December 09, 2008

corat coret

Kenduri Kahwin Epi and barongan/kuda kepang

Sabtu lepas ialah kenduri kahwin rumah Tok Amat. Pengantinnya Epi. Meriah mestilah meriah. Orang kuat Umno la katakan. YB Noraini pun datang. Satu yang tak tinggal kalau kenduri rumah tok amat ni ialah persembahan kebudayaan.. Silat, Zapin, Gamelan, Kuda Kepang dan yang menyeramkan ialah persembahan Barongan...





inilah dia watak utamanya.. satu makhluk yang merupakan cantuman seekor harimau dengan seekor merak..


Barongan ni memang selalunya sekali dengan kuda kepang..


Yang ni mama tak pernah tengok. Siap angkat orang dok atas kepala tu...

Dari segi asal usulnya barongan dan kuda kepang ini memang berasal dari Jawa. Kalau yang betul-betul punya tu memang sampai tak sedar diri.. macam dalam cerita Pontianak Harum Sundal Malam tu... tapi untuk persembahan ni memang setakat persembahan je la...

rupa-rupanya malam lepas hari kenduri tu ada buat kuda kepang yang betul2 punye.. eii... takut... pak zan bawak budak2 tengok... luqman n humaira la ikut sekali... diorang kata ajib dah naik sih dah... siap siat kelapa pakai gigi lagi.. hish... seramnya.. pak zan ada amik video tapi tak sempat nak tengok la...

Salam aidiladha
Mula-mula ingatkan nak raya haji kat kampung. Pujuk punye pujuk ayah cam berat je. Memang plan asalnya nak raya kat taman sutera. Tapi sebab rupanya takde orang yang beraya kat kampung. Masing-masing balik untuk kenduri je. Mak nit balik pahang. Pak zan balik kedah. Mak Wa pun pagi raya tu kat Seberang. Tinggallah Mak Ima je. Cam kesian pulak kat nek. Tapi yelah mama tanya je ayah kalau boleh pagi raya lepas makan-makan baru balik KL. tapi sebab kat KL pun dah susun jadual macam-macam.. so takpelah... wakilkan Luqman, Humaira n Maisara je la beraya dengan nenek. Yes, the three stooges tinggal kat kampung... cewah.. first time la ni..
Sebenarnya kena balik KL jugak sebab Raihana ambil bahagian aqiqah. Pagi-pagi lagi lepas solat raya ada sessi penyerahan kepada wakil yang nak menyembelih lembu. Hujan agak lebat juga. Habis basah kuyup semua orang. Tapi mama tengok dari jauh je la... 5 ekor semua lembu kena tumbang...
inilah lembu aqiqah raihana... errr... satu bahagian la...
warga taman sutera dan dot dot dot bergotong royong menguruskan daging korban dan aqiqah.. yang bestnya ada 5 kepala... siap 'lelong' lagi... last-last semua bangla angkut...
alhamdulillah setakat zohor semua settle tinggal nak agih2kan daging saja.. lepas tu baru kami pegi rumah atuk cheras nak makan juadah raya.. hehheh.. pagi raya tu makan spaghetti je kat rumah... huhu kelas gitu...
The kidz (3/5) tinggal kat kampung
Wah ingatkan main-main je. Tapi tengok bersungguh diorang nak tinggal kat kampung. Oklah tinggal je la. Lagipun Addin this week tutup. Lagipun nanti hari Khamis mama dah cuti balik sebab Selangor cuti. So khamis kami dah boleh balik kampung semula.
Seronoklah diorang. Main game, main air, main rumah2. Mama call pun nak tak nak je cakap dengan mama. Ada ke patut, angkat je telefon dia tanya, "Mama ada apa?" Lepas tu mama baru cakap sikit dia dah kata " Ok bye.." Orang tak abis cakap lagi nih.. Sabor je la...

Yang kesiannya Imran la. Tak ada kawan kat sini. Asyik kacau raihana je la kerja dia. Kita pulak yang tensen... isk isk isk.. Takpe imran, insya allah esok kita jumpa kakak ngan abang, ok...

No comments: