April 11, 2022

Write To Share: Bengkel Seni Peluahan Dalam Penulisan

Sabot lepas, saya telah berkesempatan untuk mengikuti Bengkel Seni Peluahan Dalam Penulisan oleh Bonda Nor. Bengkel secara online. Seni peluahan ni ada 3 kategori:

1. Write to remind
2. Write to heal
3. Write to share
Write to remind adalah luahan yang kita tulis untuk peringatan, bukan saja untuk orang yang membacanya malah selalunya lebih kepada untuk diri sendiri. Contohnya kata-kata nasihat dan semangat.
Write to heal pula adalah kata-kata untuk melepaskan apa yang terbuku dalam dada kita. Yang apabila kita luahkan tu kita akan rasa puas dan lega. Bukan rasa geram atau marah saja, rasa happy pun kita rasa nak tulis juga kan. Kadang-kadang tulisan tu cuma apa yg kita buat atau kita rasa dalam aktiviti seharian kita. It is like a diary. Namun kena ingat adab-adab menulis. Mungkin dalam kategori ini kita perlu berhati-hati sama ada tulisan kita itu sesuai untuk dikongsi di media sosial ataupun hanya untuk tatapan kita saja.
Write to share pula adalah apa-apa saja yang kita rasa nak kongsi. Contohnya kita share resepi masakan, ilmu yang kita dapat daripada kuliah Ramadhan, pengalaman kita sebagai ibu, anak, pelajar, pekerja dan sebagainya. Perkongsian kita itu biarlah bermanfaat, yang mungkin boleh buatkan orang tersenyum gembira, menambah ilmu di dada ataupun meninggalkan kesan positif kepada pembacanya.
Menulis boleh jadi ladang pahala dan juga ladang dosa. Malah boleh jadi ladang rezeki juga! Kitalah yang perlu pilih dan mencorakkannya, Insya Allah.
Di akhir sessi, Bonda Nor telah memberikan tugasan untuk pilih salah satu kategori peluahan dan tulis satu posting di Facebook.
Maka, dah siaplah tugasan saya, yeayy!!
Alhamdulillah.. 😊
#BengkelSeniPeluahanDalamPenulisan
#WriteToShare

No comments: