Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

June 21, 2012

35 weeks and counting

Alhamdulillah sihat... kandungan pun setakat checkup last week sihat.. masih active dalam perut mama especially kalau malam lepas maghrib. Memang perut tu berombak-ombak je. Entah buat apa la gaknya baby mama tu ye..

Alhamdulillah sihat.. Namun tak berapa larat nak jalan banyak... Oleh itu saya telah mengisytiharkan cuti sebelum doctor bagi cuti MC lagi.. hehheh... Tak larat lah... So minggu ni dah start cuti (ambik annual leave la). Hopefully next week doctor dah boleh start bagi MC sampai bersalin (doc dah janji hari tu sebab kena tunggu 36 weeks baru dia boleh bagi MC panjang).

Namun on and off buka juga laptop kat rumah. Masih jawab-jawab email, masih tengok-tengok report and follow up mana yang perlu. Boring juga duduk rumah kalau tak buat apa-apa kan. Setakat ni dapatlah kemaskan/siapkan baju-baju baby dalam tong toyogo tu, baju-baju mama yang nak guna masa pantang pun dah siapkan - senang nanti ayah tinggal bawak turun tong tu je... Semalam pergi office kejap settlekan urusan apply unpaid leave. Balik tu sempat singgah jusco cari buku-buku nak baca masa cuti. Lepas tu balik lenguh kaki tak boleh buat apa.. hehehhehe...

Hari ni? Dah selesai satu email nak kena hantar kat orang. Lepas ni ingat nak memvaccum sikitlah.. hehheh larat ke? tengok dah berabuk sangat rumah ni. Takpe kot pelan-pelan. Tak tahan tengok bulu kucing yang bertaburan. Hai.. Fixie.. Fixie... Kami dah blok tingkap tu pun masih boleh menyelit masuk lagi. Pagi ni mama ikat kayu tu kat tingkap. Mula-mula pakai tali rafia biasa, boleh putus dikerjakannya! Lepas tu teringat pengikat yang ayah punya yang plastik tebal tu.. Hah.. setakat ni percubaan dah berapa kali dah dia nak masuk tak berjaya... muahahahhahah... biar dia...

Hmm... Perut sangat besar (itu pun doctor kata boleh besar lagi sebab lapang lagi?? aduhaiii...), pipi semakin tembam (asyik tergigit je.. huhuhu) dan kaki sangat bengkak... dari saiz 7 ke saiz 8 semalam cari saiz 9 tapi selipar tu takde pulak saiz 9. so ok jugalah saiz 8 tu ngam-ngam.. tapi memang kaki bengkak macam kena sakit untut... huhuhu...

Kalau ikut due date, sebulan lagi kena bertahan... Lately ni tidur pun tak berapa nyenyak. Selain daripada ketidakselesaan posisi dan kekerapan rasa nak buang air kecil, fikiran pun asyik membayangkan saat-saat nak bersalin... dok cuba recall dulu-dulu... rasa berdebar-debar kalau diingatkan. Kadang-kadang sampai termimpi-mimpi... isk isk... Nama pulak dok belek-belek buku nama tu tak jumpa-jumpa lagi nama sesuai... tapi itu biasalah tengok baby dulu nanti baru boleh carikan nama yang sepadan dengan orangnya...

Anyway, kali ni memang rasa agak mencabar. Mungkin disebabkan faktor umur, faktor kembar dan jarak kelahiran yang agak lama daripada sebelumnya..

Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami, sejahterakanlah kandunganku, berilah aku kekuatan dan kesabaran dalam minggu-minggu terakhir mengandung ini, mudahkanlah aku bersalin, selamatkanlah aku dan kandunganku.. Amin...

March 20, 2012

Mengandung kali ni

Mengandung kali ni...

- suka makan lauk kampung-kampung, tak berapa teringin nak makan western. Kalau dulu-dulu mengandung memang suka makan western selalu.
- suka makan lauk ikan. tak suka makan lauk ayam..
- suka minum ice blended cappucino.. seminggu sekali dua kali mesti pekena.. nasib baik SR bawah ni je..
- suka makan dark chocolate - nasib baik van houtan ada baru keluar dark coklat bulat-bulat (roasted almond). sedap sangat..
- suka makan nanas potong-potong kat food court tkt 3 yang berharga seringgit yang sangat manis itu... hmmm... sedaaap... Tapi awal-awal hari tu tak berani sangat.. tapi sekarang kandungan dah agak besar so ada berani jugalah makan banyak sikit.. hehheh...

apa lagi?

I am now at 22 weeks. Tapi semua orang dah sibuk tanya bila due. Sebab? sebab perut dah besar la... macam 7-8 bulan sudah... well what do you expect, dah ada duorang kat dalam ni. hehehh.. Cuma doakanlah semoga diberi kekuatan dan kesabaran untuk menempuh lagi  4 bulan lebih ni... (by that time tak tau la perut besar mana)

Choice of hospital, kami buat keputusan untuk kekal bersama Dr Khamsiah Hospital Annur Bangi setelah menimbang pro and cons dengan beberapa shortlisted hospital.. Cuma kena bertahanlah nanti bila appointment tu kena queue panjang selalunya.. itu je lah yang tak tahan tu.. Insya allah next month start check up kat sana.

Barang baby? sedikit sebanyak dah start buat list.. hmm.... rasa macam anak pertama pulak. sebabnya banyak benda yang dah tak ada kena beli baru.. hehheh... Satu lagi rasanya tak boleh tunggu dah dekat due baru nak beli barang baby ni sebab sekarang pun dah tak berapa larat. So bila ye boleh start shopping?

Bulan 6 ni kenduri kahwin Ima. Masa tu dah 8 bulan. Jadi mandur je la jawabnya.. hehhehe

Doakan semoga dipermudahkan segalanya...

January 27, 2012

Pengalaman mengandung twins

Sebenarnya saya dah lupa macamana pengalaman mengandungkan twins dulu. Bila cuba cari-cari balik rupanya masa tu takde blog lagi so tak dicoretkanlah di mana-mana. Tapi yang saya ingat ialah mabuknya lama sampai 5-6 bulan. Uhuhuhu... rasa macam tak sanggup je nak menghadapinya for another 1-2 months (sekarang saya baru nak masuk 4 bulan). Sekarang ni mabuk dari pagi sampai ke malam. Tekak sentiasa rasa payau.. kadang rasa tak boleh nak telan air liur pun... tak rasa loya hanyalah masa tengah makan. so kesimpulannya better makan je... Alhamdulillah selera makan tu sentiasa ada.. cuma masalahnya timbul semula bila selepas makan especially kalau makan benda manis. Hari tu bila tekak rasa tak sedap makan asam boleh tahan lagi. Tapi rasanya semenjak 2 menjak ni asam pun tak dapat nak hilangkan rasa loya. Abih nak buat macamana? Bersabarlah banyak-banyak ye..

Bila tekak dah loya, angin pulak banyak dalam badan, bila dah naik kat kepala mulalah pening pulak.. Bila dah pening maknanya melepek je lah.. bila dah melepek satu bende pun tak boleh nak buat..

Astaghfirullahalazim... banyaknya complaint...

Nasib baik anak-anak dah besar dah boleh banyak membantu... basuh baju, angkat baju, sidai baju, iron baju sendiri, basuh pinggan.. alhamdulillah...

Luqman: Mama pening ke? mama nak urut?
Humaira: Takpe nanti kita ironkan baju raihana.
Maisara: Ayah, kenapa ayah tak iron baju sendiri? kesian mama mengandung... (hihihi.. ini special case la maisara)

Paling terharu bila lepas solat berjemaah, semua anak-anak doakan mama selamat bersalin, doakan baby  sihat, doakan mama kuat tak pening kepala... amin.. amin.. Itulah kekuatan yang mama perlukan..

Ayah pernah tanya selepas tengok mama macam teruk sangat mabuknya, "Apa petua nak hilangkan mabuk?" Mama jawab,"Mana ada petua... petuanya bersabarlah..."

Baru 4 bulan urat-urat veriskos dah keluar dah. Sebenarnya saya tengah cari belly band untuk orang mengandung.. sapa pernah try? kata mana nak cari? bila google mostly semua kat oversea yang ada. Rasa penting juga belly band ni n nak start awal untuk support perut so that tak terlalu menekan kita punya abdomen dan bahagian pelvis. Lagi satu bagus untuk support tulang belakang. Disebabkan baru 4 bulan pun dah terasa beban beratnya, macamana pulak bila 9 bulan nanti.. i need all the help that i can get.

Nak dijadikan cerita pulak, solat corner kat opis ni baru saja didismantlekan untuk memberi ruang kepada orang-orang nak pindah masuk.. huhuhu... kat mana pulak saya nak berbaring sebentar bila rasa perlu berbaring... huwaaa... terpaksalah menapak ke surau tkt 36... ahh.. complaint lagi...

Wah cerita pasal peknen macamlah first time peknen ye.. hehheh..  Tapi ni peknen twins kan. Lain la sikit. Tapi kan dah pernah peknen twins. Yelah yang dulu punya dah lupa dah.. 9 tahun dulu.. hehhe.. Yang penting sentiasa berdoa, dan minta sentiasa doakan semoga Allah selamatkan semuanya, semoga Allah permudahkan semuanya, semoga Allah berikan saya kekuatan dan kesabaran dlm menghadapi fasa-fasa awal pregnancy ini.. Amin...

January 05, 2012

Twins? Again?


Do you see what i see? it's twins!! Again!!

Subhanallah.. tak pernah terfikir begitu sekali anugerah Allah kepada kami... a pair of twins is already a greatest gift. 2 pairs of twins?? tiada kata mampu diucap melainkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah...

Semoga Allah permudahkan segalanya..

October 25, 2007

so many things to say...

iskk.. rindunya mama kat blog nih... heheh...

WELCOME TO THE WORLD..


tanggal 16 september, tepat jam 4.28pm.. akhirnya mama selamat melahirkan baby girl... alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. tak sempat nak kena induce yang dijadualkan pada 17 sept.. labour pain pun tak berapa lama... masuk labour room kul 3pm, 4.30pm dah bersalin... baby berat 3.25kg...

bila pikir-pikir compensate la jugak penantian beberapa minggu terakhir tu sebab bila nak bersalin tu semua dipermudahkan... just imagine, mama mc sampai 3 minggu! kononnya nak tunggu 31st august... tak kuar gak.. tunggu 9/9 tak kuar gak.. tunggu 1st ramadhan tak kuar gak.. at last tunggu hari pembentukan malaysia 16 sept.. kiranya overdue 6 hari la..nasib baik baby pun tak besar sangat.. suspen jugak bile overdue hari tu tak baby dah terlebih membesar.. hehhe...lagipun memang baby nak bagi chance mama pose dulu kot.. dapat la 3 hari.. kurang sikit nak ganti...tapi hari sebelum tu memang la mama buat semua bende yang orang kata untuk nak cepatkan bersalin... nek suh tido pakai kain ayah yang tak basuh lagi.. petua orang tua-tua... hehhehe... ok pakai... atuk sini buatkan air selusuh.. setengah botol mineral yang besor tu mama abihkan hari tu gak.. pastu doktor pun ada bagi tips juga.. roll your ni**** to stimulate contraction... memang mama kalau boleh taknak la sampai kena induce... alhamdulillah tak sempat nak kena induce...

hari nak bersalin tu... actually pagi subuh tu dah kuar tanda dah tapi contraction takde lagi.. so relax le... sampai lepas zuhur baru pegi spital... tu pun contraction tak frequent lagi tapi takut la sebab air dah pecah dari pagi takut kering pulak,, sampai kat spital labour room penuh.. kena tunggu jap kat bawah diorang tengah bersihkan labour room.. nasib baik la kita boleh tahan lagi... tu yang masuk labour room to basah lantai semua... almaklumlah spital kecik labour room tak banyak.. masuk-masuk tu doktor masukkan ubat gak sebab nak cepatkan contraction sebab tak frequent.. masuk je waktu asar ayah gi solat jap kat surau situ je... masa ayah beredar tu ok lagi.. tak lama lepas tu rasa baby dah nak kuar dah... doktor pun dah siap-siap pastu tengok ayah takde dah siap suh nurse call lagi... baru nak call ayah pun sampai... ngam-ngam je la... doktor bagi ayah potong tali pusat baby.. doktor kata next time kena sambut pulak.. hehhehe... ada berani ke?

thanks to dr khamsiah dan staff2 hospital annur... walaupun tak se'gah' ampang putri atau pantai tapi dari segi service antara yang terbaik la... semua orang friendly.. cuma food la kureng sikit.. hheheh...

welcome to the world... Raihana Huda Abdullah...


DI SEBALIK NAMA

Raihana Huda.. sedap tak nama tu? isk... susah betul nak cari nama baby... macam-macam...nih pun bile cam dah confirm boleh berubah saat-saat akhir nih.. siap kena liquid paper kat borang daftar nama lagi.. hehheh...raihana means yang harum.. huda means petunjuk.. mula-mula nak letak huda kat depan.. boleh juga... tapi dari segi makna bezanya huda raihana means huda yang harum.. kalau raihana huda pula means cam betapa harumnya huda tu.. lebih bermakna la... itu ikut cakap ustaz din.. (pak din).. akhirnya nama Raihana Huda telah terpilih..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Hopefully tak terlambat mama nak wish everybody Selamat Hari Raya Aidilfitri... mama nak mohon maaf sekiranya ada yang tersilap kata dan bahasa, termenyinggung perasaan, tertulis perkara yang tak sepatutnya dan sebagainya la.. almaklumlah kadang menulis tu syok sendiri...

raya tahun nih dalam pantang lagi (again.. :)).. tapi juadah raya tu boleh kata semuanya makan juga la.. nek kata takpe sebab dah dekat sebulan...hehhe... melaram gak ngan baju raya tapi bukan pegi beraya pun.. untuk gambo-gambo je spesel untuk tatapan peminat.. hehheh... gurau je.. untuk kenang-kenangan.. tu pun tak banyak gambo sebab camera kitorang dah kaput... kena la mintak ehsan abang zan untuk tompang-tompang gambo..


Selamat hari raya dari kami sekeluarga... mama, ayah, luqman hakim, ain humaira, ain maisara, imran haziq dan raihana huda... (isk.. 5 dah anak mama.. hehe)

wokeh.. tak tau lagi bila akan bersambung selepas ini... everybody take care okay...

August 28, 2007

3 hari lagi...

3 hari lagi nak merdeka... mama pun nak tunggu 3 hari lagi la... mama dah start mc sebenornya since semalam.. last saturday pegi check up.. ayah tanya doktor boleh bagi mc tak.. doktor ok je terus bagi seminggu.. alhamdulillah... tak terpikir lak mama...

so dah 2 hari dok rumah... boring gak.. heheh... baby pun tak nak kuar lagi.. nak tunggu merdeka kot.. hehhe... kalau dapat kire another history jugaklah sebab mama akan ada 2 anak merdeka... hehhehe... hopefully boleh dapat.. ameen... kat rumah mama ambik kesempatan untuk layan bebudak nih.. especially imran.. makin manja la nampaknya ye... makan mama suap... mandi mama mandikan... pagi layan main bola... etc..

alamak imran bangun...

August 20, 2007

masih di sini??

ye.. mama masih di sini... kalau ikutkan this week dah masuk 37 weeks dah... so memang tunggu masa je.. kalau boleh mama nak bersalin minggu depan... tak sabar dah sebenarnya tapi sebab ada beberapa perkara lagi tak settle kat opis nih rasa tak sedap la pulak kalau nak bersalin minggu nih.. ceh macam la boleh pilih2 date nak bersalin.. lain la kalau ceaser... hopefully dapat bersalin normal macam sebelum-sebelum nih... amin..

handover baru nak prepare.. tadi baru siap satu... ada la 2-3 task lagi yang nak kena handover... esok ada meeting ASCR committee.. pastu hari khamis ni ada lunch date ngan CEO! hehhehe... jangan jeles... err.. takdelah date... dapat invitation untuk program Ex-scholar appointment with GCEO... sekali dengan SVP HR Dato' Aziz, Ismail Nordin, ngan sorang lagi tu GM kat HR yang baru, Datin Badrunnisa... satu session tu ada la dalam 10-12 orang... suspen gak... mesti banyak bende yang diorang nak tanya nih... kalau diorang tanya apa contribution kat company bla bla bla... err.. apa nak jawab ek... anyway mama punya session sebenarnya 6/9 tapi takut tak sempat mama mintak la tukar ke first session.. nasib baik dapat.. itu pun harap-harapnya sempat la... insya allah...

the kidz pun cuti this week... hmmm.. diorang pun ikut cuti sekolah jugak... kesian gak kat bibik nak handle semua dari pagi sampai petang... dok pikir-pikir jugak nak amik cuti ke tapi memandangkan memang tengah tunggu masa nak cuti plus nak settlekan bende-bende sebelum bercuti tu yang macam payah lak nak cuti... hopefully semua ok la kat rumah tu.. tanya jugak bibik cemana boleh handle ke.. dia kata boleh je.. cuma luqman yang susah sikit katanya... especially kalau dia nak keluar tapi bibik tak bagi... itu memang masalah sikit la... mama selalu dah ingatkan luqman kalau nak keluar main petang-petang takpe.. kalau tengahari takde orang kat luar nanti kalau ada orang amik luqman takde sapa nampak kang... dok pikir jugak budak2 ni boring dok kat rumah... game yang pinjam kat adam hari tu pun luqman cam dah slow je... pagi tadi mama tanya kenapa.. tak best ke game tu?.. luqman kata dia nak yang besar macam along, irfan.. yang boleh main dua orang.. isk.. isk.. nak PS2 jugak ke?? errrr...

camtulah.. anak-anak dah makin membesar.. macam-macam pulak la bende pelik yang dimintaknya... nak educate diorang mana yang patut mana yang tak patut tu sangatlah mencabar...

February 27, 2007

kisah nak bersalin


tetiba mama rasa nak share cerita pasal pengalaman nak bersalin sebelum ni... bukan apa, kelakar pulak tengok mek eli tadi cam kelam kabut je dalam telefon bila mama kata nek 11hb ni baru nak datang sini. due date mek eli 15/03.. takut tercepat la kan.. takut 11hb tu dah terlambat la... hari tu masa balik kampung, nek yang kata mek eli takdelah kritikal sangat.. kalau terawal pun mak mentua ada kat sini boleh tengokkan dulu... lagipun baru first baby bukan nak kena jaga anak yang lain pun...

teringat dulu masa mama nak deliver luqman.. terawal 9 hari.. nek memang la dah plan nak datang tapi memang tak sempat la... nak dijadikan cerita nenek ngan atuk cheras pun tengah takde gi balik kampung kedah.. alhamdulillah semua ok cuma ayah la kesian sikit sebab bab nak uruskan uri tu.. harapkan pak ngah la yang dah ada pengalaman sikit... dah la luqman lahir maghrib.. gitu gini tengah malam jugak la ayah selesai uruskan uri tu... dah la masa tu cuti hari merdeka.. kedai banyak tutup.. nak carik pape pun susah.. balik dari hospital, mak wa yang tolong pegang baby, nak ikat perut cemana, tolong masak lauk, etc, sikit2 la yang mana perlu ditolong.. almaklumlah first baby... itulah untungnya dok dekat ngan sedara... insya allah backup each other.. petang mama balik dari hospital tu barulah nek sampai... nasib baik mak ima pun tengah cuti boleh teman nek naik bas..

