November 02, 2022

Doa penerang hati ini rupa-rupanya doa yang sangat powerful

Sebenarnya saya dah lama nak share kisah ini namun asyik tertangguh. Mungkin ramai je yang dah tau, cuma saya je yang baru tau.

Saya pasti ramai yang dah hafal doa ini.

robbisrohli sodri wayassirli amri wahlul uqdatam millisani yafqahu qauli |  Arab, Latin dan artinya - YouTube

Sejak dari tadika atau sekolah rendah lagi kita diajar untuk baca doa ini sebelum mulakan pembelajaran dalam kelas. Pada saya, doa ni macam doa penerang hati la.. supaya dada kita lapang mudah ilmu nak masuk. Namun saya tak sedar betapa powerfulnya doa ini dan juga apa sejarah di sebalik doa ini.

Satu hari saya dengar ceramah Ustazah Asma Harun secara online. Masa tu dia buka sessi macam Tanyalah Ustazah gitulah. Beliau pick soalan secara random daripada ruangan komen. Soalan yang dipilih ialah macamana nak tegur orang supaya orang tu tak kecil hati. Lalu ustazah mencadangkan untuk baca doa ini.

Selama ini saya tau doa ini untuk terang hati mudah belajar dan mudah urusan. Saya pun rasa pelik. Rupa-rupanya doa ini adalah doa Nabi Musa ketika baginda diperintahkan oleh Allah untuk bersemuka dan menegur Firaun. Ianya telah diceritakan di dalam Surah Taha. Bayangkanlah Nabi Musa nak bertemu dengan Firaun yang sangat digeruni, yang sangat berkuasa dan seorang yang mengaku jadi Tuhan. Kalau kita pun mesti sangat takut. Nak jumpa pun takut apa lagi nak tegur. Rasa takut, kerdil, lemah semangat agaknya bila dapat perintah seperti itu. Sebab tu lah Nabi Musa baca doa ini supaya Allah bantu dia. 

Lapangkan dadaku

- sebelum kita menegur orang, kita sendiri kena prepare diri kita. Lapangkan dada kita untuk menerima sebarang feedback, baik atau buruk. Orang mungkin akan marah, tak terima teguran kita. Jadi kita sendiri kena berlapang dada atas sebarang kemungkinan. Jangan orang melenting kita pun ikut melenting sebab orang tak terima apa kita cakap. Begitulah Nabi Musa A.S meminta Allah melapangkan dadanya sebagai persediaan untuk bertemu Firaun.

Mudahkan urusanku

- Secara umumnya kita mohon urusan kita dipermudahkan

Lepaskan ikatan yang membelenggu lidahku

- dikatakan Nabi Musa A.S bukan seorang yang petah berkata-kata. Jadi doa ini supaya lancar perkataannya. Nabi Musa juga membawa Nabi Harun untuk menemaninya dan membantunya kerana dikatakan Nabi Harun lebih petah bercakap. Kadang-kadang kita ni pulak pandai je bercakap tapi bila berdepan dengan orang tertentu kita jadi gugup dan kelu untuk berkata-kata. 

Agar mereka mengerti perkataanku

- kadang-kadang apa yang kita ucapkan tak sampai maksudnya. Lain yang kita nak sampaikan tapi lain pulak yang kita cakap dan tak sampai maksud kepada yang mendengarnya. Jadi doa ini supaya orang mudah faham apa yang kita cuba sampaikan.

Masya Allah.. apabila mendengar penerangan daripada ustazah, barulah saya lebih faham dan dapat menghayati doa ini. Doa ini bukan saja sesuai dibaca untuk menegur orang, tetapi juga untuk pergi interview, buat presentation, beri talk atau speech dalam majlis dan sebagainya. 

Kemudian saya rujuk kepada Surah Taha. Masya Allah.. bila baca dalam Surah Taha tu.. kisah Nabi Musa berbicara dengan Allah SWT dan Nabi Musa baca doa ini.. lebih-lebih lagi la rasa macam fall in love with it. Subhanallah..

Moga Allah kurniakan kefahaman dan kecintaan kepada AlQuran kepada kita semua dan Allah kurniakan kekuatan kepada kita untuk beramal dengannya.

p/s - hari tu saya nak share ilmu ni dengan Humaira. Saya tanya dia, tau tak kisah di sebalik doa ni. Doa ni dibaca oleh Nabi Musa semasa nak berjumpa Firaun. Ada dalam Surah Taha. Dia kata, "Taulah. Kita dah belajar lah.." Oh ye ke.. mama je la yang baru tau ni.. hehehe... Alhamdulillah atas segala nikmatNya.



No comments: