February 27, 2015

Luqman.. From primary to secondary


 Alhamdulillah, setelah berjaya mendapat 5A tempohari dalam UPSR dan Jayyid Jiddan dalam PSRA maka bermulalah perjalanan hidup yang baru bagi anak sulung saya, Luqman Hakim.


Untuk kemasukan ke Tktn 1, kami berusaha untuk mendapatkan tempat di beberapa buah sekolah. Tak banyak pun kami apply. SAM10, SMA MAIWP, MRSM dan SEMI ABIM Seremban.

Apabila hampir tiba waktu untuk mula sessi persekolahan 2015, Luqman telah mendapat tawaran ke SEMI Abim. Tapi serba salah juga nak ke sana sebab belum pernah tengok keadaan sekolahnya. Bila diselidik, sekolah ini menyediakan asrama yang agak terhad. Hanya terdapat 50 orang yang duduk di asrama dari Tktn 1 hingga 5. Suami kata macam kasihan pulak nak hantar Luqman kat situ. Pergaulannya akan terhad. Sementara itu, permohonan ke SAM10 dan SMA MAIWP tiada sebarang perkhabaran. Bila saya call JAWI, mereka kata SMA MAIWP hanya untuk mereka yang bersekolah di Wilayah saja. Oh, saya tak nampak pulak syarat tersebut dalam borang yang saya isi sebelum ini. Patutlah interview pun tak dapat panggilan. SAM10 pula entah mengapa tahun ini tak ramai pelajar ABIM yang dapat tawaran. Yang dapat Mumtaz pun ramai lagi yang tak tersenarai apatahlagi Luqman yang dapat Jayyid Jiddan. Lantas kami buat keputusan untuk hantar Luqman ke sekolah harian di SMK Saujana Impian sementara menunggu keputusan MRSM.





Merasalah juga susah payah ke sekolah harian. Pergi balik naik bas sekolah. Balik sekolah sampai rumah dah pukul 7.30 mlm. Tapi tengok Luqman ok je. Survival la dia lagipun lelaki kan oklah juga. Ada sekali tu bas sekolah tayar pecah tengah jalan. Terpaksa dia teruskan perjalanan ke sekolah dengan jalan kaki. Bila dengar cerita tu memang lah risau sangat kita ni. Tapi terpaksa terima hakikat bahawa anak kita dah semakin besar dan sudah tiba masanya untuk kita lepaskan dia sedikit demi sedikit supaya dia boleh belajar berdikari. Harapnya itu juga menjadi satu pengalaman berguna kepada Luqman supaya merasakan susah payah dan cabaran orang lain rasa.

Setelah 2 minggu bersekolah di SMK Saujana Impian, keputusan yang ditunggu-tunggu telah tiba. Luqman telah berjaya mendapat tawaran masuk ke MRSM Batu Pahat! Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga sangat. Terasa sayangnya Allah kepada kami kerana telah memakbulkan impian, doa dan hajat kami selama ini. Manisnya rasa kesabaran itu, kami tak hantar pun surat rayuan ke sekolah SAM10 hari tu kerana menunggu-nunggu keputusan ini. Alhamdulillah syukur......

Maka pada 4 Februari yang lepas kami pun terpaksalah melepaskan Luqman untuk menjalani kehidupan di MRSM Batu Pahat yang tak sampai 5 minit dari rumah neneknya hehe. Alhamdulillah setakat ni Luqman is doing well. Tapi tiap minggu boleh balik rumah nenek amboii.... 




Semoga Luqman terus berjaya dan cemerlang tidak kira di mana Luqman berada. Walaupun Luqman tak menyambung pelajaran dalam aliran agama, Luqman kena ingat pesan mama dan ayah. Tidak bermakna ianya berhenti setakat itu saja. Teruskan menghafal AlQuran, teruskan membaca AlQuran setiap hari, pastikan sentiasa solat berjamaah. Semoga apa yang telah dibaja sejak Luqman kecil lagi akan terus subur dalam diri Luqman sampai bila-bila.




All the best!!!