Showing posts with label Aqil Aqlan. Show all posts
Showing posts with label Aqil Aqlan. Show all posts

February 04, 2016

Kuatkan hatimu Aqil


Mula-mula selepas pemergian Aqlan, Aqil tak faham. Asyik tanya je mana Aqlan. Malam tu sebelum tidur mama terpaksa melayan pertanyaan Aqil yang macam-macam..

Aqil: Aqlan mana?
Mama: Aqlan dah tak ada. Aqlan dah meninggal.
Aqil: Aqlan pergi mana?
Mama: Tadi kan Aqil nampak Aqlan kat kubur.
Aqil: Bila Aqlan nak balik?
Mama: Aqlan dah tak boleh balik dah.
Aqil: Bila kita boleh jumpa Aqlan?
Mama: Kita dah tak boleh jumpa Aqlan dah. Eh, boleh kita boleh jumpa Aqlan kat Syurga insya allah. Tapi laaaaaaama lagi.
Aqil: Lama ke? Sampai bila?
Mama: Lama lagi. Kita kena tidur bangun tidur bangun tidur bangun (ulang 100x)... Lama lah..
Aqil: Hehehe... kelakar la mama.
Mama: Aqil sayang Aqlan tak?
Aqil: Aqil saaayang Aqlan. Mama cedey ke?
Mama: Yelah mama sedih la Aqlan dah tak ada.
Aqil: Ayah pun cedey.
Mama: Aqil tak sedih ke?
Aqil: Tak lah. 
Mama: Ye ke..
Aqil: Mana ada! Aqil sayang Aqlan.
Mama: Oklah... Aqil tidurlah....

Malam tu mama sendiri tak boleh nak tidur.. Bagaikan filem yang diputar semula semua bermain di kepala mama. Penat sangat tapi tak boleh tidur.

Esok siangnya masih lagi bertanya tentang Aqlan. Lepas tu siap pakat dengan Nazmi nak pegi kubur tengok Aqlan naik kereta Nazmi. Siap suruh Nazmi tanya Mak Liza, boleh tak Aqil nak tumpang naik kereta Mak Liza nak pegi kubur. Mak Liza tanya, nak buat apa pegi kubur? Aqil jawab, nak jumpa Aqlan lah!

Hari esoknya lagi, kami pegi kubur sekali lagi. Sambil bawak nek nak melawat kubur. Bawak Aqil sekali. Dia tak nak tengok pun kubur Aqlan. Bila kita tanya, dia tak nak cakap pape pun. Tapi bila dia rasa kita tak tengok dia mama perasan dia jeling-jeling kat kubur Aqlan.

Selepas kami bawa ke kubur tu, Aqil dah tak tanya lagi tentang Aqlan. Tapi ada jugalah sesekali dia tanya, itu pun macam tersasul yang kemudian dia tersengih-sengih sendiri. Masa kami bawa pegi supermarket nak cari mainan Aqil, Aqil berkenan tengok beg Robocar Poli. Mama tanya nak yang biru muda ke biru tua. Dia kata, ini untuk Aqil, yang ni untuk Aqlan. Mama kata Aqlan kan dah tak ada. Dia kata "Eh" lalu tersengih.

Malam tu nak tidur pun dia dah tak tanya dah. Tapi memang dia agak moody. Tak nak pakai baju la.. itu lah.. ini lah..  Masa nak tidur tu tiba-tiba Aqil kata, "Aqil sayang Aqlan". Huhu... Sedih sangat mama masa tu. Tentulah sudah pasti Aqil rasa kehilangan. Mereka dah bersama sejak dalam perut lagi. Tentu ada special bonding antara mereka. Aqil nak cakap pun mungkin tak tau nak cakap macamana dia rasa. Tapi mama faham.

Tabahlah sayang, kuatkan hatimu.. Semoga kita semua dapat jumpa Aqlan lagi di syurga satu hari nanti.

February 01, 2016

Missing him...


Every time we were together, we would link our fingers like this.

Mama miss you....


January 23, 2016

Rehatlah wahai anakku sayang Muhammad Aqlan

Genap seminggu aqlan tinggalkan mama. Pagi tadi ketika mama bersiap nak ke kelas SPAQ di UM, mama rasa sayu sangat. Minggu lepas masa mama tengah bersiap nak ke kelas la Aqlan pergiocmel jebuat selama-lamanya.

Sebenarnya selepas peristiwa yang mama ceritakan dalam entri yang lepas, kami sudah pun bawa Aqlan berjumpa Dr Chan. Mama ingat lagi tarikhnya 29hb Disember. Dr Chan kata Aqlan is at end stage. Dia suruh kami bersedia atas sebarang kemungkinan. Dia kata kalau dia nak tahan kat wad pun akan menyakitkan Aqlan saja .. kena cucuk sana cucuk sini. Dan buat Aqlan tak selesa. Jadi Dr Chan kata eloklah berehat di rumah saja. Minta kita monitor. Dan sekiranya apa-apa berlaku, terus bawa ke nearest hospital atau panggil polis. Aduh memang tak sedap hati bila doktor cakap macam tu. Mula-mula memang tak faham. Tapi rupanya Dr Chan membayangkan yang hayat Aqlan memang dah tak lama. Dr Chan juga sediakan surat yg menerangkan keadaan Aqlan supaya boleh dirujuk oleh yang berkenaan sekiranya berlaku apa-apa.

Malam tu mama nangis dalam shower semahu-mahunya. Sedih sangat bila doktor kata macam dah tak ada harapan. Hospital pun macam dah tak boleh buat apa-apa. Tapi keadaan Aqlan masa tu memang teruk mama rasa. Abdomennya semakin membesar. Bibirnya pucat. Kaki dan tangannya biru. Dia kurang bercakap. Tak nak jalan. Diam aje. Kesian Aqlan.

Hujung minggu tu kami balik ke kampung. Sessi persekolahan dah nak mula. Sambil nak hantar Luqman balik asrama. Kami bawa Aqlan urut dengan Cik Jannah. Katanya bahu dgn pinggulnya macam salah urat. Alhamdulillah lepas urut tu ada perubahan positif pada Aqlan. Dia dah mula ceria. Nak bercakap dan boleh berjalan sikit-sikit. Tiba-tiba mama rasa macam ada sinar harapan yang baru. Alhamdulillah. Lepas ni kami cadang kena bawak aqlan urut selalu. Mungkin boleh membantu.

Hari berganti hari. Hari itu hari Sabtu. Kami berkumpul di rumah nenek cheras. Biasalah hujung minggu berkumpul sambil makan nasi lemak masakan mak mertua kegemaran seluruh keluarga. Masa tu K Idah pun ada. K Idah, kakak suami ialah seorang doktor. Dia tinggal di Alor Setar. Balik ke KL nak hantar anaknya, Nana masuk sekolah KYS di Melaka. Bila K Idah tengok Aqlan, dia kata.. not too good.. too skinny.. very cynosed. And she started to cry. Then I cried... K Idah kata it's a miracle for him to recover. Aduhai.. hati ibu mana lah yang tahan.. sedih.. sedih.. sedih... K Idah asked me to let go. Not to let aqlan suffer anymore.

Sejak jumpa K Idah, mama fikir balik. Memang sedih. Tapi betul kata K Idah. Kesian kat Aqlan. Dia dah lama penat. Asyik tanya, "Bila Aqlan nak sihat..." huhuhu... Sejak selepas K Idah cakap macam tu, mama dah tukar doa mama. Sebelum ni mama minta Allah sembuhkan Aqlan. Sekarang mama minta Allah berikan yang terbaik untuk Aqlan. Mama doa sekiranya berlaku apa-apa, mama nak berada di sisi Aqlan. Memang pegi kerja pun tak tenang. Pesan kat bibik macam-macam. Kalau nampak Aqlan teruk, mama akan ambik urgent leave untuk temankan Aqlan. Kadang2 tu rasa tak sanggup nak tinggalkan Aqlan. Tapi nak buat macamana ada tanggungjawab lain pulak di tempat kerja. 

Namun suami masih optimis. Ikhtiar tetap ikhtiar. Sebab hari tu nampak ada perubahan positif lepas kena urut, kami pun bawa ke sebuah klinik urut dan bekam yang orang recommend di Sekamat. Beliau terangkan bahawa organ2 kita ni sebenarnya dikawal oleh saraf2. Jadi kita boleh cuba urut atau legakan urat2 yang berkenaan. Petang tu Aqlan berurut dan bekam sekali. Selepas urut dan bekam, kami singgah makan roti canai. Amboi berseleranya Aqlan makan. Muka pun dah nampak ceria sikit. Sayu je mama tengok Aqlan, muka pun naik seri. Tapi malam tu dia kembali penat.

Suami tak berputus asa. Ada sorang lagi tukang urut orang recommend. Dekat saja dekat Cheras Prima. Rupanya cara urutnya macam arwah tok darat mengurut dulu. Teliti setiap urat diurutnya slow2. Esoknya hari Rabu mama cuti nak monitor Aqlan. Alhamdulillah mmg nampak Aqlan getting better. Haritu kami main, baca buku, Aqlan pun dah boleh nak jalan dari depan tv sampai ke bilik air, Aqlan dah boleh baring. Sebelum ni dia memang tak nak baring langsung. Dia kata kalau baring nanti dia batuk. Kalau dah ngantuk sangat barulah dia baring. Rasa bersyukur sangat masa tu tgk improvement Aqlan. 

Selepas urut Aqlan 3 kali, esoknya jumaat, kami kena cari daun sirih. Tok yang mengurut tu bagi ramuan untuk letak kat perutnya untuk kecutkan bengkak. Daun sirih campur halia campur asam jawa ditumbuk kemudian sapu dan balut di perut. Pagi tu mama cari daun sirih dapat beli kat gerai tepi jalan kat Cheras Jaya. Nak beli 50 helai sebab kena buat 4 kali (setiap kali guna dlm 14 helai). Tapi cuma ada 15  helai je. Jadilah untuk satu malam. Esok kena cari lain la, kata mama. Rupa-rupanya memang sempat buat untuk satu kali saja.

Malam tu Aqlan tak boleh tidur. Dia nak duduk je. Dah mengantuk pun tak nak baring juga. Lalu mama tinggikan bantal untuk dia tidur duduk bersandar. Nak tidur atas katil. Mama pun temankan dia tidur atas katil. Tidur duduk je bersandar. Itu pun tak nyenyak. Kena gosok-gosok kaki dia, tangan dia. Sampai pukul 4 baru Aqlan tidur betul. 

Teringat malam tu tiba-tiba Aqlan minta nak minum air cincau. Dulu air cincau memang favourite dia. Masa ayah pegi surau mesti pesan. Tapi satu hari tu lepas minum cincau dia muntah teruk. Lepas tu memang dia dah tak minta dah nak minum cincau. So bila dia mintak malam tu, kenalah ingatkan dia yang cincau tu sejuk nanti takut batuk dan muntah. Lagipun dia minta dah malam dah masa tu. Siapa pula nak pegi beli air cincau malam-malam.

Esok paginya sebelum Subuh lagi Aqlan dah bangun. Itu pun masih teringat lagi dengan cincau dia. Sedihnya mama teringatkan permintaan terakhir aqlan yang tak ditunaikan ni. 

Selepas Subuh, mama siapkan dia. Bawak pegi bilik air. Bila mama tanya nak mandi tak, dia kata tak nak. Jadi mama cuma cebokkan dia dan basuh muka. Selalunya memang Aqlan suka mandi. Dia suka siram-siram air kat dada dia. Mungkin dia rasa macam lega sikit bila kena air.

Lepas bersiap, dia duduk depan TV. Tengok macam ok, mama dan ayah bersarapan. Ajak dia duduk sarapan sekali tapi dia tak mau. Tapi bila dia nampak ayah minum fresh milk dia pun nak juga. Habis 2 cawan. Alhamdulillah nampak dia macam ok. Sebenarnya hari sebelumnya memang mama niat tak nak pergi kelas SPAQ hari tu sebab nak temankan Aqlan. Tapi tengok dia macam ok pulak pagi tu. Bincang-bincang dengan suami, macam boleh pegi kejap. Kelas pun tak lama sangat 9pg-11pg. Lagipun ini kelas terakhir sebelum semester exam minggu depan. Lalu mama pun naik ke atas untuk bersiap.

Masa mama tengah bersiap, tiba-tiba ayah panggil kata Aqlan macam penat sangat. Bila mama turun bawah nampak Aqlan di pangkuan ayah tengah macam nafas laju sangat. Terus kami pasangkan oksigen. Mama pangku Aqlan. Mama peluk Aqlan. Mama bacakan Lailahaillallah.. Mama panggil nama Aqlan. Aqlan dah macam tak sedar. Nafas Aqlan semakin laju dan singkat. Mama takut. Mama panggil-panggil nama Aqlan. Air mata dah mencurah.

Aqlan! Aqlan!

Allahu... Tiba-tiba mama rasa dada Aqlan dah tak berombak. Ayah periksa nadi Aqlan. Ayah kata Aqlan dah tak ada. Ayah tanya mama. Mama kata mama tak tahu.. Tiba-tiba mama perasan Aqlan tarik nafas dan hembus nafas lembut dan panjang. Rupa-rupanya itulah nafas terakhir Aqlan.

Allah... Allah...

Pandangan mama jadi kabur dek air mata yang berhamburan. Abang dan kakak semua terdiam senyap sunyi kecuali Aqil yang tak mengerti apa-apa. 

Tak lama kemudian adik beradik, jiran-jiran, rakan taulan memenuhi segenap sudut rumah kami. Allahu akbar.. ramainya yang sayangkan Aqlan. Kami pun tak tau macamana cepat je berita ni sampai kat semua orang. Cuma mama sedih sangat sebab mak batu pahat tak ada. Allahu sedihnya. Sebab mak dengan kak a dgn ima memang tengah bercuti ke myanmar kat tempat kak wa. Mak telefon mama. Kami hanya mampu menangis dalam telefon.

Dalam pukul 10 lebih, jenazah dibawa ke masjid cheras jaya untuk dimandikan dan disembahyangkan. Di masjid pun kami disambut dengan ramai lagi jiran dan kenalan yg datang melawat. Boss mama, k mimie pun ada. Suami, ikram dan uki mandikan jenazah. Mama berdiri di sisi memerhatikan saja. Selesai dikafankan, mama peluk dan kucup Aqlan buat kali terakhir. Sejuknya dahi aqlan. Comelnya aqlan pakai serban. 

Ramai yang solatkan jenazah aqlan. Dalam pukul 12 selesai urusan, terus menuju ke tanah perkuburan. Jasad Aqlan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 10, Cheras Perdana. Tempat persemadian aqlan comel je. Dan betul-betul terletak di bawah payungan daun pokok kelapa yang rendang. Rasa sejuk nyaman hati mama. Tenang je. Selesai dikebumikan, suami membacakan doa. Tiada talqin kerana anak kecil ini tiada dosa pun. Doa yang suami baca adalah doa untuk orang yang ditinggalkan, yang memerlukan kekuatan dari Allah agar kuat dan redha dengan ujian dan ketentuan ini. Doa yang spontan lahir dari hati suami itu sungguh menusuk hati mama. Sesekali terdengar getaran pada suaranya menahan kesedihan.

Alhamdulillah segala urusan pada hari itu memang dipermudahkan oleh Allah. 

Allah yang Maha Berkuasa. Allah yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Sesungguhnya apa yang kita ada semua itu pinjaman dari Allah semata-mata. Tiba masanya semuanya akan kembali kepada-Nya.

Mama redha atas ketentuan Allah ini. Walaupun sedih.. walaupun perit.. mama redha. Dan bila mama renung kembali sebenarnya Allah dah makbulkan doa mama. Allah makbulkan doa yang mama minta supaya Aqlan tak penat lagi. Allah makbulkan doa mama untuk berada di sisi Aqlan kalau jadi apa-apa. Allah ambil Aqlan waktu mama ada kat rumah bahkan atas pangkuan mama lagi. Terasa betapa sayangnya Allah kat mama. Mama tak dapat bayangkan kalau ianya berlaku waktu mama kat office. Allah... Allah.. Terima kasih Ya Allah..

Berehatlah sayang. Walaupun berat hati mama melepaskan Aqlan pergi, namun Mama gembira Aqlan dah tak penat lagi. Dan mama tak risau keadaanmu di sana sayang kerana syurga firdaus buatmu sudah pasti. Mama berdoa kita akan dapat bertemu lagi di sana. 

Al-Fatihah...

Muhammad Aqlan bin Abdullah
09/07/2012 - 16/01/2016





Gambar terakhir Aqil bersama Aqlan


Gambar terakhir.. sehari sebelum






December 28, 2015

Oh My Aqil

It was one joyous moment.

1 have been planning to potty train Aqil for quite some times but did not actually get to execute it. Since there was a long Maulud-Christmas-Weekend holiday, I think this should be the right moment for him.

Prior to that, I have been talking to Aqil many times about big boys doesn't wear pampers anymore. Especially when they are ready to go to school. He agreed. And so we started our mission last Friday. I can't believe it was very easy with Aqil. Alhamdulillah. He immediately master it! Only one accident happens when I was cooking for lunch. That's it. He even successfully poo poo in the potty on the first day. Big clap for you Aqil!!

I think we need to buy something for Aqil for his excellent achievement.

Alhamdulillah... Abang Aqil is a big boy now.




Oh My Aqlan

It was one panic moment..

Peristiwa ini berlaku pada hari Jumaat yang lepas. Sebenarya sejak hari Khamis tu memang Aqlan tak berapa ok sangat. Pagi Jumaat tu getting worse pula. Bangun pagi tak nak salin baju, terus baring je depan TV. Sambung tidur lagi. Tapi tidur pun sebenarnya dia tak tidur pun. Sebab kalau tak ada orang gosok kaki dia dia akan perasan. Mama dan ayah bergilir-gilir temankan. 

Selesai masak untuk makan tengahari, mama siap-siapkan Aqlan cebok, tukar pampers dan tukar baju. Masa mama angkat tu mama dah rasa semacam dah tangan kaki aqlan ni macam sejuk je. Kepala pun macam berpeluh tapi sejuk.

Selepas siap, Aqlan minta tidur atas mama. Nafasnya macam semakin laju dan setiap kali menghela nafas dia akan mengerang. Mama macam tak sedap hati. Mama ajak ayah bawak Aqlan pegi hospital.

Ayah nak ke solat Jumaat dulu. Sementara tu mama monitor aqlan dulu. Nak check oksigen Aqlan tapi masa ni lah Oxymeter tu nak buat hal tak boleh ON.

Muka Aqlan agak pucat, bibirnya pucat, tangan dan kakinya sejuk dan biru. Mama peluk Aqlan dan bacakan zikir tak henti-henti. Selang seli mama bacakan Ayatussyifa banyak-banyak. Bibik datang, bibik kata cuba diurut dadanya. Mama kata bibik tolonglah urutkan. Bibik pun urutkan Aqlan. "Ya Allah, kaki tangannya biru ni buk. Cepat bawak ke doktor ni buk". Mama kata memang nak bawa tunggu bapak balik. Bibik mula urut dada Aqlan, kakinya, tangannya, belakangnya. Bibik urut sambil menangis. Ya Allah... bibik janganlah nangis.. mama semakin takut. Tapi mama cakap dalam hati saja. Mama terus bacakan zikir dan ayatussyifa.. Mama doa banyak-banyak.. Mama rasa macam lamanya ayah pegi solat Jumaat ni tak balik-balik. Dalam kepala mama ni dah fikir yang bukan-bukan. Astaghfirullahal azim...

Namun ternyata Allah mendengar doa dari hambanya sebab tidak lama kemudian, tiba-tiba Aqlan nak minta duduk. Mama dudukkan dia. Dia minta nak makan kopi oat (oat drinks sebenarny). Ya Allah.... alhamdulillah syukurnya mama.. Petanda dia ok ialah bila dia nak makan. Walaupun nafasnya masih sangat laju tapi yang penting dia nak bercakap dan nak makan. A very very very good sign. Alhamdulillah habis secawan dia minum oat drinks. Selepas minum oat, sempat lagi dia tengok Shaun the Sheep kat ipad ayah. Tapi tak lama tu nampak dia penat semula. Aqlan baring kat bantal. Mama gosok-gosokkan kaki dia sampai dia tidur. Kali ni tidurnya nampak lena. Kaki dan tangannya tak sejuk lagi. Dan tiada bunyi mengerang lagi. Alhamdulillah....

Dalam hati ni tak tau nak cakap apa. Sekejap tadi memang macam-macam dalam fikiran mama ni. Mama bersyukur Allah masih izinkan mama jaga Aqlan lagi. 

Bila ayah balik, Aqlan sedang tidur. Mama rasa kena bawa juga ke hospital ni. Tapi ada masalah sebab kami tak ada portable oksigen. Sedangkan waktu ni sangat kritikal Aqlan perlukan bantuan oksigen. Perjalanan ke Gleneagles dalam 45 minit. 45 minit tanpa oksigen support kami tak mahu ambil risiko, Lalu kami ambil keputusan untuk monitor dulu keadaaan Aqlan, Lagipun dia tengah tidur nyenyak tu.

Lama Aqlan tidur sampai petang. Bila bangun tidur, he was better. Minta makan lagi. Walaupun nampak masih penat, yang penting he is getting better. 

This is how our life going to be. A roller coster ride with Aqil and Aqlan. What the most important is to put our trust in Allah.

Insya Allah we will be seeing Dr Chan this coming Tuesday to discuss Aqlan's condition.


1pm
 He is not sleeping, he is just too tired

8pm: He is back to his own self

January 20, 2015

Bananana...


Hahaha... lawak betul tengok Aqlan nyanyi lagu banananana minion ni. Siap dengan eksperi muka lagi. Tak tahan betul!

September 29, 2014

Cuteness overload


Si Comel Dua Orang

Minggu lepas ada jualan di office. Biasalah bila masuk gaji mesti akan ada buka booth kat bawah. Terjumpa pulak baju jubah kiut untuk aqil aqlan. Dua pasang RM50. Bolehlah... Lagipun almaklumlah dah dua bulan tak bergaji, terasa semuanya nak dibeli heheheh.....

 Aqil memang suka posing. Aqlan pulak asyik dengan iPhone je. Sekarang ni tengah musim barney. Tak larat nak layan.

 Comel la tu ye hehehe
 Solat.. solat!
 Bagus..
 Bagus.. bagus...

 Dah start boring.. Orang tak habis lagi, dia pulak habis dulu. siap dah lipat sejadah dah..
 Main-main pulak

Terkekek-kekek ketawa main dua orang

Haiii.... memang comel je gelagat dua orang ni. Tapi bila sampai mood manja, tak larat pulak mama nak melayannya... 

June 15, 2014

Aqlan masuk wad lagi

Kesian Aqlan ye. Lepas seminggu keluar wad kena masuk balik. Kesian juga mama kena cuti lagi. Tapi iyalah anak-anak itu lebih penting dari kerja.

Dah nak habis dah cuti sekolah dua minggu setengah. Plannya mula-mula first weekend balik kampung, 2nd weekend bercuti kat KL duduk di PNB Darby Park. Seminggu sebelum cuti sekolah, Aqlan first time kena heart failure. Duduk wad 4 hari. Kebetulan pulak masa tu kat kampung belum siap buat tiles. Berhabuk-habuk mak kata. So tak jadilah balik kampung.

Masuk 2nd week, hotel dah book for the weekend. Tapi macam teringin nak balik kampung sebab memang dah lama tak balik kampung. Cadang nak ziarah Cik Adah yang baru kehilangan 2 orang insan tersayang dalam satu hari (Arwah Chom meninggal pukul 1 pagi, arwah Cik Mail meninggal siangnya pukul 5 petang). Juga nak ziarah Cik Pol yang baru habis buat kemoterapi kerana kanser. Jadinya buat keputusan untuk cancel hotel dan balik kampung. Oh budak-budak suka je balik kampung. Yang lain ramai juga balik kampung so sempatlah buat BBQ. Saya sponsor lambchop special bawak dari KL.

Hari Jumaat petang balik kampung sebab pagi tu pergi Gleneagles dulu untuk follow up Aqlan dan regular appointment untuk Aqil. Aqil kena buat echo. Doctor kata fungsi jantung Aqil nampak semakin lemah. Muka Aqil pun agak bengkak juga walaupun sudah ambil Lasix tiga kali sehari. Doktor bagi ubat lain pula untuk Aqil.

Untuk Aqlan tak buat echo sebab baru je buat masa dalam wad hari tu. Doktor suruh maintain bagi Lasix 3 hari sekali dulu sebab dia masih belum stabil. Memang ada ketika Aqlan nampak tak bermaya. Lepas main-main dia akan baring sekejap.

Sampai di kampung malam tu Aqlan tak berapa ceria. Nampak dia letih. Kami pasangkan oksigen sepanjang malam. Esoknya masih nampak tak bermaya. Petang tu kami bawa dia pergi berurut dengan Cik Jannah. Mak kata kalau Cik Jannah ni memang selalunya bagus urut budak-budak. Kami cuma ikhtiar je lah. Mana tau Aqlan ada sakit urat mana-mana sebab kalau sebab jantung tu dah ada ubat untuk dia. Satu hari tu memang dia tak berapa nak makan. Jadi semakin lah lemah. Aqil dan Aqlan dua-dua kena urut. Cik Jannah kata memang uratnya semua keras. Mungkin sebab tarik nafas laju sangat. Penat.

Malam tu Aqlan tak berapa tidur sangat. Nafasnya pun dah semakin laju. Berbeza dengan Aqil. Entah dari mana dia dapat tenaga jadi aktif pula. Asyik ajak orang main bola je. Semakin terrer pulak tu tendang bola. Dah jadi macam Aqlan dah. Suami berseloroh, agaknya Aqil dah tertukar dengan Aqlan tak.. hehhe.. Sempat lagi tu.

Malam tu saya rasa perut Aqlan macam keras sikit. Mungkin dah masuk angin sebab tak makan. Saya sapu perutnya dengan minyak kayu putih.

Esok pagi kami bawa Aqlan ke klinik untuk dapatkan ubat angin untuk sakit perutnya. Suspek saja lah. Bila check dengan doktor, doktor kata jantung Aqlan laju sangat. Kami bagitahu memang Aqlan ada pulmonary hypertension. So kami cuma minta ubat untuk perut kembung Aqlan saja. Doktor pun kata untuk pulmonary hypertension tu dia tak boleh buat apa-apa. So dia minta kami hati-hati sebab jantung Aqlan laju.

Lepas bagi ubat kembung tu nampak Aqlan pun dah nak start makan. Dan bertenaga balik. Tapi kami buat keputusan untuk cut short bercuti kat kampung. Sebab kalau Aqlan masih tak ok kami kena bawa dia ke hospital segera. Jadi tengahari tu kami terus bertolak balik KL. Budak-budak bising juga tapi akhirnya semua mengalah sebab semua sayangkan Aqlan.

Malam tu nampak Aqlan semakin ok. Memang kami plan pagi-pagi esoknya nak bawa ke hospital untuk check. Alhamdulillah pagi Isnin tu dah semakin ok. Dah boleh bangun jalan-jalan. Kalau tak sebelum ni dia melepek je. Sampai di Gleneagles rupanya Dr Chan akan masuk pukul 12 tghari. Dr Lim pula on leave. Kami pun balik semula. Tengahari tu sempat lagi bawak budak-budak ke Jusco untuk shopping raya.

Petang pukul 4.30pm baru datang balik ke gleneagles. Mula-mula tu macam nak tak nak juga datang balik sebab tengok Aqlan semakin ok je. Tapi suami kata bawa check sajalah sebab alang-alang dah cuti. Esok dah kerja.

So bila Dr Chan check, buat ECG, doktor detect heart rate very high and irregular. Terus doctor suruh admit untuk monitor. Dah la tak prepare apa-apa. Siap bawak Aqil dan kakak-kakak lagi sebab ingatkan sekadar nak check-check je. Sebenarnya pagi tu memang dah packing and bawak barang siap-siap just in case. Tapi petang tu punya lah confident tak bawak dah beg tu. So terpaksalah Aqil dan yang lain-lain tunggu lama sikit nak settle masuk wad etc. Sampai lepas maghrib jugalah baru diorang boleh balik. Malam tu suami datang balik bawakkan barang-barang keperluan.

Aqlan dimasukkan ke HDU kerana memerlukan pemantauan. Memang sangat tinggi heart rate Aqlan masa tu. Sekejap-sekejap monitor akan bunyi alarm menandakan bacaan sudah terlebih threshold. Heart rate yang normal untuk kanak-kanak adalah dalam range 90-130. Tapi Aqlan ada kalanya mencecah 180-200. Kena masuk ubat untuk control heartbeat Aqlan.

Bila tidur malam heart rate dah semakin ok. Paling tinggi pun 150. Esoknya semakin ok lagi. 90-100. Tapi malamnya semakin rendah pulak sampai 75-80. Saya dah mula risau pulak. Tapi doktor kata ok. Kalau nampak rendah cuba check bacaan oksigen pula. Kalau oksigen dia ok maknanya ok lagilah.

Alhamdulillah selepas 2 hari sebenarnya dah nampak ok. Tapi Doktor minta stay satu hari lagi untuk monitor. Alhamdulillah hari Khamis tu Aqlan dah boleh balik.

image from google
Kata doktor, keadaan Aqil dan Aqlan sama tapi tak serupa. Kedua-duanya berpunca dari tekanan tinggi dalam peparu menyebabkan tekanan tinggi dalam jantung (right ventricle). Aqil ada lubang antara belah kanan jantung dengan belah kiri jantung.  Jadi bila tekanan tinggi, sedikit tekanan direleasekan ke sebelah kiri. Jadi Aqil agak rasa selesa. Cuma disebabkan ada lubang, darah yang beroksigen akan bercampur dengan darah di sebelah kiri. Jadi sebab tu Aqil agak pucat sedikit mukanya dan oksigen dia pun selalu rendah.

Bagi Aqlan pula, dia tak ada lubang antara jantung belah kanan dan kiri. Jadi disebabkan terlalu tinggi tekanan di right ventricle, electric pulse yang control denyutan jantung tu jadi tak menentu dan tak normal. Itu yang jadi irregular. Jadi kena makan ubat untuk control heart rate dia. Doktor kata kes Aqlan lebih complicated. Boleh terjadi juga heart rate terlalu tinggi hingga ubat pun tak boleh nak control. Jadi mak ayah perlu bersedia atas sebarang kemungkinan.

Sebenarnya dah banyak kali kami diingatkan tentang persediaan atas sebarang kemungkinan. Namun kepada Allah jua kami panjatkan doa semoga Aqil dan Aqlan sembuh dan sentiasa sihat.

Next, apa plan kami ye sebab dua-dua Aqil dan Aqlan dah tak boleh pergi ke Taska lagi dah. Memang boleh bibik jaga dua-dua tapi kelam kabut sikitlah. Lagipun dua-dua tak boleh lasak sangat. Tak boleh nangis-nangis sangat. Diorang kalau nangis teruk sangat terus muka jadi biru, terbatuk-batuk dan muntah. Jadi buat sementara ni, Insya allah saya akan ambil cuti tanpa gaji selama beberapa bulan. Nak pantau keadaan Aqil dan terutamanya Aqlan yang nampaknya belum berapa stabil lagi. Sambil nak tengok bibik boleh tak handle dua-dua sekali. Kalau ok mungkin akan teruskan saja bibik yang jaga dua-dua.  Option lain cari bibik sorang lagi. Option lain lagi, saya sambung cuti tanpa gaji selama setahun. Option lagi satu, saya berhenti kerja.  Saya ada masa 2 bulan untuk fikirkan mana yang terbaik. Semoga Allah beri petunjuk yang mana satu jalan yang terbaik buat kami sekeluarga. Amin...




June 02, 2014

Aqlan pula masuk wad

Minggu lepas Aqlan masuk wad.

Hari Ahad minggu yang lepas Aqlan memang mula nampak tak berapa larat. Pagi tu beberapa kali buang air besar so ingatkan dia sakit perut. Tapi bila petang tu dah takde buang-buang air dah. So just monitor je lah. Malam tu tidur awal. Tapi  nafas Aqlan semakin laju. Tak boleh tidur sangat malam tu. Bila dah dekat pagi dalam pukul 5 lebih bawak Aqlan turun bawah. Terkejut tengok muka Aqlan bengkak dan agak pucat. Nafasnya pun laju sampai terhinjut-hinjut bahu. Kami terus buat keputusan untuk bawa Aqlan ke Gleneagles. Tapi perlu singgah di klinik dulu untuk dapatkan reference letter.

Bila sampai di klinik, Dr Qahhar check. Dia kata ada kahak kat peparu so advise ambil neb dulu. Pelik juga sebab Aqlan takdelah batuk sangat. Selepas ambil neb, doktor check balik dia kata peparu dah clear tapi nafas Aqlan masih laju. So doktor pun suruh terus bawa ke hospital.

Sampai di klinik Dr Chan, ramainya orang tengah tunggu nak jumpa doktor. Tapi alhamdulillah nurse kat situ pun sangat prihatin, bila nampak Aqlan susah nak bernafas dia terus panggil masuk dulu. Bila masuk je bilik Dr Chan, takde banyak cakap, terus je doktor call HDU untuk admit Aqlan. Terus je suruh saya keluar sebab doktor nak pasang line pada tangan Aqlan. Saya tunggu kat luar sambil mendengar Aqlan jerit-jerit. "Dah.. dah.."

Saya kata kat Dr Chan, Aqlan memang ada batuk-batuk sikit tapi tak teruk sangat. Macamana tiba-tiba boleh jadi macam ni? Apa yang trigger this thing to happen? Dr Chan kata memang boleh jadi macam ni. Mungkin tiba-tiba tekanan dalam peparu jadi terlalu tinggi menyebabkan jantung dia tak kuat nak mengepam darah ke seluruh badan. She even called it as heart failure.

Treatment untuk Aqlan sama macam Aqil selalu - Oxygen, 2 jenis antibiotik, Lasix, KCL dan Captopril. Alhamdulillah pada hari ke-3 Aqlan dah tak perlukan lagi bantuan oxygen kerana oxygen count sudah mencapai tahap yang memuaskan. Bebaslah sikit Aqlan nak bergerak dalam wad tu. Boleh duduk kat tepi tingkap dan mengira lori/bas yang lalu di depan hospital.

Alhamdulillah selepas 4 hari 3 malam, Aqlan telah dibenarkan balik. Nampak dia dah semakin ok tapi sebenarnya masih nampak agak lemah. Badannya pun dah kurus. Bayangkanlah masa mula-mula masuk wad 9.2kg, lepas makan Lasix timbang lagi keesokan harinya tinggal 8.2kg. 1kg tu rupanya air je. Hai... sedih tengok Aqlan yang dah jadi kurus. Hopefully badan dia akan naik balik. Dan alhamdulillah juga dia masih kuat makan. Even masa kat dalam wad hari tu pun masih suka nak makan. Alhamdulillah.

Anak... anak... memanglah menjadi ujian kepada ibu bapa. Ya Allah jadikanlah kami ibu bapa yang sabar dan tabah dalam menghadapi ujianMu. Sembuhkanlah dan sihatkanlah Aqil dan Aqlan.

On d way to hospital. Muka bengkak sangat.

Di HDU
Lost 1kg in one night
Cian anak mama
Nice view you have there. Nampak KLCC.
Baru boleh mandi sebab dah boleh cabut oxygen
Favourite spot for the remaining days
Tengok apa tu?


March 14, 2014

Live from Gleneagles Hospital


Aqil warded di gleneagles setelah beberapa hari batuk dan semakin kerap batuknya. Dah mula muntah-muntah. Dr Chan kata  jantungnya bengkak. Yelah bila dia tak sihat jantung pun akan overworked.

Dah 4 hari dah kami kat sini sejak hari selasa. Batuk aqil ahmdulillah dah semakin kurang. Muka pun dah tak bengkak. Semakin ceria. Hari ni start banyak makan. Uk uk pun banyak hehe.

Insya allah esok boleh balik. 

Aqil mula makan ubat baru utk sakit pphnya. Namanya captopril. Dah mula sejak semalam. Nampak macam ok. Hopefully akan buatkan dia lebih selesa. Insya allah mama tak lupa untuk sentiasa berdoa untuk aqil.

March 06, 2014

Aqlan demam


Cian anak mama ni. Muka pun jadi bengkak dah macam muka Aqil dah.  Aqlan start batuk-batuk hari Isnin. Hari Selasa mama cuti half day bawak Aqlan pergi klinik. Masa tu badan dah rasa suam-suam dah. Malam tu badan Aqlan panas sangat. Malam pun tak boleh nak tidur sangat. Ayah pulak outstation pergi JB. Semalam mama cuti, tak sampai hati nak tinggalkan Aqlan. Badan masih panas. Lagipun kalau tinggalkan dengan bibik takut bibik tak terhandle pulak dengan keadaan Aqlan yang merengek-rengek tu. Cuba call K Tim nak minta urutkan Aqlan tapi tak berangkat pula. SMS pun tak jawab. Manalah tau ada salah urat mana-mana ke sebab hari tu Aqlan ada jatuh. Malam tadi masih panas tapi tidur nyenyak. Pagi tadi serba salah juga nak tinggalkan Aqlan. Tapi mama ada meeting pagi ni. Mama pulak yang organize. Mama berdoa semoga Allah permudahkan urusan bibik di rumah menjaga Aqil dan Aqlan hari ni. Petang pulak kena turn mama untuk SIT debrief so kena balik lambat pula.

Memang dah lama Aqil Aqlan tak demam. Selalunya setakat batuk selsema je takde demam. Semoga segera sembuh Aqlan. Semoga tak berjangkit pada Aqil pulak. (suspen sebab Aqil pun macam dah start batuk je)


March 03, 2014

Manisnya senyumanmu

Oh manisnya..
Manisnya senyumanmu..


Si Aqil ni memang sejak baby lagi pandai posing dan senyum depan kamera. Lain pulak dengan Aqlan. Memang susah nak dapat gambar dia senyum.



February 21, 2014

Kids' pictures

I accidentally came across these pictures. I can't help it but I need to post it here. It warmed my heart...





Oh, i need to take the latest one with Aqil and Aqlan in it!