December 05, 2014

Tahniah Luqman Hakim!


Alhamdulillah berkat usaha Luqman sendiri, usaha guru-guru yang mendidik dan mengorbankan masa dan tenaga, usaha ayah bagi tuisyen kat Luqman setiap malam dan doa dari mama, ayah, atuk, nenek dan semuanya, Allah rezekikan Luqman dapat 5A dalam UPSR.

Teruskan kecemerlangan ini untuk dunia dan akhirat wahai Luqman Hakim.

December 02, 2014

Ihtifal Pasti, Ihtifal SERI ABIM, Graduasi Tahun 6

Akhir tahun memang banyak event..

Ihtifal PASTI D'Sutera

Alhamdulillah Ihtifal Pasti D'Sutera tahun ini telah berjalan dengan lancar pada 15 November yang lalu di Auditorium GMI. Nasib baik tahun ni tak clash dengan Ihtifal Seri Abim. Dah 2 kali clash tau.

Tahun ni tak dapat buat di ILSAS kerana lambat book. Agak terkilan juga apabila melihat pentas dewan kali ini yang kecik! Kesian budak-budak nak buat persembahan. Lain kali pertengahan tahun atau mungkin dari awal tahun lagi dah kena book dewan kalau nak yang best.

Walaubagaimanapun, persembahan anak-anak tahun ini sangat hebat. 6 tahun dengan choral speaking. 5 tahun dengan pantomin dan 4 tahun dengan nyanyian. Ada juga persembahan khas bercerita oleh Johan Bercerita Alam Ria PASTI peringkat Kawasan Serdang iaitu Badri. Comel sangat bila dia buat suara semut.

Jadi VIP kali ni. Dapatlah merasa
pakai baju konvo hehe
Pentas yang sempit, terpaksa berhimpit-himpit
Penyampaian hadiah
Para graduan 6 tahun
Bersama tenaga pengajar dan AJK Pasti
Jadi pengiring VIP. VIP Pn Arbaisah Timbalan Ketua
 Dewan Muslimat PAS Kawasan Serdang.
Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tahun ni saya jadi macam VIP jugalah sebab tak dapat nak terlibat sangat dalam persiapan sebab semua buat waktu malam. Tugasan pulak jaga VIP. Syabas kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan ihtifal kali ini. Syabas tak terhingga kepada guru-guru kerana melihat kepada persembahan anak-anak kali ni saya rasa sangat bangga kerana cikgu-cikgu dah dapat capai expectation yang kami harapkan. Tahun ni punya persembahan memang saya guide sikit saja.

Semoga para graduan PASTI terus cemerlang dan menjadi insan soleh dan solehah.

Ihtifal SERI ABIM

Tahun ni masih mengharapkan supaya Imran dapat naik pentas. Namun mungkin masih belum rezeki Imran lagi. Imran dapat nombor 11. Raihana pula, harap-harap juga tapi tak tau nak expect apa sebab baru darjah 1. Sekali tu dapat nombor 20. Hmm... memang tak dapatlah.

Humaira Maisara alhamdulillah masih dapat mengekalkan kecemerlangan setiap tahun. Humaira nombor 2 dalam kelas, Maisara nombor 3 dalam kelas. Alhamdulillah.

Luqman pula berehat kat rumah main game hehehe...

Tahniah

Graduasi Tahun 6

Oh ini pertama kali merasa duduk dalam majlis konvo yang betul-betul punya. Almaklumlah, saya dan suami tak pergi konvo masa tamat belajar dulu sebab universiti kami buat konvo lambat. Orang dah balik malaysia dah tak mampu la nak pergi lagi dengan duit sendiri untuk hadir majlis konvo tu.

Hari Graduasi Tahun 6 Seri ABIM diadakan pada 22 November yang lepas di Dewan Auditorium Abu Zarim, ILSAS. Dewan ni la yang kami nak untuk buat Ihtifal Pasti hari tu tapi tak dapat. Tahun lepas memang kami buat Ihtifal Pasti di sini.

Majlis dirasmikan oleh Tn Hj Ahmad Azzam, ayah kepada Allahyarham Ahmad Ammar. Beliau adalah bekas Presiden ABIM. Amat bagus isi kandungan ucapan beliau. Antaranya beliau mengatakan jangan kita hidup ini setakat hidup sahaja dengan 8 C. Saya tak berapa ingat semua 8 C tu tapi antaranya Career, Car, Condo, Children, Clubhouse, Cemetery. Maksudnya matlamat hidup kita janganlah hanyalah untuk kita. Sebaliknya hidup kita sepatutnya ada termasuk sekali dengan agenda ummah. Bagaimana kita boleh menyumbang kepada ummah.

Satu lagi isi penting, beliau berkongsi bagaimana beliau memilih Turki untuk menghantar anaknya melanjutkan pelajaran. Satu aspek yang paling penting ialah aspek kebersihan terutamanya kebersihan tandas. Beliau sudah tengok madrasah, pusat tahfiz dan yang seangkatan dengannya di merata dunia. Kebanyakannya kotor termasuklah di Malaysia sendiri. Beliau kata kebersihan itu mencerminkan peribadi. Ianya reflect kepada iman, iaitu dengan amal. Kebersihan, bersuci, taharah adalah perkara asas dalam Islam.



Alhamdulillah Luqman graduate dalam kategori Cemerlang. Tak pasti pulak macamana cikgu kategorikan diorang ni. Result UPSR masa tu pun belum keluar lagi.

Orang jakun tak pernah konvo




Alhamdulillah. Tahniah Luqman!