October 04, 2018

He is at end stage

"He is at end stage"

Deja vu..
Kata-kata doktor itu bagaikan menyentap hati mama.

Mama perasan memang keadaan Aqil agak tidak berapa baik sejak beberapa bulan ini. Deep in my heart I knew that his condition is getting worse. Tapi untuk mengatakan Aqil dalam end stage, mama agak tak sangka.

"Doktor, saya nak tanya.. sebenarnya takut nak tanya.. tapi nak tau.. berapa lama...." mama beranikan diri.

"I cannot say, it can be bila-bila masa saja. Adakalanya hari ni kita nampak dia ok tapi tiba-tiba dia boleh pergi macam tu saja. Anyway, he is a strong boy already... since 6 months old kan." 

Penjelasan Dr Chan itu membuatkan mama sebak, cuba untuk redha.

"I can prepare you a letter, kalau apa-apa berlaku kalau you bawak dia ke mana-mana hospital you bawa surat tu as reference."

Dialog ini mama dah dengar 2 tahun lepas. Ayat yang sama. Bagaikan filem diulang tayang.

Tidak lama selepas jumpa Dr Chan, ayah pun sampai. 

"Abang, Dr Chan kata Aqil dah end stage..." 

Air mata yang ditahan-tahan tumpah jua akhirnya....

----------------------------------------------------------------------------

Sejak keluar wad, Aqil selalu mengadu sakit dada. Bila sakit dia akan minta kita riba dia dan pegang dada dia. Masa tu memang selalunya Aqil dalam keadaan tak larat. Mama akan bacakan zikir supaya dia tenang dan mama doa banyak-banyak supaya Allah kurangkan kesakitan yang ditanggung oleh Aqil. Dalam hati mama rasa macam-macam perasaan, rasa takut... berdebar-debar.. tertanya-tanya adakah sudah sampai masanya? mama sendiri pun kena tenangkan fikiran... dan cuba fikir yang baik-baik.

Melihatkan keadaan Aqil yang macam tu, memang Aqil tak dapat ke sekolah lagi. Doktor nasihatkan untuk Aqil sentiasa pakai oksigen. Ubat pun banyak nak kena makan. Mula-mula macam nak cari maid. Atau alternatif lain cari daily nurse. Dah survey-survey dan tanya-tanya. Tapi hati mama berat nak tinggalkan Aqil. Terutamanya bila time Aqil sakit dada. Allahu... biarlah mama yang jaga. Mama nekad untuk ambik unpaid leave. Ayah pun setuju,

Alhamdulillah dah 3 minggu mama jaga Aqil di rumah. Kesihatan Aqil alhamdulillah agak stabil. Namun sakit dada masih berlaku. Kadang-kadang kerap.. satu hari tu sampai 3- 4 kali jadi. Tapi ada hari yang dia tak sakit dada langsung Alhamdulillah.. Cuma akhir-akhir ni dia agak susah nak tidur malam. tak berapa nyenyak dan asyik bangun-bangun je. Tidur dia pun kena bantal tinggi (5 bantal), kira tidur pun macam duduk. Doktor kata sebab kalau bantal rendah dia akan rasa lemas. Doktor kata ini salah satu indikator keadaan Aqil tak berapa baik.

Hari-hari seterusnya dilalui dengan meluangkan masa bersama Aqil. Membaca melukis menulis mengaji... Ya, tak pergi sekolah tak bererti tak perlu belajar kan Aqil kan? kita kena cepat habiskan buku Anakku 7 ni Aqil. Nak masuk buku 8 dah ni..

To Aqil, whatever happens... Mama love you very-very much... You are such a strong boy!