October 19, 2026

Ujian Di Hari Tua - Menjaga Orang Tua

Jumaat lepas, kami sepatutnya ada usrah secara online. Tapi lewat petang Jumaat dapat berita Pak Chaq (pakcik suami) meninggal dunia. Innalillahi wainna ilaihi rajiun..

Saya sebagai admin googlemeet kelam kabut nak cari pengganti untuk uruskan usrah sebab malam tu nak bawak mak ziarah arwah Pak Chaq. Namun sampai dekat 8.30pm masih tak dapat pengganti. Azlida ada kat kampung sebab ayahnya kena strok, keadaaan ayahnya tak berapa baik, sedang bersedia dengan sebarang kemungkinan. Wahida pula balik kampung juga, bergilir-gilir adik beradik balik setiap weekend sebab ayahnya cancer, sedang menjalani chemo. Yang lain pulak tak ada yang menyahut. Mungkin juga kerana waktu maghrib semua orang tengah sibuk dengan urusan diri dan keluarga. Ustazah pun lambat  respond. Lalu saya pun terpaksalah tangguhkan dulu usrah bulan ni.

Apa yang saya terfikir ialah ramainya yang sedang menjaga mak ayah. pada umur-umur 40-an 50-an. Dulu kita fikir kitarannya ialah berkahwin, lepas tu dapat anak, lepas tu sibuk dengan anak kecik berderet-deret. Bila anak2 dah besar sikit mula masuk asrama. Orang kat rumah pun makin sikit. Bila anak-anak dewasa, kita pun dah tua dah takde apa nak pikir sangat, nak focus kepada diri sendiri, ke sana ke sini ngantenan. (Ngantenan = macam pengantin baru). Rupanya hakikatnya tidak begitu. 

K Hani setiap weekend kena temankan mak dia yang tinggal sorang lepas ayahnya meninggal. Maknya tak nak duduk dengan anak-anak. Wahida pun baru mula kena selalu balik kg utk jaga mak ayahnya. Azlida tak tau la lepas ni macamana. Baru dapat perkhabaran ayahnya telah meninggal dunia. 

Saya sendiri ingatkan bila dah bersara boleh relax-relax. Boleh pegi cari majlis ilmu merata. Nak keluar dengan kawan anytime. Nak me time shopping ke makan-makan ke anytime. Rupa-rupanya Allah sediakan tugasan lain. Tapi saya fikir positif, kalau tak kena jaga mak ayah mertua mungkin saya banyak buat perkara lagha. Saya anggap ini ialah ladang pahala yang Allah sediakan untuk saya. Insya allah. Bukan tak boleh nak keluar-keluar. Tapi setiap perancangan tu perlu ambik kira keadaan dan jadual mak ayah. Kalau ke kuliah, sebelum pegi saya dah kena siap masak. Then sebelum pukul 11 dah kena balik untuk sediakan makanan. Kalau nak balik kg atau ke mana-mana yang perlukan stay overnite kena make sure ada anak-anak yang tengah cuti. Kalau sekeluarga nak pergi mana-mana kena ada orang lain ganti tolong temankan mak ayah kat rumah. 

Dulu ingatkan bila dah tak sibuk dengan anak-anak, bolehlah kami hidupkan balik usrah secara fizikal sebulan sekali. Tapi rupanya tetap sibuk juga dan susah nak dapat masa semua orang. Sebab tu lah kita buat usrah online je.

Kadang-kadang sedih juga. Dok jaga mak ayah mertua, mak kat kampung ok ke tak? memang la ada abang n kakak ipar yang jaga tapi kadang-kadang risau juga sebab abang kakak sibuk meniaga. Tapi alhamdulillah Allah rezekikan mak masih sihat masih kuat. Saya cuma fikir moga-moga bila saya jaga mak ayah mertua dengan baik, Allah bagi abang n kakak ipar jaga mak dengan baik juga.

Macam tu lah kehidupan. Tak mungkin hidup ini untuk bersenang lenang. Pasti ada susah senang dan turun naiknya. Moga Allah beri kekuatan dan kesabaran.

Moga kita dapat bersenang lenang di syurga nanti Ya Allah.. amin ya rabbal alamin...

July 31, 2026

Lisan

Haritu kuliah Ustaz Zulkifli cerita pasal wanita dambaan syurga.

Ustaz ada cerita. Dia kata mak dia tak banyak cakap, tak banyak sembang. Cakap bila perlu je. Ustaz kata semoga ia boleh jadi asbab mak dia masuk syurga. Kurang bercakap = kurang salah cakap, kurang menyakiti hati orang.

Kita kan dah biasa dimomokkan dengan wanita = banyak cakap, suka membebel, suka berleter, kuota perkataan 1 hari yang luar biasa banyak. 

Tapi sebenarnya tak semua macam tu.

Saya pun dalam family saya boleh dikatakan semua jenis pendiam. Jenis tak banyak cakap. Jenis tak pandai bercakap. Kalau berkumpul ramai-ramai sekeluarga yang paling banyak cakap ialah ipar-ipar. Bukanlah kami tak bercakap langsung tapi lebih kepada sembang-sembang. Dia beza tau bersembang dengan bercerita. Yang suka bercerita ni kadang orang yang dengar nak menyelit pun tak boleh haha. Tapi kami suka je dengar orang bercerita. Pastu kami jadi tukang gelak or tukang tanya hehe..

Mungkin sebab arwah bak pun jenis pendiam. Mak pun bukan jenis yang berleter sangat. Tapi abg alim kata dah tua-tua ni mak suka berleter. hehe.. tak tau lah.

Lain pulak dengan keluarga suami. Lagi pulak kalau depa dah start cakap kedah haha... Bayangkan betapa culture shock nya saya bila mak pak mertua mula tinggal dengan kami. Saya rasa anak-anak saya pun culture shock jugak kot hehe. Tapi dah lama-lama ok lah. Tapi kadang-kadang rasa serabut jugak hehe.

Kadang-kadang rasa kelakar pun ada. Saya baru nampak in real life la macamana isteri berleter kat suami. Bila dok bertekak pak ngan mak mertua, kami yang pening kepala. Tapi lepas bertekak tu mak mertua tetap sediakan makan pak mertua, duduk temankan makan. Tu yang rasa kelakar kadang-kadang tu tengok orang tua bergaduh hehe.. Pastu pulak pak mertua suka tengok tv dengar youtube lagu-lagu lama. Mak mertua pulak suka dengar nasyid/zikir kat radio ikim. Dah berlawan sapa volume kuat. Pastu bila nak bercakap dah kena menjerit-jerit pulak tak dengar.. Aduhaii.. nak tergelak je tengok kerenah.

Anak-anak pun tak terlepas juga. Salah sikit abis la kena berleteaq dgn nenek. Sabor je lah ya. Kalau dengan mama memang mama bukan jenis berleter. Kadang leter kat anak, mama pun panas telinga jugak rasa haha.. 

Macam tu lah ceritanya.. Takpelah jadikan sebagai hiburan. Raikan selagi masih ada.

My Blepharospasm Journey 6: Acupuncture

P/s - I tried to continue my blepharospasm journey story :)

------------------------------------------------------------------------

I went to acupuncture sessions after I had my surgery back in June 2021. I went to Pu Jian Chinese Medicine Center in Puchong. At first, it was to recover my health because of the after effect of my surgery. Then I also did sessions focusing on the eyelid muscle problem. I cannot see any obvious improvement on my eyes but it really helped me recover my overall health. My appetite had improved, my body felt stronger and my weight is back to the original weight. Overall, I have done roughly 8 sessions at this center. Oh I would not talk about the treatment cost.. erkk.. ( it was quite costly..)

Acupuncture involved needles to be inserted into under your skin. The idea is to stimulate the nerves around the problematic areas. At this center, the method used to diagnose the problem is by looking at the tongue and the check on the wrist pulse. 

Normally I do the whole body treatment and eyelid. During treatment, I could feel currents flowing through my body. Usually, I could still feel it even after I get home. And then my body felt tired that I would just sleep and rest for the remaining of the day. I was prescribed with chinese herbal medicine that I need to take orally every day. The taste was awful but I survived hehe.

After a few months I stopped going to Pu Jian as I felt that my body is gaining its original strength.

But my eyes still act the same.

Nevertheless, I was thankful. Alhamdulillah..



July 09, 2026

Reno Regrets

I should have sticked to my original idea.

What happens is that i trust the ID contractore more because my brain said I should listen to someone more knowledgable. But I forgot that the one who's gonna live in this house is me, not them. They are good at their work theoretically. But I am the one who's gonna live it.

These are some of my regrets. Well, not really a regret but it can be done better.

- not positioning the laundry at the side of the house where the sun exposure is the most optimal.
- positioning the sink and the window facing the neighbor's sideyard. I don't like the view. Also I feel that I am intruding their privacy. So I have put some plants right in front of the window. And I only pull up a fraction of the window blinds, even though the window is tinted (neighbour cannot see us). I should have position it facing the backyard.
- not leaving more space at the backyard for gardening.
- better space design with a separate conversational space. currently the living room/conversational space is also the TV area. In which my father in law is almost most of the time watching TV there. So..

But what can I do about it?

I just embrace it and adapt to it. 

We can only plan but we never know the realistic plan until we live in it, until we know the real flow.

Nevertheless... Alhamdulillah for everything. We have a spacious home. We are able to bring our parents to stay with us so that we can take care of them. Our girls have their en-suite bathroom. I have a large kitchen with big kitchen island.

Alhamdulillah...

Embrace and syukur..

I just wish that Allah will grant me with the most beautiful house in heaven. How? There is a hadith saying that if you pray 10/12 rakaat of solat sunat rawatib everyday, Allah will build a beautiful palace for you in heaven. (I will find the exact hadith later).

That is what I am currently trying to achieve. Still struggling, especially qabliah and ba'diah zuhur. Insya allah, may Allah give me the will and strength to do it.

When you think about Allah's promise, there is nothing in this world that can compare to that. So any lack, shortage or things you don't have in this world, just ask Allah to give them to you in heaven.  That is the best. Aim for that. But you need to work for it to ensure you go to heaven. So do what pleases Allah, leave things that displease Allah.

I am struggling but I am trying.

May Allah help us and give us the will.