Showing posts with label Kids. Show all posts
Showing posts with label Kids. Show all posts

February 27, 2015

Luqman.. From primary to secondary


 Alhamdulillah, setelah berjaya mendapat 5A tempohari dalam UPSR dan Jayyid Jiddan dalam PSRA maka bermulalah perjalanan hidup yang baru bagi anak sulung saya, Luqman Hakim.


Untuk kemasukan ke Tktn 1, kami berusaha untuk mendapatkan tempat di beberapa buah sekolah. Tak banyak pun kami apply. SAM10, SMA MAIWP, MRSM dan SEMI ABIM Seremban.

Apabila hampir tiba waktu untuk mula sessi persekolahan 2015, Luqman telah mendapat tawaran ke SEMI Abim. Tapi serba salah juga nak ke sana sebab belum pernah tengok keadaan sekolahnya. Bila diselidik, sekolah ini menyediakan asrama yang agak terhad. Hanya terdapat 50 orang yang duduk di asrama dari Tktn 1 hingga 5. Suami kata macam kasihan pulak nak hantar Luqman kat situ. Pergaulannya akan terhad. Sementara itu, permohonan ke SAM10 dan SMA MAIWP tiada sebarang perkhabaran. Bila saya call JAWI, mereka kata SMA MAIWP hanya untuk mereka yang bersekolah di Wilayah saja. Oh, saya tak nampak pulak syarat tersebut dalam borang yang saya isi sebelum ini. Patutlah interview pun tak dapat panggilan. SAM10 pula entah mengapa tahun ini tak ramai pelajar ABIM yang dapat tawaran. Yang dapat Mumtaz pun ramai lagi yang tak tersenarai apatahlagi Luqman yang dapat Jayyid Jiddan. Lantas kami buat keputusan untuk hantar Luqman ke sekolah harian di SMK Saujana Impian sementara menunggu keputusan MRSM.





Merasalah juga susah payah ke sekolah harian. Pergi balik naik bas sekolah. Balik sekolah sampai rumah dah pukul 7.30 mlm. Tapi tengok Luqman ok je. Survival la dia lagipun lelaki kan oklah juga. Ada sekali tu bas sekolah tayar pecah tengah jalan. Terpaksa dia teruskan perjalanan ke sekolah dengan jalan kaki. Bila dengar cerita tu memang lah risau sangat kita ni. Tapi terpaksa terima hakikat bahawa anak kita dah semakin besar dan sudah tiba masanya untuk kita lepaskan dia sedikit demi sedikit supaya dia boleh belajar berdikari. Harapnya itu juga menjadi satu pengalaman berguna kepada Luqman supaya merasakan susah payah dan cabaran orang lain rasa.

Setelah 2 minggu bersekolah di SMK Saujana Impian, keputusan yang ditunggu-tunggu telah tiba. Luqman telah berjaya mendapat tawaran masuk ke MRSM Batu Pahat! Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga sangat. Terasa sayangnya Allah kepada kami kerana telah memakbulkan impian, doa dan hajat kami selama ini. Manisnya rasa kesabaran itu, kami tak hantar pun surat rayuan ke sekolah SAM10 hari tu kerana menunggu-nunggu keputusan ini. Alhamdulillah syukur......

Maka pada 4 Februari yang lepas kami pun terpaksalah melepaskan Luqman untuk menjalani kehidupan di MRSM Batu Pahat yang tak sampai 5 minit dari rumah neneknya hehe. Alhamdulillah setakat ni Luqman is doing well. Tapi tiap minggu boleh balik rumah nenek amboii.... 




Semoga Luqman terus berjaya dan cemerlang tidak kira di mana Luqman berada. Walaupun Luqman tak menyambung pelajaran dalam aliran agama, Luqman kena ingat pesan mama dan ayah. Tidak bermakna ianya berhenti setakat itu saja. Teruskan menghafal AlQuran, teruskan membaca AlQuran setiap hari, pastikan sentiasa solat berjamaah. Semoga apa yang telah dibaja sejak Luqman kecil lagi akan terus subur dalam diri Luqman sampai bila-bila.




All the best!!!

January 20, 2015

Bananana...


Hahaha... lawak betul tengok Aqlan nyanyi lagu banananana minion ni. Siap dengan eksperi muka lagi. Tak tahan betul!

December 05, 2014

Tahniah Luqman Hakim!


Alhamdulillah berkat usaha Luqman sendiri, usaha guru-guru yang mendidik dan mengorbankan masa dan tenaga, usaha ayah bagi tuisyen kat Luqman setiap malam dan doa dari mama, ayah, atuk, nenek dan semuanya, Allah rezekikan Luqman dapat 5A dalam UPSR.

Teruskan kecemerlangan ini untuk dunia dan akhirat wahai Luqman Hakim.

December 02, 2014

Ihtifal Pasti, Ihtifal SERI ABIM, Graduasi Tahun 6

Akhir tahun memang banyak event..

Ihtifal PASTI D'Sutera

Alhamdulillah Ihtifal Pasti D'Sutera tahun ini telah berjalan dengan lancar pada 15 November yang lalu di Auditorium GMI. Nasib baik tahun ni tak clash dengan Ihtifal Seri Abim. Dah 2 kali clash tau.

Tahun ni tak dapat buat di ILSAS kerana lambat book. Agak terkilan juga apabila melihat pentas dewan kali ini yang kecik! Kesian budak-budak nak buat persembahan. Lain kali pertengahan tahun atau mungkin dari awal tahun lagi dah kena book dewan kalau nak yang best.

Walaubagaimanapun, persembahan anak-anak tahun ini sangat hebat. 6 tahun dengan choral speaking. 5 tahun dengan pantomin dan 4 tahun dengan nyanyian. Ada juga persembahan khas bercerita oleh Johan Bercerita Alam Ria PASTI peringkat Kawasan Serdang iaitu Badri. Comel sangat bila dia buat suara semut.

Jadi VIP kali ni. Dapatlah merasa
pakai baju konvo hehe
Pentas yang sempit, terpaksa berhimpit-himpit
Penyampaian hadiah
Para graduan 6 tahun
Bersama tenaga pengajar dan AJK Pasti
Jadi pengiring VIP. VIP Pn Arbaisah Timbalan Ketua
 Dewan Muslimat PAS Kawasan Serdang.
Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tahun ni saya jadi macam VIP jugalah sebab tak dapat nak terlibat sangat dalam persiapan sebab semua buat waktu malam. Tugasan pulak jaga VIP. Syabas kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan ihtifal kali ini. Syabas tak terhingga kepada guru-guru kerana melihat kepada persembahan anak-anak kali ni saya rasa sangat bangga kerana cikgu-cikgu dah dapat capai expectation yang kami harapkan. Tahun ni punya persembahan memang saya guide sikit saja.

Semoga para graduan PASTI terus cemerlang dan menjadi insan soleh dan solehah.

Ihtifal SERI ABIM

Tahun ni masih mengharapkan supaya Imran dapat naik pentas. Namun mungkin masih belum rezeki Imran lagi. Imran dapat nombor 11. Raihana pula, harap-harap juga tapi tak tau nak expect apa sebab baru darjah 1. Sekali tu dapat nombor 20. Hmm... memang tak dapatlah.

Humaira Maisara alhamdulillah masih dapat mengekalkan kecemerlangan setiap tahun. Humaira nombor 2 dalam kelas, Maisara nombor 3 dalam kelas. Alhamdulillah.

Luqman pula berehat kat rumah main game hehehe...

Tahniah

Graduasi Tahun 6

Oh ini pertama kali merasa duduk dalam majlis konvo yang betul-betul punya. Almaklumlah, saya dan suami tak pergi konvo masa tamat belajar dulu sebab universiti kami buat konvo lambat. Orang dah balik malaysia dah tak mampu la nak pergi lagi dengan duit sendiri untuk hadir majlis konvo tu.

Hari Graduasi Tahun 6 Seri ABIM diadakan pada 22 November yang lepas di Dewan Auditorium Abu Zarim, ILSAS. Dewan ni la yang kami nak untuk buat Ihtifal Pasti hari tu tapi tak dapat. Tahun lepas memang kami buat Ihtifal Pasti di sini.

Majlis dirasmikan oleh Tn Hj Ahmad Azzam, ayah kepada Allahyarham Ahmad Ammar. Beliau adalah bekas Presiden ABIM. Amat bagus isi kandungan ucapan beliau. Antaranya beliau mengatakan jangan kita hidup ini setakat hidup sahaja dengan 8 C. Saya tak berapa ingat semua 8 C tu tapi antaranya Career, Car, Condo, Children, Clubhouse, Cemetery. Maksudnya matlamat hidup kita janganlah hanyalah untuk kita. Sebaliknya hidup kita sepatutnya ada termasuk sekali dengan agenda ummah. Bagaimana kita boleh menyumbang kepada ummah.

Satu lagi isi penting, beliau berkongsi bagaimana beliau memilih Turki untuk menghantar anaknya melanjutkan pelajaran. Satu aspek yang paling penting ialah aspek kebersihan terutamanya kebersihan tandas. Beliau sudah tengok madrasah, pusat tahfiz dan yang seangkatan dengannya di merata dunia. Kebanyakannya kotor termasuklah di Malaysia sendiri. Beliau kata kebersihan itu mencerminkan peribadi. Ianya reflect kepada iman, iaitu dengan amal. Kebersihan, bersuci, taharah adalah perkara asas dalam Islam.



Alhamdulillah Luqman graduate dalam kategori Cemerlang. Tak pasti pulak macamana cikgu kategorikan diorang ni. Result UPSR masa tu pun belum keluar lagi.

Orang jakun tak pernah konvo




Alhamdulillah. Tahniah Luqman!

March 27, 2014

Cuti Sekolah

Minggu ni cuti sekolah.

Tak ke mana sangat pun. Kami balik kampung pada awal cuti sekolah. Mak buat kenduri doa selamat pada hari Sabtu yang lepas. Sempena harijadi Rayyan, Liza, Ikram. Sempena kelahiran Imad Nafiz. Untuk keselamatan Ima yang sedang mengandung 5 bulan. Dan juga tahlil untuk yang telah pergi menemui Ilahi.






Alhamdulillah ramai yang dapat balik. Berkumpullah kami ramai-ramai. Itu pun K Nit balik hari je sebab Dr Husna kena kerja hari Ahad tu. Takpelah yang penting dapat juga berjumpa adik-beradik. Nama je sama-sama duduk KL tapi jarang berjumpa. Kat kampung juga baru nak berjumpanya.

Liza baru lepas pantang. Babynya montel betul! Aqlan pun suka betul dengan baby Nafiz. Bulat sangat. Geram tengok.


Balik kampung sempat juga pergi kedai spek buat spek baru. Kedai Nan Hwa Optical ni memang kedai spek kami sekeluarga sejak turun temurun lagi. Adik beradik saya memang ramai yang pakai spek, arwah bak memang bawa ke kedai tu je. Dulu bapanya jadi tauke sekarang dah turunkan kepada anaknya pula. Mereka pun masih ingat keluarga kami. Dan semestinya selalu lah dapat diskaun. Suami pun suka buat spek kat situ sebab boleh dapat half price dari harga kat KL. 


Haha... sempat lagi posing kat kedai spek.

Balik KL hari Selasa. Hari Rabu budak-budak ke Robojunior Workshop pulak. Workshop anjuran TM dan Little Bots, sebuah akademi robotik untuk kanak-kanak. Anak-anak pun nampak seronok. Tapi agak mahal jugalah kena bayar sorang lebih kurang RM100 untuk one day workshop. Raihana tak didaftarkan sebab saya rasa macam masih kecil lagi. Tapi dia nak ikut juga. So dia ikut jugalah tapi tak join workshop tu tapi jadi assistant saya di office hehe. 



Bagus juga workshop ni. Dapat memupuk daya kreativiti dan inovasi anak-anak. Little Botz juga ada menyediakan kursus robotik untuk anak-anak secara bersiri. Tapi buat kat office dia kat Shah Alam. Bayarannya pun boleh tahan juga. Boleh juga kalau kita nak beli robotik punya alatan ni. Mindstorm Lego namanya. Melalui Little Bots, kalau anak-anak ada idea dan dapat cipta robot yang berguna, mereka akan bantu untuk commercialize kan.

Cuti sekolah tinggal beberapa hari lagi. Masa untuk bersukaria dah habis. Terutamanya kepada Luqman, kena lah keluarkan buku semula untuk ulangkaji untuk UPSR.