masa mama nak deliver twins, awal gak 2 minggu... nek kampung memang la tak sampai lagi.. tapi nasib baik nenek atuk cheras ada.. so luqman dok la kejap kat rumah nenek sini.. after mama selamat deliver, esoknya ayah pecut balik kampung ambik nek.. siap kena tahan polis lagi.. tapi bagi reason baru dapat anak kembar nak amik mak mentua gitu gini gitu gini .. dapat la lepas... nasib baik tak kena saman... seminggu lepas tu mak wa pulak bersalin kat hospital yang sama... pak lan tak ada masa tu memang keje kat sudan.. so memang mintak tolong ayah untuk hantar hospital dan sebagainya... tapi dengan nek sekali la... ayah gi hantar mak wa tu nurse pandang semacam je... mesti dalam hati dia orang ni baru minggu lepas dapat baby hari ni nak dapat baby lagi??? hahha.. mesti dia ingat ada dua bini ke.. kelakar jugak mama dengar cerita.. diorang extra ingat la sebab kan dapat twins.. tapi lepas tu mak wa explain la kat nurse kat situ yang ayah tu adik ipar dia... uri aneesa pun ayah tolong tanamkan.. kire jadi godfather aneesa la tu...

eh dah termasuk cerita lain pulak... ok sambung lagi...

cerita pasal nak deliver imran pulak.. nek kampung dah plan dah 2 minggu before due date nak datang dah sebab memandangkan historynya memang selalu awal.. rupa-rupanya tak sempat jugak... hehhe... awal 3 minggu... nak dijadikan cerita, nenek ngan atuk cheras pun tengah kat kedah... semua ingatkan awal lagi... jadi yang jadi mangsa masa tu mek eli la.. sebab mak wa pun masa tu dah ikut pak lan dok sudan... kesian gak kat mek eli sebab kena jaga 3 orang... imran lahir asar.. so mek eli tolong amik bebudak kat nursery pastu kena jaga sampai malam la jugak sebab ayah nak uruskan uri, etc.. mek eli siap kena basuh yak-yak lagi.. tiga-tiga orang plak tu... hehhehe.. kelakar pulak bila ingat balik... dah le masa tu bulan pose... takpelah mek eli.. mesti jadi satu pengalaman yang tak dapat dilupakan... kesian gak kat ayah masa tu.. penat la... nasib baik masa tu kebetulan tok atan pun nak datang kl so nek ikut je la.. tak perlu la ayah balik kg masa tu...

kalau nak ikutkan masa nak deliver ni, yang paling sibuk sebenarnya ayah la.. mama cuma kena tahan sakit kejap (err... lama gak) pastu relax je kat wad... ayah kena uruskan yang kat spital.. nak uruskan yang kat rumah lagi especially bila dah ramai2 ni kan.. pastu nak uruskan uri... memang kena ulang-alik je la.. orang jawa kata riwa riwi... (ke sana ke mari..). Tapi maybe next time ni tak sibuk sangat la kot sebab kat rumah ada bibik boleh tengokkan yang kat rumah... yang penting dari sekarang lagi kena doa banyak-banyak supaya dipermudahkan segala urusan masa nak bersalin nanti... insya allah...

pengalaman.....

January 22, 2007

sketsa sebuah kehidupan seorang mama


entah mengapa..
sejak akhir-akhir ini...
lidah kelu untuk berkata-kata..
otak beku untuk berfikir..
badan tidak bermaya..
makan pun tak selera..
tidur... err.. lena je...
mandi.. err.. basah je..

kenapa gaknye ye...

blog pun sepi je...
sebab takde idea...

penangan apakah yang telah melanda diriku ini???
adakah aku telah terkena buatan orang??
buatan suamiku sendiri???

aaaahhh tidaaaakkk...!

ceh dramatik macam drama swasta plak... hehheh...

alhamdulillah...

insya allah.. imran nak dapat adik lagi... :)