October 26, 2022

Tawakkal

Tiba-tiba saya teringat ketika Humaira dapat result UPU. 

Sebelum ini, Humaira belajar Asasi Sains di UiTM Dengkil.  Untuk pengetahuan, hanya Asasi UiTM dan UM saja yang perlu mohon UPU untuk masuk pengajian degree. Bermaksud mereka boleh pilih mana-mana universiti awam untuk sambung degree mereka. Tak seperti program Asasi universiti lain. Contohnya Maisara Asasi di UIA, secara automatik dia akan sambung degree di UIA. Cuma ada permohonan dalaman untuk menentukan course apa yang dia akan sambung. 

Semasa apply dalam UPU, Humaira pilih:

Pilihan 1: Veterinary di UPM
Pilihan 2: Ecology and Bio Diversity di UM
Pilihan 3: Bio Diversity di UiTM

Ada lagi pilihan seterusnya tapi saya tak ingat. Melihat kepada pilihannya, tentulah kalau boleh kita nak dia jadi Doctor. Boleh la nanti panggil Dr Humaira. Boleh buka klinik sendiri. Sekarang pun ramai orang bela kucing insya allah prospek kerjaya sangat promising. Namun si empunya diri tak kisah pun. Dia kata tak kisah mana2 dalam top 3 ni sebab semua dia minat.

Setiap hari saya doakan Humaira. Dalam doa saya minta Allah beri yang terbaik. Dalam hati saya mengharapkan dapat Vet. Namun saya kata dengan Allah, kalau vet itu yang terbaik maka permudahkanlah, jika sebaliknya maka Engkau yang lebih mengetahui mana yang terbaik.

Usaha sudah, doa sudah, perlu tawakkal. Maksudnya apa yang dapat nanti itu lah yang terbaik sebab kita dah serahkan bulat-bulat kepadaNya. Apa yang dapat kita kena terima dengan ikhlas,

Akhirnya keputusan keluar. Humaira dapat Ecology and Bio Diversity di UM. Alhamdulillah dia happy sebab dia memang tak kisah antara tiga option tu.

Saya? Astaghfirullahal 'azim. Itu yang nak ceritanya tu. Di sudut hati saya agak kecewa. Result final exam Asasi dia sangat bagus.. hampir four flat, masa interview pun berdasarkan apa yang Humaira cerita dia boleh jawab. Kenapa tak dapat first choice? Rupanya saya yang kurang bertawakal. Ya Allah tiap2 hari saya dah doa minta Allah beri yang terbaik, tapi rupanya hati saya tidak ikhlas untuk menyerahkan urusan ini kepada Allah. 

Astaghfirullahal 'azim..
Moga Allah ampunkan saya..

No comments: