Alhamdulillah pada 2 November yang lepas telah berlangsungnya Kem Aqil Baligh di Surau Tmn Sutera yang dianjurkan oleh Surau Tmn Sutera dan PPTS. Program ini telah diuruskan oleh team Nisa' Serdang. Untuk menjalankan program ini, kami juga telah mendapat sedikit peruntukan dari YB Dr Ong Kian Meng, Ahli Parlimen Serdang dan YB Eddie Adun Balakong.
Antara orang kuatnya.. sayalah! Hehehe... nak juga take credit ye... Alhamdulillah ini kali pertama kami dapat bekerjasama dengan adik2 Nisa Serdang yang mereka ni memang sangat committed dan rajin dengan aktiviti-aktiviti dan program-program yang berbentuk mendidik masyarakat. Silalah like FB mereka Nisa Serdang Fan Club untuk follow cerita atau aktiviti mereka. Siapa ada anak remaja perempuan boleh juga mendaftar untuk menjadi ahli. Insya allah boleh anak-anak kita manfaatkan masa mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah bersama Nisa.
Ok back to our program, kem ini bertujuan untuk menyiapkan diri anak-anak kita untuk melangkah ke alam remaja. Slot kali ini untuk anak perempuan sahaja. Kita ada 3 slot pengisian:
1. Perubahan Fizikal dan Emosi
2. Tanggungjawab Agama
3. Akhlak dan Pergaulan Sosial
Pengisian diberikan oleh mereka yang bertauliah dalam bidang berkaitan. Slot pertama oleh pakar dalam bidang Biologi, yang kedua oleh ustazah dan yang ketiga oleh pegawai Jakim.
Selain itu, program juga diselangselikan dengan aktiviti berkumpulan dengan dibantu oleh fasilitator dari pihak Nisa.
Program bermula 8 pagi dan berakhir pada 4.30 petang.
Alhamdulillah penyertaan seramai 40 orang dan ramai yang ditemani oleh ibu mereka. Sangat berbangga dengan wanita Taman Sutera yang sangat mengambil berat dan memberi sokongan kepada program-program seperti ini. Anak-anak pun mesti berasa terharu kerana ibu-ibu sanggup bersama-sama dalam program ini dari awal hingga akhir. Sememangnya saya rasa sokongan dan bimbingan dari ibu sangat penting ketika waktu peralihan anak-anak ini.
Saya rasa program ini memang sangat bagus untuk memberi pendedahan kepada anak-anak yang sedang menuju ke alam remaja. Bukan sahaja dari segi tanggungjawab agama ataupun cara untuk menguruskan diri semasa datangnya haidh, tapi yang paling penting saya rasa ialah topik ketiga iaitu dari segi akhlak dan pergaulan sosial. Sebab kita tahu sekarang ini macam-macam gejala sedang berlaku di sekeliling kita contohnya seperti dadah, zina, buang anak, hiburan melampau dan sebagainya. Memang amat menakutkan! Selalulah kita berdoa supaya anak-anak kita dijauhkan daripada perkara-perkara tersebut.
Taaruf |
Karmila, Aisya, Dina dan K Nora sanggup dtg dari jauh untuk menyertai program ini, Syabas! |
Mak-mak kat belakang sampai sakit-sakit pinggang ye.. Berkorban demi anak hehe |
Dr Ong sempat singgah merasmikan program |
Bersama salah seorang penceramah (sori tak ingat nama hehe). Yang geng nisa tu kenal la... Sakinah dan Ajma Apasal saya nampak macam pregnant je? opss... ilusi optik ye.. |
Akhir program. Sessi bergambar. |
Tahniah Team Helwa TS dan Team Nisa! Semoga ini bukan kerjasama yang terakhir. |
Terima kasih kepada team Nisa Serdang - Sakinah, Ajma, Mimi dan Aisyah yang telah conduct kem ini dengan lancar dari awal hingga akhir. Terima kasih kepada team Helwa TS - Ida, Wahida, K Rokayah, K Iza dan semua lain-lain yang terlibat dalam merancang dan menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan jayanya Alhamdulillah. Terima kasih kepada team Wanita Tmn Sutera terutamanya kepada Shima and the Gang yang menyokong dan mempromote program ini sehinggakan tak sempat keluar banner lagi tapi pendaftaran dah ditutup hehe.
Alhamdulillah dengan izin Allah.
No comments:
Post a Comment