Tipulah kalau mama kata mama tak tersentuh hati dengan cerita tsunami ni.. sedih sangat.. especially bila baca cerita mereka yang betul2 mengalaminya... bila dengar cerita macamana orang yang disayangi hilang disambar ombak di depan mata sendiri... kehilangan 5 orang cahayamata sekaligus... aduh... berlinang air mata... mungkin sebab bila kita ada anak naluri keibuan itu cukup kuat menyebabkan kita sensitif bila dengar berita kehilangan orang tersayang.. tak dapat nak bayangkan.. macamanalah kalau jadik kat diri sendiri... semalam tengok berita.. budak2 tengah mencari2 barang yang boleh diselamatkan daripada dlm lumpur bekas sambaran ombak besar tu... kesiannya... dah la sekolah dah nak buka minggu depan.. mama cakap kat luqman.. luqman tengok tu... kesian dia nak pegi sekolah... banjir.. buku-buku semua habis... dah takde buku dah...
mama nak luqman paham sikit2 untuk kesian kat orang yang ditimpa musibah.. mama doa mereka yang terlibat supaya tabah menghadapi dugaan yang amat besar ini... kuasa Allah.. insya allah ada hikmah di sebalik kejadian ini..
latest death toll ialah 68000 orang keseluruhannya... jumlah kat malaysia yang mati dlm 68 orang tapi 100 lagi masih dilaporkan hilang... ada kampung2 kecil di utara sumatera lenyap sama sekali ditelah ombak tsunami... somehow kita bersyukur di negara kita tidak la seteruk di tempat lain... cuma mungkin jumlah mangsa yang mati di tempat kita boleh dikurangkan sekiranya ada amaran awal.. mama baca pagi ni sebuah hotel tepi pantai di Penang sempat memberi amaran kepada visitors di situ sebab ada baywatch... bila pemerhati pantai nampak ombak luar biasa terus dia bagi warning kat hotel management mengatakan pantai tak selamat... so visitor semua sempat masuk ke dalam.. jadi tak adalah kemalangan jiwa di situ... mama rasa semua pantai kat malaysia ni perlu buat macam tulah...
Tapi yang tak sedapnya dlm kita tengah bersedih dengan tragedi tsunami nih, masih jugak nak buat new year party.. siap promote besar-besaran lagi... hari tu MHI hari Isnin kot... ye ye je la pagi tu bacakan berita-berita penting dlm paper pasal tsunami.. 5 minit kemudian cerita pasal nak berparty... extravaganza new year party.. datang la beramai-ramai... sepatutnya sekarang nih negara kita kena berkabung... hormat la sikit perasaan mangsa-mangsa yang terlibat.. bukan suruh buat apa... cuba bayangkan mereka di sana tengah sedih kehilangan orang tersayang.. kehilangan harta benda.. tapi yang kat sini tengah terkinja-kinja melihat konsert untuk bergembira menyambut tahun baru... kan lebih baik kalau peruntukan untuk konsert tu diberi kepada mangsa-mangsa tersebut... kesian diorang.. sehelai sepinggang je tinggal... diorang ni tak sensitif langsung... sedih mengenangkannya... agung ke PM ke kan boleh gunakan power... hmm.. PM pun dah 3-4 hari lepas kejadian baru nak balik sini... 'terpaksa' memendekkan cuti di luar negara... sepatutnya on the spot pak lah kena balik sini... ni bukan kejadian kecik nih... BIG MATTER... this is not an option.. it's his responsibility!..but who am i to say... i'm just one little tiny voice from down below...
ah.. tak kuasa nak cakap... mama harap semua mangsa tabahkan hati menghadapi semua ini.. yelah.. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... tabung-tabung kutipan pun banyak.. just make some initiative to find them to give something to the victims.. money, clothes.. etc..etc... and especially to make doa for them...
if only....
No comments:
Post a Comment