July 01, 2014

Beef Stew menggunakan periuk Noxxa

Saya baru beli periuk Noxxa. Hehehe..

Sebenarnya mula-mula kakak ipar belikan untuk mak mentua. Jadi agen tu buatlah demo guna periuk ni. Kami adik beradik ni tengok memang kagum abislah dengan periuk ni. Masak nasi 3 minit je. Rebus tulang 30 minit je. Memang amat mudah dan menarik. Demo buat nasi arab. Senang je rupanya. 

First time dapat terus buat nasi lemak. Lepas tu buat nasi arab. Sampai budak-budak pun dah muak makan nasi arab opss... hhehhe. 

Minggu lepas saya cuba buat stew daging. Memang menjadi dan sedappp.... Tak taulah sedap sebab periuk ke sebab resepi. Tapi kalau guna periuk biasa kena masak sampai 1-2 jam sampai daging betul-betul lembut. Guna periuk ni setengah jam dah siap. Suka suka suka...

Resepi diambil dan diolah dari blog ini.

Bahan-bahan:
  • 500gm daging lembu ~ bersihkan dan potong kiub
  • 2 biji bawang besar ~ potong dadu
  • 5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
  • 2 sudu pes bawang - resepi di bawah
  • 2 sudu tomato puree - saya tambah
  • 1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
  • 2 biji kentang ~ belah 4
  • 2 helai daun bay
  • 2 batang celery dipotong dlm 1 inci - saya tambah
  • 4 biji cendawan butang dibelah dua - saya tambah
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam dan gula
  • Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya.
Cara-cara
  • Panaskan minyak didalam periuk Noxxa menggunakan fungsi Stir Fry. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 5-10 atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
  • Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata. Masukkan tomato puree. Kacau rata.
  • Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk. Tukar kepada fungsi High Pressure dan masak selama 20 minit.
  • Selepas 20 minit, buka tutup periuk. Tambahkan kentang, lobak dan cendawan. Tutup dan masak lagi dengan fungsi High Pressure selama 5 minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
  • Selepas 5 minit, buka tutup periuk. Tambahkan celery. Tutup dan masak lagi dengan fungsi High Pressure selama 2 minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Ini pula resepi pes bawang tapi saya takdelah buat sampai 1 kg bawang. Ini untuk buat stok ni. Saya buat hari tu dalam 2 bji bawang besar je untuk sekali guna:

Bahan-bahan
  • 1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
  • 300 gm bawang putih ~ belah dua
  • 1/2 liter minyak atau secukupnya
Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
  • Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
  • Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
  • Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
  • Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.

Ini hasilnya. Tadaa.... semua orang suka yeayyyy!!! 


p/s - gambar tak cantik tapi rasanya insya allah sedap.. hehhehe....

No comments: