December 19, 2007

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Esok raya haji.. mama masih di sini.. tak balik kampung? balik tapi lambat sikit... hari sabtu.. esok sibuk nak nolong-nolong kat surau taman sutera tu (ayahlah) sebab ada 3 ekor lembu nak buat korban... banyak gak tu.. ntah la larat tak diorang nak handle sebab ramai gak orang balik kampung sebab cuti panjang kan.. itu pun kalau tak ada 4 ekor.. tapi last minute sekor lagi tu tak jadik plak..

hari sabtu kami balik.. hari ahad kenduri kahwin jiha (ingat tak dulu mama pernah cerita nama dia noorghana - sebenarnya nak bagi nama noorjihana)... plan asalnya nak dok sampai selasa pastu balik sini la sebab ayah start keje hari rabu.. mama memang la cuti sampai tahun depan.. tapi nek dah mencadangkan mama untuk tinggal kat kampung sebab nak buat kenduri yassin mlm jumaat depan.. sambil tu boleh buat potong jambul raihana sekali.. isk jambul pun takde nak potong apa? hheheh... pikir punye pikir ok jugak.. kat sini pun budak2 boring dah.. kalau kat kampung boleh la main puas-puas ngan nizam nazim... cuma concern sikit pasal cuaca yang tak menentu nih la.. so insya allah.. cuti panjang la mama kat kampung nanti...

Sempena hari raya haji ni mama nak bagi resepi sheperds pie.. almaklumlah raya haji ni kan banyak daging korban.. buat sate sodap.. buat sup tulang pun sodap.. buat sheperds pie sodap jugak.. hhhehe..


Resepi Sheperds Pie

Bahan-bahan

1/2 kilo daging - rebus. Kemudian dipotong dadu.
Air rebusan daging - guna balik air rebus daging tadi
1 ulas bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 ulas bawang merah - dicincang halus
2 kilo kentang - dibuang kulit. direbus. dilenyek bersama sedikit butter
3 batang carrot - dipotong dadu
6-7 biji button mushroom - dipotong agak-agak saiz dadu gak..(boleh juga kalau guna mushroom dlm tin tapi kena tengok brand.. mama selalu guna ayam brand.. kalau brand lain cam bau tak best sikit.. tak tau la orang lain. tapi kalau beli fresh mushroom lagi best cuma mahal sikit)
1 tin mushroom soup pekat
1 tin green peas
1/2 tin tomato puree
1-2 sudu serbuk cili - ikut suka nak pedas cemana.. takyah letak pun takpe
garam - ikut suka
mixed herbs - ikut suka
oregano - ikut suka

Cara-caranya

Rebus daging hingga empuk. Lepas tu potong dadu.

Sambil tu boleh rebus kentang hingga empuk. Lepas tu lenyek dia macam nak buat mashed potato. Jangan lupa buang kulit dulu ye.. masa lenyek tu tambah butter sikit.. ala.. butter biasa-biasa je yang makan ngan roti.. takyah la carik yang cam buttercup tu.. nak buat kentang dia ni pun ikut la masing-masing.. ada orang campur susu sikit pastu guna mixer untuk lembutkan dia.. tapi mama selalu lenyek-lenyek je.. err.. bukan mama la..bibik yang lenyek.. hehhe..

ok sambung balik..

bila dah potong-potong semua tu boleh la start masak..

Panaskan minyak/butter dalam kuali.
Masukkan bawang-bawangan hingga garing.
Masukkan daging, carrot, sesenduk dua air rebusan daging - hingga carrot agak-agak lembut.
Masukkan mushroom dan kacang peas.
Masukkan mushroom soup, tomato puree dan serbuk cili.
Masukkan garam secukup rasa, mixed herbs dan/atau oregano.
Gaul sebati.
Tunggu hingga agak kering (tapi jangan kering sangat)


ok lepas tu masukkan dalam mangkuk casserole. Ratakan dan mampatkan.
Atasnya kite letak la mashed potato tadi dan ratakan.. pastu buat corak-corak sikit..


preheat oven
bake for 30 minutes at 180 degrees..
voila!
senangkan?



sebelum masuk oven


dah masak.. isk tak sabor-sabor lagi.. dah kena potong.. tak sempat nak amik gambo..

nak lagi..!!


mmm.. sedapnye mama buat!!
hhehe..

Selamat mencuba.
Selamat Hari Raya Aidiladha!
Bertemu lagi di tahun hadapan.... insya allah....

December 18, 2007

Pusat Sains Negara

takde idea? hmmm... sebenarnya ada banyak bende nak cerita tapi cuma tak berkesempatan je.. ntah kenapa semenjak dua menjak sejak balik from maternity leave hari tu terasa busy banget.. kengkadang tu satu hari nak bukak internet pun tak menyempat... sampaikan nak cuti pun tak senang.. esok pun patutnye dah start cuti tapi disebabkan permintaan dari GM Group Finance nak buat meeting terpaksalah datang kejap pagi esok.. nak mintak postpone kang macam tak patut plak sebab mama nak cuti sampai new year... cuti berlambak nih.. ada sesapa nak sikit? hheheh... eksen...

Pusat sains negara

last two weeks.. isk nak cerita pun macam dah basi lak... we went to Pusat Sains Negara... nak cover la sebab actually dah janji nak bawak gi zoo melaka sambil terus balik kampung tapi memandangkan cuaca yang tak menentu sekarang nih tak nak la amik risiko so kita bawak la the kidz ke tempat yang lebih selamat.. seronok la diorang.. especially kat tempat main-main tu... luqman's favourite is yang control tangan robot untuk pickup bongkah-bongkah... terrer gak luqman main.. sampai dah balik pun esok-esoknya pun kata nak pegi pusat sains lagi sebab nak main tangan robot.. errr.. takkan everyweek nak pegi pusat sains kot... enjoy the pics...


dlm aquarium

gambar kenangan bersama dinasour..

tolong... dinasour nak makan raihana!!


luqman sebagai robot


maisara sebagai doktor


humaira sebagai angkasawan
imran nak jugak tapi tak sampai... hehhe


yang lamanya kat sini la...
puppet show..

si tembam..