Sekian...


March 14, 2014

Live from Gleneagles Hospital


Aqil warded di gleneagles setelah beberapa hari batuk dan semakin kerap batuknya. Dah mula muntah-muntah. Dr Chan kata  jantungnya bengkak. Yelah bila dia tak sihat jantung pun akan overworked.

Dah 4 hari dah kami kat sini sejak hari selasa. Batuk aqil ahmdulillah dah semakin kurang. Muka pun dah tak bengkak. Semakin ceria. Hari ni start banyak makan. Uk uk pun banyak hehe.

Insya allah esok boleh balik. 

Aqil mula makan ubat baru utk sakit pphnya. Namanya captopril. Dah mula sejak semalam. Nampak macam ok. Hopefully akan buatkan dia lebih selesa. Insya allah mama tak lupa untuk sentiasa berdoa untuk aqil.

March 06, 2014

Aqlan demam


Cian anak mama ni. Muka pun jadi bengkak dah macam muka Aqil dah.  Aqlan start batuk-batuk hari Isnin. Hari Selasa mama cuti half day bawak Aqlan pergi klinik. Masa tu badan dah rasa suam-suam dah. Malam tu badan Aqlan panas sangat. Malam pun tak boleh nak tidur sangat. Ayah pulak outstation pergi JB. Semalam mama cuti, tak sampai hati nak tinggalkan Aqlan. Badan masih panas. Lagipun kalau tinggalkan dengan bibik takut bibik tak terhandle pulak dengan keadaan Aqlan yang merengek-rengek tu. Cuba call K Tim nak minta urutkan Aqlan tapi tak berangkat pula. SMS pun tak jawab. Manalah tau ada salah urat mana-mana ke sebab hari tu Aqlan ada jatuh. Malam tadi masih panas tapi tidur nyenyak. Pagi tadi serba salah juga nak tinggalkan Aqlan. Tapi mama ada meeting pagi ni. Mama pulak yang organize. Mama berdoa semoga Allah permudahkan urusan bibik di rumah menjaga Aqil dan Aqlan hari ni. Petang pulak kena turn mama untuk SIT debrief so kena balik lambat pula.

Memang dah lama Aqil Aqlan tak demam. Selalunya setakat batuk selsema je takde demam. Semoga segera sembuh Aqlan. Semoga tak berjangkit pada Aqil pulak. (suspen sebab Aqil pun macam dah start batuk je)


March 03, 2014

Manisnya senyumanmu

Oh manisnya..
Manisnya senyumanmu..


Si Aqil ni memang sejak baby lagi pandai posing dan senyum depan kamera. Lain pulak dengan Aqlan. Memang susah nak dapat gambar dia senyum.



February 24, 2014

Latihan menutup aurat sebelum baligh

Humaira dan Maisara yang bulat! Hehehe.. Nampak dari gayanya macam cepat je nak start period anak-anak mama ni. Tapi setakat ni belum lagi lah. Dah bersedia kah?

Salah satu element penting apabila baligh ialah kewajipan menutup aurat. Alhamdulillah setakat ini saya tak nampak ada masalah kepada Humaira dan Maisara untuk menutup aurat dengan sempurna. Sekarang ini pun bila keluar rumah memang akan tutup aurat. Tapi memang belum sempurna lagi,. Contohnya bila pergi swimming, buka jugalah. Ataupun apabila di rumah bila ada sedara datang. Ataupun bila kumpul dengan sepupu sepapat di kampung.

Semalam saya bawa mereka berdua ke sebuah salon di BTHO, berhampiran klinik Annur. Tertarik nak ke sana kerana nampak signboard Muslimah Room Available. Namun bila sampai, mereka kata dalam bilik tu aircond tengah rosak. Jadi kena gunting rambut kat tempat open. Amoi tu kata tak apa sebab dah petang ni selalu tak ada orang. (kami sampai situ pukul 6.00 petang). Sedang Humaira dan Maisara syok potong rambut tiba-tiba ada juga sorang lelaki masuk nak gunting rambut. Alamak. Saya pula rasa serba salah. Apabila dah selesai semuanya, Maisara kata nasib baik dia belum baligh. Kalau dah baligh tak boleh potong rambut kat situ lagi. Mama pun tak boleh potong rambut kat situ. Sejuk rasa hati saya sebab mereka faham tuntutan menutup aurat itu, bukan sekadar ikut-ikutan. Anyway next time mama akan bawa ke azzahrah lah, guarantee syariah compliant.

Anak-anak perempuan saya mula belajar menutup aurat seawal 4 tahun kerana mereka belajar di tadika islam. Ke sekolah memang wajib pakai, tapi bila keluar rumah saya memang selalu ajak mereka pakai tudung walaupun kadang-kadang lebih banyak masa tudung tu letak dalam beg daripada letak di kepala. Namun sedikit demi sedikit mereka akan semakin kerap pakai. The key is, selalu ingatkan mereka untuk pakai tudung bila keluar rumah. Tapi tidak memaksa sekiranya mereka tak mahu. Lama kelamaan mereka akan biasa dan automatik mencapai tudung tanpa di suruh.

Bila pergi swimming sebenarnya serba salah juga. Tapi mereka akan minta kebenaran dulu sebelum buka tudung. Kami akan beri kebenaran tapi kena bagitau bila baligh nanti tak boleh buka-buka dah. Sama juga kalau balik kampung, nanti kena lah menutup aurat juga dalam rumah sebab ada Nizam Nazim. Saya beri contoh Haida, sepupu mereka yang dah Form 1. Masa dia start baligh dia pun pakai tudung dalam rumah kan. Nampaknya Humaira Maisara faham dan saya rasa mereka dah bersedia bila sampai masanya.

Pentingnya menutup aurat itu dipupuk sejak kecil lagi. Bayangkan jika anak kita tak biasa pakai tudung, malah pakai pula baju seksi-seksi tanpa lengan, seluar pendek, tiba-tiba bila dia baligh kita paksa dia pakai menutup aurat sebab nanti berdosa etc etc, agak-agaknya boleh terima tak dia? memberontak tak dia? Tak boleh secara drastik macam tu. Jadi janganlah kita rasa anak kita masih terlalu kecil untuk dilatih menutup aurat. Kita takut kita tak perasan anak kita membesar. Sedar-sedar dah darjah satu. Sedar-sedar dah darjah 6. Tiba-tiba dah datang period. Kita tak memaksa tapi melatih supaya bila tiba masanya ianya tidak menjadi masalah buat mereka, untuk kebaikan mereka juga.

Semoga anak-anak kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.


February 21, 2014

Kids' pictures

I accidentally came across these pictures. I can't help it but I need to post it here. It warmed my heart...





Oh, i need to take the latest one with Aqil and Aqlan in it!

February 18, 2014

Luqman menjalani pembedahan appendix

Alahai anak omak.. satu.. satu..

Hari Sabtu yang lepas, selepas Azan Asar berkumandang, Luqman mengadu sakit perut. Muntah-muntah. Saya ada hal petang tu. Tak sempat tunggu Luqman keluar bilik air, saya dah kena keluar. Saya hanya pesan kepada Humaira Maisara supaya suruh Luqman  makan ubat CVT no 19. Mungkin perut masuk angin kot sebab pagi itu ada tuisyen di sekolah, habis pukul 1.30. Balik rumah dah pukul 2.30 pun tak terus makan nasi. Tapi masa kat sekolah pun dia dah beli makanan kat kantin dah.

Waktu maghrib nampaknya Luqman masih sakit perut. Macam teruk je. Muka pun pucat. Lalu selepas Maghrib terus suami bawa Luqman ke klinik. Nak suruh doktor inject.

Tak lama kemudian, suami telefon. Doktor suspect appendix terus refer ke hospital. Sampai di Hospital Columbia Asia di BTHO, masuk ER, after x-ray, so memang confirm kena buat laparoscopi untuk buang appendix. So malam tu pukul 11 malam terus prosedur dilakukan.

Saya di rumah menidurkan Aqil Aqlan. Sesekali suami mesej memberitahu perkembangan semasa. Hanya doa yang dapat saya panjatkan semoga segala urusan dipermudahkan Allah dan semoga selamat semuanya. Alhamdulillah prosedur selesai lebih kurang dalam pukul 12 tengah malam.



Saya tanya doktor, macamana boleh kena sakit appendix ni? Adakah kerana makan biji jambu batu atau biji lada? Itu kan kepercayaannya sejak kecil lagi hehe.. Doktor kata sebenarnya memang tidak diketahui punca penyakit ini. Dan ianya boleh kena kepada sesiapa saja. Dan dia juga kata tak pernah pula jumpa biji jambu batu dalam appendix. Hehe.. pandai buat lawak pulak Dr Razale ni.
Makan sedap nampak

Alhamdulillah sekarang Luqman sedang berehat di rumah. MC selama seminggu. Semalam baru keluar wad. Selama berada di wad, siang saya jaga, malam suami yang temankan. Nampak Luqman pun tak sakit sangat.

Semoga cepat sembuh Luqman!


February 13, 2014

Dejavu

Humaira sedang buat homework.

Humaira:   Mama pernah tak mama tengah buat sesuatu, lepas tu rasa macam dah pernah buat dalam mimpi.
Mama:      Macam deja vu ke? Macam kita rasa kita pernah alami situasi tu. Macam dah pernah buat je sebelum ni tapi di mana ye.
Humaira:   Ha ah. Macam tu lah.
Mama:      Itu namanya dejavu.
Humaira:   Apa?
Mama:      Dejavu
Humaira:   Ooo dejavu.
Mama:      Kenapa tiba-tiba tanya?
Humaira:   Tadi ni baru kita rasa macam dah pernah buat macam ni dalam mimpi. Sebelum ni pun pernah juga rasa macam ni.

Saya tak pasti kenapa, tapi saya rasa perbualan ini sangat cute, interesting and something different. And one thing for sure, my kids have grown up.

January 07, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Oh dah 7 haribulan hari ini. Selamat Tahun Baru saya ucapkan walaupun terlewat sikit. Almaklumlah minggu lepas sibuk dengan persiapan anak-anak memulakan persekolahan, sibuk membantu guru PASTI memulakan sesi persekolahan yang baru, lepas tu kami balik kampung pulak. Minggu ni baru masuk office balik. Keadaan di office pun masih agak lengang. Meeting pun tak ada. Kerja pun tak banyak sangat.

Alhamdulillah dengan 2013. Bagi saya, tahun 2013 agak mencabar. Penuh dengan dugaan dan ujian. Pertamanya kerana anak-anak saya didiagnose dengan PPH. Saya kena ambil unpaid leave selama dua bulan untuk jaga Aqil. Oh nanti bonus kena prorate lah! Keduanya kerana saya sendiri jatuh sakit yang agak teruk. Banyak pengajaran yang saya dapat melalui ujian yang saya lalui ini. Mungkin saya akan ceritakan lain kali.

Alhamdulillah saya rasa saya dah sihat sepenuhnya. Cuma adakalanya tangan saya ni terutamanya di pergelangan tangan ada rasa sakit macam salah urat dan tak berapa kuat sangat kalau nak angkat barang yang berat. Sekarang masih teruskan dengan calcium dan glocosamine untuk kesihatan tulang dan sendi-sendi.

Alhamdulillah untuk Aqil dan Aqlan. Aqil walaupun keadaannya masih belum pulih, tapi at least dia selalu ceria dan sihat. Dah jarang batuk dan selsema. Perkembangannya juga normal.. berjalan, berlari, melompat, main bola, menari dan dah semakin banyak cakap sekarang. Cuma mungkin badannya kecil sikit. Aqlan pula tetap aktif macam biasa. Badan pun semangat! Sebab suka makan.

Ops makan lollipop, abislah gigi!
 Alhamdulillah anak-anak semua dah mula bersekolah semula. Selamat memulakan alam persekolahan yang baru buat Raihana Huda! Mama dan ayah taklah risau sangat sebab ada 4 orang bodyguard! hehehe.. First day sekolah pun mama hantar naik bas je. Oklah takde incident nangis-nangis ke apa. Dah naik darjah satu ni dah tak boleh main-main pasal solat. Kena solat betul-betul tau.

First day of school 2014. Berderet!
Alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan. Semoga 2014 menjanjikan kehidupan yang lebih baik dan lebih dirahmati Allah.