak bagi ubat bila dah baik.. hehheh... di sini ada jawapan tadi mama search sikit pasal kenapa kena habiskan antibiotik..
Pastikan anda menghabiskan semua antibiotik yang diberi. Selalunya anda akan diberi stok untuk 3 hingga 5 hari. Habiskan kesemuanya. Ini kerana tidak semua kuman itu mati setelah mengambilnya selama, contohnya 2 hari, walaupun tanda-tanda sakit anda telah hilang. Anda perlu menghabiskannya supaya semua kuman itu mati. Ini penting untuk mengelakkan daripada resistance (iaitu antibiotik tersebut tidak lagi dapat berfungsi dengan baik, jadi pengambilannya tidak lagi dapat menghilangkan penyakit tersebut).
full article boleh baca di sini...
nampaknya mama kena jugak la habiskan antibiotik yang tak sedap tu...
February 07, 2007
tak tau..
hmm.. sibuk sangat ke sekarang nih? dah semakin jarang dapat menulis... tak tau la nak kata... sibuk tu sibuk jugak... tapi kan sebenarnya semenjak office ni direnovate so position pun dah berubah-ubah.. mama punya tempat ni membelakangkan orang yang lalu lalang.. so orang yang lalu lalang tu senang sangat la nampak pc screen mama.. hehhehe... agaknya sebab tu kot mama jarang tulis kat blog sekarang... har har har... kang tetiba tak perasan kena tangkap ngan bos kang.. heheh..
takde idea pun ye jugak.. tah le sejak dua menjak ni otak cam beku semacam... isk. isk... agaknya mama ni kurang bersenam kot.. err.. ada kaitan tak??
tangan ke atas
tangan ke samping
tangan ke depan
kita lipat tangan
tegakkan badan
luruskan kaki
ayunkan kan tangan
berulang kali
lompat ke atas
...............
menjaga badan
juga fikiran..
haa. inilah lagu favourite humaira... tapi mama pun tak hafal sangat la.. ntah apa ada serangkap lagi tengah-tengah tu mama tertinggal kot... tu la dia... kalau kite bersenam boleh la sihat badan dan fikiran... yelah.. time-time sekarang ni manalah mama nak bersenamnya.. tapi kengkadang tu teringin gak nak pi main netball ke.. main basketball ke.. main badminton ke.. pegi jogging ke.. yelah dah biasa aktif dolu-dolu... hehhehe... dulu la... tapi jogging tu mama tak berapa minat la.. suka lagi main-main... sebab seronok.. rasanya last sekali mama main netball masa MTP dulu kot... gila lama.. dah 6 tahun dah... bersukan, bersenam? isk.. memang dah lama la... hmmm.. patutla otak ni makin beku... tapi sebenarnya tiap2 hari bersenam jugak.. turun naik tangga tu...
haii.. tengok tu apa la merapu.. takde idea.. takde idea... korang takyah la baca entry ni ye... merapu je lebih nih... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)